Selasa, 30 April 2019

Coretan malam 1 Mei

Aku ada ramai. Malah setiap tempat aku pergi, aku akan ada ramai kawan rapat. Kawan yang setia, kawan yang boleh dipercaya. Namun bila aku amati, rupanya kehidpuan aku seharian lebih banyak menyendiri. Kalau tak termasuk berperang dalam FB lah. Bila menyendiri aku bebas. Bebas lakukan apa yang aku suka. Bebas berfikir, bebas berkarya. Boleh menulis, boleh mendengar bisikan dari earphone tanpa peduli siapa disekeliling.
.
Adakala aku tak suka jalan laju. Sebab aku nak menjiwai hidup. Adakala aku nak jalan laju, sebab banyak urusan nak aku lakukan.
.
Sibuk sangatkah aku. Tapi kenapa aku kelihatan banyak tidur. Tidur itulah sibukku. Aku tidak saja-saja tidur. Tidur sebelum zohor kerana malamku berjaga lambat. Tidur selepas asar kerana maghrib atau isya itu aku ada kelas. Sibuk sangatkah aku? Bergantung kepada pandangan. Jika yang dipandang itu otak, maka yang melihat akan terasa seperti berada di hiruk pikuk bandar KL. Tapi kalau yang dilihat itu jasad. Maka mungkin kesibukanku ini sekadar seperti Kuantan. Pagi, tengahari, petang, maghrib dan isy'nya jem. Namun wakti malan dah beransur reda.
.
Cukuplah tu. dah 1.58 pagi. Tanganku semakin lembut menaip ayat puitis. Mungkjn kerana terlalu kerap berperang di medan keyboard rasanya.  Sehinggakan ayat tertumpah tidak berpenghujung. Sekadar ini sajalah. Coretan malam minggu. Malam cuti pekerja. Walau  ada yang menyambutnya juga sedang bekerja. Wassalam.