Antara dosa terbesar seorang makhluk Allah ialah zina. Dalam al-Quran ada perintah menyuruh wanita dan lelaki untuk tundukkan pandangan. Jangan ditenung lelaki/wanita ajnabi. Apatah lagi nak bermanja2, melempiaskan rindu.
Bila syaitan dah masuk jarum, syahwat dah beranak dalam hati, habis. Nafsu akan bekerjasama dengan akal, untuk tewaskan iman. Lalu terbanglah kepada maksiat.
Kerana itu perlu saddu az-Zaroik. Kena awal2 dah bentengkan diri. Pagari diri dari maksiat, dari muqaddimah zina, dari kenjadi punca kepada zina. Mata, telinga, mulut, hati. Dan zaman ini tangan. Kena jauhi hal asbab zina.
Kelakar. Memang kelakar. Ramai yang mulanya sekadar nak laksana gerak kerja Islam, nak jalankan kelas talaqqi tafaqquh, nak khidmat kepada majlis ilmu, khidmat kepada masyaikh. Tapi ending, menghalalkan ikhtilat.
Asalnya sekadar seni komunikasi untuk mudahkan perbincangan. Supaya orang selesa. Namun akhirnya komunikasi itu membangkitkan syahwat. Lalu merebaklah kepada mesej2 tambahan yang tidak perlu, yang tak berkait pun dengan tugas.
Dan kelakarnya lagi, Yang terjebak itu pula bertudung labuh, berniqob, berkopiah, berjubah. Yang paginya bertalaqqi, malamnya bertahajjud. Yang mulutnya manis mengingatkan teman2 tentang istighfar dan selawat. Yang laungan takbirnya paling kuat, iklan bebaskan palestinnya berapi2, yang program dakwah dialah duduk paling depan. Halusnya mainan syaitan.
Ustaz bercouple dengan ustazah. Cinta ana enti. Kau imam aku makmum. Jika bangun, kejutkan aku tahajjud. Main teka teki matan ajrumiah. Semak hafalan al-Quran melalui telefon. Allahu Rabbi, hinanya martabat agama diperlakukan sedemikian.
Dan kamu impikan syurga idaman? Bermimpi menjadi kekasih Allah?
Baik orang persatuan. Orang talaqqi. Orang lama mahupun orang baru. Bahkan saya sendiri. Kita semua boleh terpalit dengan dosa ini.
Di samping usaha kita untuk jauhi zina. Pengharapan kita kepada Allah juga amat penting. Agar Allah menjaga kita, keluarga kita, teman2 kita dan keturunan kita. Allahul musta'an.
Moga dengan kita menjaga diri dari asbab zina ini. Allah memberikan kita sebaik2 pasangan. Yang bergelar suami/isteri yang sah. Yang juga sedang menjaga dirinya. Berjuang menjadi kekasih Allah.Allahumma Ameen.