Adab Imam Syafie sebagaimana dinyatakan dalam Kitab AlFawaid Almakkiah:
.
"Imam AsSyafie sengaja tidak membaca qunut subuh ketika solat berdekatan kubur Imam Abi Hanifah (Walaupun ijtihad Imam Syafie adalah sunat ab'ad membacanya). Lalu ada yang bertanya kepadanya. Kenapa buat begitu? Dijawabnya: Sebagai adab kepada penghuni kubur ini.
.
Malah ada juga menceritakan. Imam syafie juga tidak membaca kuat basmalah ketika mana berhampiran kubur Imam Abi Hanifah (Bagi menghormati ijtihad Imam Abi Hanifah)."
.
Hebat kan akhlak Salafunas Soleh kita.
إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Jumaat, 19 Julai 2019
[Hidup Di Zaman Fitnah; ]
.
.
Bila baca Kitab yang bersifat Kontemporari atau Mua'sirah. Kita akan dapati banyak maklumatnya yang bercanggah dengan Kitab Turath. Dan antara ilmu yang sangat perlu dicermati adalah Ilmu Maqosid Syariah. Kita tak cakap ilmu itu salah. Kerana banyak pointnya diambil dari Ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah juga. Disandar ambilannya dari imam-imam hebat seperti Imamul Haramain Aljuwaini.
.
Namun olahan penulis-penulisnya itu yang bahaya. Adakala membawa kita kepada talfiq dalam mengikut pandangan mazhab. Mengkritik amalan taqlid kepada Mujtahid. Meminta Muqollid untuk jadi seorang Mujtahid juga. Sedangkan perkakas Muqollid itu tak cukup pun.
.
Mungkin. Bukan illah ye. Tapi mungkinlah. Sebab ini Alazhar membuat dasar untuk kembali kepada Turath Ulama Silam. Ulama yang hidup pada zaman Salaf. Para Aaimmatul mazhab kita. Iye, yang berada di 300-500 kurun hijriah yang awal.
.
Tapi tulah. Untuk mengubah manhaj pembelajaran satu-satu negara itu bukan mudah. Perlukan man-power yang holistik. Bergerak serentak. Sedangkan yang berkebolehan tak banyak.
.
Akhirnya. Lantak hanglah..
Jumaat, 12 Julai 2019
Selasa, 30 April 2019
Coretan malam 1 Mei
Aku ada ramai. Malah setiap tempat aku pergi, aku akan ada ramai kawan rapat. Kawan yang setia, kawan yang boleh dipercaya. Namun bila aku amati, rupanya kehidpuan aku seharian lebih banyak menyendiri. Kalau tak termasuk berperang dalam FB lah. Bila menyendiri aku bebas. Bebas lakukan apa yang aku suka. Bebas berfikir, bebas berkarya. Boleh menulis, boleh mendengar bisikan dari earphone tanpa peduli siapa disekeliling.
.
Adakala aku tak suka jalan laju. Sebab aku nak menjiwai hidup. Adakala aku nak jalan laju, sebab banyak urusan nak aku lakukan.
.
Sibuk sangatkah aku. Tapi kenapa aku kelihatan banyak tidur. Tidur itulah sibukku. Aku tidak saja-saja tidur. Tidur sebelum zohor kerana malamku berjaga lambat. Tidur selepas asar kerana maghrib atau isya itu aku ada kelas. Sibuk sangatkah aku? Bergantung kepada pandangan. Jika yang dipandang itu otak, maka yang melihat akan terasa seperti berada di hiruk pikuk bandar KL. Tapi kalau yang dilihat itu jasad. Maka mungkin kesibukanku ini sekadar seperti Kuantan. Pagi, tengahari, petang, maghrib dan isy'nya jem. Namun wakti malan dah beransur reda.
.
Cukuplah tu. dah 1.58 pagi. Tanganku semakin lembut menaip ayat puitis. Mungkjn kerana terlalu kerap berperang di medan keyboard rasanya. Sehinggakan ayat tertumpah tidak berpenghujung. Sekadar ini sajalah. Coretan malam minggu. Malam cuti pekerja. Walau ada yang menyambutnya juga sedang bekerja. Wassalam.

Ahad, 14 April 2019
Sembang Khatam Matan Izzi
Pagi ni Ustaz Zul khatamkan Kitab Matan Izzi susunan Syeikh Izzuddin Azzanjani. Dalam Ilmu Saraf. Sekaligus menyelasaikan sambungan kepada Matan Bina'. Insha Allah selepas ini, Ustaz Zul Mukhsah akan sambung Kitab Matan Maqsud. Sekaligus melengkapkan tiga matan utama dalam Ilmu Saraf. Kemudian barulah boleh masuk ke Kitab Syarah.
Sempat adukan kepada Ustaz Zul Mukhsah tadi. Matan Izzi ini agak payah berbanding Matan Bina. Matan Izzi lebih banyak kupas i'lal.
Ustaz Zul bagi satu petua. Baru aku teringat. Syeikh Mahmud Shoubro pun pernah nasihatkan benda yang sama. Waktu syarahkan Matan Tuhfatul Athfal di MAQAZ Dauron Shoubro.
من حفظ المتون حاز الفنون
- Siapa yang menghafaz matan. Maka dia akan menguasai kaedah ilmu -
Kata Ustaz Zul. Kena hafaz matan. Lepas hafaz nanti. Kefahaman akan hadir.
Ustaz Zul cerita. Zaman Ustaz belajar di Krasak dulu. Waktu orang bmain petang, dia tak main. Dia pelancar hafalan. Malam, dia tambah hafalan.
Padanlah. Penguasaan dalam Ilmu Nahu Saraf Ustaz Zul begitu mantap. Tak rajin jumpa orang macam ni. Ketiga-tiga matan asas. Baik Bina, Izzi dan Maqsud berjaya Ustaz Zul hafaz. Rupanya bukan sahaja Matan Ajrumiyah dalam Ilmu Nahu, malah Mutammimah Ajrumiah pun Ustaz Zul hafaz. Tu eden tak korek ilmu lain lagi tu. Sebab tengok masa baca kitab akidah hari tu, rileks je Ustaz Zul petik Matan Jauharah Tauhid.
Beruntung Allah anugerahkan kita di Pahang dengan guru-guru yang sangat mahir dalam bidang mereka. Dan masih muda. Alhamdulillah.
P/s: Bagi meluaskan network dakwah. Menghormafi kepelbagaian fiqrah teman-teman FB. Hantaran politik dibuat dari akaun lain. Akaunnya rahsia.

Sabtu, 13 April 2019
Kenangan Nyambut Ramadhan
Tok Ayah ada cerita Selasa kelmarin. Masa awal Pondok MDS dulu, habis je terawikh, buat kelas pengajian. Kadang-kadang sampai pukul 1 pagi baru habis. Lembik. Adalah beberapa kerat pakcik yang pernah join dulu, tapi sekarang dah bertongkat. Seronok.
.
Teringat kalau kat Ardul Kinanah, lebih kurang tu juga. Indahnya. Malam lepas terawikh, Dalam pukul 9 malam (Maghrib awal). Bermula kelas tafaqquh Syeikh Nuruddin, baca kitab Irsyadul Ibad atau Misykat Masobih, di Rumah Kedah Hayyu Sabi'. Sampai pukul 10 malam.
.
Kemudian balik semula ke Rumah Pahang di Hayyu Asyir. Kelas dengan Habib Ahmad. Pukuk 11-1 pagi. Kitab Syarah Yaqut Nafis tak silap. Sahur kejap, pukul 3 pagi dah subuh. Kemudian ke Jabal Muqattam, ikut Kelas Syeikh Yusri, Kitab Sunan Nasaei. Kemudian terus Darrrasah, talaqqi dengan Syeikh Asyraf. Kemudian balik tidur. Masa tu cuti sem. Zohor baru bangun. Rehat kejap. Lepas asar kelas Syeikh Nuruddin balik, baca kitab sama rasanya. Sampai berhenti dalam beberapa minit sebelum Maghrib.
.
Tapi kelas juga bermusim. Pernah satu tempoh tu, Syeikh Nuruddin tak mari Mesir. Kebetulan pula, Dar Hassani Bawwabat buat dawroh. Masa tu geng-geng anak murid Syeikh Yusuf Bakhur Alhasani yang pimpin. Dr.Lokman Azhari dan Syeikh Muhammad. Antara Kitab yang baca masa tu. Risalah Alwaroqot Imam Juwaini, Syarah Baiquni Syeikh Sirajuddin, Tuhfah Saniyyah Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid. Kiranya kitab-kitab untuk mubtadien.
.
Seronoknya Ramadhan di Ardul Kinanah. Rindunya.

Khamis, 21 Mac 2019
Aku Letih
Aku letih. Penat. Tak larat
.
Dalam setahun dua ini. Antara perkara yang paling aku tak suka ada dua. Pertama beritahu berapa income aku kepada orang. Kedua bagitau apa kerja yang aku buat.
.
Bila beritau income kita. Jika lebih pada orang. Maka adatlah manusia. Rasa dengki akan wujud. Sifat mazmumah ni biasa ada pada semua orang. Labih parah, bila mereka mula sabotaj. Letih. Letih kita nak tangani. Tu cara terbaik, dari awal tak beritahu. Tapi baru ni aku didesak untuk beritahu. Dengan beberapa 'ugutan'. Aku mengalah, akupun beritau. Lepas pada tu aku perasan, aktiviti sabotaj pun mula terasa.
.
Kedua, apa yang kita buat. Ini bagi nak elak majikan dari berbunyi. Walau tahu kita sambilan, banyak tugas. Tapi ini akan jadi modal jika berlaku apa-apa kekurangan. Walaupun tak berkaitan pun. Jadi kitapun letihlah. Tambahan, komunikasi kita kurang. Sebab jarang ada pejabat.
.
Letih lah.. Letih. Moga Allah berikan nikmat yang jauh lebih baik.
.
Namjn aku tak nafi. Rezeki Allah beri terlalu banyak. Terlalu banyak. Tak termampu aku sebut satu persatu. Setia saat Allah beri aku nikmat. Bahagia sungguh aku rasa.
.
Takpelah. Mungkin satu dua hal ini sekadar ujian buatku. Lagipun nikmat yang aku dah terima terlalu banyak. Akupun tak reti nak jawab dengan Allah nanti kalau Allah tanya. Moga-moga Allah tak hisab segenap perbuatanku.
.
Allahu Rabbi. Aku letih. Aku letih..

Langgan:
Catatan (Atom)