Sabtu, 25 Jun 2011

Belajar di Universiti Al-Azhar Mesir


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله



Ruang dalam Masjid Alazhar


Iringan nasihat
(Kata-kata dan Uslub diedit bagi menjaga sensitiviti pemberi)

Nasihat 1
"Ingat betul-betul kata saya ini..
sebaik sahaja tiba di airport cairo nanti, berpusu-pusu orang pelajar akan menyambut kamu, diorang akan hurung kamu macam hurung lalat. Dalam seminggu dua itu, diorang akan layan kamu bagai menatang minyak yang penuh. Susah diorang tolong, naik teksi/bas diorang pun diorang akan bayarkan, silap-silap haribulan makan pun diorang akan suapkan. Namun, semua itu bukan percuma, tunggulah tidak lama selepas itu, mereka akan datang hampir kepada kamu dan mengajak kamu menyertai kumpulan mereka, kalau tak caya.. kamu tengoklah nanti" Kata-kata seorang senior.

Nasihat 2
"Kamu percayalah cakap saya ni..
dekat sana diorang bukan nak belajar sangat pun. Tapi kalau pasal persatuan lain pula, huih.. memang semangat sungguh. Tapi belajar entah kemana, Kamu boleh bayangkan? Waktu kulliah boleh dibuatnya aktiviti-aktiviti persatuan. Ingat, nanti kalau dapat sampai ke Mesir, jangan duduk sekali dengan Orang Melayu. Biar duduk dengan bangsa lain. Baru boleh belajar dan praktis Bahasa Arab..." Nasihat seorang sahabat.

Nasihat 3
" Abang tak tipu kamu,
Budak-budak kat sana memang lain sikit semangatnya tentang persatuan ni. Kita nak pergi ke sana sebab nak menuntut Ilmu dan Belajar, jadi tumpu kepada belajar. Tapi jangan pula kamu nampakkan sangat kontranya. Kita kena pandai, kalau tidak,  diorang akan pulaukan kamu nanti.." Ingatan dari seorang teman.

Nasihat 4
"Susah nak cakaplah Din,
Kerajaan memang takleh nak salahkan geng-geng Persatuan ni coz terlalu kuat berpolitik, masalahnya Kelab UMNO pun ada kat sana. Pokoknya jati diri ko kena kuat lah, itu jep yang aku dapat cakap." Nasihat Mamat kepada saya.

Amacam.. 
Kata-kata ini saya petik daripada nasihat kenalan-kenalan kepada saya,
Sebelum bertolak ke Mesir dahulu,
Hampir 98% nasihat yang saya dengar di Malaysia dahulu adalah negatif. 

Pastinya
Kata-kata ini juga biasa anda dengari sebelum berlepas ke Mesir bukan?
khususnya bagi pelajar tajaan Kerajaan.

Konklusi: 
Datang dan lihat sendiri baru anda akan faham. Justeru soalan ini jawapannya adalah subjektif. Bukan ada hitam putih. Kembali kepada 'stigma pemikiran' si pemberi nasihat. Elakkan dari membuat konklusi awal. Kadangkala disebabkan ideologi, perkara kecil jadi besar. Jika tak dapat datang??.. Dengar daripada "Pelbagai" Sumber.

Kehidupan Ilmu
Majlis Ilmu adalah antara Harta Karun di Bumi Anbia' ini,
Tidak kiralah matlamat kita ke sini atas apa sekalipun,

Baik sekadar mendapat 'Ijazah University',
Pengalaman, arahan keluarga, mahupun terpengaruh dengan
....Fahri  -Ayat-Ayat Cinta,
....Abdullah Khairul Azam  -Ketika Cinta Bertasbih ,

Mahupun ingin selamatkan diri dari kehidupan remaja sosial di Malaysia.. Dengan duduk di bawah 'Biah Solehah' (Pergaulan Islamik) yang dibentuk oleh PMRAM (Persatuan Pelajar). 
....Maka Kita semestinya tidakkan lari daripada tempias 'Didikan Ulama Mesir'..

Majlis-majlis Ilmu
Antara Majlis llmu yang sangat-sangat saya suka, Ialah Majlis Tafaqquh (Belajar FIQH). Setiap perkataan di Kitab, sebenarnya sangat-sangat penting. Ulama' kita di sini akan terang secara menyeluruh. Dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil hukum,
Sebetulnya, Inilah kali pertama dalam hidup saya. Diajar Belajar untuk llmu bukan Sijil semata-mata,

Di sini, kita boleh hadiri berpuluh-puluh Kelas Pengajian Ilmu,
Pilih sendiri mana-mana kelas yang kita suka. Dalam pelbagai disiplin Ilmu, 
Merangkumi Qiraat, Tafsir, Hadith, Fiqah dan banyak lagi.
Pastinya anda tidak diajar Seorang Ustaz biasa, Tetapi guru Yang "Ahli",

Kita akan didedahkan dengan Kefahaman Ulama-ulama hebat silam,
Perihal sesuatu nas, Melalui kitab-kitab yang mereka tulis atau susun,
Proses belajar itu mestilah melalui Guru, Bukan sahaja membaca,
Jika tidak, Akan banyak wujud salah faham, dan terus membuatkan kita silap faham,

Cara faham Kitab Arab tidak seperti faham Kitab Melayu,
Cara belajar Ilmu Agama juga tidak sama belajar Ilmu Dunia,
....Kerana Ilmu2 Agama itu di nuqil (dipindah) dari dada-dada Ulama',
....Bukan kita yang wujud atau adakan sendiri..

Waktu kelas juga banyak..
Hampir setiap waktu, Baik Sebelum atau selepas selesai Solat,
Ada juga yang tidak mengira waktu, Contohnya Talaqqi Al-Quran
Namun seperti yang saya katakan tadi.. itupun jika kita mahu(^^,),
Kelas-kelas yang pengantarnya Bahasa Melayu juga banyak..
Dibuat oleh Ustaz-ustaz Senior Yang Alim..
Khususnya dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Kemboja.

Talaqqi (Bacaan berguru) Alquran
Jika sudah belajar di Malaysia, Itu baru muqaddimah (permulaan sebenarnya),
Pengalaman saya belajar Al-Qur'an, sehingga sampai ke tahap Diploma Tahfiz,
Ikhlas kata, Semua itu hanyalah secubit dari permulaan..

Ya Allah..
sebenarnya memang banyak lagi kesalahan bacaan kita, Namun tidak kita sedari,

Namun percayalah..
di sini kita akan diajar atau dilatih dengan lebih dalam lagi !!

Yupp... ada lagi yang lebih dalam daripada yang kita biasa pelajari di Malaysia(^^,)..
Semuanya akan diajar oleh Syeikh-syeikh yang mahir. Mesir adalah lubuk Ilmu Alquran.

Lebih mengujakan..
bila sanadnya (salasilah bacaan) sampai kepada Rasulullah,
Subhanallah.. kadangkala terasa betapa rendahnya diri ini,

Manhaj Alazhar (Pendekatan)
Jika nak disebut soal 'Manhaj Ilmu' pula,
Manhaj Alazhar khususnya di bawah pimpinan Syeikhul Azhar (Syeikh Ahmad Toyyib.ha). Adalah 'Wasotiyah (pertengahan)',
Tidak terlalu extreem (keras), Taksub dan tidak juga terlalu longgar,

Perbezaan Pendapat
Ikhtilaf Antara para Ulama' dalam memahami nas Al-Quran dan Hadith. Ianya patut kita hormat dan tangani dengan Bijaksana. Apatah lagi mereka berijtihad (buat keputusan) berdasarkan Ilmu mereka yang menggunung, Jangan disebabkan dua Gajah bergaduh,
...Pelanduk pula yang mati ditengah-tengah

Graduan AlAzhar 
anti Kerajaan ??
Tidak dapat lari, persoalan ini sering berlegar dibenak fikiran ramai pihak,
Khususnya bagi agensi-agensi yang bakal menaja Pelajar-pelajar ke Mesir,
Namun pandangan saya (Keluarga saya UMNO dan Rakan-rakan saya majoriti PAS),
Hakikatnya isu ini tidaklah terlampau serius, Serta kadangkala disalah anggap,

Pokoknya.. 
Kehidupan Mahasiswa Universiti AlAzhar,
Khususnya Siswa Melayu adalah agak 'terbuka',
Dan mudah "terdedah" dengan angin 'Politik antarabangsa',

Justeru..
Mahasiwa-mahasiswa telah terbiasa untuk menilai setiap Isu secara rasional dan bebas,
Khususnya dalam Politik (topik yang digemari Mahasiswa),
tanpa perlu takut dengan ancaman mana-mana pihak.

Secara peribadi saya suka teman-teman saya cakna soal politik,
Jelas.. Ia mematangkan mereka dan meluaskan sudut pandangan,
Baik menyertai Kelab cenderung PR seperti SUARA atau KELAB UMNO,
Cuma janganlah kerana politik, Kita katakan yang putih itu hitam, Jangan taksub,

Berkait soal peranan Persatuan Pelajar pula..
Saya lebih suka menerima semua yang positif dan menolak semua negatif;
..Adalah tidak adil untuk mengatakan Persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir (PMRAM) itu condong kepada Pembangkang khususnya PAS. Lantaran tiada satupun mesyuarat, seminar mahupun kenyataan-kenyataan bertulis yang menunjukkan PMRAM itu adalah PAS. Persatuan Kebajikan Mahasiswa dimana-mana sahaja perlu adil dan rasional, tidak boleh ditarik hidung oleh orang politik. Persatuan sepatutnya mewakili semua rakyat MALAYSIA di situ.

Jika adapun yang bertindak sebaliknya.. maka sudah pasti ianya bersifat emosi Individu dan tidak berkaitan dengan Induk Persatuan. Saya sendiri tidak setuju persatuan kebajikan dijadikan puppet oleh orang politik. Cumanya kalau Kelab UMNO Luar Negara... itu sudah terang lagi bersuluh sebuah perkaderan politik. Tapi baguslah.. Memang pemimpin negara perlu dibentuk dari awal. Ternanti-nanti juga saya bila Kelab PAS ingin ditubuhkan di Mesir. ISMA dan ABIM sepertinya sangat aktif.

p/s: Saya lihat pihak kedutaan bagus kerana sangat bersungguh membantu masalah pelajar. Termasuk pegawai negeri-negeri. Begitu juga pimpinan pelajar dari PMRAM. Banyak saya lihat dengan mata saya sendiri, pengorbanan mereka membantu masalah pelajar Malaysia di Mesir.

Kehadiran Kulliah
Kehadiran ke Kulliah adalah tidak diwajibkan,
Kecuali untuk beberapa kursus,
Seperti Markaz Bahasa Universiti AlAzhar,
Juga Kulliah Ulum Islamiah dan beberapa tempat lainnya..

Ia..
mungkin itulah antara faktor Mahasiswa liat untuk ke kelas,

Namun harus juga dijadikan motivasi..
Itulah juga antara penyebab kenapa ramai pelajar kita gagal. 

Namun kita kena adil
Al-Azhar bukan sahaja milik kita.. tetapi juga milik Mahasiswa Mesir,
Majoriti dari mereka adalah keluarga yang benar-benar susah dan miskin,
Jika Kulliah itu diwajibkan.. Keluarga mereka mungkin akan kelaparan di Rumah,
Dalam waktu yang sama, Kehendak Dunia Pekerjaan adalah Ijazah, kan susah tu..
Untuk husnuzon (sangka baikkan) hati kita.

Anggaplah mereka termasuk dalam kateori uzur, Lagipun..
mereka sudah khatam kitab Audohu Masalik (Nahu), Al-Ikna'(Fiqh)
Dan banyak lagi kitab-kitab penting, sejak dari bangku sekolah lagi,
Tambahan, Mereka juga tinggal dikelilingi Alim Ulama'.

Pendek kata, bukan semua perkara di dunia ini mampu kita selesaikan,
Justeru mana yang boleh, kita perlu utamakan,

Apakah itu? Menggali dan mengambil manfaat yang ada di Bumi Mesir ini.

Penyelesaian terbaik
Mufti Mesir, Syeikhul Azhar dan Ulama' Al-Azhar banyak adakan kelas,
Bertempat di Masjid Al-Azhar, Masjid persendirian dan Rumah-rumah,
Dari sinilah pelajar-pelajar melayu dan antarabangsa memperkemaskan lagi Ilmu,
Semua Ilmu akan diajar dari Kulit ke kulit, Tanpa main langkah-langkah tajuk,

 
Membuat Permohonan Belajar
di Universiti Al-Azhar As-Syarif
Bagi Rakyat Malaysia, ada beberapa cara untuk menempatkan diri di Universiti AlAzhar; ...




Pertamanya STAM; 
Hanya ada beberapa sekolah di Malaysia yang menawarkan tempat untuk menduduki STAM. Namun tiada masalah jika anda ingin mengambilnya atas tiket Calon Persendirian. Anda boleh merujuk Pejabat Pendidikan yang berhampiran. Cuma satu perkara yang anda perlu maklum;

Sijil STAM hanya boleh diguna pakai tidak lebih dua tahun mengikut Syarat KPT dan tiga tahun mengikut syarat Universiti Alazhar.

Keduanya Sek Men AlAzhar (Booth AlAzhar); 
Akan ada suatu Peperiksaan bagi memastikan anda layak berada di kelas mana. Paling kurang anda akan ditempatkan di Booth selama dua tahun sebelum melangkah ke Universiti AlAzhar,


Antara Agensi yang menguruskan dari Malaysia adalah: http://syihabtravel.blogspot.my/2015/11/sekolah-antarabangsa-al-azhar-markaz.html


Ketiganya Diploma Tahfiz JAKIM (Sijil2 yang sama taraf); 
Mahasiswa Qiraat pula rasanya tiada masalah. Lantaran cabarannya agak kurang kerana saluran untuk ke Maahad Al-Azhar banyak di Malaysia.  Selebihnya saya tidak pasti. Justeru sekarang mua'dalah (MOU) antara Universiti bersama Kolej-kolej luar memang telah dibatalkan.



Keempatnya TANPA SEBARANG SIJIL; 
Dengan memasuki Markaz Bahasa Arab (Markaz Nil). Semua Orang pun boleh datang dan memohon. Walau apapun  latar belakang pendidikan, Dari lulusan Sek Men Keb, UITM, MMU, Makcik yang baru pencen dan Ustaz-ustaz yang masih minat nak belajar. Semua boleh sertai. Dengarnya sijil di sini diiktiraf sebagai Diploma. Wallahua'lam. Tapi memang sistemnya berkualiti. Markaz ini juga terkenal dalam kalangan pelajar  AlAzhar. Bagi menambahkan lagi pengetahuan Bahasa Arab mereka. 

Bagi saya. Jika anda Nak tinjau-tinjau dahulu Suasana di Mesir,
Atau Nak bercuti sambil belajar. Atau Nak tambah Ilmu tapi tak mahu lama-lama,
Jalan yang ke empat Inilah antara cara terbaik untuk anda berada di Mesir,
Untuk maklumat lebih lanjut berkait Markaz Bahasa Arab ini. Boleh pergi ke alamat: http://www.syihabtravel.com/p/blog-page_2.html


Kelimanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
Saya letakkan ini yang terakhir. Kerana ini program baru. Iaitu Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah (jika tidak silap namanya). Berita baiknya. Berdasarkan pemerhatian rawak. Jurusan ini antara jurusan paling mudah nak lulus di Alazhar. Selain jurusan ini mengkhususkan kepada pelajar antarabangsa. 

Namun begitu, berbeza dengan yuran jurusan lain yang murah dan hampir-hampir free. Jurusan lain sekitar Le100 (RM50.00) lebih kurang setahun atau kurang lagi. Namun yuran bagi Kulliah Ulum Islamiah sekitar USD1000 (RM3000.00) setahun lebih kuranglah. Terdapat 5 tahun sesi pengajian. Jika nak dibanding dengan kursus lain di Alazhar memanglah mahal. Sebab Alazhar sudah terbiasa dengan yuran hampir percuma. Harta wakaf yang banyak lagi. Namun jika nak dibanding dengan yuran-yuran IPT di Malaysia. Rasanya memang amat-amat murah.

Dari pemerhatian sayalah. Jika jurusan lain. Walaupun bersepah yang mumtaz ketika STAM, ramai yang kelihatan berusaha bersungguh-sungguh. Tapi peratusan yang lulus dan mampu untuk naik tahun sangat-sangat kurang. Adakala daripada beratus-ratus pelajar yang mendaftar bagi satu negeri. Hanya 3-4 orang lelaki dan 6-7 orang perempuan sahaja yang mampu lulus peperiksaan dan naik tahun. Alazhar ini pelik sedikit susahnya. Kerana bila diselidiki mereka yang sangkut di Alazhar, kemudian mengambil keputusan menyambung di IPT di Malaysia. Boleh pula lulus. Malah boleh skor mumtaz lagi. Di Alazhar ini, tiada caring mark. Semata-mata bergantung kepada peperiksaan. Soalannya mungkin hanya 3-4 soalan. Tapi yang penting bagaimana anda mampu atau tidak menjawab.

Justeru cadangan. Jika anda berkemampuan, masuklah Jurusan Ulum Islamiah. Ianya dikhabarkan lebih mudah untuk lulus dan skor. Jadi kebarangkalian untuk lulus itu tinggi. Sebab jika anda nak grade dengan masa sekitar 4 tahun tepat, melalui jurusan Syariah Walqonun, Qiraat Tanta, Lughah, Usuluddin. Ianya amat-amat sukar. Walaupun bukan juga mustahil.

Boleh rujuk alamat di bawah untuk lanjutan:

Bercakap Soal tua-tua nak belajar..
Boleh ke lagi.. Rasa dah macam nak semput jep
Otak berat nak belajar?
Oklah.. Tak perlu setkan minda untuk tuntut Ilmu pun,
Apa yang anda suka? Sukakan kerja praktikal? sukakan seni?
Jika saya.. saya suka create 'Projek', Bisnes, Program atau Planning,

Kemudian saya akan enjoy dengan memahaminya sebaik mungkin
dan bekerja sungguh-sungguh bagi memastikan ianya berjaya.

Justeru.. saya jadikan menuntut Ilmu juga seperti itu,
Saya bukan datang Majlis Ilmu kerana nak Ilmu/Belajar,
Kerana istilah-istilah itu akan "memberatkan" kepala saya...

Saya hanya hadir Majlis itu dengan hati yang santai,
dan untuk Faham akan topik perbincangan, sama seperti saya faham kertas kerja.
Saya cuba fahami topik-topik Ilmu seperti saya fahami 'flow' tentatif Program..

Bertanya bila semacam ada sesuatu yang saya tidak fahami..
sama seperti saya 'persoal' sesuatu yang nampak 'tidak jelas' di dalam mesyuarat.
Nah.. ianya membuatkan saya benar-benar enjoy dengan 'Projek' baru saya..
Anda juga boleh mencubanya(^^,).... Itupun jika anda mahu.

Kisah Seorang Teman
Saya punyai seorang teman satu Kulliah.. yang datang ke sini selepas SPM,
Umurnya ketika itu adalah 17 tahun, apa yang menariknya..
Sahabat ini adalah lepasan Sek Men Keb biasa (tiada sijil STAM),

Jadi, dia terpaksa menghabiskan Booth AlAzhar selama enam tahun, bermula daripada tingkatan satu. Lantaran tiada asas Bahasa Arab, boleh anda hitung umurnya sekarang?

Namun atas dasar minat yang sangat mendalam..
Dia nekad mengharungi tempoh masa tersebut
& sekarang sama-sama berada di tahun satu Kulliah bersama teman-teman yang baru sampai.
Namun Ilmunya Masya Allah, cukup-cukup hebat. Besar hikmahnya bukan(^^,)


Suasana Biah Solehah
Antara perkara yang membuatkan saya suka belajar di Mesir,
Di sini Biah Solehahnya (Pergaulan) terjaga. Tiada ruang untuk pergaulan bebas,
Pihak Persatuan amat menitik beratkan masalah ini,
Kadangkala dalam seminggu itu, hanya beberapa kali sahaja bertembung muslimah melayu,

Perempuan ini ibarat tombak bagi lelaki,
Rawatan terbaiknya adalah tidak berjumpa terus,
Jadi fokus hati kita kepada belajar akan terjaga,


Halaqah Berkelompok
Lagi satu ilmu hidup, yang banyak saya belajar dari sini,
Sikap persatuan dan pelajar, yang amat mengambil berat akan diri kita,
Pantang sakit, eksiden, poket kosong, dirompak atau alami masalah peribadi,
Budaya ambil berat dan suka menolong sangat mekar di Mesir ini,

Tidak hanya kebajikan. Malah juga ibadah,
Jika lama tidak turun solat berjemaah,
Maka akan adalah naqib yang menghantar mesej ingatan,
Sikap cakna yang jarang jumpa ditempat lain,

Saya rasa mungkin dari faktor inilah. Ramai yang tersalah sangka dengan JK persatuan.
Saya di sini hanyalah pelajar biasa. Tidak terlalu aktif dan tidak terlalu pasif melibatkan diri dengan aktiviti persatuan. Tambahan, saya jenis yang jarang lekat di rumah atau asrama. Namun secara peribadi, saya amat menghormati dan menghargai mereka. Banyak pengorbanan dari mereka terhadap pelajar yang saya terlihat di depan mata sendiri.
Justeru, bila difikir komen 98% yang negatif yang saya dengar dan ada saya catatkan di awal tadi. Saya lebih suka menganggapnya sebagai salah faham.

Sekian sahaja  
Untuk gambaran yang lebih jelas. Berbual-buallah dengan Pelajar-pelajar Al-Azhar, Cuma ingat satu perkara. Dengar dari segenap penjuru. Baru kita faham,

Nak lebih faham. Datang sendiri ke Mesir. Pergi sendiri ke Majlis Ilmu di sini,
Dengan Niat yang betul. I'Allah Allah akan tunjukkan kita jalan terbaiknya.





Pakwan:
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya..
Allah akan beri Kefahaman yang mendalam soal Agama Islam..




Isnin, 4 April 2011

Bebel Pakwan: ......Pasal Usaha Dakwah le,


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Siapakah Yang Sudi Membantu.??



Alhamdulillah.. Coz sebentar tadi masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk mengunjungi rumah-Nya_Masjid Alfalah Sungai Isap Perdana. Cuma.. apa yang mmbuatkan ana terkedu bilamana terbaca salah satu daripada himpunan risalah di papan kenyataan masjid tadi:

"PERHATIAN KEPADA PENJAGA ATAUPUN SESIAPA YANG MENGENALI NO PLAT MOTOSIKAL TERSEBUT SILA AMBIL PERHATIAN.. CBUXXX, CCGXXXX.. XXX &... KERANA NO2 TADI SELALU KELIHATAN DI SEBUAH RUMAH KOSONG JALAN SUNGAI ISAP PERDANA 21 BERMULA SEAWAL PAGI SEHINGGA MALAM. BUAT PENGETAHUAN SEMUA.. KEBANYAKAN YANG DATANG ADALAH DENGAN BERJALAN KAKI, BERBASIKAL & MENUNGGANG MOTOR, RUMAH TERSEBUT ADALAH SARANG BAGI PENGHIDU2 GAM, PENGHISAP2 DADAH, MINUM ARAK, PONTENG & BERMACAM2 LAGI.. DIHARAP DAPAT MENGAMBIL PERHATIAN DEMI MASA DEPAN ANAK2 !!"
-'lebih kurang bunyinya'



So.. apakah yang terlintas di fikiran sahabat setelah membaca risalah tersebut.? Ya Allah.. terbayang2 di fikiran ana perasaan mak ayah adik2 ni andai mendapat tahu anak2 mereka tidak hadir ke sekolah lantaran mahu menghisap GANJA. Ya Allah.. xleh bayangkan betapa tingginya cabaran yang terpaksa di hadapi oleh Ibu bapa & Para Pejuang Agama sendiri untuk mentarbiah Adik2 kita ni bagi memastikan diorang ni benar2 kuat & terhindar jauh daripada amalan2 maksiat camni.



Hakikat yang perlu kita teRima..
Dari sehari ke sehari tugas kita semakin berat, Ana kira cukup2lah kita sibukkan diri kita dengan perkara yang remeh temeh & langsung tak menyumbang kepada Agama Allah, kerana halangan di depan kita ini cukup2 besar & mana mungkin ianya digalas oleh 1-2 sahabat kita sahaja..



Bantulah Agama Allah ini !!
Bantulah !! jangan disebabkan 1-2 kelemahan kita yang terpapar menyebabkan semangat kita luntur.. jangan dipandang sangat kelemahan diri andai ianya boleh meranapkan semangat kita untuk membantu Agama Allah, jangan jadikan 'Mujahidin"Syababul Islam"Rijalluddeen'Jiilulquran"Jundullah"Mujaheedah Solehah"Nahnu Ansorulah" &dsb.. itu sekadar kalimah saham semata2, Ayuh.. Tunjukkan maknanya yang sebenar !!



Setiap orang pastinya mempunyai kelebihan masing2,
Lantaran itu Pergunakanlah..
Kita sebarkan kemakrufan dari setiap penjuru !!
Kita tentang kemungkaran dari setiap sudut !!
Gunakan segenap kelebihan yang kita ada..



Setiap orang pastinya mempunyai kelebihan sendiri yang tiada pada orang lain..
Ayuh.. kita jadikannya senjata bagi mempertahankan Agama Kita..

Senjata BLOG.. Senjata PANGKAT.. senjata PENGHORMATAN ORANG RAMAI.. Senjata HAFIZ @HAFIZAH.. Senjata KUASA MANAGER.. Senjata ASISTANT MANAGER.. Senjata SEMANGAT BERDAKWAH.. Senjata MAMPU MEMPENGARUHI.. Senjata PAKAR AKAUNTANSI.. Senjata BERTUTUR,BERHUJAH.. Senjata MERANGKA STRATEGI..
& banyak lagi..



Ayuhh sahabat.. Kita gunakan segala kelebihan tersebut untuk menjulang & mempertahankan Agama Allah ini. Alangkah sayangnya.. andai segenap kelebihan & kurniaan berharga yang Allah bagi itu sedikit pun tidak dapat mengalir ke jalan Allah.. sedikit pun tidak membantu Agama Allah.



Aduhai Sahabat sekalian..
Pernahkah kita terfikir bagaimana mahu mempertahankan Agama Allah yang setiap hari semakin ramai yang ingin memijaknya.??
atau apakah tanggapan2 ini lak yang berlegar2 difikiran kita:
"xperlu fikir pun.. rimas r.. menyusahkan jek.. mengusutkan fikiran la !! xboring ker?.. busy body hal orang wat pe?.. xseronok pun.. bukan tanggungjawab aku pOn & bermacam lagi. Ya Allah.. tidak malukah kita kerana telah dipilih untuk menjadi penganut agama-Nya?"



Duhai Sahabat2 sekalian..
Bukankah tujuan kita diciptakan untuk menjadi Khalifah?.. Memastikan semua makhluk Allah di atas muka bumi ini mengtauhidkan Allah?.. Memastikan setiap perkara yang berlaku mestilah diatas garis panduan yang telah Allah gariskan?.. Memastikan seluruh umat manusia mengakui akan Ketuhanan Allah?.. Memastikan tarbiah agama itu dirasai oleh seluruh manusia Ciptaa-Nya?.. memastikan segenap bentuk maksiat akan ditentang habis-habisan?.. berjuang bermati2an bagi melawan sebarang anasir yang boleh mengugatkan Agama Allah ini?.. & Memastikan kita semua berada di landasan yang betul bagi memperolehi Redho Allah & Syurga-Nya itu?



Duhai sahabat2 sekalian..
relakah kita memekakkan sahaja telinga bilamana terdengar laungan saudara2 kita yang kehausan iman? Relakah kita memejamkan sahaja mata bilamana melihat saudara2 kita melakukan maksiat kepada Allah? Dayuskah kita...???



Justeru Buat Sahabat Ansorullah sekalian:
Teruskanlah perjuangan, Benar.. kadangkala kita akan merasa keseorangan, beratnya beban, hebatnya ujian, kenapa ramai yang tidak memahami? mengapa ramai yang xnak menyertai? Sebaliknya ramai lak yang membenci ???
Namun ketahuilah sahabat.. Perjuangan kita ini adalah semata2 kerana Allah.. Rabb yang kita sayangi, Perjuangan untuk memastikan ajaran ini terus dipandang tinggi, perjuangan untuk memastikan diri & semua insan patuh pada Ilahi.. Oleh itu biarlah kita bermandi darah sekalipun.. Namun untuk menyerah & tunduk daripada jalan ini Tidak Sesekali !!



Akhir kata.. Percayalah sahabat2 sekalian bahawa Golongan yang akan menang pada akhir zaman nanti datangnya dari Golongan yang sedikit.. Ya Golongan yang sedikit.!! mudah2an kita senantiasa diredoi oleh Allah & tergolong dalam kalangan golongan tersebut(^^,).. Allahummaameen.



Ops.. terlupa Pakwan,
Semuanya itu terpulang pada kita untuk menilainya..bukan?
he2..maafkan Pakwan kalau terlalu mendesak(^^,)..
Lagipun baru Pakwan teringat.. bukankah tiada paksaan dalam beragama(^^,) ??
Tambahan Allah pun sudah memberikan kita kebebasan untuk membuat pilihan.. yang manakah terbaik wat kita.. Orang puteh kata: 'Its up to you'.
erm.. terpulanglah pada kita untuk membuat pilihan ek(^^,)
......... wallahua'lam.









Pakwan: Risaukan anak2 Pakwan nanti.... Allah3

Khamis, 10 Mac 2011

Titik Pertemuan [via etisalat]

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bermula Penulisan
Saya teringat kata2 Ustaz Zulfaisol semasa Dauroh Kitab Waraqot(usul fiqh) karangan Imam Juwaini atau lbih dikenali sebagai Imamul Haramain, Ada bberapa pendapat yg mengisahkan kenapa beliau d'kenali sebagai Al-imamul Haramain. Antranya lantaran beliau prnah menjadi Imam di Kota Makkah &Madinah, ada juga pendpat yg menyatakn beliau pernah menjadi Imam d'kedua2 tempat dlm satu wAktu, ia... Mungkin lantaran waktu solat yg berbeza antara Makkah &Madinah menjadikan pendapat ini ada logiknya.. Namun bleh jadi juga sebagai satu anugerah 'karamah' oleh Allah kpd Imam Juwaini.


'ala kulli hal... Ustz Zulfaisol ada menyandarkan kpd nasihat Ulama soal beberapa adab yang patut dijaga oleh seseorang yang ingin menulis.. Pertama mestilah dimulai dengan basmalah, ke-2 hamdalah & ke-3 Solla a'la Rosulillah... ianya adalah kesimpulan yang telah disarankan oleh nas, namun jika kita dapati ada antara karangan Ulama yang tidak dimulai dengan ketiga2 perkara ini... Hati mesti sangka baik (husnu zon)...Mungkin Syeikh sudah baca dalam hati @terlupa nak letak.. Mungkin juga ada pendapat yg lain.
Petang ini agak segar sikit kerana baru setelkan rak buku, namun tiba2 hati tertarik untuk berbicara mengenai satu perkara.. Bukan sebagai seorang pengkritik ataupun juri.. Tapi bolehlah kalau nak digelar sebagai Peguambela tidak rasmi.
Banyak persoalan yang timbul berkaitan Sahabt2 talaqqi d'Mesir ini, Mungkin lantaran jumlah mereka yang aktif berkomentar melalui fb/media cyber &mreka yg terkehadapn dalam menjawab agak kurang...maka persoalan ini hanya tinggal soalan &lebih teruk bila ianya menjdi kanser fitnah kepada Sahabat2 talaqqi... Saya tidak kata KANSER FITNAH itu benar...cuma saya cukup2 takut kalau ia benar2 terjadi.


SAHABAT TALAQQI Aktif BERMASYARAKAT,baru2 ini semasa Program WARDAH anjurn BKAN Pahang.. Saya agak kagum dengan seorang ustaz ini. Ustaz ini memang agak terkenal dikalangan Pelajar2 Pahang sebagai seorang yang kuat mengaji(tadah ilmu/talaqqi), bagi menjayakan majlis ini... Beliau bekerja semalaman tanpa henti, dari petangnya sampi ke Subuh(apa yang dapat saya perhati), Apa yang membuatkan kami kagum, sebaik selesai Solat Subuh.. Beliau terus memandu motor ke Kulliah Syeikh Yusri, Lebih mengejutkan.. sebaik selesai Kulliah Syeikh Yusri, beliau lantas berkejar ke Masjid Solah Ja'fari untuk bertalaqqi Alqura., Mungkin kerana m'hormati Program Persatuan.. beliau hanya dapat membaca sekitar 2maqra' sahaja... Smpaikn Syeikh Ashraf juga merasa hairan. Sebaik pulang semula ke Asrama Rumah Pahang.. Beliau kembali menyambung tugas yang sepatutnya.
Sahabat... Ustz yang pagi ini telah hadiri dua lokasi Majlis Ilmu yang jaraknya antara satu sama lain lebih kurang 20 minit perjalanan sebelum pulang ke Asrama Rumah Pahang... boleh sahaja turun ke Program, Sebaliknya kami yg tidak berbuat apa2 ini kecuali tidur & rehatkn diri tidak mampu turun membantu. Ustaz itu sudah lkukan 2 kerja sebelum Program... & kita hanya lakukan 1kerja sahaja. Tidak mengapa jika kita tidak berterima kasih... Tapi takkanlah sampai nak menghentam pula bukan(^^,)......




SAHABAT TALAQQI CAKNA ISU SEMASA, Masihkah anda ingat akn pristiwa BERSIH tempoh hari?baiklah... Mari kita imbau 2-3 hri sbelum tempoh kjadian, siapakah yg pling lantang brsuara supaya Mahasiswa celik politik? Siapakah yg pling petah mengeluarkan hujjah tentang hukum demo &pendpt2 Ulama' akannya? Lebih mengagumkan... siapakah yg pling lntang mengajak Mahasiswa turun &sma2 menyokong BERSIH? Bukankah Sahabat2 Talaqqi yang menjdi Jaguh dlm usaha2 ini?...


SAHABAT TALAQQI TONGGAK PERSATUAN, Mari kita lakukan apakah matlamat keberadaan mahasiswa di Bumi Mesir ini.. Pastinya 'Ilmu' bukan? baiklah...Mari kita lihat pengimarah &penggerak kepada majlis2 ilmu di Mesir ini, pengatur kpd jadual2 talaqqi.. Penghebah kepada maklumat2 terkini brkaitan ilmu? Bukankah semuanya diurus & dimonopoli oleh sahabat2 talaqqi kita.. Mereka2 inilah perintis kepada jalinan yang erat dengan Syeikh2 kita.. Sehingga manfaatnya dirasai oleh kita semua.. Lihat sahaja kepada Majlis2 Ilmu di rumah Pahang tercinta ini.. Siapakah Penggeraknya? Bukankh sahabat2 kita ini...?


SAHABAT TALAQQI SALAH SATU CABANG BATALION ISLAM,baru2 ini diadakn satu Majlis Penerangn &Solat Hajat didataran hayyu asyir.. Majlis berkisar ujian yg menimpa sahabat2 kt baru2 ini. Malangnya ada yg memprsoalkan
kenapa Majlis Ilmu boleh diadakan sedangkan majlis ini sedang diadakn (tempatnya hanya bersebelahan.. cuma dipsiahkan dengan di dalam & di luar Asrama).. Menampakkan seolah2 tiadak bersamaan Shabat2 talaqqi dgn Isu2 & Kesatuan Mahasiswa. Lantas mungkin krn tidak brstuju dengan penadapat itu.. Ustaz Nazrul bangkit membidas: Janganlah sesekali diusik akan isu ini.. Ini isu sensitif, biarlah Sahabt2 d'sana dgn kulliah &majlis ilmunya.. Yg sepatutnya kita tegur adalah Sahabat yang duk tidur kat atas sana.. Yg tidak turun mana2 tu. Lagipun mudh2an nanti.. Sahabat2 talaqqi ini boleh pula ajarkan pula Ilmu2 yg kita terlepas tadi..


SHABAT TALAQQI PENAWAR FITNAH,Sebelum berangkat ke Mesir dahulu.. Acapkali kita dengar tentang tabiat negatif majoriti pelajar AlAzhar, kata mereka Mahasiswa AlAzhar ini terlalu kuat berpersatuan sampaikan sanggup mengenepikan pelajaran, Hanya Alazhar pada nama nmun ilmunya tidaklah setanding gelarannya. Walaupun kata2 ini tidaklah tepat 100%.. Nmun kita juga prlu take-note dengan tohmahan ini, mengelak dari fitnah itu lebih bagus daripada membiarkan saja ianya membuak2...



Alhamdulillah..
Sdikit sebanyak kerajinan &ketekunan Sahabat Talaqqi berjaya membuka semula mata masyarakat. Ditambh pula dengan pengaplikasian semula ilmu2 tadi yang diterjemahkan melalui penghasilan terjemahan kitab2 kulliah kepada edisi melayu &juga Kelas2 Tafaqquh @Dauroh2 kitab kulliah... Semuanya ini pasti sedikit sebanyak dapat membntu mahasiswa2 di mesir ini...


ISUNYA, Apa yang dapat saya perhatikan, Isu2 ini berbangkit bukanlah kerana faktor yang benar2 kuat.
Disebabkan kita lihat Majlis Ilmu yang kita hadiri agak lenggang & tiada sambutan... maka hati mula mencipta pelbagai2 tohmahan & kritikan kepada mereka2 yang tidak hadir, 'Orang Persatuan' & tidak bersungguh dengan ilmu mungkin salah satu Istilah yang terhasil daripada ammarah ini.
Dalam waktu yang sama... Lantaran merasakan hanya kita yang membuat kerja, tiada orang yang membantu & menolong kita, maka istilah 'Orang Tallaqqi' & pentingkan diri sendiri kita lemparkan kepada sahabat2 kita...


PENAMBAH REKAH, Sudah pasti.. ianya berkisar soal 'MASA', dengan masa yang cukup2 terbatas... Sahabat kita terpaksa memilih antara dua tanggungjawab, disitulah pemilihan & saringan berlaku... Kita akan cenderung memilih sesuatu yang lebih kuat hujjahnya & serasi dengan diri.. Bila memilih untuk bersama salah seorang isteri..pastinya yang lagi satu akan merajuk bukan.... Namun tiada masalah jika kedua2 berlapang dada &understanding(^^,)..


JALAN HIKMAH, Setiap Mahasiswa ada kecenderungan & minat mereka yang tersendiri, Oleh itu.. mereka juga pastinya ada Hujjah bagi kecenderungan itu... Seperti juga kita(^^,), Justeru jalan terbaiknya... kita mesti meraikan kecenderungan itu.



JALAN BIJAK, adalah mencari titik persamaan antara kedua2 pihak... & Satukannya demi kebaikan bersama & kebaikannya juga akan dinikmati oleh semua pihak. Insya Allah

Pakwan:
Suka lihat TOKOH PERSATUAN YG BETALAQQI; u.Hairul nizam,u.nazrul,u.musoddiq,u.Zulfaisol.. Mudah2an Allah bersama kita semua.

Isnin, 14 Februari 2011

Mulianya Syeikh Ali Jum'ah... Justeru digelar jahat?





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mufti Mesir: Syeikh Ali Jum'ah




Assalamualaikum,
Alhamdulillah pagi tadi(saat nurkilan ini mula ditulis) saya berkesempatan mengerjakan Solat Subuh di salah sebuah Masjid di Perkampungan Sungai Isap Kuantan. Dengan jarak lebih kurang 3 minit perjalanan menaiki motor ex5, ianya sedikit sebanyak mengubat rindu yang lama terpendam untuk merasai suasana Subuh di Tanah Air.. setelah hampir enam bulan berkelana di Bumi Mesir.



Diringkas cerita..
Sebaik sahaja selesai Solat Subuh, Jamaah Masjid mula membuat Halaqah(bulatan) untuk sama2 mendengar Kulliah Subuh yang akan disampaikan oleh seorang Penceramah Undangan. Gaya penyampaian Ustaz agak menarik membuatkan hampir tiada jamaah yang tertidur, Sambil turut diselangi dengan kritikan sinis dalam isu politik & Akhlak.



Adakah silap telinga menangkap?..
Ketika mengulas isu Politik di Mesir [Kejatuhan Regim Husni Mubarak], tiba-tiba terpacul daripada mulut Ustaz ini..."Mufti Mesir Jahat" (lebih kurang bunyinya), Namun saya tepis bisikan itu... mungkin saya tersilap dengar.

Tidak semena2 1-2minit kemudian.. Kalimah itu terpacul lagi dari mulut Ustaz tersebut. Semuanya lantaran fatwa Syeikh Ali Jum'ah yang mengatakan bahawa: "elok jika Demonstrasi Pro-Demokrasi yang sedang memuncak itu dihentikan & diganti dengn dialog" (lebih kurang bunyinya). Mufti Mesir menyarankan sebegitu setelah melihatkan hampir 100 orang awam terkorban(angka itu semakin bertambah). Tidak cukup dengan melabel Syeikh Ali Jum'ah sebagai Mufti Jahat, 'Tok Guru' ini turut membanding2 pendapat itu dengan Fatwa Dr.Yusuf Qardhawi yang lebih memihak kepada Para Penunjuk Perasaan.



Kemudian..
Ustaz ini turut membidas Masyarakat Mesir lantaran hanya berani menumbangkan Presiden Hosni Mubarak setelah melihat Revolusi Tunisia berjaya, sedangkan bilangan Ulama'2 di Mesir berlambak2. Tambah 'Tok Guru' ini lagi, Ramai dikalangan Ustaz2 kita yang belajar tinggi2 tetapi pada akhirnya lentok bilamana Habuan Dunia terhidang di depan mata. Amar Makruf Nahi Munkar ditolak ke tepi lantaran nak jaga periuk nasi(lebih kurang bunyinya).



Apapun, Terima Kasihlah untuk Majlis ini,
Walaupun setia mengikuti Kulliah ini hingga ke penghujung, tetapi tidak bermakna saya setuju 100% degan buah fikiran itu, Apatah lagi dalam bab menggelarkan Syeikh Ali Jum'ah sebagai 'Mufti Jahat'. Tambahan ianya disampaikan kepada Orang2 kampung yang mungkin tidak belajar Agama secara mendalam apatah lagi mengaji 'Fiqh Ikhtilaf (Fiqh Muqarran)'. Saya risau jika kata2 Ustaz itu akan menjadi 'bawak mulut' orang kampung, Silap2 hari bulan Orang Kampung akan menganggap Mufti Mesir ini memang Ulama' Jahat & fatwanya selepas ini langsung tidak boleh diguna pakai.



Ustaz Penceramah..
Saya teringat kata2 Dr.Uthman ElMuhammady (Felo kehormat ISTAC UIA): Bukan semua orang layak dipanggil Ulama'. Seperti juga istilah Tok Guru, gelaran ini hanya diberikan oleh orang2 yang memang arif tentang ilmu agama kepada orang2 yang terpilih(lebih kurang bunyinya). Justeru, bukankah Syeikh Ali Jum'ah ini diakui sebagai seorang Ulama' oleh kebanyakan Tokoh2 Agama & Ulama'2 Dunia. Soal berbeza pendapat itu hal lain, yang penting Syeikh diakui sebagai seorang Ulama'. Sehinggakan kalau Ustaz melintasi Masjid Al-Azhar diwaktu ini, Ustaz akan dapati berpuluh2 bakal2 Ustaz & Ustazah yang sedang Bertalaqqi Kitab disana bersama Syeikh Ahmad & Syeikh Syaltut. Tahukah Ustaz bahawa 2 orang Syeikh ini juga adalah ANAK MURID kepada SYEIKH ALI JUM'AH?



Maaf Ustaz..
Saya rasa Ustaz pun faham, setiap orang yang berilmu akan sentiasa berhati2 dalam berkata2, apatah lagi seorang ulama'. Tujuannya tidak lain kerana memikirkan kesan yang akan terhasil daripada kata2nya itu nanti. Justeru setiap katanya2 itu pasti akan dikawal oleh ILMU-nya, serta ILMU itu mestilah diikat dengan AL-Quran & Al-Hadith, kerana itulah kita yakin & memegang kata2 Ulama'.



Namun Ustaz kita kena juga fahami,
Ulama' juga mempunyai 'target' & matlamat mereka tersendiri bilamana mengeluarkan sesuatu pendapat, kerana itu kita dapati terkadang fatwa yang Ulama'2 keluarkan berbeza mengikut suasana, individu & tempat. Sebagai contoh Fatwa Dr.Yusuf Al-Qardawi tentang mendengar 'alunan muzik'. Namun semuanya tidakkan lari daripada Al-Quran & Al-Hadith serta di dasarkan dengan ILMU mereka.



Adakah Ustaz perasan?
Ketika isu kebenaran menggunakan nama 'Allah', bagi merujuk Tuhan Kristian oleh penganutnya baik di dalam Bible ataupun majalah Kristian edisi Melayu (Malaysia). Pendapat daripada Tuan Guru Haron Din adalah Negatif sedangkan Tok Guru Nik Aziz adalah Positif. Bagaimana isu ini boleh berlaku? Bukankah kedua2nya Ulama? Pimpinan Gerakan Islam yang sama? Kenapa?............. Tidak lain kerana Matlamat@target yang berbeza. Tuan Guru Harun Din mungkin memikirkan akan Bahayanya kepada Orang Islam jika ianya dimanipulasi oleh P'dakyah Kristian. sedangkan Tok Guru Nik Aziz mungkin memandangnya dari sudut dakwah kepada Orang Kristian akan menjadi lebih mudah.... Nah bukan kah mudah jika berfikiran begini? Asalkan kedua2nya berpaksikan kepada Ilmu. Maka tidak ada apa yang perlu kita risaukan.







Bagi Saya Ustaz..
Saya lebih suka melihat Imam As-Syafie, Tatkala Imam Syafie datang ke Baghdad & tiba di sebuah masjid. Ketika itu makmum sedang bersiap2 untuk Solat Subuh, melihatkan kehadiran Seorang Ulama hebat, Jemaah meminta Imam Syafie untuk menjadi imam. Sebaik sahaja selesai Solat Subuh, Jemaah bertanya kepada Imam Syafie kenapa tidak dibaca Doa Qunut ketika Solat tadi. Lantas Imam Syafie menyatakan: " Aku menghormati Mazhab yang kamu anuti" (lebih kurang bunyinya). Nah Ustaz.. Itu Imam Syafie (pencetus kepada Mazhab Syafie yang majoriti daripada masyarakat kita anuti serta ada sebahagiannya cuba pelajari di Madrasah2 & Kulliah2 baik di Malaysia mahupun luar negara). Apatah lagi kita yang kerdil ini, sudah tentulah kena lebih2 lagi dalam 'menghomati pendapat' dan 'Bersangka baik' kepada Ulama'.

Wallahua'lam,
Sekian sahaja, Mudah2an Allah sentiasa memimpin kita ke Jalan Taqwa.. ameen





Pakwan:
Cakap Siang Pandang2... Cakap Malam Dengar2,
Cakap Bohong Berdosa.. Tak Cakap pula Bisu.

Jumaat, 19 November 2010

Kisah Abang Lebai


  بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Terperanjat Pakwan
Masakan tidak.. pada Isnin malam,
Panggilan dari Sahabat baik Pakwan Amir.. berbeza nadanya,
Kebiasaannya berbaur semangat.. tidak Semangat Bisnes.. Mungkin semangat Dakwah,
Tapi kali ini alunannya berbeza, Ya.. Alunan kecewa yang mencemaskan,
Alunan yang tidak mungkin diluahkan oleh Kaum Adam.. Kecuali tika hatinya benar-benar tercabar.

“Pakwan, Aisyah keluar dengan Seorang lelaki..
mereka berdua-duaan dalam kereta.. Ana kenal sangat Mamat tu,
Diorang dah lama kenal.. ana dengar Aisyah kerap adu masalah pada Mamat ni,

Diorang memang teman rapat,
Aisyah pernah jatuh hati pada Mamat ni..
tapi Mamat itu tolak sebab sudah berpunya.”
Luah Amir penuh kekecewaan.

Telinga Pakwan setia mendengar..
Sesekali mulut cuba tenteramkan jiwanya.. isyarat faham akan derita..

“Ya Allah.. Pakwan, Ana memang rasa...... Argh !!!, ” Luahan Amir terhenti..
Pakwan faham.. hatinya tengah remuk.... Jiwa egoisnya sedang tercalar,
tersenyum Pakwan disebalik corong telefon,

“Ya Allah.. disaat ini engkau sedang menguji sahabat baikku ini... Mudah-mudahan Engkau juga akan membimbingnya keluar dari masalah ini.”

“Sabar Amir.. Allah sedang menguji enta tu.. Ingat Allah banyak-banyak, Insha Allah... Allah takkan berikan sebarang ujian kecuali Allah tahu kita mampu mendepaninya (mafhum Surah Albaqarah 2:286). Ceritalah.. Insha Allah ana akan cuba tolong.”


Sambil mendengar.. 
Akal Pakwan ligat memikir jalan keluar terbaik..
Daripada cerita tersebut.. Pakwan rasa Pakwan faham akarnya,

Pakwan cuba selami diri Amir..
Iyelah Orang berkasih, segala tingkah laku pasangan diperhatikan.. Semuanya dibaca dan dikaji,
Diri kekasih seolah-olah miliknya.. pergerakan, pergaulan danperbuatannya.. mesti mengikut kemahuan kita. Pantang menyimpang sedikit... pasti ada hati yang terluka.. Cemburu apatah lagi..
Pendek kata... diri kekasih seolah-olah sebahagian daripada dirinya...

Namun.. Aisyah juga perlukan keadilan..
Yupp.. sesuai dengan Ilmunya, Pemikirannya dan Suasana sekelilingnya,
Tambahan. Aisyah juga salah seorang Ahli Usrah di kampus..
Kebiasaannya Wanita Tarbiah ini bukan calang-calang peribadinya..
Kenapa sampai boleh berdua-duaan.. Istilah agamanya ‘berkhalwat’
Mungkinkah Aisyah tidak tahu ataupun tidak perasan... Mungkin juga tidak rasa itu tindakan salah..
Ataupun.. Aisyah terdesak untuk mencari teman untuk luahkan masalah?
Semua kemungkinan ini Pakwan tidak boleh abaikan.


Pakwan faham..
Si lelaki itu bukan orang lain.. sahabat baik Aisyah sendiri,
Sudah lama kenal.. ditambah dengan sifat memahami yang ada..
Jadi mungkin Aisyah lebih selesa mengadu dan luahkan masalah pada Si dia.
Namun.. betulkah dengan berdua-diaan begitu cara terbaik?

Pakwan minta maaf..
Pakwan rasa Tidak.. Tidak sama sekali,
Justeru.. Aisyah masih punyai Teman-teman  wanita bukan?
Kakak-kakak usrah untuk diadu masalah.. teman-teman wanita untuk diajak berbincang..
Ibu bapa.. Adik beradik.. itukan lebih baik,

Jika tidakpun.. Aisyah mesti membawa mahram bersama..
ditempat awam.. jauh dari finah manusia.. terhindar dari tusukan Syaitan,
Itukan lebih manis..

Jauh di dalam Sanubari Amir
Kalaulah Aisyah dapat selami perasaan Amir... Hanya Allah yang tahu....
Betapa Amir cukup-cukup sayang dan ambil berat akan Aisyah,


Aisyah..
Pernah Amir ajak Aisyah keluar? Ajak-ajak pergi dating kat Sharefarm? Tidak bukan...?
Usahkan untuk manja-manja.. mesej pun Amir tapis-tapis sebab takut Mr.S cucuk jarum..
Semuanya lantaran nak jaga Aisyah.. Nak batasi hubungan kalian..
Takut andai datangkan murka Allah.. Takut Allah tidak redho,

Hakikatnya.. hatinya cukup-cukup sayang akan Aisyah,
Alahai.. Sayangnya andai tidak hargai manusia sebaik itu.


Pakwan tersenyum..
Teringat masa mula-mula Aisyah minta Amir bimbingkan supaya menjadi Muslimah Solehah..
Tidak keruan Amir dibuatnya..

Boleh katakan tiap-tiap malam Amir ni call Pakwan.. minta pendekatan terbaik,
Kalau tolak nanti rugi.. Sebab dia kata Aisyah ni pretty,
(isyi.. gatal gak si Amir ni ek)..... (hah.. bangga la tu)
ditambah Aisyah memilih berdasarkan akhlak dia..
dan paling penting Aisyah juga Ahli Usrah (Ahli Tarbiah).

Acap kalilah Si Amir lakukan Solat Istikharah sama ada mahu terima atau tidak..
Macam-macam tips dia minta daripada Pakwan.. dari Dr.HM Tuah,Dr.Fadzilah sampailah Dr.Robiah. Daripada nak tahu kriteria wanita Solehah.. sampailah nak lihat keserasian..

Sudahlah begitu.. tiba-tiba, dalam masa yang sama..
sampai 8 orang wanita sudah jatuhkan hati mereka pada Si Amir..
kalau jenis wanita liar tidak mengapa, ini.. semuanya jenis 'Orang Masjid'..,

Ya Allah.. Aisyah, Beratnya seksaan yang terpaksa Amir tanggung..
Untuk menolak hasrat hati Wanita-wanita solehah tersebut.. Sekaligus melukai hati wanita-wanita baik. Boleh saja kalau Amir mainkan hati Aisyah serta wanita-wanita tersebut. Ibarat seorang Playboy. Inikan impian ramai lelaki.

Sebaliknya dia tetap memilih Aisyah.. Serta menolak wanita-wanita itu secara baik..

Alhamdulillah.. Wajah Aisyah sering bermain di mimpi Amir,
Lebih Pakwan bersetuju.. bila Amir sudah dahuluinya dengan Solat Istikharah..
Mudah-mudahan Allah telah mengatur jalan terbaik buat kalian berdua,

Tip-Top..
Suatu malam (7 March 2010).. Amir telefon Pakwan,
Ya Allah.. Perkara yang tidak disangka-sangka berlaku sudah berlaku,
Betulkah Aisyah keluar dengan Seorang Lelaki? 
(Cuba Aisyah fahami fikiran Amir.. bila dapati insan yang ia suka. Aisyah berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam kereta. Dengarnya saling meluah emosi. Ada yang mengadu dan seorang lagi pujuk.. Kecewanya hati Amir tatkala itu),

Lebih menyedihkan Si Amir.. rupa-rupanya ini bukan kali pertama,
Betulkah Aisyah pernah membonceng motosikal lelaki tersebut suatu ketika dahulu..
Sebab katanya sudah lewat malam dan tiada bas..


Pakwan terdiam,
Fikiran Pakwan mula berperang diantara Logik dan kasihan.
Pakwan tidak sangka ianya akan terjadi..


Betulkah sampai tiada Sahabat Muslimah yang boleh diajak berbincang.. untuk luahkan masalah peribadi. Kalau kata tiada kenderaan untuk pulang ke kampus..
Bukannya tiada akak-akak senior yang boleh tolong ambilkan..

Tambahan bukankah ramai siswi yang ada kenderaan..
Sahabat Usrah Muslimah pun boleh tolong ambilkan..
Kenapa sampai minta bantuan daripada Seorang Lelaki yang bukan muhrim untuk datang ambil?..
........dengan Motor?

Sangat tidak manis kelakuan ini.

Aisyah.. Maafkan Pakwan,
Pakwan pernah terfikir untuk putuskan sahaja ikatan itu, Ya.. putuskan hubungan kalian,
Tapi bila difikir-fikir kembali, Kami tersedar.. Amir tidak boleh putuskan begitu sahaja,

Kerana dahulu Aisyah 'datang' kerana agama..
Inginkan bimbingan.. kenapa tidak akhirkan juga dengan bimbingan.. mudah-mudahan Aisyah tersedar,

Jika tidakpun..
Sekurang-kurangnya Amir sudah menjalankan amanah Allah untuk menegur kesilapan ini..
Walaupun bukan sebagai Seorang yang Istimewa..
tapi mungkin sebagai seorang yang sayangkan saudaranya sendiri.


Sesi Teguran diatur
Akhirnya.. Si Amir pun buat-buatlahlah tersalah hantar SMS kepada Aisyah
(kononnya nak tanya pendapat Pakwan berkenaan perihal salah laku Aisyah
dan baguskah andai dia berikan kata dua kepada Aisyah.. sama ada nak pilih kehidupan sekarang atau nak berubah), 
Hahaha.. ingat lagi.?


Alhamdulillah..
hasilnya bagi Pakwan cukup-cukup berbaloi,
Dengar-dengarnya setelah berbincang dari hati ke hati.. ada yang mengaku kesilapan
dan bersedia untuk berubah,

Sampai Pakwan dengar Aisyah nekad nak jadikan Si Amir ni suami yang sah lagi,

eh.. iye ke macam tu(^^,)..

Fulamak.. mengalahkan Romeo dan Juliet deme berdua ni ek(^^,),
malu la tu.. rahsia terdedah..hahaha, xpe.. Sidang Pembaca tidak tahu siapa kalian(^^,)

(Malam tu Pakwan tertidur sambil tersenyum.. sampai telinga pula tu.. sebab gembira sangat-sangat(^^,)..hahaha)






W A R G H H H H H H H H.............      M E N G A N T U K N Y A ! ! ! ! ! ! !
Oklah, Restoran depan rumah Pakwan pun sudah nak tutup. Pakwan kira cukuplah sekadar itu dulu (^^,)Y...... Kita sambung lain kali la pula ya, Insya Allah.. WSLM

Payah bertunang lama-lama ni. Kan senang kawin je terus. hish korang ni....


Sumber: Sahabat
Salinan: Facebook Pakwan
Penambah: Pakwan






Pakwan: Alhamdulillah.. Tersenyum lagi(^^,)..






1 Jan 2013: Rasa nak tergelak baca rakaman dulu-dulu...hehehe,
Janganlah dipadam... biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah...hehehe,
Adalah 2-3 perkara yang kome tak berapa setuju dengan pendapat kome yang lampau..
Namun biarlah ek.. Mudah-mudahan Allah memberi taufiq buat kita semua.....waslm

Sabtu, 13 November 2010

Kisah Anak Soleh


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Assalamualaikum,
Suatu kisah yang bagi Pakwan cukup2 menarik..
Pakwan terbacanya lebih kurang 2 tahun leps
masa nak cari bahan untuk Risalah Minda Huffaz (Tahfiz_Pahang)..
Mula2 baca memang tersentuh habis perasaan Pakwan ..
Jadi.. rugi rasanya andai kita tak kongsikan bersama..


Pernah terjadi di suatu ketika,
Seorang wanita telah meninggal dunia..
tanpa disedari oleh jiran2nya.

Menurut kebiasaannya sebelum meninggal..
wanita tersebut sering kelihatan bersembang dengan jiran-jiran,
tetapi tidak kali ini..
kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak.. tidak pula.

Setelah merasakan agak lama wanita itu menghilang,
Jiran2 mula mengesyaki sesuatu telah berlaku,
Mereka kemudian melawat ke rumah wanita tersebut..
Sambil memberi salam.. mereka menjenguk ke dalam rumah..
Tetapi tiada jawapan.

Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk,

Ya Allah..
Alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati..
wanita tersebut telahpun meninggal dunia !
Berdasarkan keadaannya ..
wanita itu dipercayai meninggal ketika masih Solat.
Lantas.. Mereka terus menghubungi anak2 Allahyarhamah.

Menurut kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian & hatta di mana2 tempat sekalipun,
jenazah selalunya akan diserah untuk diurus oleh orang2 kampung / jemaah2 masjid,
Jenazah lelaki oleh jemaah lelaki / Jenazah wanita oleh jemaah wanita.
Tetapi berlainan pula dengan jenazah wanita ini..

Ya..
Kerja2 mengurus jenazah dilaksanakan sendiri oleh ketiga2 anaknya,
bermula daripada mandi, kafan, serta solat jenazah untuk Ibu mereka.
Dengan Belaian Kasih Sayang dan Rasa Hormat..
Kesemuanya dilaksanakan sendiri oleh Si Anak2 ini.
Solat Jenazah tersebut juga di-Imamkan oleh salah seorang anak wanita bertuah ini.

Walaupun telah diminta oleh Orang2 Kampung untuk membantu..
Mereka adik-beradik dengan penuh sopan mengatakan:



"bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa..
melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka..
sehingga menjadi anak-anak yang berguna,
Oleh itu, sebagai Penghormatan yang terakhir
dan tanda kasih sayang mereka terhadap ibu,
biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu."


Mendengarkannya..
membuatkan ada Orang Kampung yang menitiskan airmata,

Ya Allah..
mengenangkan Kebaikan dan Ke-Solehan anak2 wanita ini..


Bertuahnya..
hasil didikan tangan Si Ibu,
berjaya sudah membentuk anak2 yang diterangi Cahaya Iman.






Sehinggalah ke saat Pengkebumian Jenazah,
Urusan ini disempurnakan sendiri oleh mereka adik beradik.



Ya Allah.. betapa bertuahnya Si Ibu ini kerana mempunyai anak2..
yang boleh mengkafan, memandi serta menyembahyangkannya tatkala dia telah meninggal dunia,

Ya Allah.. betapa bertuahnya Si Anak ini kerana mempunyai ibu..
& diberi kesempatan & kemampuan oleh Allah untuk berbakti buat kali terakhir padanya,
Kisah ini bukanlah Kisah rekaan semata2..

Sebaliknya ia benar2 terjadi, Ketiga2 Anak Mithali tersebut adalah:
Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din Alhafiz (Pemimpin Agama), Alfadhil Dato Abu Hassan Din Alhafiz (Mantan Pegawai Istana Negara & Alfadhil Ustaz Ishak Din (Pendakwah bebas),



Pakwan:
"...Ya Allah jgnlah diKau m'mbenarkan sebarang Azab menyentuh kedua Ibu bapaku.. hatta sekecil2 hingga sebesar2 Azab, masukkanlah mereka berdua ke dalam Syurga Firdaus-Mu Allah, Cintailah mereka & kurniakanlah ke dalam hati mereka Rasa Cinta yg sangat mendalam terhadap-Mu...Ameen..."
.

Selasa, 21 September 2010

Dakwah Usahawan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Cyber Cafe yang memukau,
Semasa ke Cyber Cafe di Terminal Makmur.. untuk beberapa urusan,
Mula2 masuk ke CC tersebut, Saya lihat banyak kata2 hikmat tergantung di dinding..
Petikan hadis, Kata2 ulama', tazkirah2 ringkas & Ayat2 falsafah.. gaya 'kata2' tersebut disusun memang santai & menarik minat orang awam untuk baca.
"Erm.. Jarang ada CC camni, menarik," Fikir Saya sendirian.



Tiba2.. Tokey CC tersebut (Malayu) menyapa,
Tokey tersebut menyoal saya perihal ulama'2 yang ada sekitar Kuantan ni..
Dia nyatakan.. sekarang dia sedang nak create sebuah buku 'Sanad' (Salasilah ilmu yang sampai kepada Rasulullah) & Dia anjurkan pada saya.. untuk ambil sanad yang rajih (Diyakini) jikalau ke Timur Tengah nanti.



"Apahal lak ni? layan je la.."
Mula2 saya ingatkan dia ni juz Orang biasa2 jek.. mungkin jenis seorang yang semangat agama,
Namun.. tanggapan saya tadi meleset sama sekali,
Wah.. Orang hebat rupanya, Padan pun guna istilah tinggi2.. ayat2 ilmiah,
Rupa2nya.. Berkelulusan Universiti Madinah (Tempat yang cukup2 sukar untuk apply & masuk, tambahan semua perbelanjaan ditanggung Kerajaan Arab Saudi),



Fuhhh,
Disebalik tu, terbit rasa kagum dalam hati saya,
Iyelah.. Bukan sahaja mahir dalam bidang agama..
Malahan juga mahir dalam Teknologi Bisnes, Mahir dalam ilmu kehidupan,
Natijahnya.. Semua pelanggan yang terbaca kata2 tersebut dapat 'ditarbiah' secara halus..
Dakwah pun dapat bertebaran di situ.. Coz 'Kepala' yang berkuasa sudah Islami..


Sokongan kita
Sebab tu kita sangat menyokong mereka2 yang ada semangat agama ni berkuasa,
Punyai kuasa untuk mengarah & punyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain,

Tidak semestinya Bisnesman yang punyai pengaruh kekayaan berbilion2 ..
@ Pengarah2 syarikat yang punyai kuasa veto terhadap anak2 buah..
Bukankah semua orang punyai 'Kelebihan' tersendiri?
Justeru.. gunakanlah untuk Islam..

Penangan Figur2 cintakan Islam
Saya yakin sudah sampai masanya..
Yupp.. masa untuk Figur2 Muslim menguasai dunia,
Kerahkan tenaga & jiwa untuk pastikan Panji Islam di puncak,
Kalaupun belum menguasai.. mungkin sudah bergerak kearahnya,
Mustahil & Tidak yakin?.... Terpulang... Tapi I'Allah itulah hakikat yang sedang berlaku sekarang,
Figur2 & Tokoh2 Muslim kini semakin gemerlap..
Sana-sini Syariat Islam berjaya mereka pasakkan di Tempat mereka berada...



Kata2 CEO Air Asia (Dato' Seri Tony Fernandes)..
(lebih kurang bunyinya):



"Ramai orang memandang sinis ketika saya ingin menceburkan diri dalam industri Penerbangan Tambang Murah, mereka katakan itu suatu idea yang gila. ha2.. saya terima semua itu dengan telinga kiri & saya keluarkannya melalui telinga kanan, untuk idea gila itu saya sanggup berhenti sebagai Eksekutif di Warner Music & cagarkan rumah saya, lagipun saya memang selalu buat perkara yang gila..."






Belajar dari ISRAEL
Bukan sahaja memiliki perasaan yakin diri yang tinggi,
malahan.. mereka juga punyai satu jaringan yang cukup2 mantap..
setiap lapangan strategik mereka kuasai..
bermula dari Produk makanan, Ekonomi, Bidang2 Profesional, Pemimpin2 politik, Ketenteraan,
Pelobi2, Media2, NGO2 sosial & bermacam2 lagi lapangan strategik.







Impak yang terhasil..
Satu dunia dapat mereka kuasai.. Jumlah mereka tidaklah banyak,
Namun... Seluruh dunia terpaksa mengikut telunjuk diorang,
sebab apa?? sebab mereka jadi BOSS & kita  KULI !!
sebab apa?? sebab seluruh Keperluan Hidup kita dari sekecil2 hingga sebesar2 datang dari Yahudi,
sebab apa?? sebab seluruh Syarikat2 besar diorang yang kuasai,
sebab apa?? sebab mereka dah ditanamkan sejak dari kecil & sentiasa berpegang dengan fahaman bahawa mereka adalah bangsa termulia & bangsa memerintah..
sebab apa?? SEBAB KITA BOLEH TERIMA-NYA...



Nah sahabat,
Sebab tu kita kena bangkit & bangkitkan sekali member2 kita,
Figur2 Islam perlu kuasai dunia ini, Yupp.. kuasai seluruh dunia..


Buat Mahasiswa & Organisasi
Jadilah 'Orang Kuat'.. Coz tanpa 'Org Kuat' sesuatu kerja payah nak jalan,
Nah sahabat.. masa tu r 'Org Kuat' nak cucuk jarum Dakwah Islamiah..!!














Kata Akhir,
Insya Allah, seperti yang diwar2kan oleh Syeikh Mohd Abduh..
"Abad Ke21 adalah abad kebangkitan umat Islam,
Telah tiba masanya dunia tahu betapa Orang Beriman itu Cukup2 Kuat Pengaruhnya &Cukup2 Erat Ikatannya.........,



Nak Akhir dah..
Percayalah dengan janji Allah:
"Allah akan menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya"
Percayalah dengan janji Rasulullah:
"3 Gologan yang Allah akan permurahkan rezeki padanya: iaitu Mujahid di jalan Allah, Seseorang yang ingin bernikah lantaran ingin memagari dirinya daripada maksiat & Seseorang yang menghubungkan tali silaturrahim"  (Sumber nas asal masih belum saya temui)



Dah Akhir..
....................................Wassalam




Pakwan: Taati Allah & Yakinlah pada diri sendiri(^^,)..