Ahad, 28 Jun 2015

Persediaan Wajib Sebelum ke Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Persediaan Sebelum ke Mesir;

Seronok melayan adik-adik yang baru mendapat result.

1. Kini topik 'sambung belajar' menjadi pilihan mereka. Ada yang sudah memasang angan-angan ke IPT. Tidak kurang, yang teruja nak merantau menimba ilmu di negara arab. Mudah-mudahan Allah berikan tempat terbaik.

Post kali ini sengaja nak fokuskan kepada persediaan jika ingin ke Mesir. Lebih khusus Ilmu Nahu.

2. Dalam banyak-banyak persediaan. Bagi saya, dalami Ilmu Nahu dan Sorof antara yang paling penting. Sekarang sudah bulan March. Insha Allah dalam masa 4-5 bulan sebelum berlepas ini, pastikan ilmu ini dikuasai atau sekurang-kurangnya telah nampak gambaran awal.

3. Di sana nanti, semua Ilmu berhajat kepada Ilmu Nahu dan Sorof sebagai ilmu alatnya.

4. Saya sukar membayangkan. Bagaimana Seorang Pelajar Qiraat boleh memahami dengan mudah, Matan Toyyibah susunan Imam Jazari, tanpa bantuan Ilmu Nahu dan Sorof. Salah satu matan yang disusun dengan kemahiran Nahu yang sangat tinggi.

5. Ilmu Sorof juga sangat membantu pelajar memahami istilah-istilah di dalam Ilmu Mustalah Hadith dengan pantas. Tanpa perlu berhempas pulas memahami takrif.

6. Begitu juga dalam Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf. Penguasaan Ilmu Nahu dan Sorof juga amat diperlukan dalam nak memahami teks. Tersilap memberikan 'atof, mengembalikan domir atau mencari khobar. Maka pelajar dengan sangat mudah terdedah dengan risiko 'salah kefahaman'.

7. Tidak dinafikan. Ilmu Nahu dan Sorof ini juga boleh kita dalami di Mesir nanti. Namun, jika sejak dari Malaysia lagi kita telah kuasai, atau sekurang-kurangnya telah 'lalu air'. Maka di sana nanti kita akan lebih mudah faham. Seterusnya boleh melangkah ke kitab yang lebih tinggi dengan mudah.

8. Akhir kata. Di samping hadir ke kulliah di Universiti. Rajin-rajinlah bermulazamah dengan Kelas Talaqqi. Berkenalanlah dengan Mudoyyafah Syeikh Ali Jum'ah, Sahah Yamani, Mujawwir AlAzhar, Markaz Dar Hasani, Masjid Khazandarah dan Ruwaq-ruwaq di Masjid Al-Azhar.

9. Kadangkala sedih juga. Bila graduan Syariah mahir bab solat syiddati khouf , tapi tak pandai bab istijmar dalam bersuci. Mahir bab zakat perniagaan, tapi 'surrender ' bab masbuk muafiq dalam solat berjemaah.

10. Bila anda telah bulatkan tekad untuk mengaji di Jami'ah AlAzhar Mesir. Usah hiraukan cakap-cakap orang. Sekarang Fokus kepada memahami Ilmu Nahu Sorof, dan bersedialah untuk berkorban. 5-6 bulan akan datang, Insha Allah anda akan dapati, anda sedang berada di tengah-tengah Syurga Menuntut Ilmu yang belum pernah anda nikmati sebelum ini.

11. Ketika itu. Semakin kuat anda. Maka semakin banyak 'mutiara' yang akan anda kutip di sana insha Allah. Selamat Berjaya hendaknya dan selamat membuat persediaan.