Ahad, 28 Jun 2015

Jangan banyak cakap depan guru

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Nikmati Kembara Percuma;

Cubalah perhatikan Orang Alim dan Soleh, guru-guru kita. Seronok sejuk melihat seni pergaulan mereka,
Teringat kisah baru-baru ini;

" Seorang guru agama yang alim. Beliau sangat mahir ilmu turath (kitab kuning) dan pengalamannya belajar selama hampir umurnya kini 40-an, cukup menerangkan siapa beliau. Pernah berguru di Pattani dan Kedah.

Kisahnya,
Semasa ke Terengganu, beliau mendapat khabar terdapat seorang tua yang sezaman dengan Tok Kenali masih lagi hidup. Lantas beliau segera ambil kesempatan untuk berziarah.

Beliau suka bertemu orang alim, dan tujuannya ke Terenggau juga kerana Ijtima Ulama di Rusila (Walaupun beliau pun lantang kritik PAS).

Sebaik bertentang mata dengan guru yang sezaman dengan Tok Kenali itu. Peribadinya terus berubah. Dari sebelumnya seorang yang banyak 'memberi info', lantang menegur dan lincah memberi nasihat kepada pelajarnya. Pantas beliau menjadi persis pelajar. Kepada watak 'pendengar setia' dan 'Kuat bertanya'. Beliau korek sungguh-sungguh faedah dari tuan guru sezaman Tok Kenali itu,

Sesiapa yang melihat pasti kagum dengan sikapnya, insha Allah"

Andai kita semua amati.

Beginilah juga sikap Syeikh Usamah Alazhari, Habib Ali Zainal Abidin Alhamid dan alim ulama kita yang lain. Mereka tahu waktu bila mereka perlu 'diam' dan kutip sebanyaknya 'istifadhah' (manfaat). Walhal semasa di podium atau pentas, berebut-rebut pelajar mahu mendengar kalam mereka,

Begitu jugalah dengan mereka yang.banyak pengalaman serta telah lama dalam satu-satu bidang pekerjaan. Rugi jika kita pula yang banyak cakap, bukan banyak mendengar 'buah hikmah' dari mereka,

Sangat-sangat rugi jika Ilmu dan Pengalaman berharga dan susah nak dapat oleh orang lain itu, kita biarkan begitu sahaja. Nikmatilah kembara percuma, sementara kita pun masih muda.