Rabu, 25 Mac 2020

FARAID

Baru ni berbual dengan guru. Pengkhususan-nya law.  Beliau baru viva PhD Ahad baru ni, pass with minor correction. Lama juga berbual, dekat dua jam. Topiknya pasal faraid atau mirath (pusaka) dan hadonah (hak jagaan anak). Best dengar beliau ulas, pertamanya sebab expert. Kedua sebab contoh kes yang dia bawa tu mudah kita faham.
.
Kalau melibatkan faraid ni memang payah. Pertama tak ramai nak follow ketetapan Allah. Kedua ramai yang berlepas diri tak nak urus. Dan ketiga, ia agak rumit sebab terpaksa kumpul dan bahagikan ikut pecahan yang Syariat dah tetap. Sama ada ½, ⅓, ¼, ⅛, ⅔ atau sebagainya.
.
Ingat Syeikh Yusri pernah cerita di masjidnya di Jabal Muqottam. Waktu bapanya meninggal dulu. Lama juga Syeikh Yusri ambil masa nak bahagikan faraid ni. Selesaikan bahagian adik beradik dan setiap yang terlibat.
.
Bagitau ke guru. Kalau camtu, payah jugalah kita nak trace ye. Nak² kalau si mati ada share dalam syarikat. Sebab kalau rumah, kereta, duit. Tu benda kita nampak. Kalau main saham rumit juga. So, camne nak buat ye?
.
Guru cadangkan 3 cara. Pertama, gunakan khidmat Amanah Raya. Tapi mungkin prosesnya makan masa. Kedua, gunakan syarikat private. Kelemahannya, charge mungkin agak tinggi. Dalam 11%. Dan ketiga. Gunakan syarikat guaman. Yang ni tak pasti kosnya. Jadi merekalah yang akan all-out trace harta si mati.
.
Seorang teman jeling ke koi. Bisiknya, mudah wariskan ilmu je. Tak pening². hehe.
.
Tapi tak juga:
.
رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: “لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ
.
Umur, jasad, ilmu dan harta. Semua akan ditanya kat akhirat nanti.

Puasa Sunat 8 hari Zulhijjah.

Dalam Asna al-Matolib oleh Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori (Syarah kepada Roud at-Tholib). Ada dicerita akan sunat berpuasa dari 1-8 Zulhijjah. Baik bagi yang berhasrat mengerjakan haji atau tidak.
.
Berbeza dengan puasa Arafah atau 9 Zulhijjah. Puasa Arafah hanya disunatkan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji.

Wahhabi

Masa belajar dulu. Biasalah, antara isu yang sangat digemari di Ardil Kinanah ialah Wahhabi.
.
Paling kemuncak. Waktu Syeikh Hassan Syafie. Seorang ulama al-Azhar, yang ditarik janggutnya ketika nak naik sampaikan khutbah. Kemudian, kebetulan beberapa hari kemudian Majlis Khatam Kitab Syamail Muhammadiah oleh Syeikh Usamah al-Azhari. Maka masyaikh Azhar ambil kesempatan berkumpul dan nyatakan pendirian al-Azhar, mengkritik pendekatan yang diguna Wahhabi.
.
Masa tu baru sampai. First time tengok suasana ghuzwatul fiqr begini. Kat Malaysia masa tu kan kita tak terdedah sangat.
.
Malah masa berbual dengan beberapa masyaikh, rupanya ramai juga masyaikh yang pada awal pengembaraan ilmunya, terpengaruh dengan fahaman Wahhabi. Malas nak beritau siapa-siapa. Kalau beritau, mesti ramai terkejut.  hehe.
.
Namun suka dengan pendekatan Habib Ahmad Almaqdi. Masa petik isu ni. Habib Ahmad marah kami. Katanya Wahhabi kuat bukan sebab kukuhnya fahaman yang mereka pegang, tapi sebab kamu malas mengaji !
.
Bila muncul je topik Wahhabi, inilah yang selalu Habib duk ulang. "Sebab kamu malas mengaji ! ".
.
Habib cerita. Dulupun di Hadramaut fahaman Wahhabi mengakar. Tapi cara Habaib kat sana. Mereka tak serang Wahhabi. Tapi mereka perbanyakkan majlis ta'lim. Lama-lama, masyarakat semakin faham dan fahaman Wahhabi kendur dengan sendiri.
.
Ayat yang selalu Baba Ismail Sepanjang guna pun sedap didengar. "Kamu serang kami terang ".
.
Wahhabi bukan musuh kita. Mereka sahabat kita. Saudara kita. Mereka mad'u kita.

Step ketiga bagi Pelajar Tahfiz;

Step ketiga bagi pelajar. Setelah selesai tasmik al-Quran ialah proses syahadah. Jika sebelum ini, mereka akan hafaz secara runcit. Kita biasa panggil tasmik, atau sabaq. Satu hari mungkin satu maqra' atau 1-2 muka (Ikut kemampuan pelajar). Pelajar perdengarkan hafalan al-Quran hariannya kepada guru.
.
Dalam masa yang sama. Hafalan tadi perlu di murojaah atau diulang. Inilah kita panggil step kedua. Untuk hafalan terdekat (Kitaran tasmi' terkumpul seminggu), kita panggil Para sabaq. Dan untuk hafalan lama (Semua hafalannya yang terdahulu) dipanggil Amukhta.
.
Namun Tasmik dan Murojaah ini hanya rutin asas. Kemuncak bagi seorang pelajar tahfiz ialah Syahadah. Kerana ketika inilah, ingatan al-Quran nya teruji. Berapa mutqin hafalannya, berapa banyak kesalahan dan lopong kalau ada.
.
Untuk buat syahadah. Perlukan persediaan rapi. Berapa juzuk kena ulang sehari. Berapa kesalahan minima pelajar boleh lakukan. Terdapat 3 jenis syahadah. 10 juz, 20 juz dan 30 juz. Tapi ada juga sebahagian tempat yang wujudkan 5 juz, sebagai satu cara nak naikkan semangat pelajar untuk seronok buat syahadah.
.
Biasanya bagi pelajar yang lancar. Satu juz akan selesai dalam purata 20 minit. Dengan tajwid dan hafalan terjaga. Kalau 10 juz, dalam 3 Jam 20 minit.
.
Kaedah syahadah ni datang dari Asia Selatan. Dan antara pelopor kaedah ini di Pahang ialah Ustaz Ahmad Hamizi. Tak silap saya di Malaysia ni ada 3 tokoh yang bawa masuk kaedah syahadah ini. Satu Ustaz Hamizi, Ustaz tubuhkan Maahad Tahfiz Kubang Bujuk di Terengganu. Satu Tok Guru tubuhkan Miftahul Ulum Seri Petaling di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kedah. Kemudian, barulah sistem ini dikembangkan oleh anak-anak murid mereka. Dan di Kuantan pun dah ada beberapa tempat untuk buat Syahadah. Guru untuk syahadah mestilah pernah buat syahadah juga.
.
Kalau sebelum ini. Soalan "Pernah menghafal al-Quran? Berapa Juz ingat?" antara soalan popular. Mungkin 15-20 tahun akan datang. Soalan "Pernah buat syahadah? Syahadah berapa juzuk?" pula yang akan popular.
.
Kata Ustaz Ahmad Hamizi;
.
"Perjalanan seorang pelajar tu sebagai Penghafaz al-Quran, bermula sebaik dia habis khatam hafalan 30 juz." Camne cara dia nak pastikan al-Quran itu kekal di ingatannya. Satu proses yang sangat susah. Perlu cekal dan istiqamah. Rutin hariannya juga berbeza, sebab dia perlu peruntukkan masa untuk murojaah.  Dan ianya mengikat pelajar itu sepanjang hidup. Sehinggalah nyawanya diambil Allah.
.
Teringat Dr.Khairul Anuar USIM (Adik Dr.Zul Albakri) berkongsi kisah. Dia sangat sibuk. Jadi waktu yang dia ada hanyalah sebelum subuh. Jadi waktu itulah dia ambik peluang untuk mengulang. Dr.Khairul Anuar ni (kalau tak silap namanya), anak murid kepada Ustaz Hamizi.

Lama dah tanam hajat nak pergi Pasaraya SMART di IM 5

Lama dah tanam hajat nak pergi Pasaraya SMART di IM 5 ni. Lokasinya deretan kedai belah belakang Bank Rakyat. Hari ni baru berpeluang. Teringat dulu, kita pernah ada Terus Maju, tapi sayang dah tutup. Sekarang harap ke Pasaraya Darul Makmur, Mydin dan mini market di taman-taman lah.
.
Teringat kata Imam Ghazali;
.
" Kita Orang Islam ni banyak kena minta ampun dengan Allah, sebab banyak tuntutan Fardhu kifayah tak berjaya kita tunai".
.
Itu kalam Imam Ghazali. Yang lahir 1058M, sekitar 426 tahun lepas Rasulullah.saw wafat. Kita yang hampir 1441+13 tahun ni tak tahulah.
.
Teringat petikan kata-kata Nabi dalam Sairus Salikin;
.
لا تأكل إلا طماع تقي ولا يأكل طعامك إلا تقي - رواه أبو داود والترمذي
.
Zaman sekarang pesan guru. Tumpukan kepada فقه الفرد berbanding فقه الأمة. Banyak sangat الكلام الفاضي . Dapat selamatkan diri sendiri pun dah kira mujur. Silap hari bulan kita pun terpalit والعياذ بالله من ذلك

Alhamdulillah. Akhirnya lamaran THESIS diterima.

Alhamdulillah. Akhirnya lamaran diterima.
.
Hehe. Kalau tau dek geng pondok. Mau bising ni.
.
Dalam bab join aliran moden. STAM, Diploma,  Degree, Pasca Sarjana. Semua sistem belajar yang libatkan sijil. Tak dinafi. Tok-tok guru saling berbeza pandangan. Ada ribat di Yaman, kerajaan Malaysia nak iktiraf sijilnya. Namun, mereka menolak. Kata guru. Mungkin kalau ribat itu bersetuju, maka hadaf penuntut ilmu ke sana akan sikit-sikit dipesong. Dari menuntut ilmu kepada menuntut sijil.
.
Ada sebahagian Kepala Mutollaah di Fatoni, walau ilmu dah kemas dan dah berkeluarga dan beranak pinak pun. Tapi Baba-baba di sana paksa juga ke Mesir, ambil degree. Walau macam celup je. Walau ilmu tu semua dia dah mahir. Memandangkan keperluan sijil tersebut. Sebagai benteng dari campur tangan pengaruh luar di Patani.
.
Ada sebahagian guru Pondok kami di Kelantan dulu. Sangat marah dengan budaya sijil. Sebab apa nak sijil? Sebab nak dakwah didengari? Tujuan tu pun dah lari ! Dakwah tu Allah yang bagi kesan.
.
Ada sebahagian guru. Wajibkan pelajarnya belajar sampai PhD. Kena terjun ke dunia ipt. Kena jaga dunia ipt. Kerana dari situlah lahirnya guru-guru dan ahli akademik yang akan membimbing halatuju umat.
.
Terlalu banyak pro dan kontranya dalam kalangan tok-tok faqir. Secara general, yang tidak bersetuju adalah kerana hadaf menuntut ilmu akan lari dari matlamat kerana Allah. Dan yang menggalak, adalah kerana memikirkan mafsadah yang lebih besar أخف الضرارين . Apapun, Pesan Syeikh Dr.Yusri Rushd;
.
"Jadilah itqan (mahir/pakar) di mana sahaja kamu berada"
.
 فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِینَ

Petang Hari ke-13 yang krik-krik.

Rasanya kalau siapa yang jadi imam asar ni mesti krik-krik. Sebab nak lantun takbir atau tak lepas solat.
.
Takbir Muqoyyad dibuat lepas solat. Ikutlah solat fardhu, sunat hatta solat jenazah sekalipun. Tapi, waktu akhir takbir tu khilaf. Dalam Mazhab Syafie, ada dua pendapat. Kalau Imam Ibn Hajar, waktu habisnya sebaik selesai salam. Jadi, tiadalah takbir. Bagi Imam Ramli, sehingga terbenam matahari. Maknanya, lepas Solat Asar masih ada lagilah.
.
Bila kita rujuk kitab jawi. Antaranya  Albahru Alwafi, maka musonnif hanya mention pendapat Imam Ramli Saghir. Dan kalau ikut uruf orang kita, memang lepas asar Hari Tasyriq ketiga pun orang selalu takbir. Jadi jalan selamat, kalau koi-lah, takbirkan lah aje. Tidaklah krik-krik sangat nanti

Keluarga askar

Rasanya yang ada keluarga askar. Semua faham.
.
Saja nak share pengorbanan mereka. Dari kaca mata keluarga terdekat.
.
Ada sorang abang sepupu. Masa mula join askar dulu. Dia punya tagline kami dah tau: "Alang kepalang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Tu dia tuju ke Komando terus. Tingkat paling payah. Rintangan usah ceritalah. Koi nak cerita malas, takut jadi fitnah. Dari sekian ramai yang join, hanya beberapa kerat yang grade. Yang mati pun ada.
.
Baru ni koi tanya zaujah dia. Dia ada balik? Ada, jaga anak kejap sebab bini kursus. Malam tu bini dia balik. Bini dia bangun tidur esok, dia dah hilang. Hantar mesej bagitau dah gerak ke medan.
.
Kalau ingat beberapa tahun lepas. Ada satu waktu, banyak kes bunuh di Malaysia. Sampai timbalan ketua pengarah kastam Malaysia mati ditembak. Waktu tu, orang sibuk kata pembunuh upahan yang menyelinap dari Thailand. Masa borak dengan abang sepupu tu, baru koi tahu. Dia antara yang terbabit di barisan hadapan dalam ops di sempadan Kelantan-Thailand tu. Punyalah bahaya, rupanya orang belah Thai sana, budak-budak je pun, tapi pistol dalam beg sekolah. Tu belum cerita orang tua lagi.
.
Masa kita duk kecoh pasal penculikan di Sabah dulu (sekarang pun. Cuma waktu zon penampan Esszone tu baru viral). Rupanya dia dah awal-awal ke sana. Cerita pasal dia berbalas tembakan. Kisah dia bertempur dengan musuh. Ada kisah-kisah yang gempak, tapi dia tak bagi cerita ke public sebab libatkan keselamatan negara (Mungkin kerajaan waktu tu tak nak bagi suasana panik).
.
Waktu tu baru koi perasan. Tiap kali ada berita kedaulatan negara diceroboh, mesti dia awal-awal dah kena hantar ke situ.
.
Waktu di Lubnan sedang bergolak (sekarang tak pasti selesai atau belum). Dia dihantar ke sana sebagai anggota MALBAT PBB. Walaupun sebagai pengaman atau orang tengah. Tapi bila dah di kawasan konflik macam tu, dia terpaksalah hadap. Katanya peluru lalu atas kepala.
.
Koi ingat lagi, mimik muka pakcik dan makcik koi (mak ayah dia) punyalah risau, masa mula-mula dia jadi askar dulu. Rasanya cerita-cerita dalam tentera ni hanya diberitahu kepada kami. Tapi mak ayah dia tak tahu rasanya. Wallahua'lam.
.
Pernah dia cerita. Waktu latihan komando. waktu malam, mereka kena terjun dari udara guna payung terjun dan kena mendarat  tepat di sasaran. Ada seorang pelatih wanita dan jurulatih. Berlaku masalah teknikal, mungkin payung terjun tak dapat dibuka. Jatuh terhempas dan berkecai di bumi. Maka askar ni pun kutiplah daging mana yang dapat. Realiti tentera.
.
Sekarang kita perasan. Kalau bercakap dengannya. Cara bercakap dah berbeza berbanding masa sekolah dulu. Matanya kini lebih waspada. Sentiasa meliar ke sekeliling, macam tengah ber-awas pun ada. Dia ada juga mengadu, lututnya dah beri signal. Mungkin kesan hentakan masa mendaratkan payung terjum dulu katanya.
.
Pengorbanan tentera kita ni besar. Cukuplah koi tengok Abang sepupu koi. Rasanya tak terbalas jasa mereka. Moga Allah berikan pahala Syahid buat mereka semua. Allahumma Ameen.

Tiba-tiba jumpa gambar-gambar ni.

Belek gambar. Tiba-tiba jumpa gambar-gambar ni. Sajalah story malam minggu ye.
.
Kalau khamis malam jumaat je, memang tahu dah. Mie (Panggilan keluarga kepada Ummi (ibuku)) akan bagi hint  ajak jalan ke pasaraya, beli keperluan dapur dan beli benda buat 'ngunyah'. Adakala beli buah tangan buat cucu-cucu angkatnya. Seawal petang Mie dah mention. Adakala dari Zohor. Kalau ada program kena batalkan ! katanya. hehe.
.
Sebab malam lain memang full. Siang pun full. Jadi, Khamis malam jumaat je lah free. Malam jumaat biasa pondok dah cuti mingguan, hanya ada tahlil. Dan memang biasa khamis malam jumaat kita sengaja free-kan. Sebab dah set malam release otak.
.
Tapi kalau kena malam tu ada ceramah atau majlis tahlil. Habis lewat. Memang kesianlah Mie. Sampai-sampai rumah, biasa tengok Mie dah bersiap pakaian semua. Tunggu kat meja. Tapi mujur ada Giant. Sebab Giant tutup pukul 11 malam. Pasaraya lain pukul 10 malam dah tutup kan. Isya habis dalam pukul 9, bersiap, panas kereta. Adalah dalam sejam ke sejam setengah nak ronda-ronda.
.
Mie selalu pesan. Katanya kalau dia nak pergi nanti. Jangan tinggalkan dia. Kena duk tepi dia, pimpin dia mengucap.
.
Mie cakap. Kalau Mie meninggal dulu nanti. Dia nak dikebumikan di Kampung Pandan (sekitar rumah ni banyak tanah perkuburan). Mungkin Mie nampak ke tepi masjid tu, suasana orang beribadah.
.
Suka tempat yang orang pondok selalu lalu lalang. Sebab tok-tok faqir ni tau nak baca apa waktu lalu, buat sedekah kita kat dalam. Selain tempat yang dekat. Dalam kitab diajar untuk sedekah;
.
1. Bacaan Surah al-Ikhlas 11 kali.
2. Bacaan Surah Yaasin.
3. Bacaan Surah al-Mulk.
.
Untung jadi Orang Islam ni. Bagi kita tiada dinama berpisah selama-lamanya. Nanti sampai masa, kita bertemu di akhirat pula. Umur Umat Nabi Muhammad pun 60-70 tahun je. Cuma waktu hidup ni, nak buat sesuatu kenalah fikir panjang. Kena banyak fikir nak untung akhirat. Kerana itu kita berhajat kepada Allah untuk membantu kita yang lemah. Kitakan الفقير.
.
Kat pondok selalu guna istilah الفقير. Sebab apa? Sebab الفقير itu maksudnya yang mengharap. Harapkan apa? Ada taqdir yang dihazaf. الفقير إلى الله. Yang bergantung harap kepada Allah;
.
كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ
.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 185.

Keindahan Lirik

Jika amati. Lirik Qasidah Mahabbah Rasul ni sangat indah. Bercerita bagaimana cintanya makhluk-makhluk terhadap Sang Rasul.
.
Teringat suatu ketika di Ardil kinanah dulu. Waktu tu pagi, lepas subuh di rumah Kedah Hayyu Asyir. Ustaz Nazrul Nasir buka kitab Bahr al-Mazi tak silap, syarah kepada Shahih at-Tirmizi oleh Syeikh Idris al-Marbawi. Ustaz Nazrul timbulkan persoalan, kenapa lirik orang dulu-dulu membekas?
.
Jawabnya. Lirik dulu-dulu hasil dari pengamatannya yang dalam terhadap alam. Lalu ditumpahkan kepada lirik dan lagu.
.
Cuba amati lirik-lirik dan rentak dari kumpulan Nadamurni, The Zikr, M.Nasir, Malique Too Phat. Zouk dia tu lain. Lagu rock kapak 90-an pun sama. Teringat seorang penyanyi lagenda pernah ditanya, kenapa dia ambil dadah? Alasannya, sebab nakkan 'feeling'. (Abaikan dulu bab dadah tu). Jadi tidak hairan, lagu-lagu mereka bagaikan berhantu.
.
Cuba amati kalam Syeikh Rohimuddin, Sidi Dr.Lokman Alazhari, Habib Ali al-Jufri, Habib Omar bin Salim bin Hafiz, Syeikh Mutawalli Syarowi. Kalam mereka biasa-biasa sahaja. Tapi sangat indah didengar. Sangat membekas di jiwa. Merungkai banyak kekusutan.   Menjadi azimat buat panduan hidup.
.
Terkenang. Antara saat yang indah kat Ardil Kinanah dulu. Bila dapat bersimpuh dalam majlis zikir dan qasidah. Alunan irama, lirik yang hidup, buatkan jiwa kita segar. Mungkin kerana itulah, Habib Ahmad selalu minta pelajarnya berqasidah di tengah-tengah pengajian. Menghilangkan malal dan menghidupkan roh sekaligus.
.
Kat bawah ni lirik qasidah  قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري . Pernah seorang teman lantunkan. Punyalah sedap. Sampai sekarang terngiang-ngiang saat tu;
.
 قَد كَفاني عِلمُ رَبّي مِن سُؤالي وَاِختِياري
فَدُعائي وَاِبتِهالي شاهِدٌ لي بِاِفتِقاري
فَلِهَذا السِرُّ أَدعو في يَساري وَعِساري
أَنا عَبدٌ صارَ فَخري ضِمنَ فَقري وَاِضطِراري
قَد كَفاني عِلمُ رَبّي مِن سُؤالي وَاِختِياري
يا إِلَهي وَمَليكي أَنتَ تَعلَمُ كَيفَ حالي
وَبِما قَد حَلَّ قَلبي مِن هُمومٍ وَاِشتِغالي
فَتَدارَكَني بِلُطفٍ مِنكَ يا مَولى المَوالي
يا كَريمَ الوَجهِ غِثني قَبلَ اَن يَفنى اِصطِباري
قَد كَفاني عِلمُ رَبّي مِن سُؤالي وَاِختِيارِ
يا سريعَ الغَوثِ غَوثاً مِنكَ يُدرُكُني سَريعا
يَهزِمُ العُسرَ وَيَأتي بِالَّذي أَرجو جَميعا
يا قَريباً يا مُجيباً يا عَليماً يا سَميعا
قَد تَحَقَّقَت بِعَجزي وَخُضوعي وَاِنكِساري
قَد كَفاني عِلمُ رَبّي مِن سُؤالي وَاِختِياري
لَم أَزَل بِالبابِ واقِفٌ فَأَدِم رَبّي وُقوفي
وَبِوادي الفَضلِ عاكِفٌ فَأَدِم رَبّي عُكوفي
وَلِحُسنِ الظَنِّ لازِمٌ وَهوَ خِلّي وَحَليفي
وَأَنيسي وَجَليسي طولَ لَيلي وَنَهاري
قَد كَفاني عِلمُ رَبّي مِن سُؤالي وَاِختِباري
حاجَةً في النَفسِ رَبّي فَاِقضِها يا خَيرَ قاضي
وَأَرِح سِرّي وَقَلبي مِن لَظاها وَالشَواظِ
في سُرورٍ وَحُبورِ وَإِذا ما كُنتُ راضي
فَالهَنا وَالبَسطُ حالي وَشِعاري وَدِثاري
قَد كَفاني عِلمُ رَبّي مِن سُؤالي وَاِختِياري

Soalan nak mohon tauliah ngajar di Pahang mencabar.

Hari ni meriah dalam group.
.
Topiknya, soalan nak mohon tauliah ngajar di Pahang mencabar. Soalan tara orang mondok bertahun-tahun. Tara kepala mutollaah. Tak nak usik negatif. Kita cerita yang positif je lah ye.
.
Ada bagus sebenarnya. Walau kalau kena ke kita, mungkin cuak juga. Soalan tara, kalau habis Faridah al-Faroid atau Bakuroh al-Amani pun belum tentu boleh jawab. Positifnya, kita dapat jaga kualiti pengajian di Masjid dan Surau di Pahang.
.
Teringat guru cerita. Kalau di Kelantan dulu-dulu. Tauliahnya takut orang nak ambil. Orang majlis awal-awal suruh ambik dengan tok guru. Kalau tok guru sign, lepaslah.
.
Tok guru pula. Dia tau orang ngaji pondok, dia tak tanya soalan feqah, sebab tahu boleh jawab. Awal-awal dia suruh perdengarkan hafalan as-Sajadah dan Yaasin. Ok lah ramai lepas.
.
Soalan kedua, Tok guru buka Kitab فتح الوهاب. Syarah kepada منهج الطلاب. Buka tengah kitab. Tunjuk kat tengah kitab. "Hah baca ! ". "Hah yang ni i'rob apa?, Yang ni i'rob apa?".
.
Kitab قتح الوهاب ni antara kitab arab yang susah dibaca (untuk faham murod musonnif). Imam Ibn Hajar memang terkenal dengan ibarat kitabnya yang sukar.
.
Kata Abdullah Ibn al-Mubarak;
.
الإسناد من الدين. ولولا الإسناد لقال من شاء ماشاء.
.
"Sanad itu sebahagian daripada agama. Jika tidaklah kerana sanad. Maka semua orang akan cakap apa dia nak cakap".
.
Teringat cerita guru. Orang dulu, mengaji lama. Sampailah tok guru beri isyarat suruh mengajar, baru dia mengajar. Ada yang berpuluh tahun mengaji, lepas tu baru kelik (balik) buka pondok. Ada yang guru meninggal baru kelik. Sebab itu ilmu orang dulu-dulu 'masak'. Ilmunya dah matang. Banyak kitab dia dah lalu.
.
Ramai ibu bapa berebut nak hantar anak² ke Maahad Tahfiz, sebab nampak 'hasil' tu. Boleh hafaz al-Quran.
.
Tapi menghantar anak  tamaqqun dalam Fiqh juga Fardhu Kifayah. Kita tak ramai jumpa طلاب الشريعة yang mampu naqol nas dari kitab atau matan dengan baik, yang mampu bahas masail dengan دقيق.  Inilah masanya !
.
فتأمل

Tok Nenek kita punya penangan

Tok Nenek kita punya penangan. Boleh tahan. Teruja pula malam ni. Ok kita kongsi sikit ye.
.
Begini. Belek sebuah buku. Terjumpa satu benda yang sangat mengujakan. Kita selalu dengar "Hukum Qonun Melaka" dan "Undang-undang Laut Melaka" kan?
.
Ok. Ini antara undang-undang terawal dan tersusun di tanah melayu, khususnya di zaman kesultanan Melayu Melaka (1400-1451M). Sebelum ada undang-undang yang dibawa zaman Portugis (1511-1641M), Belanda (1641-1824M) dan Sebelum British bawa masuk Common Law (1826M) yang kita duk pakai sekarang. Apa yang menarik?
.
Rupanya. Hukum Qonun Melaka mencedok rujukan dari Kitab الغاية والتقريب atau masyhur kita gelar Matan Abi Syuja'. Juga cedok dari syarahnya Kitab فتح القريب dan termasuk hasyiahnya حاشية الباجوري.
.
Jadi. Pi Mai Pi Mai tang tu juga. Rupanya nenek moyang kita pun lalu jalan sama.
.
Teringat di Ardil kinanah dulu. Bagi mereka yang nak mendalami Ilmu Fiqh. Antara pantangnya, kita langkah tertib kitab. Jadi sebagai مبتدئ atau baru nak mula. Kita perlu lalu matan asas. Antaranya Matan Abi Syuja' (Yang ini lah diambil jadi asas kepada Hukum Qonun Melaka), Safinatun Naja, ar-Risalah al-Jamiah atau Matan Zubad Ibn Roslan.
.
Siap setiap kali pelajar baru sampai. Maka akan ada slot yang diisi oleh para masyaikh atau ustaz-ustaz lama. Muhadarah tentang tertib kitab dan pengajian je. Nak tunjuk, betapa pentingnya follow tertib kitab.
.
Biasa kita diajar merujuk syarahnya. Nailur Raja', Manarul huda atau Kasyifatus Saja. Kemudian diadu dengan Haysiah al-Bajuri atau al-Iqna'. Kemudian, usik al-Yaqutun Nafis dan syarahnya. Kemudian barulah boleh belajar kitab yang lagi rumit macam بشرى الكريم, syarah kepada المقدمة الحضرمية.
.
Satu hari waktu pengajian. Ada seorang teman bawa datang satu masail. Dengar je masail tu. Habib Ahmad al-Maqdi terus marah. Bukan sebab tak dapat jawab. Tapi sebab habib tau, sahabat tu sedang petik masail dari kitab tertib atas dari level kami. Biasalah Habib Ahmad, kalau dan membebel (baca mendidik), memang lamalah. Tapi best, banyak istifadah dapat.
.
Tapi kan. Ada satu perkara yang pelik, yang lama dah duk bermain di fikiran ni. Orang dulu kan hebat. Kitab jawi dulu, nak baca dia pun kita kena mahir Nahu Arab. Sumber ambilan bukan main-main. Level tinggi. Main Nihayah n Tuhfah Muhtaj. Hatta, semua ilmu yang ada kini pun dinaqol dari mereka juga. Cuma satu, kenapa orang dulu tak pakai tudung?
.
Pernah belek gambar-gambar Mie (panggilan keluarga untuk ibuku) masa muda dan kawan-kawannya. Padahal dah di Kulliah Sultan Abu Bakar, makna lepas Sekolah Menengah. Tapi semua pakai selendang separuh kepala je. Walau ustazah. Free hair jalan tepi pantai tu biasa. Cuba lihat gambar orang dulu-dulu. Tahun 50-60an.
.
Tanya Mie. Katanya mungkin 'kesedaran' masa tu takde. Tanya balik, waktu bila orang Malaysia start pakai tudung ni? Kata Mie, seingatnya waktu al-Arqam muncul. Depalah yang tekankan bab aurat ni (Abaikan dulu bab akidahnya ye). Apatah yang bahan tu bukan calang-calang orang. Ustaz Mokhtar tu dengar mantap ilmunya.
.
Teringat Ustaz Syed Abdul Qadir Aljoofri beritau. "Sebab apa. Islam yang masuk ke Tanah Melayu ni dipegang kemas?" Marilah mana penjajah pun. Akidah rakyat kita tak goyah. Sedangkan, Negara India pun lebih kurang kita kemasukan Islamnya? kenapa Hindu yang mendominasi?
.
Sebab yang bawa masuk Islam ke Malaysia ialah Pendakwah Sufi dan yang bawa Islam ke India ialah Pendakwah Fiqh. Pendakwah Sufi pentingkan keteguhan hati, adapun pendakwah fiqh lebih pentingkan kepada hukum-hakam, halal-haram.
.
(Note: Ustaz Syed Abdul Qadir Aljufri antara kepala mutollaah yang terkenal di ardil kinanah dulu).

Ramai boleh ngajar Kitab Fiqh tapi tidak Kitab Usuluddin.

Teringat kata Tg.Ridhouddin Pondok Ihya Ulumiddin. Ramai boleh ngajar Kitab Fiqh. Tapi tak ramai boleh ngajar Kitab Usuluddin.
.
Kitab Akidah atau Tauhid ni biasa nipis-nipis je. Tapi dia punya syarah, memang pening. Bab iftiqar pun dah pening. Kitab Faridatul Faraid contohnya.
.
Belum main taa'luq suluhil qodim, tanjizil hadis, qobdoh lagi. Bahas khilaf diantara Imam Abu Mansur al-Maturidi dan Imam Abu Hasan al-Ashaari dalam bab sifat ma'nawiyah lagi. Pergh, mencabar otak sungguh.
.
Baru ni dengar Tg.Ridhoduddin bercerita. Syeikh Yasin al-Fadani kelebihannya pada mengarang kitab. Tapi Syeikh Qadir al-Mandili, kelebihannya pada lidah yang petah. Sama macam di Syria. Kata Tg.Ridhouddin, Syeikh Wahbah az-Zuhaili karang kitab banyak. Tapi kalau dari sudut ramai datang menadah, Syeikh Said Ramadhan al-Buthi lagi ramai. Tapi Syeikh Said Ramadhan al-Buthi kalah pula dari sudut jumlah karangan.
.
Teringat cerita Ustaz Khairul Azmi. Kalau ngaji hadis. Nama Imam Ibn Solah antara nama yang kita selalu dengar, antara tokoh besar dalam Ilmu Mustalah hadis. Pengarang kitab Fatawa Ibn Solah. Tapi tahukah kita, Imam Ibn Solah adalah seorang Ulama yang suka beruzlah, tidak suka bercampur orang ramai. Justeru cara Imam Ibn Solah nak kembangkan ilmunya, adalah dengan menulis kitab.
.
Baru ni kawan berkongsi cerita menarik. Imam an-Nawawi ada satu tabiat yang unik. Beliau selalu bersedekah di jalanan yang beliau lalu. Dengan niat, supaya Allah tutup matanya dari melihat kekurangan gurunya.
.
Kisah ulama dan orang-orang soleh ni seronok dihayati. Melembutkan hati. Mungkin sebab tu Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah buat Kitab قيمة الزمان عند العلماء dan الصفحات من صبر العلماء.  Hatta, kitab qimatuz zaman tu, hasil kajian Syeikh Abdul Fattah selama 20 tahun.
.
Pesan Habib Ahmad al-Maqdi. Syeikh Ali Jum'ah pun pernah berpesan;
.
من لا شيخ له فليكثر الصلاة على النبي
.
Perbanyakkanlah selawat ke atas nabi. Jika kita berada di tempat yang asing. Takde biah. Takde orang alim. Takde yang boleh membimbing.
.
Mudah-mudahan Allah memelihara kita.

Ada seorang pelajar minta nak jumpa personal

Beberapa bulan lepas. Lepas kelas, ada seorang pelajar datang jumpa. Dia minta nak jumpa personal, ada benda nak luah katanya.
.
Bila semua rakan-rakannya dah keluar. Tanyalah, kenapa? Katanya dia baru masuk Islam. Dalam tahun sebelumnya tak silap. Dia berminat nak belajar agama. Tapi entahlah (Dia blur. Tak reti nak jelaskan). Cuma, dia tertarik dengan kupasan dalam kelas tadi. (Dalam kelas banyak petik kalam Sidi Rohimuddin).
.
Rasanya faham apa yang dia rasa.
.
"Kamu nak belajar agama, bukan sebab exam kan? Tapi sebab nak faham agama? Nak kenal dan rapat dengan Allah? "
.
Muka dia bersinar. Dia kata "ye."
.
"Beginilah. Kamu kena pergi ke pondok." Sambil cadang beberapa tempat sekitar Kuantan, semua tak sesuai. Sehinggalah cadang. Masa cuti nanti, pergi duk Pasir Tumboh.
.
Sebelum cuti. Carikan sponsor (Alhamdulillah ada yang sudi taja), belikan tiket bas. Bila cuti, pelajar tu pun pergilah ke Pondok Pasir Tumboh. Handset tak boleh bawa, jadi hanya tau perkembangan setakat dia daftar dan sebelum serah handset. Lepas sebulan (Dia duk sana sebulan je), masa nak balik. Dia hantar mesej. Katanya nak berubah, ada beberapa perubahan yang dia nak buat. Tapi takde kekuatan. Petik ayat Habib Ali al-Jufri;
.
"Rasa nak berubah tu sebenarnya anugerah dari Allah. Rasa tu bukan kita yang buat, tapi Allah yang jentikkan."
.
Baru ni jumpa. Banyak jugalah perubahan tu, sampai kitapun hampir-hampir tak cam. Moga beliau terus istiqamah, dan berjaya mengajak mak ayah dan adik beradik peluk Islam
.
Ingat masa Pasir Tumboh dulu. Pernah tanya seorang kawan borneo. "Kau pernah makan babi?". Katanya "pernah". Tanyaku "rasanya bagaimana?". Balasnya "sedapp". hehehe.

Budaya Talaqqi.

Seronok bila tengok semangat sahabat. Ada yang wasap n ada call. Malam ni saje nak kongsi sikitlah ye.
.
Budaya talaqqi ni sangat terkenal di Ardil Kinanah. Walau apapun kita buat. Baik kerja atau belajar. Semua semangat nadah kitab. Habis je kelas atau kerja. Penuh di masjid, ruwaq, mudoyafah atau di sahah. khusyuk mendengar syarahan guru. Belek setiap muka, dhobit setiap patah kalimah.
.
Ada seorang teman arab dulu. Umur 60+. Kira ammu -lah. Sangat rajin join kelas qiraat di Shoubro. Boleh kata setiap hari ammu ni datang. Lepas kelas qiraat 8-10 pagi, dia akan bergegas balik. Syeikh tanya buat apa lepas ni? "Kerja" katanya.
.
Masa mula sampai dulu. Semangat teroka kelas² di Darrosah. Teringat ada beberapa kali, saja masuk kelas Syeikh Ahmad Hajin. Syeikh buka kitab Minhaj Tolibin tak silap. Kitab memang tinggi, tapi sebab baru sampai kan. Saja-sajalah usha kelas. Bila sembang-sembang baru tau. Keliling masa tu, semua pelajar medic.
.
Masa sebelum bertolak dulu, jealous-lah jua. Sebab ingatkan geng syariah je boleh belajar Fiqh. Tapi tak sangka ada budaya talaqqi. Rupanya, selain belajar subjek takhassus kita. Peluang terbuka luas untuk kita belajar Ilmu Tauhid, Fiqh, Tasawwuf, Qiraat. Juga Ilmu Nahu Saraf, Mantiq dan ilmu alat yang lain.
.
Rupanya ilmu ni takde border. Malah setiap ilmu tu dah disusun tertib kitab dan kelasnya. Mana kitab kena belajar dulu, mana perlu dikemudian. Malah semua ilmu kita mesti belajar, khususnya Ilmu Fardhu Ain.
.
Kelas talaqqi di ardil kinanah sepanjang hari. Dari pagi sampai ke malam. Kalau bulan Ramadhan lagi dahsyat. Pernah lepas terawikh kelas Irsyadul Ibad dengan Syeikh Nuruddin. Kemudian pukul 11 sambung kelas Habib Ahmad, Syarah Anwarul Lamiah (tak silap). Habis kelas pukul 12/1 pagi. Pukul 3 dah subuh. Dua jam je nak bersahur dan berehat. Malah ada juga kelas yang dibuat sebelum subuh. Pendek kata, hampir 23 jam ada kelas talaqqi bila bulan Ramadhan. Lepas subuhlah nak berehatnya. Tapi kelas talaqqi lain pula isi slot.. hehe. Walau tak nafi, banyak juga kelas yang tawaqquf bila masuk Ramadhan.
.
Teringat kalau pagi tu. Lepas je Solat subuh. Dah start bising bunyi enjin motor di lobi Rumah Pahang. Berlumba ke Masjid Asyraf di Jabal Muqattam.  Sekitar 20 minit. Mendengar Syeikh Yusri hurai kitab hadis. Kemudian berkejar pula ke Masjid Syeikh Soleh Ja'fari di Darrosah bertalaqqi Quran dengan Syeikh Asyraf. Sekitar 20 minit juga perjalanan. Kemudian barulah pelajar kulliah bersiap nak ke kelas pukul 9 pagi nanti.
.
Ada juga kelas yang pelajar sendiri anjur. Waktu ni lah teman-teman belajar manisnya 'khidmat' kepada guru dan majlis ilmu. Malah dek kerana rapatnya dengan guru, selalu berkhidmat, malah ada yang sampai jubah gurupun dia yang tukang khidmat gosok. Kami gelarkan mereka ini Khodim syeikh.
.
Cukuplah dulu. Nanti ada waktu, kita cerita tentang budaya talaqqi di Malaysia pula. Insha Allah. Malaysia pun tak kurang hebatnya.

Bila ilmu nak diangkat.

Semalam, sebaik selesai pengajian Kitab Sabil al-Muhtadin. Tok Ayah kata, ni last untuk kitab ni. Kita Tawaqquf kejap, hingga Tok Ayah balik dari Turki 17 September nanti. Insha Allah. Tok Ayah balik nanti, malam tu terus ada kelas kalau tak uzur.
.
Tok Ayah sambung. "Sebab kita tak tahu bila Allah tarik nyawa kita. Sebab sekarang sikit-sikit Allah tengah angkat ilmu".
.
Tok ayah cerita pasal Baba Karim Pondok Dala, Fatani. Walau masuk hospital. Tapi pengajian tetap diterus. Orang angkut slide bawa masuk wad. Syarahlah kitab guna slide.
.
Teringat masa di ardil kinanah dulu. Masa dah nak khatam dengan Syeikh Hasan Rejab. Dalam 5 juz lagi rasanya. Riwayat Hafs. Banyak sungguh benda gila Syeikh Hassan buat. Nak gelak bila mikir. Pernah sekali, masa tengah baca. Syeikh ajak keluar masjid, ikut dia. Lalu celah lorong di Dauron Shoubro. Lama jalan, masuk satu klinik lama. Syeikh suruh duduk penjuru sudut, kat hujung kerusi panjang. Baca kat situ. Suara bagi kuat. Syeikh pun buatlah urusan dia (Quran Syeikh dalam kepala), tegur mana tak betul sebutan. Ada 'mama arab' (makcik) yang duduk ralik dengar. Tebal muka baca tengah orang arab. Kenangan sungguh waktu tu. Umur Syeikh Hassan pun, rasa-rasa dalam 70-80an juga sekarang.
.
Perasan. Dalam 1-2 tahun ni, Tok Ayah jarang tawaqquf pengajian. Selagi boleh, Tok Ayah takkan cancel. Kalau musafir jauh pun, Tok Ayah akan usaha juga pecut balik.
.
Terdetik juga dulu rasa lega. Kita di Kuantan ni beruntung. Sebab guru-guru kita masih muda. Baya 50-an kebanyakannya. Dari Ustaz Hasan Pondok Salikin, Baba Zuhdi Sungai Ular, Ustaz Zul Mukhsah Kampung Padang, Tok Ayah Wan Pondok Seri Damai dan beberapa lagi. Kebanyakan sebaya, akhir 40-an atau awal 50-an. Tapi bila mikir ilmu sedang diangkat. Sesak juga dada kita, banyak lagi khidmat mereka kita perlukan.
.
إن الله لا يقبض العلم انتزاعًا ينتزعه من العباد، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يُبقِ عالِمًا اتخذ الناس رؤوسًا جهالًا، فسُئلوا، فأفتوا بغير علم، فضلُّوا وأضلُّوا ؛ متفق عليه
.
" Allah tidakkan mengangkat ilmu dengan menariknya terus dari para hamba. Tapi Allah akan mengangkat ilmu dengan cara mematikan alim-ulama. Sehingga bila para ulama telah tiada, maka manusia akan jadikan orang yang jahil sebagai ketua. Mereka merujuk kepada orang jahil tersebut. Lalu orang jahil itu pun menghukum, tanpa landasan ilmu. Sehingga sesat dan menyesatkan lah mereka."

Terpandang pula satu buku atas meja

Pagi ni kelas Ustaz Zul Mukhsah cancel. Terpandang pula satu buku atas meja.
.
Teringat pesan Habib Hassan al-Kaf. Ada kitab yang kita kena belajar berguru n ada kitab kita boleh baca sendiri-sendiri.
.
Pesan Habib Ahmad al-Maqdi. Ada kitab sesuai dibuatkan pengajian, contohnya kitab مختصر الفوائد المكية. Ada kitab hanya sesuai dijadikan rujukan contoh الفوائد المكية .
.
Nak baca buku sorang-sorang ni payah. Nak-nak kalau bacaan jenis serius dan berfakta. Hatta sejarah, padahal best kalau tau sejarah n dapat share kepada orang. Entahlah, jadi ngantuk bila dah baca. Yang pelik. Kalau Travelog atau novel ok pula. Rasanya satu buku tu, sehari dua pun boleh habis kulit ke kulit. Mungkinkah kerana novel dan travelog ditulis beserta hati dan penghayatan? Sehingga serasilah dengan hati yang mambacanya? Wallahua'lam.
.
Tu zaman dululah. Masa zaman belasan n awal 20-an. Tapi sekarang, travelog ok lagilah. Sebab share tentang realiti pengalaman hidup masing-masing kan. Tapi kalau novel. hehe. Maas Salamah lah. Best. Tapi tak serasi dengan jiwa. Untuk diri sendirilah, untuk orang lain terpulanglah.
.
Tapi bukan semua orang sama ye. Teringat ada sorang bro di ardil kinanah ni. Pernah bro ni minta carikan novel-novel yang best waktu nak balik Mesia. Katanya tak minat baca travelog. Sebab kalau nak cerita pengalaman, dia sendiri banyak pengalaman. Ermm..hehe
.
Suka dengar bro ni cerita. Nak-nak pasal sastera. Ikutlah sastera arab atau melayu. Dia punya penghayatan tu rare sungguh. Memang best sembang dengan dia. Sorry bro, tiba² pagi ni wa teringat pasal lu. hehe.
.
Namun syukur. Satu hari tu, ada seorang teman share, cara nak baca buku supaya tak bagi tepu. Sesuai untuk yang nak belek buku-buku serius;
.
Baca isi kandungan. Yup. Jadi kita boleh dapat gambaran awal buku dan topik apa yang kita nak tumpu.
.
Memang takkan habislah satu buku tu kita boleh baca. Tapi dapatlah cedok point-point yang menarik.

Puasa 11 Muharram.

Puasa 9 dan 10 Muharram kita biasa dengar. Sebab hadis tu masyhur dan banyak dinaqol dalam kitab-kitab Fiqh. Untuk tengok terjemahan bahasa melayu, boleh rujuk screenshot teks khutbah Negeri Pahang di bawah, .
.
Namun 11 Muharram. Ianya mungkin agak jarang dengar oleh orang kita. Bagi yang pernah dengar, mungkin dia sendiri agak takut-takut nak sebar. Takut tersalah kan.
.
Jadi kat bawah ni ada dua teks yang mungkin boleh membantu kita. Dalam menyatakan illah (sebab) kepada disunatkan berpuasa 11 Muharram.
.
Satu dari Kitab jawi سبيل المهتدين susunan Syeikh Arsyad al-Banjari dan satu lagi Kitab arab عمدة القاري syarah kepada Shahih al-Bukhari oleh Syeikh Badruddin al-Aini.

Evolusi Halaqah Nahu-Saraf pagi Sabtu.

Lama juga halaqah bersama Ustaz Zul Mukhsah flip-flop.  Kejap ada kejap takde.  Sekali ada, 3 minggu cancel. Macam Chips-more. Sebab tak cukup quorum untuk kelas. Guru okey. Pelajar pula masing-masing ada komitmen.
.
Kuota sebelum ni, sekali kelas perlu ada beberapa orang pelajar yang hadir. Alhamdulillah. Kali ni tukar cara. Cukup walau sorang hadir, kelas dah boleh jalan. Cuma pelajar yang hadir perlu rakam kelas. Alhamdulillah, Ustaz ONZ.
.
Teringat Ustaz Nazrul Nasir pernah cerita. Ustaz Nazrul buat khususi dengan Syeikh Ahmad Mamduh dalam kereta je. Syeikh ambil Ustaz Nazrul, bawa pusing Bandar Kaherah, sambil Ustaz Nazrul baca kitab dan Syeikh Ahmad Mamduh syarah.
.
Habib Ahmad al-Maqdi dulu-pun. Khususi dengan Syeikh Ali Jum'ah dalam kereta. Sampaikan Syeikh Usamah al-Azhari beritau kepada Syeikh Ali Jum'ah. Jangan dah ambil pelajar khususi, kecuali yang ada juhud macam Habib Ahmad al-Maqdi.
.
Tapi satu je lah masalah dia. Kalau dan pelajar ngantuk, malam tu tak dapat tidur. Memang seksalah.  Sebab dia sorang. Tapi tak sangka, rupanya Redbull boleh tolong. Rupanya amat berguna untuk bantu kita tahan ngantuk. Padan orang yang terpaksa berjaga 24-48 jam, boleh berjaga dengan bantuan Redbull. bi iznillah-jua. Sekali seminggu ambil, okey kot .
.
Part best pula? Pelajar tu boleh tanya sesuka hati. Takdelah risau ada pelajar lain yang terganggu. Adakala pelajar ada soalan simple, namun kalau tanya, bimbang orang lain terganggu kan.
.
Kelas Hari Ahad dah takde, bawa kepada Hari Sabtu. Sebab Ustaz terlibat dengan Kelas Tafaqquh Yayasan Pahang Hari Ahad. Jadi kelas Hari Sabtu dipanjangkan sedikit. Dari pukul 7.30-9 pagi. Namun, kelas fokus buat Ikhwah (lelaki) je dulu. Kalau ramai nanti, baru fikir untuk buka kepada akhwat (wanita).
.
Kalau nak dengar Ustaz Zul syarah kitab cara pondok. Boleh join grup Telegram di link. Dan download audio hari ni punya (macam dalam tutorial bergambar di bawah).
.
Alhamdulillah. Settle satu masalah
.
.
Klik:
https://t.me/GrupJaringanTalaqqiPahang
https://t.me/GrupJaringanTalaqqiPahang
https://t.me/GrupJaringanTalaqqiPahang
https://t.me/GrupJaringanTalaqqiPahang
https://t.me/GrupJaringanTalaqqiPahang

Tumpang tidur sini.

Tadi masa keluar masjid negeri. Ada pasangan muda datang jumpa, katanya dari Kelantan. Nak tumpang tido di masjid.
.
"Saya takde kuasa sini. Cumanya, kalau abang nak tidur. Biasa orang musafir tidur di pintu belakang, pintu masuk imam tu (ada ruang sikit). Cumanya, kena tunggu habis kelaslah. Sebab orang keluar ikut situ."
.
(Lupa pula bawah menara jam, depan Klinik al-Amin MUIP tu ada ruang wakaf juga).
.
Adus kesian juga. Dahlah sekarang musim hujan. kawasan tu batunya mar-mar. Sejuk tu.
.
Tiba-tiba teringat Masjid Seri Petaling. Entah kenapa, rasanya tu lah antara tempat tidur paling best sekali kat dunia. Best, sangat best. Jauh sedap tido situ, berbanding check-in hotel. Tenang, damai dan sangat selesa.  24 jam boleh tidur, waktu malam dalam pukul 12-1 pagi masih ada yang mengaji dan solat. Berbekalkan lampu kecil khas, dipasang pada dinding. Sehingga tak mengganggu jemaah lain sedang tido. Pukul 4 pagi dah ramai bangun qiam belah depan. Belah belakang boleh tido. Lepas subuh ada bayan (tazkirah). Tapi kalau letih sangat dan tak nak join diorang. Boleh tido. Takde orang nak ganggu. 
.
Teringat Ashab as-Suffah di zaman nabi. Mereka tidur di Masjid Nabi je. Mereka golongan yang berhijrah. Dan antara penghuni awalnya adalah Muhajirin dari Mekah. Nabi sangat meraikan mereka. Malah dalam Kitab Fiqh pun. Ada pensyariatan i'tikaf di masjid. Punyai ganjaran pahala. Malah siap diberitahu tatacara untuk i'tikaf lagi.
.
فعن يزيد بن عبد الله بن قسيط قال: «كان أهل الصُّفَّة ناسًا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم لا منازل لهم، فكانوا ينامون على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد، ويظلون فيه ما لهم مأوى غيره»
.
الطبقات الكبرى

Resam Kepelbagaian mendidik.

Suatu waktu dulu. Di Baitus Safra, Abbas Aqqad. Masa dalam kelas. Habib Ahmad al-Maqdi pegang satu rotan panjang. Habib kata, siapa tak tahdir (baca apa akan belajar) atau murajaah (baca apa telah belajar) tak silap, Habib nak rotan. Rupanya Habib sedang ajuk perilaku Habib Umar bin Salim Bin Hafiz. Gurunya. Tapi akhirnya, Habib kata orang nusantara tak perlu sampai Habib buat begitu. Cukup dengan bagitau. Sebab orang kita lembut.
.
Masa diploma dulu. Tasmik dengan Ustaz Zul Embong. Lembut orangnya. Cuma ada juga part yang  menakutkan. Ada suatu waktu, Ustaz suruh ulang 60 kali muka surat yang nak dihafaz. Dan catat pada buku. Naifnya. Kami tak buat. Esok, waktu hantar tasmik baru, ustaz tanya tentang tugasan. Katalah tak buat. Hampir satu kelas tak buat. Masa nak salam, ustaz tak nak hulur tangan. Ustaz kata, " Takpelah. Enta Tak Hormat Ana".
.
Pergh. Perasaan masa tu, macam kena hiris. Ayat yang lembut, tapi paling tajam pernah dengar sepanjang hidup. Rasa bersalah sangat.
.
Masa di Ardil Kinanah. Memang dari awal, sengaja pilih Syeikh Hasan Rejab. Antara Syeikh paling garang dalam Masjid Khazandarah. Hari pertama je Syeikh tegur dengan baik. Hari kedua sampai khatam. Pantang silap tajwid, memang makan jerkah. Satu Masjid Khazandarah bergema. Balik tu waktu naik bas, termenung pandang luar tingkap. Terkesan sungguh dengan jerkahan syeikh tadi.
.
Syeikh Mahmoud (Shoubro) antara syeikh yang sangat lembut. Walau tak pernah mengaji dengan syeikh. Tak pernah jumpa orang arab selembut itu. Tiap anak muridnya, selepas salam, Syeikh akan cium ubun. Dengarnya, kalau salah waktu bacaan pun, syeikh akan cium juga.
.
Syeikh Khalid Shoubro. Mengajar tahun 1 di Maahad Qiraat Shoubro. Dia punya tegas, dahsyat. Tak kira pelajar tua atau muda. Semua kena dengan Syeikh, kalau tak dapat jawab. Khususnya kalau tak ingat matan atau tak tahu khilaf bacaan.
.
Syeikh Nuruddin. Semua dah maklum. Usahkan duduk berdepan. Dengar syeikh ceramah dalam TV pun dah rasa gerun dengan haibah Syeikh. Takut je kalau tak jaga adab. Dalam kelas. Jangankan nak buat benda lain. Nak silang kaki, main pen, bersandar ke dinding, tak off handset. Semua tu memang alamat nak kena halau keluar dari kelas. Atau sekurangnya dimarah oleh syeikh. Mungkin kerana itu, majlis syeikh terasa keberkatannya. Kerana adab majlis terjaga. Bagaimana adab murid-murid syeikh kepadanya. Begitulah adab syeikh kepada gurunya dahulu.
.
Cerita guru. Zaman Imam Malik dulu. Kalau pelajar nak buka helaian muka surat pun, amat cermat dan berhati-hati sekali. Sebab tak mahu guru terganggu dengan bunyi selakan kertas. Imam Syafie dulu, kalau tidur, kaki takkan dijulurkan ke rumah Imam Malik. Taadduban kepada Imam Malik.
.
Teringat pengamatan Ustaz Razak. Ketika menerang manhaj, cara didik yang agak syadid di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling. Rasulullah.saw sendiri, waktu diminta untuk membaca al-Quran di Gua Hira'. Rasulullah telah dirangkul dan dipeluk dengan kuat oleh Saidina Jibril. Dipaksa juga untuk baca. Walau Rasulullah dah kata ما أنا بقارى.
.
Al-Imam Hassan al-Banna seorang yang tegas berperinsip. Namun lembut. Suatu hari anaknya buat kesalahan. Imam Hassan al-Banna tidak terus hukum didepan tetamunya. Tetapi dipanggil anaknya itu ke suatu sudut. Lalu diminta untuk hulurkan kaki. Dengan sebatang lidi. Al-Imam merotan kaki anaknya itu. Bagi anak-anaknya, ianya kelakar, sebab lidikan kecil dan tak menyakitkan. Jadi anak-anaknya pun ketawa.
.
Dalam hidup. Pernah terjadi gotong royong paling unik. Masa tu Ustaz Hamizi yang handle. Sebelum bagi tugas. Ustaz Hamizi tak terus bagi arahan dan tugasan. Tapi Ustaz Hamizi bagi tasykil tentang 'khidmat'. Kisah beberapa nikmat yang pernah diperolehi oleh orang soleh, kerana berkhidmat. Pergh, lepas pada tu, sebaik diberikan tugas. Rasa best sangat bergotong-royong hari tu. Tak rasa terpaksa. Penangan cara tabligh kan. Bila roh dah rasa semangat. Jasad hanya mengikut.

Guru hantar mesej

Guru hantar mesej. Untuk beri semangat katanya. (Geng pondok jangan baca ye..hehe);
.
.
Secebis kisah yang agak "rare" dalam perjuangan menyiapkan PhD.
.
Alhamdulillah..
Hari ini mencatatkan rekod terpanjang penyeliaan pelajar PhD saya, Amram Dingdorromaeng dari Thailand, iaitu hampir 11 tahun, bermula pada 2008 hingga beliau viva kali kedua hari ini dan lulus dengan pembetulan minor (tertakluk kepada syarat). Pelajar dari Pattani ini menelusuri perjalanan jatuh bangunnya yang tersendiri dalam meneroka alam PhDnya. Ini termasuklah penukaran tajuk dua tiga kali, candidature defense berkali-kali, pemeriksaan dan viva dua kali.
.
Sepanjang perjalanan akademiknya, beliau mengalami pelbagai ujian termasuklah kematian anak dan ditimpa pelbagai penyakit. Beliau tiada biasiswa dan membiayai sendiri pengajiannya dengan wang keringat mengajar al-Quran kepada anak-anak kecil di sekitar kediaman sewanya di Ampang. Beliau terpaksa bercuti dari pengajian untuk beberapa semester bagi menyelesaikan permasalahannya.
.
Tahun lalu, Amram membentangkan hasil kajiannya pada seminar hasil kajian (sebelum penyerahan tesis utk pemeriksaan) dalam keadaan menahan sakit akibat luka-luka di badan bersama baju koyak rabak ekoran kemalangan motorsikal semasa dalam perjalanan ke UM. Kami minta beliau menangguhkan pembentangannya, tetapi beliau berkeras mahu meneruskannya walaupun beliau tidak begitu fit utk pembentangan.
.
Perjalanan akademiknya telah tertulis agak panjang kerana pelbagai cabaran dalaman dan luaran, tetapi ketabahan dan ketahanan mentalnya berjaya mengenepikan semua cabaran itu. Sebagai penyelia yang membimbingnya dari beliau muda belia hingga usianya agak meningkat, saya memahaminya luar dalam dan sentiasa memberikannya pedoman dan menyuntik motivasinya yang kadangkala merudum.
.
Petang tadi setelah sesi viva tamat , beliau menitiskan airmata sebak dan terharu kerana akhirnya halangan terakhir dan terbesar dalam perjalanan ilmunya berjaya diatasinya. Cuma tinggal sedikit pembetulan minor yang perlu dilangsaikannya. Semoga keilmuan beliau menjadi sebahagian aset yg bakal menyumbang kepada pembangunan intelektual bangsa Melayu Pattani nanti.
.
Perjalanan PhD tidak sama antara individu dengan individu lain. Masing-masing merintis jalan perjuangan yang berbeza dan terpaksa merempuh halangan berlainan. Ada yang mudah ada yang payah, malah ada yang terlalu sukar, sehingga ada yang give up dan ada yang meninggal dunia dalam perjuangan. Ia semua taqdir yang telah tersurat dan semuanya ada hikmah yang perlu dipelajari dan disyukuri. Nasib dan perjalanan hidup seseorang tidak sama kerana itu adalah warna warni kehidupan yang lukisannya telah ditentukan.
.
Catatan:
Tajuk tesis beliau: "Ijtihad dalam Pelaksanaan Ibadat: Analisis Terhadap Beberapa Ibadat Terpilih." Kajian beliau menemukan bahawa ibadah-ibadah yang yang dikritik sebagai bid'ah oleh beberapa pihak pada hakikatnya mempunyai asas yang jelas dalam syariat Islam berdasarkan beberapa instrumen ijtihad yang diaplikasi oleh para ulama. Kajian ini merumuskan beberapa aplikasi instrumen ijtihad seperti qiyas, istihsan dan maslahah dalam beberapa ibadah mukhtalaf fiha yang dikaji oleh calon.
.
Terima kasih kepada sidang panel viva yang dipengerusikan oleh PM Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, TPIT PM Dr Mohd Fauzi Hamat, Wakil Senat Prof Ir Dr Kaharudin Dimyati, KJFU Dr Luqman Hj Abdullah dan barisan pemeriksa Prof Dr Susiknan Azahari (UIN Jogja), PM Toh Puan Dr Nizaita Omar (Unisza) dan Dr Rushdi Ramli (JFU). Tak lupa Pn Zahian Penolong Pendaftar.
.
DSM
24.9.2019

Baru ni sahabat baik telefon

Baru ni sahabat baik telefon. Berkongsi rasa marah, kecewa, give-up dengan apa yang berlaku. Masalah dengan investor, peruncit, sikap share-holder.
.
Sebenarnya sahabat call sehari sebelumnya, tapi dah terlelap. Malam berikutnya baru ada peluang call balik. Tapi bagus juga, ada hikmahnya.
.
Tanya balik. Masa sahabat miss-call semalam, dalam pukul berapa? Pukul 12malam. Sahabat tidur pukul berapa semalam? Dalam pukul 1.30pg. Sepanjang 1 jam setengah tu, apa yang bermain di otak?: Nak berhenti, balik Kuantan, buat food-panda, cari kerja makan gaji, boleh lepak-lepak dengan kawan, tak nak dah fikir masalah bisnes.
.
Ok malam ni. Apa pula yang sahabat fikir?: Baru tengahari tadi dapat tender baru, ada investor yang sedia suntik modal, nak buka company baru, dengan 2-3 share-holder yang sekepala. Mungkin lepas ni berpindah ke negeri selatan.
.
Hehehe... 180° berbeza terus. Dari apa yang duk rungsing malam semalam.
.
Teringat pesan Syeikh Rohimuddin, Sidi Lokman. Ambil mafhum, syarahnya berbeza.
.
Kita diberikan 3 masa. MASA LALU, ianya dah berlalu. Tak mungkin kita dapat balik. Jadi kenapa susah hati, runsing otak fikirkannya? MASA AKAN DATANG. Ianya belum berlaku. Kita tak tahu pun apa taqdir kita. Malah, hampir keseluruhan apa yang kita fikir tentang masa akan datang, ianya tak berlaku pun (Talluq kepada Qadar Allah jua). Jadi kenapa masih nak buat silap? Bersungguh fikir masa depan? Untuk benda yang takkan berlaku? (Saje bagi ayat provok). Dari 12 malam-1.30 pagi fikir benda sia-sia. MASA SEKARANG. Itu baru milik kita. Kan cantik kalau waktu tu lupakan segala masalah.
.
Kalau beria fikir, bukan boleh settle pun. Baik ambik wuduk, solat istikharah. Minta Allah berikan petunjuk. Jalan-jalan tengok bandar (sahabat di satu negeri waktu tu), lepak mamak, Buat apa yang kita suka. Lupakan masalah. Relaks-kan kepala. Beri badan enjoy. Ada perkara, kita perlu rancang awal. Ada perkara, kita terlalu awal rancang.
.
Sahabat gelak. Ye tak ye juga.. katanya.
.
.
Dah minta izin dari sahabat untuk share. Ayat, isi perbualan banyak diubah. Untuk sorokkan identiti. Wallahu'alam

Cantik budaya ilmu

Mantan Mufti Mesir. Syeikh Ali Jum'ah pernah ditanya, tentang inisiatif di sebahagian masjid². Yang menyediakan taman permainan, di perkarangan masjid bagi kanak². Syeikh Ali Jum'ah kata bagus, kerana boleh tarik hati kanak² jadi suka kepada masjid.
.
Teringat Habib Ahmad al-Maqdi. Kalau waktu kelas, Habib akan suruh anaknya duduk di saf hadapan. Ikut dengar pengajian bersama pelajar yang lain. Malah, pernah suatu ketika. Anak Habib sendiri, yang umurnya dalam sekolah rendah, bertanya masail kepada Habib dalam pengajian.
.
Pernah dulu. Masa tu khidmat kepada guru. Uruskan sebuah majlis di Kaherah. Sementara menunggu waktu, lepak di surau rumah Pahang Asyir. Perasan ada seorang budak arab tengah baring bersama kawannya, budak melayu. Lama lepas tu, baru tau, itu anak kepada Habib Omar bin Salim bin Hafiz.
.
Seronok tengok di Pondok Seri Damai. Khususnya kelas pagi Ahad. Pakaian pelajar yang datang belajar pagi Ahad (10.30-12.30tgh) agak bebas. Agak berbeza, dengan waktu malam. Malam, rata-rata pakai jubah atau baju melayu berkain pelekat. Pagi Ahad boleh lihat macam² 'pesen' orang.
.
Ada yang pakai seragam tentera, tengah standby, lepas kelas terus salin pakai kasut boot. Ada profesor madya dari IPTA. Kalau sembang pasal fizik dalam group wasap, memang tak jejak bumi mendengarnya. Ada pegawai tinggi di Putrajaya, tau² jadi auditor kepada kerajaan negeri. Ada kerabat diraja. Ada pemilik stesyen minyak. Ada pemilik kedai Hardware. Ada kontraktor. Ada Technician. Ada guru pakar Bahasa Arab di sekolah berasrama penuh, taupun bila jumpanya jadi hakim pertandingan ilmiah peringkat Negeri. Ada pegawai JAIP. Duduk bertalaqqi, sambil ditemani anak-anak.
.
Cantik budaya ilmu sebegini. Sebab, ada benda orang mahir. Ada benda tidak. Jadi, bila jadikan majlis sebegini sebagai aktiviti mingguan keluarga. Secara tak langsung, tuntutan Fardhu Ain keluarga dapat mereka isi. Disamping mengisi masa cuti.

Nak hidupkan majlis taklim

Lepas Zohor tadi lama berbual. Dengan sorang anak muda. Katanya nak hidupkan majlis taklim ditempatnya belajar. Tapi risau pula nak cari dana. Lagi satu, katanya tak ramai kawan²nya yang suka majlis talaqqi. Acapkali bila buat, dia sorang je yang datang.
.
Saja berkongsi dengannya tentang Baitus Safra di Abbas Aqqod, Kaherah. Dulu masa nak 'run' kelas tu, kami kumpul dana. Kami kutip dalam 50 genih sorang/bulan. Matawang Malaysia dalam RM25 waktu tu. Alhamdulillah, cukup untuk bayar saguhati Habib, jus n kudapan, alat tulis dan keperluan kelas. Sambil tak nafi, ada juga sumbangan peribadi dari teman².
.
Pelajar pun kami pilih dari kalangan mereka yang suka talaqqi. Buat satu dawroh. Pastikan iklan dan jemputan tu menyeluruh. Nanti waktu dawroh, take-note mereka yang excited dengan dawroh. Yang setia dengar sampai habis. Ambil database mereka. Mereka inilah yang bagus untuk diajak sama² hidupkan majlis taklim. Biasanya, untuk kutip dana mereka tak berkira. Apatah lagi kalau tau untuk khidmat pengajian.
.
Saja bagi motivasi. Untuk hidupkan majlis taklim di satu² tempat. Perlukan penggerak. Ambil contoh beberapa tempat dulu, bukan hidup pun majlis taklim. Padahal orang alim ramai, tapi lepas ada penggerak. barulah Majlis Taklim tu hidup. Di UIA Gombak dulu Ustaz Muhadir Haji Jol. Ustaz Saiful di Mat'am Abu Aish. UKM, UM dengan Tg.Ridhouddin. Dr.Mahyuddin di UMP. UTM dengan Dr.Syed Naquib al-Attas. Ustaz Azlan dulu di MTNP.
.
Luahnya lagi. Kenapa semangat tempatnya tak sama semangat talaqqi pelajar di Mesir ye? Soalan ni payah nak jawab. Mungkin sebab 'gerakan' kesedaran yang dilancar ustaz² lama? Wallahua'lam.

Selesai khatam juz satu Kitab Sabil Muhtadin.

Malam ni. Pondok Seri Damai selesai khatam juz satu. Kitab Sabil Muhtadin. Lama juga. Tok Ayah mula baca dulu 2011. Kini 2019 baru habis juz satu. Lebih kurang lapan tahun. Belum juz dua lagi.
.
Tok Ayah cerita. Dulu Tok Ayah nak habis Kitab Sabil Muhtadin ambil masa 25 tahun. Tok Ayah berikan harapan. Moga ada keberkatan dan dapat terang ke orang.
.
Kitab Sabil Muhtadin ni bagus. Sebab banyak masail yang detail dan hanya diterang di peringkat Kitab Mutawassitin, ada dibahas di sini. Contohnya bab niat. Muqorronah ijmali, tafsili dan urfiyah.
.
Walaupun Kitab ni terhad rubu' ibadah. Tak terkandung empat rubu' fiqh yang lain. Tapi puas hati, sebab detail cungkilannya.
.
Lepas ni juz dua mula dengan bab sujud sahwi. Antara topik yang best. Sebab mencabar minda.
.
Gambar di bawah: Biasa bila khatam kitab. Akan ada tahlil dan kenduri makan². Dari kelantan bawa ke Pahang. Camnilah cara pondok. Depa pandai teli-kan lauk. Ada nasi putih, kari kambing, ikan goreng, sayur, sambal belacan n buah tembikai. Hidang guna talam. Simple, tapi sedap.

Beberapa tahun lepas

Beberapa tahun lepas. Ada sorang penjaga wasap. Kata, anaknya ada masalah anxiety disorder. Jadi kak ni mohon maaf, jika anaknya ada timbulkan masalah. Dan mohon banyak bersabar.
.
Mulanya tak perasan juga. Tapi bila amati. Baru perasan.
.
Disorder tu bolehlah teka. Tapi anxiety tu apa pula. Bila rujuk google n tanyakan bekas pelajar, baru faham sikit.
.
Kanak² istimewa. Biasanya anak² ini ada kelas dan guru khusus di sekolah. Cara nak beri mereka faham, berbeza dari kanak-kanak lain. Cuma, bimbang juga waktu anak² ini diluar. Waktu bergaul n berkawan. Di asrama atau di kelas awam. Jadi, Kita-lah kena fahamkan dan jelaskan kepada kawan²nya. Khususnya kawan² terdekatnya. Jangan mengejek, rendah²kan atau pulau-kan mereka. Minta mereka jelaskan kepada yang tidak faham.
.
Zaman kita dulu. Pendedahan takde sangat. Jadi kalau pelajar tak dengar kata, kita kata degil. Kalau dia tetap nak bercakap waktu kita bercakap, kita kata biadap. Kalau kita terang berkali-kali dia tak faham, kita kata dia berangan. Jika ya oklah. Tapi bimbang, takut anak² ini sebenarnya ada masalah.
.
Teringat cerita bollywood 'Taare Zameen Par' yang Amir Khan berlakon. Hollywood Beautiful Mind (schizophrenia) n beberapa filem lagi. Yang cuba fahamkan penonton tentang anak² istimewa ini. Yang sebenarnya punyai otak yang sangat hebat dan boleh pergi jauh insha Allah, kalau kena dengan acuannya.

Keluarga ar-Rajhi dan Maktabah Syamilah.

Secara peribadi. Kita amat terhutang budi dengan keluarga ar-Rajhi. Menurut guru. Muhammad bin Abdul Aziz ar-Rajhi telah membeli hak cipta dari semua koleksi kitab dalam Maktabah Syamilah. Sebuah gedung perpustakaan di alam maya. Terdapat sekitar hampir 7000 kitab terkenal di dalamnya. Menyebabkan kita dapat mengambil istifadah dengan gratis.
.
Tanda kasih Sulaiman bin Abdul Aziz ar-Rajhi kepada ibunya. Dibuatkan sebuah masjid (seperti dalam video), diniatkan wakaf bagi ibunya Aisyah ar-Rajhi. Setiap kali orang mengambil manfaat, maka pahalanya akan mengalir kepada ibunya Aisyah.
.
Teringat Ustaz Nazrul bercerita. Waktu membacakan Kitab Bulughil Maram Syeikh Idris al-Marbawi;
.
Di belakang Masjid al-Azhar ada sebuah kawasan. Dibina khusus oleh orang. Untuk memberikan makan kepada Anjing.
.
Di atas kubah Masjid Imam Syafie di Saidah Aisyah. Ada sebuah replika kapal kecil. Selain sebagai isyarat kepada keluasan ilmu Imam Syafie. Ada juga yang mengatakan, ianya adalah tempat untuk memberi makan burung.
.
Di Syria. Lama dahulu. Ada kawasan khusus untuk perbekalan musafir. Musafir yang membutuhkan keperluan perjalanan, boleh ambil secara percuma di sini.
.
Baru ni ada jemaah panggil. Dia ajak mampir ke almari masjid. Dicapainya sebuah kitab kumpulan hadis tentang tasawwuf. Dikatakan: " Ada dah kitab ni? Saya hadiahkan ye. Saya beli dari Ustaz **** kelmarin. Guna buat ngajar kat orang ye".
.
Tabiat tok nenek kita dulu-dulu unik. Mereka selalu bersedekah kain pelekat dan tudung mengkana. Tapi bila fikir, pandai juga. Lama pahalanya mengalir. Sebab lama nak boleh ke rosak.
.
Di atas kaabah ada sebuah pancuran emas, tempat air hujan dialir keluar dari atap, namanya miz'ab. Ianya diperbuat dari emas. Mulanya dibuat menggunakan wang pemerintah. Namun selalu dicuri orang. Akhirnya ulama di sana mencadangkan, agar dibuat dari wang sumbangan umat Islam. Alhamdulillah. Sampai sekarang tak dicuri orang.
.
-عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: ذَكَرْنَا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ الزِّيَادَةَ فِي الْعُمْرِ فَقَالَ: " إِنَّ اللَّهَ لَا يُؤَخِّرُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجْلُهَا، وَإِنَّمَا الزِّيَادَةُ فِي الْعُمْرِ أَنْ يَرْزُقَ اللَّهُ العبدَ ذُرية صَالِحَةً يَدْعُونَ لَهُ، فَيَلْحَقُهُ دُعَاؤُهُمْ فِي قَبْرِهِ"
.
Bila sampai waktu seseorang itu pergi. Allah takkan lanjutkan usianya. Namun cara Allah tambahkan nilai umurnya. Adalah dengan mengurniakan rezeki anak yang soleh. Yang  berterusan mendoakan dirinya. Maka doa anak tersebut akan sentiasa sampai kepadanya.
.
Mie pernah bercerita. Lama lepas isteri seorang gurunya meninggal. Ada rakannya bermimpi. Melihat isterinya itu kecapi nikmat di alam barzakh. Tertanya juga kenapa. Isterinya menjawab, suaminya selalu sedekahkan bacakan Yaasin buatnya.
.
Logik juga. Teringat Hadis Soheh riwayat Abu Dawud;
.
اقرءوا يس على موتاكم.
.
" Bacalah Yaasin keatas mereka yang telah pergi."
.
Rindu pula kelas Syeikh Yusri di jabal Muqottam. Agaknya kitab apalah yang Syeikh baca sekarang ye. Teringat masa Syeikh baca Sunan Nasaei dulu. Bestnya..

[ Tatacara Menyambut Kelahiran Bayi sehingga umurnya 10 tahun: ]

1.1. Disunatkan azan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri. Dilakukan sebaik bayi lahir, supaya diperdengarkan nama Allah sebelum mendengar apa² yang lain. (Jika bayi berada dalam alat khas. Cukup azan dan iqamah dengan niat tujukan ke telinga kanan dan kiri).
.
1.2. Disunatkan baca pada telinga kanan bayi:
إني أعيذها بك وذريتها من الشيطان الرجيم.
.
(Aku berlindung akan dia dengan di-Kau (Allah) dan akan segala anak cucunya daripada syaitan yang kena rejam).
.
1.3. Sunat baca Surah al-Ikhlas pada telinga kanak². Supaya mula² yang diperdengarkan kepadanya ketika di dunia ialah kalimah tauhid.
.
1.4. Disunatkan baca Surah al-Qadr pada telinga kanan bayi. Moga dipelihara daripada zina seumur hayatnya.
.
2. Diberikan kepada orang soleh untuk ditahnikkan anaknya. Iaitu digosokkan buah tamar ke lelangit bayi. Dahulukan rutob (kurma basah). Jika tidak ada maka tamar (kurma kering). Jika tidak ada maka manisan yang tidak bersentuh dengan api (contohnya: madu, kismis), selepas ianya dimamah dan bercampur dengan air liur orang soleh tersebut. Kalau tiada orang soleh lelaki, wanita yang solehah pun tak mengapa.
.
3. Sunat namakan bayi tersebut pada hari ke-7. Sebelum sembelih aqiqah. (Hari pertama mula dikira dari bayi itu lahir. Walau beberapa minit sebelum maghrib). Namun jika tak mahu buat aqiqah pada hari ketujuh, maka sunat letak nama pada hari kelahiran. Jika letak hari lain, tidak mengapa.
.
4.1. Sunat lakukan sembelihan pada hari ketujuh. Jika tidak dapat, sunat hari ke 14. Jika tidak dapat, pada hari ke 21. Begitulah seterusnya (tiap tujuh hari).  (Rujuk: Majmu' Imam Nawawi).
.
4.2. Kalau sebelum hari ketujuh atau selepasnya juga tiada masalah. Cuma jangan sebelum bayi lahir, tak dikira aqiqah. Daging tu dikira daging biasa je. Dan sunat sebelum bayi tu baligh. Kalau dah baligh. Sunat bagi penjaganya dah luput, berpindah kepada budak tu pula.
.
4.3. Bayi lelaki sunat dua ekor kambing biri², bayi perempuan sunat seekor kambing biri². Namun paling afdhol 7 ekor kambing. Kalau tak mampu, seekor bagi bayi lelaki pun dah beroleh sunat.
.
4.4. Syarat haiwan sama dengan korban. Dari jenis, sejahtera dari aib, umur, niat, makan, bersedekah, hadiah, tegahan dan lainnya. Cuma perbezaannya, jika korban itu bersedekah dengan daging mentah. Aqiqah pula sunat dimasakkan secara manis, dimakan sebahagiannya  dan sebahagian yang lain disedekah kepada faqir miskin.
.
4.5. Sunat jangan dipatahkan tulang haiwan itu, baik yang mengerjakan aqiqah atau yang makan. Cuma pisahkan di sendi.
.
5. Sunat sapukan Za'faron atau bau-bauan pada kepala bayi, setelah sembelihan berlaku.
.
6.1. Sunat cukur lepas sembelih. Sunat dicukur licin rambut bayi. Baik bayi lelaki atau perempuan pada hari ke-7. Makruh jika ditinggalkan sebahagian.
.
6.2. Timbangkan rambut bayi dengan nilaian harga bagi berat emas. Jika tidak mampu, maka perak. Dan sedekahkan nilaian tersebut (Boleh timbang dikedai emas).
.
TERTIB SUNAT: BERI NAMA-->SEMBELIH-->BERCUKUR.
.
7. Sunat segera khatankan bayi itu. Sama ada lelaki atau wanita. Namun jika kanak² itu telah baligh dan beraqal, maka hukum khatannya dah bertukar jadi wajib.
.
8. Apabila mumayyiz (Kanak² itu mampu makan, minum, buang air besar sendiri) dan sampai umur tujuh tahun. Maka wajib bagi penjaganya untuk mengajar kanak² itu amalan fardhu dan sunat. Baik solat, puasa, menutup aurat, menjaga ikhtilat dengan ajnabinya, hatta amalan sunat. Termasuk juga mengenalkannya akan Allah, rasul dan segala perkara yang wajib dan haram. Jika kanak² itu tidak buat di belakangnya, tidak mengapa. Kerana dia belum lagi baligh.
.
9. Bila umur kanak² itu 10 tahun. Bolehlah memukulnya (ada syarat juga cara pukulnya) jika ia meninggalkan ibadah fardhu atau buat perkara haram.
.
Wallahuaa'lam.
.
.
.
Rujukan:
1. Al-Majmu' syarah Muhazzab li al-Imam an-Nawawi.
2. Hasyiatan (Qolyubi wa Umairoh)
3. Matla'ul Badrain wa majma'ul bahroin.
4. Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquh fi amri ad-Din.
5. Bughyah Tullab limurid ma'rifah al-Ahkam bi as-Sowab.

Teringinnya nak lawat kota sejuta wali.

Selalu dengar Habib Ahmad al-Maqdi cerita pasal orang² di Hadramaout. Waktu azan kedai tutup, semua datang solat berjemaah. Walhal bukan ada penguatkuasa pun. Ianya lahir dari kesedaran diri.
.
Seronok dengar teman² cerita pengalaman follow Dawroh as-Syita di Hadramout. Tengok kesungguhan Tolib al-Ilmi di sana. Sampai ada yang tengah makan pun telaah kitab. Padahal, sana belajar mana ada sijil.
.
Habib Ahmad pernah bunyi. Kenapa pelajar Hadramout sedikit, tapi manfaatnya kepada rakyat Malaysia besar. Kamu pula ramai, tapi takde apa². Kena pula masa tu, geng Hadramout meletup-letup kat Malaysia.
.
Secara peribadi. Pernah jumpa Habib Omar bin Salim bin Hafiz secara face to face. Masa tu Habib Omar tak terkenal lagi. Kita pun tak tau apapun. Baik istilah Ahlul Bait atau Qutb al-Aqtab.
.
Masa tu diploma di Tanjung Lumpur. Habib Omar nak lawat kelas. Masa duduk dalam kelas. Ustaz Zul tulis kat papan hitam الصلاة. Besar². Tiba² Habib Omar masuk. Rombongan Habib duk luar kelas, penuh tepi tingkap. Kebetulan duk depan sekali, depan whiteboard pula. Habib Omar pandang Whiteboard, Habib Omar pusing n senyum. Habib Omar tanya, apa takrif Solat? Mula ingatkan Habib tanya umum. Sekali baru perasan, rupanya Habib Omar tanya ke koi. Terkedu kejap. Mungkin lama tunggu jawaban, Habib tolong jawabkan. أقوال وأفعال متتحة بالتكبير ومختتمة بالتسليم. Habib senyum. Rombongan Habib ketawa tengok gelagat kami. Sebenarnya tau jawapan tu, sebab dah hafaz masa STAM 2006 dulu. Tapi tu lah, terkesima punya pasal. Tapi bagus juga, ada juga moment dengan Habib Omar bin Salim bin Hafiz yang boleh jadikan kenangan sepanjang hidup. Qutb al-Aqtab tu, bukan beshe-beshe.
.
Sempat salam dengan Habib Omar masa tu. Waktu Habib nak sarung sepatu. Pelik juga masa tu, sebab ada kawan berkejar minum bekas minuman Habib, sebaik Habib selesai minum. Sekarang baru faham asbabnya.
.
Selang beberapa tahun. Bila dah bermuqim di Ardil Kinanah pula. Habib Omar sekali lagi datang. Cuma kali ini sebagai tetamu Kerajaan Mesir atau al-Azhar? tak pasti. Diminta oleh guru untuk khidmat, waktu tu sebagai SU. Cara kerja khidmat pula. Maksudnya, semua kata² pengarah (guru) adalah perintah. Cara kerja begini agak asing jugalah, tapi bolehlah follow rentak tu. Namun bestnya, semua perkara di bawah pantauan SU. Dari jadual Habib, kenderaan, makan minum, persiapan tempat, VIP dari kalangan Habaib, masyaikh dan atase. Tapi yang kelakar, langsung tak dapat nak hampiri Habib.
.
Punyalah ramai yang datang, rasanya penuh dataran sehingga ke tepi² rumah negeri. Arus terjahan orang nak salam dengan Habib bukan biasa². Mujur dah pilih boncer² yang mantap. Walaupun ramailah yang bising, sebab tak dapat bersalam dengan Habib Omar. Tapi positifnya, keselamatan Habib memang terjagalah. Ingat malam tu Habib cerita kisah hidupnya. Kali terakhir ia bersama dengan ayahnya, sebelum hilang buat selama-lamanya. Mungkin telah ditangkap atau dibunuh. Sebelum mereka berpisah, ayahnya sempat tinggalkan syal jika tak silap.
.
Ada sebahagian manusia. Kita mungkin tak berpeluang bersuhbah dengannya. Tapi melihat redup wajahnya dari jauhpun, sudah buatkan hati kita bahagia. Moga Allah berkati perjalanan hidup Habib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.

23 tahun dulu.

23 tahun dulu. Kami pernah kehilangan seseorang yang amat kami sayang. 20 Mac 1996, bersamaan 30 Syawal 1416h, Abang Zie pergi menghadap ilahi.
.
Nama abangku Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman. Rahimahullahu Taala. Saat itu, telefon tiada lagi. Jadi kami memang tak tahu apa-apa. Sehinggalah dua ayah saudaraku -Yong dan Ayah Sid- datang. Ketika itu dalam lepas maghrib atau Isya.
.
Sebelum tu. Petang, dalam lepas asar. Aku bermain-main di ruang tamu. Sesekali jenguk ke dapur. Sebab di dapur Abi beria memasak. Kata Abi, sebelum keluar rumah tadi. Abang ada bagitau, nak makan ayam masak merah.
.
Semuanya terhenti saat Yong dan Ayah Sid datang bawa berita. Katanya Abang eksiden motor di Kg.Salong, bersama rakannya Abang Ayie. Abang Ayie dimasukkan ke icu manakala Abang meninggal.
.
Mie tak kuat. Jadi Mie minta dipanggilkan kakak angkatnya Bonda Zah, untuk datang temankannya. Teringat lagi, malam tu aku temankan Mie dalam bilik tidur. Sementara, orang berpusu-pusu datang ke bilik tersebut, untuk bertemu dengan Mie.
.
Malam tu jenazah Abang sampai. Naik land rover biru polis. Tak silap, Makcik Nab -ibu saudaraku- yang iring jenazah abang. Masa tu Makcik Nab  masih lagi jururawat di Hospital Pekan. Aku hanya memerhati dari tingkap bilik. Umur Abang masa tu dalam 17-18 tahun. Sedang tunggu SPM jika tak silap. Aku pula baru 8 tahun. Masih tak terlalu menjiwai rasa kehilangan. Namun, waktu cuba baringkan diri, tiba-tiba ada satu 'rasa' hadir. Mungkin itulah yang orang kata, 'rasa sedih'.
.
Esoknya. Orang sudah ramai di perkarangan rumah. Aku pula sentiasa mengekori Abi. Abi yang aku kenal dulu, seorang yang kental. Namun, waktu itulah kali pertama aku lihat, Abi mengesat air matanya.
.
Hari-hari berikutnya. Rutin di rumah bertukar 180°. Malam kami tak dibenarkan lagi menonton TV. Ruang tamu bersebelah bilik abang sudah tidak diusik. Kami hanya gunakan pintu dapur, untuk keluar masuk rumah. Mie langsung tak boleh lalu kubur Abang. Mie tak kuat. Jadi kalau nak balik ke Kg.Belimbing, yang jaraknya hanya 15 minit, kami terpaksa pusing ikut Simpang, Paya Bungor, Lepar Banjir, Pelak dan baru ke Belimbing. Jaraknya bertukar jadi 1 jam 30 minit lebih kurang. Tapi Mie dah jarang balik Kg.Belimbing selepas daripada tu.
.
10-14 tahun terawal begitu suram. Rasanya dalam sekali dua je kami ke ruang tamu. Kami lebih banyak habiskan masa di dapur. Selang beberapa tahun, kami berpindah ke rumah FELCRA dan seterusnya, bila Abi bersara. Kami pindah ke Sungai Isap Kuantan. Seingatku, kalau adapun, sekali sahaja Mie pergi ke rumah lama. Selebihnya, jika ada nak ambil barang. Mie hanya minta Abi, aku atau Adik yang pergi.
.
Baru dalam 10 tahun terakhir ni, Mie kelihatan semakin pulih. Jika dulu, pantang ada perkara yang sensitif, pasti dengan mudah Mie menangis. Sampai aku pernah rasa.  Mie ni mungkin orang yang paling sensitif di dunia. Dulu Mie tak boleh tinggal seorang diri di rumah.
.
Kini. Kami sudah beransur move-on. Walaupun, ingatan kami terhadap Arwah Abang Zi masih tetap sama. Yang ketaranya Mie. Mie dah jadi sangat kental. Walau macam² ujian juga hadir, tapi tak pernah lagi rasanya aku lihat Mie titiskan air mata. Tak tahulah kalau secara sembunyi. Malah, Mie pula yang jadi titik rujukan, tempat orang mengadu bila hadapi masalah. Nasihat dan kalamnya memang lunak di dengar. Sarat dengan tarbiah.
.
Adakala dalam hidup ini. Kita perlu kuat. Bukan sebab kaki kita betul-betul kuat. Tapi sebab kita hamba Allah, yang sarat dengan tanggungjawab.
.
Nabi pernah kehilangan Bapa saudara yang amat nabi kasih Abu Talib. Yang sentiasa melindungi Nabi dari kejahatan Arab Quraish. Nabi pernah kehilangan isteri yang amat Nabi sayang Saidatina Khadijah, yang sentiasa di samping nabi tatkala susah dan senang, tempat nabi berkongsi rasa. Nabi pernah kehilangan semua anak lelakinya, sehingga air matanya pernah mengalir saat menguburkan Ibrahim. Nabi pernah dibaling batu oleh saudara mara sendiri, waktu di Toif. Nabi pernah dihina oleh bapa saudaranya sendiri.
.
Kalaulah Nabi tak teruskan langkah. Kalaulah nabi give-up. Mungkin kita sekarang, masih lagi menganut fahaman Animisme. Menyembah berhala yang takde kuasa.
.
Di dunia ini. Semua benda akan musnah. Termasuk diri kita. Hanya takdir Allah yang menentukan masa dan ketikanya. Dan Maha Pengasihnya Allah. Tiada perpisahan yang abadi. Insha Allah, suatu waktu nanti. Kita akan ketemu semula orang yang kita sayang. Cuma, inilah peluang. Untuk titipkan pahala bacaan al-Quran. Pahala bersedekah. Doa kita. Moga, mereka semua dan kita juga, beroleh bahagia, di akhirat sana.

Tazkirah di sebuah surau.

Rentetan peristiwa pagi tadi. Teringat beberapa minggu lepas. Tazkirah di sebuah surau. Tajuk diberi akhlak. Masa muqaddimah tu, petik kisah seorang student praktikal. Pengalamannya jadi penguatkuasa agama. Rush beberapa hotel sekitar Kuantan, sempena tahun baru (atau merdeka?). Dapat tangkap dalam 70 pasangan. Dan menariknya, salah seorangnya ialah seorang pakcik yang dah umur 50an. Lagi menarik, masuk ni dah kali ke-3 pakcik tu ditahan. Iyelah, benda mudah nak settle. Kena tangkap, bayar. Selesai.
.
Masa jamuan lepas kulliah. Tiba-tiba ada seorang pakcik. Umur dalam  80an. Mai duk dekat sambil bawa mee sup. Katanya, dia tertarik dengan cerita pakcik yang kena tangkap kat hotel tadi tu. Sebab dia pun camtu juga dulu. Cuma beza perilaku je lah. Dia cerita.
.
"Dulu dia selalu ponteng puasa. Bukan waktu muda, tapi waktu dah 50an. Sambil gelak-gelak malu. Selalu kirim ke drebar India. Ada satu kedai makan melayu di pelabuhan. Kedai tu memang geng-geng ponteng je mai. Sebab pukul 10 pagi dah buka. Kedai tu tersorok sikit.
.
Satu hari pakcik tu datang makan sekali. Order nasi, satu pinggan untuk drebar India tu dan satu pinggan untuk dia.
.
Entah macam mana. Tiba² anak saudaranya yang tinggal di Temerloh muncul. Dahlah tempat tu terperosok. Lokasinya pun hujung bandar Kuantan. Tapi boleh pula bertemu kat situ.
.
Mulanya budak tu nak cari rumah sewa kawasan tu, sebab baru kawen. Jadi nak cari sekitar pelabuhan. Tu hasrat awalnya nak tanya kat orang kedai makan tu. Sekali terpandang pakcik dia. Pakcik dia memang terkejut. Tapi takleh buat apa dah. Sebab meja tu ada dua pinggan nasi. Satu India punya, satu lagi mesti dia. Budak tu senyap je, tak tanya lebih. Cuma pakcik tu sempat pesan, jangan bagitau ke mak (adik dia). Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
.
Bila balik kampung. Memang adik dia tu (mak budak tu) tak tanya. Tapi dia rasa, nengok ke muka. Rasanya cerita tu dah terbongkar.... kikiki." Pakcik tu cerita sambil gelak.
.
Kabo ke pakcik tu. Orang baik, kalau buat jahat selalu kantoi. Sambil layan pakcik tu gelak.
.
Sekarang, pakcik tu kuat betul dakwah kat taman dia. Pantang nampak orang, mesti diajak ke masjid.

Sedikit persoalan Talqin.

Zaman dulu okey je. Tapi zaman sekarang, kalau sampai part talqin. Suasana kat perkuburan jadi krik². Pertama sebab kita tak tau sumber ambilan. Jadi bila ada yang mempersoal, kita jadi goyah.
.
Tak berhajat nak cerita khilaf yang berlaku. Jadi, di sini kita hanya naqolkan hujjah direct dari Mazhab Syafie kita.
.
Yang tulisan arab tu diambil dari al-Majmu' Imam Nawawi. Yang tulisan jawi tu diambil dari Bughyah Tullab Syeikh Daud, Sabil Muhtadin Syeikh Arsyad dan Sirna Matahari Syeikh Qadir. Cumanya kitab Syeikh Qadir tu kitab perbahasan. Tu uslubnya uslub hujjah.
.
Turut ada dibahas, berkait menasabkan nama si mati kepada ibunya. Jika tak tahu, nasabkan kepada nenek kita Saidatina Hawa.
.
.
.
P/s: Maaf gambar tak cantik. Lepas ni, kualiti kamera antara kriteria penting untuk dapatkan handset.

Cer perati, lenggok guru baca kitab kuning.

Cara biasa kita guna. Baik kitab arab atau jawi. Pertama dibaca dulu teks, kemudian terjemah atau syarah ikut bahasa perbualan harian. Kemudian, baru datangkan dhobit dari kitab lain atau syarah guru².
.
Tapi serious. Bila kita guna cara ni, rasa rendah sangat kualiti syarahan kita. Sekadar rasa dapat sampaikan zohir ibarat kitab, maklumat am. Tapi Feeling hilang. Memang rasa tak puas hati. Sebab tak dapat nak perhalus lagi ibarat kitab.
.
Bila dengar Ustaz Zul Mukhsah baca Syarah Syeikh Khalid. Kitab Nahu. Best betul dengar. Rasa macam, kalau ibarat jirus air ke lantai. Air tu macam membasahi semua tempat yang ia lalu. Clean n Clear.
.
Teringat cerita Ustaz Sufian Pondok Pasir Tumboh. Dulu masa ngaji di Krasak. Empat tahun duduk sana, masih tak faham cara baba (panggilan Tok Guru) baca kitab. Lepas pada tu baru faham.
.
Serious. Baca kitab, lagi payah dari muhadarah umum. Sebab nak raikan ibarat kitab tu.
.
"قال صلى الله عليه وسلم :"خيركم أحسنكم قضاء
.
P/s: Benci betullah dengan FB ni. Tiap kali nak ber-uzlah, nak nyah-aktif. Ada je terlintas benda nak tulis.

Pastikan kamu itqan (kuasai/mahir), di mana sahaja Allah tempatkan kamu

Masa sekolah rendah sekitar 20 tahun dulu. Ada seorang cikgu wanita. Juga coach kepada pasukan hoki. Dia punya pencapaian silam hebat, tak silap pernah wakil negeri atau U dalam hoki. Tapi ada satu benda yang dia pantang, dia pantang benor kalau student laki n wanita dia terlalu bebas bercampur, walau di padang. Kalau dia tengok je ada 'ikhtilat'. Dia punya 'menyeringai' tu, memang takleh bawa bincang. Macam singa.
.
Satu waktu pernah join satu event dengan satu company ni. Waktu rehat, berbual dengan PIC dia. Dia kabo, sebenarnya dalam tentatif asal, takde slot agama. Dia rasa macam lagho sangat event tu. Jadi, dialah yang selit slot tarannum, nasyid, forum kat tengah². Padahal, mulanya bos-besar pun tak tau.
.
Suatu waktu. Di suatu tempat. Ada junior kena histeria. Bawalah dia pergi ke hospital (masa tu budaya panggil pengamal perubatan Islam tiada lagi, yang pandai perubatan Islam pun tak ramai). Sampai di zon pertama, setelah pemeriksaan awal, tiada tanda sakit apa². Tak semena², petugas tu marah pelajar terbabit. Kata mengada n tak perlu berlakon. Tapi dihantar juga ke doktor di bahagian kecemasan. Waktu dalam bilik. Doktor tu tanya apa berlaku. Ceritalah, ada program di kawasan hutan. Tiba² pelajar ni kena histeria, nampak benda bukan². Doktor tu angguk. Dia kata biasalah, sambil cerita dari sudut agama. Sangat understanding. Tanya, doktor tu belajar mana dulu. Katanya SMKA** (tak ingat kat mana).
.
Di Kuantan ni. Ada 3 tempat pengajian al-Quran yang terkenal. Masjid Negeri, KUIPSAS n as-Sharif. Menariknya di as-Sharif, sistem urus tadbir kelas. Penerapan sektor korporat. Malah, pemiliknya siap nak buat satu prosedur untuk akaun. Jadi, mana² pusat pengajian yang nak buat akaun, just follow SOP yang mereka dah buatkan.
.
Waktu di hospital. Bulan Ramadhan. Ada seorang pakcik sedang jalani pemeriksaan berkala. Sewaktu konsultansi. Pakar bukan sahaja beri saranan penjagaan kesihatan, malah dititipkan juga nasihat Fiqh Ibadah berkait puasa dan rukhsah. Boleh tahan ilmu agamanya.
.
Antara perkara yang sangat kritikal dalam kalangan penuntut agama di al-Azhar, sokongan terhadap sistem 'talaqqi' sangat lemah. Khususnya dana nak menggerakkan pengajian. Kulliah di Universiti, yang sekitar 16 minggu, dengan setiap minggu 1-2 jam pertemuan bagi setiap subjek, tidak mungkin mampu lahirkan pelajar yang mahir. Jadi, inisiatifnya ialah talaqqi. Namun, bab dana pula bermasalah. Baru ni ada teman bisik, ada seorang YB Exco dari Kerajaan Negeri Pahang bersetuju keluarkan dana. Alhamdulillah, dengarnya kelas guru di 'sana' semakin rancak. Untunglah.
.
Syeikh Dr.Yusri Rushd seorang Doktor perubatan. Pernah buat latihan di kawasan konflik Kashmir (tak silap). Ada banyak pembedahan yang syeikh kendalikan. Alhamdulillah, semua berjaya tanpa ada kematian. Seorang doktor pelik lalu tanya, macam mana Syeikh buat? Syeikh kata, syeikh guna hati (kiasan). Syeikh adalah khalifah Tariqah Syazuli Siddiqiah. Syeikh juga anak murid kepada Syeikh Muhammad Najib Mut'e, Syeikh Hafiz Tijani, keluarga Ghumari. Malah syeikh juga anak murid kepad Syeikh Ali Jum'ah. Kini selain ketua suatu jabatan di hospitalnya. Syeikh juga diminta untuk mengajar Kitab Shahih Bukhari di Masjid al-Azhar (pencapaian yang sangat tinggi). Selain mengajar harian di Masjid Ashraf Jabal Muqattam.
.
Sampai sekarang terngiang-bgian kata syeikh: "Pastikan kamu itqan (kuasai/mahir), di mana sahaja Allah tempatkan kamu"
.

Bila ada 'dm' bertanyakan kelas

Bila ada 'dm' bertanyakan kelas. Cadangan pengajian nak follow. Sebenarnya, bimbang juga nak beri. Takut jadi 'kejutan budaya'.
.
Dia begini. Cara pondok/talaqqi cara turath (Maaf..Tak pasti gelaran setepatnya apa) ni berbeza dari cara modenis. Kalau budaya modenis. Biasa kalau berlaku satu² persoalan. Maka yang pertama sekali dicari ialah ulama yang mentarjih hadis. Bila ulama itu kata hadis sahih. Maka baru kita yakin nak beramal.
.
Tapi kalau cara tradisional (erm.. Istilah ni mungkin sesuai). Bila berlaku satu² masail. Maka kita akan rujuk kitab muktabar dahulu. Kitab yang diiktiraf ulama. Biasa keterangannya sangat detail. Bila dah jumpa, kita terus terima. Walau tak dikepilkan perbahasan Ilmu al-Jarh wa at-Ta'dil. Tak tahu pun, status matan dan status rowi hadis. Cukup keyakinan kita terhadap kitab muktabar tersebut.
.
Kerana itu. Bagi sistem tradisional. Persoalan berkait kitab amat penting. Sama penting dengan mengetahui beza pendapat² ulama. Mana muktamad, rojih-marjuh, asoh-sohih. Cara nak beramal berdasar qoul dalam kitab.
.
Jadi. Cara tradisonal memanglah agak kurang popular di saluran universiti atau masyarakat awam. Tapi dalam kalangan warga pondok dan mereka yang biasa dengan budaya talaqqi turath, maka inilah yang menjadi pilihan.
.
Jadi kalau kita jenis nakkan dalil naqli ketika mengaji kitab. Agak sukarlah. Sebab kitab yang membicarakan dalil, jarang diajar di pondok. Kitab sebegitu, biasanya hanya dijadikan rujukan. Di pondok, keutamaan adalah nak perlepas Fardhu Ain dulu. Kalau dah perlepas nanti, bolehlah teruskan perjalanan ke kitab² yang lagi atas. Yang bersilat dengan dalil pula (baca: bergelumang).
.
Begitulah alkisahnya..

TEKNIKAL BERDEPAN ORANG YANG SAKIT HAMPIR MATI SETERUSNYA NAZAK:

A. SEBELUM KRITIKAL:
.
1. Sunat bertaubat.
2. Sunat pesakit tinggalkan wasiat n baik sangka kepada Allah.
3. Sunat minta orang sakit doakan kita.
4. Sunat pesan kepada penjaga untuk sabar menjaga.
5. Disunatkan pesakit itu berhias diri n pakai bau²-an, seperti hari jumaat.
6. Sunat minta pesakit baca al-Quran n zikir.
7. Sunat pesakit berpesan kepada isi rumah untuk sabar atas kematian.
8. Sunat pesakit tinggalkan mengaduh, mengadu² n masam muka.
.
(Kalau redho dengan qada' Allah: Makruh mengadu. Kalau tidak redho dengan qada' Allah: Haram mengadu).
.
9. Namun dibenarkan mengadu, jika kepada tobib (doktor) n sahabat, jika mereka bertanya tentang penyakit. Tapi jangan sampai ber-keluh kesah.
.
10. Namun paling afdhal: Sibukkan diri dengan Tasbih, Tahlil dan Tahmid atau barang sebagainya.
11. Sunat baca Surah al-Ikhlas 100 kali.
12. Sunat orang yang sakit itu berubat.
.
Hadis Bukhari: ما أنزل الله داء إلا وأنزل له دواء
.
" Tidak Allah turunkan penyakit kecuali Allah juga turunkan penawarnya."
.
13. Makruh paksa dan kerasi pesakit supaya berubat jika dia tak mahu. Walau Tobib (doktor) kata, ubat ini beri manfaat bagi dia sekalipun.
14. Jangan paksa n kerasi pesakit untuk makan atau minum jika dia tak mahu.
15. Sunat berbaik sangka kepada Allah. Dilebihkan roja' (harap) kepada Allah, melebihi khouf (takut) kepada Allah.
16. Makruh zahirkan keinginan untuk mati. Jika ia beri fitnah kepada Agama (jadikan Islam dipandang jelek). Namun tidak makruh jika tiada fitnah. Contoh, minta mati syahid, mati di Madinah, Mekah atau Baitul maqdis. Kalau nak juga mati. Maka berdoalah:
.
اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرا لي وتوفني ما كان الممات خيرا لي.
.
" Ya Allah. Hidupkan daku jika hidup itu baik buatku. Dan  matikan daku, jika kematian itu baik bagiku.."
.
.
B. WAKTU KRITIKAL  -المحتضر - NAZAK
.
1. Iringkan si-nazak ke lambung kanan, hadapkan dada ke kiblat.
2. Jika sulit. Maka lintangkan si-nazak dan lunjurkan kakinya ke kiblat. Pastikan tapak kaki n muka menghadap ke kiblat (tak perlu tegak sangat. Cukup lapik kepala dengan bantal).
3. Sewaktu pesakit masih stabil, sunat mereka yang hadir baca Surah Yaasin. Namun jika sudah nazak -nyawa mula dicabut keluar- maka sunat mereka yang hadir bertukar ke Surah ar-Ro'du -Hikmahnya: Memudahkan roh dicabut keluar-.
4. Sunat talqinkan si-nazak dengan لا إله إلا الله. Walau pesakit itu budak mumayyiz (boleh makan, minum n basuh najis sendiri).
.
(Berbeza talqin di kubur. Disunatkan talqin jika si mati itu baligh sahaja. Jika belum baligh, walau sudah mumayyiz. Maka tidak disunatkan talqin)
.
5. Tidak sunat ditambah talqin selepasnya dengan محمد رسول الله. Kecuali bagi orang kafir yang diharap akan ke-Islamannya (syahadatain).
6. Jika tersebut juga محمد رسول الله. Tiada masalah.
*Cuma ada pen-detailan selepas ini.
7. Talqinkan sekali (Ada pendapat ulama: 3 kali). Lepas talqin, jangan ulang dah. Kecuali jika si-nazak itu berkata². Walau kata² tersebut perihal urusan akhirat sekalipun. Walau kata² itu bebentuk zikir atau ayat محمد رسول الله sekalipun. Maka sunat diulang balik talqin لا إله إلا الله.
.
Hadis: من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة
.
" Barang siapa yang akhir kalamnya لا إله إلا الله , nescaya akan masuk ke dalam Syurga.
.
8. Jangan di-talqinkan أشهد juga.
9. Sunat yang mentalqinkan itu bukan waris, bukan musuh atau bukan yang berdengki dengan si-nazak. Namun jika tidak ada, maka baru disunatkan kepada waris. Pilihlah waris yang punya lebih sifat kasih n sayang.
10. Sunat titikkan air ke mulut si-nazak jika tiada  tanda dahaga. Tapi bertukar jadi wajib, kalau si-nazak tunjukkan tanda dahaga.
.
(Kerana waktu ini iblis akan datangi si-nazak dengan air lalu berkata kepada si-nazak:لا إله غيري حتى أسقيك. "Katakanlah tiada tuhan selainku -iblis-, nescaya akan ku berikan dikau minum. Namun bagi orang mukmin, Malaikat Jibril juga akan datang).
.
11. Jika waktu dah hilang شعور -Waktu nyawa mula dicabut- disunatkan baca Surah ar-Ra'du. Namun sebelum nyawa dicabut n selepas nyawa dicabut, maka disunatkan pula diulang² baca Surah Yaasin. Waktu selepas roh dicabut, baca Surah Yaasin lebih afdhal dari baca surah lain.
12. Sunat juga dibacakan Surah Yaasin ini di kubur sebelum tanam. Jika tidak sibuk menguruskan jenazah.
.
Wallahu'alam. Moga bermanafaat.
.
.
Rujukan:
1. Bughyah Tullab limurid makrifatil ahkami bis sowab.
2. At-taqrirat As-Sadidah fil masailil mufidah.
.
.
.
P/s: Ini sekadar manual ringkas. Kalau nak cari dalil yang menyokong atau perbahasan yang lebih panjang lebar, khilaf² ulama yang ada, bolehlah rujuk dalam kitab² yang mutowwalat.

Dari minda kaum cina

Dari minda kaum cina sendiri. Ada beberapa point n cadangan bernas;
.
1. " Bahagian dalam pejabat itu juga hendaklah turut menggantung poster-poster, seni khat dan tulisan-tulisan bangsa-bangsa lain yang lebih awal memeluk Islam (Cina dan India)."
.
2. " Dialog berkaitan Sumbangan Orang Cina terhadap Perkembangan Islam di Nusantara Antara tajuk-tajuk yang boleh dibincangkan ialah Islam di China: Sejarah dan perkembangan, sejarah kedatangan Islam ke Nusantara oleh Orang Cina,"
.
3. "...untuk menerangkan bahawa makanan halal ini adalah bersih dan suci, serta memberikan kefahaman bahawa makanan halal bukan sahaja untuk orang Islam tetapi untuk semua lapisan masyarakat."
.
4. "Akhbar-akhbar Cina/tamil hendaklah dilanggan setiap hari. Isu-isu berkaitan Islam yang dimuatkan dalam akhbar tersebut hendaklah dikaji. Sekiranya ada kekeliruan, maka ia boleh dihantar kepada akhbar terbabit untuk tujuan penerangan Islam dari kaca mata yang benar.."
.
5. " Lawatan juga perlu dibuat terhadap individu-individu tertentu seperti anak Tun HS Lee yang telah memeluk Islam dan dipenjarakan selama 8 tahun atas kesalahan tertentu. .."
.
6. " Misalnya, langkah kumpulan Raihan menghasil satu lagu berbahasa mandarin bertajuk ‘Ching Ai’ yang sering berkumandang di corong radio dan televisyen. Lagu ini adalah ciptaan seseorang yang masih belum Islam. Lagu ini sesuai untuk dimain dimajlis-majlis makan malam,"
.
7. " Badan dakwah seharusnya mempunyai ‘think tank group’ yang boleh diketengahkan bila diperlukan terutama apabila menerima jemputan daripada organisasi luar berkaitan isu-isu yang memerlukan penjelasan mengenai Islam. Think tank ini akan bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai isu-isu dakwah dan isu semasa yang menguntungkan Islam.."

Kitab Faridatul Faraid

Jika kitab arab ada tingkatannya. Dari untuk mubtadi' (pemula), mutawasit (pertengahan) n muntahi (akhir). Maka begitu jugalah Kitab Jawi. Makin tinggi kitab, maka masail (masalah/perbincangan) dalamnya semakin rumit.
.
Kitab Faridatul Faraid antara kitab akidah tulisan jawi yang paling masyhur. Sampaikan bila orang gelar Tuan Faridah, terus semua maklum ianya Syeikh Ahmad al-Fathoni. Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1313H. 12 Rabiul Awwal. Pada waktu dhuha. Lebih kurang 128 tahun yang lepas.
.
Ibarat dalam kitab Faridah sangat beralus. Ibaratnya ringkas je, tapi punya makna mendalam. Seperti mana² kitab akidah. Patinya nanti akan bawa kita kepada tajalli-kan Allah dari segala kekurangan.
.
Jika kesan zikir kata Imam Ghazali menghasilkan Mahabbatullah (rasa cinta kepada Allah). Maka fikir pula katanya akan menghasilkan Makrifatullah (kenal akan Allah). Itulah antara pati dari Ilmu Akidah. Setiap apa yang seorang salik tu nampak, ia akan nampak kaitannya dengan ketuhanan.
.
Guru memetik kata Ibn Juraij ketika menafsirkan kalimah ليعبدون dalam:
.
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون.
.
"Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk "beribadah kepadaku".
.
Ibn Juraij menafsirkan ليعبدون sebagai ليعرفون. (Untuk mengenal Allah). 
.
Tidak hairan. Selain namanya Ilmu Tauhid, Ilmu Akidah, Ilmu Usuluddin. Ianya juga dikenali Ilmu Makrifah.

Antara Ghaflah, Roh dan Irama

Mula dengar. Sedap Irama n senikata. Qasidah Mahabbah Rasul, dendangan Rhaudatul Muhibbin ni. Ada zouk-nya. Cuma, macam pernah dengar iramanya tu, ooh.. padanlah.. Lagu Ulik Mayang.
.
Dulu. Sunan Kali Jaga antara 9 wali (wali songo) yang terkenal dengan seni. Sunan Kali Jaga punya dakwah unik, dia gunakan wayang kulit. Sambil diserapkan unsur dakwah. Yuran nak masuk nonton, kena lafaz kalimah syahadah. Bila dah mengucap, Sunan Kali Jaga akan ajarkan agama n ajak beribadah, melalui sinetron wayang kulit. Kreatif kan?
.
Teringat kalam Sidi Syeikh Rohimudin. Bila hati ghoflah. Hati jauh dari Allah. Adakala ketika itu, unsur ilmiah dah tak masuk, bacaan kitab dah tak berbekas. Maka cubalah sucikannya dengan seni. Hayati bait-bait qasidah yang memuji Allah dan Rasul. Insha Allah hati akan merasa lunak.
.
Syeikh Samad memetik kalam Imam Ghazali dalam Kitab Sairus Salikinnya;
.
إن لله سرا في مناسبة النغمات الموزونة للأرواح، حتى أنها ليؤثر فيها تأثيرا عجيبا
.
" Bagi Allah taala itu rahsia di dalam segala irama. Dan segala irama itu memberi bekas kepada roh. Sehingga kesan yang ditinggalkan itu sangat ajaib.."

Dawroh kitab musim hujan;

Bulan November-Disember, Malaysia terkenal dengan bulan dawroh kitab. Punyalah ramai ulama yang datang. Kalau minggu lepas Dawroh bersama Baba Mat Mawi. Minggu ni, bersama Syeikh Mustafa an-Nadwi pula.
.
Kebiasaan. Kalau ulama yang hadir tu min kibaril ulama (ulama besar). Maka biasanya kelas² setempat akan tawaqquf (berjeda seketika), semua akan pakat mari ke pengajian syeikh tersebut. Namun, jika tok guru tak tawaqquf. Teringat pesan guru, dahulukan kelas yang kita dah mulazamah dahulu (sentiasa follow). Jangan sampai guru kita terasa hati. Lantaran pengajiannya kosong, sebab semua murid pergi ke majlis dawroh, bersama ulama lain.
.
Pesan Syeikh Rohimuddin an-Nawawi;
.
 الأدب فوق العلم.
.
" Untuk beroleh ilmu, maka perlu dahulukan adab.."
.
Habib Ahmad al-Maqdi selalu pesan, berkait budaya tukar² guru;
.
"Kalau selalu tukar² bas diperjalanan. Mula pergi ke utara, lepas tu tukar bas ke selatan. Jap lagi ambil timur, kemudian ambil bas barat pula. Maka, kita takkan sampai ke destinasi. (Saja ganti tempat² yang Habib sebut dengan istilah mudah kita faham )
.
Sebab tu. Kalau nak naik bas. Istimrar dengan bas tu. Walau sebuah, tapi akan sampai tepat ke destinasi". Insha Allah.
.
Ini bagi yang dah mulazamah dengan satu² pengajian. Tapi bagi yang baru nak tercari² kelas yang serasi. Memang penuntut dituntut untuk memilih. Seperti tercatat dalam Kitab Ta'lim Muta'allim. Imam Abu Hanifah. Setelah lama taammul dan tafaqqur (perhati dan berfikir), maka Sang Imam dapati, dia memang sesuai mengaji dengan Hammad ibn Sulaiman.
.
وجدته شيخا وقورا حليما صبورا في الأمور.
.
ثبت عند حماد بن سليمان فنبت.
.
" Aku dapati Hammad ini luas ilmunya, mulia budi pekerti, lembut pada tingkah laku dan sabar dalam pelbagai perkara.."
.
" Aku telah lazimi (18 tahun) Hammad ibn Abi Sulaiman, maka barulah aku tumbuh.."

Bila berbual dengan Guru

Bila berbual dengan Guru. Selalu tanya pengalamannya belajar. Seronok dengar.
.
Kisah Guru dari Pondok Pasir Tumboh. Lari balik Kuantan naik bas, sebab dah tak nak belajar. Kemudian rasa insaf muncul. Balik semula mondok.
.
Guru cerita. Suatu ketika di Pondok Pasir Tumboh, Guru dengar sorang Kepala Mutollaah syarah kitab Nahu, Guru rasa seronok sangat dengar, tapi tak faham. Padahal dah habis ngaji beberapa Kitab Nahu. Guru tanya, macam mana nak boleh baca kitab macam ni? Kepala mutollaah cadangkan, pergi Krasak.
.
Di Krasak, Thailand. Mulalah mulazamah Guru dengan Pak Da Eil Krasak. Sehingga sekarang, kalau Pak Da Eil ke Malaysia, Pak Da Eil mesti singgah Surau Hj.Mubin di Kg.Padang, Kuantan. Pusat Guru mengajar.
.
Selalu perhati. Kalau Pak Da Eil datang, nampak betul kesungguhan Guru berkhidmat tu. Sayang betul Guru pada Gurunya (Pak Da Eil).
.
Perasan. Setiap kali berbual, ada satu nama yang selalu Guru sebut. Rakan sepengajiannya. Babo (Tok Guru) Zaidi Sungai Ular, Kuantan. Guru ihtirom-kan sungguh. Guru selalu puji sifat Baba Zaidi, penguasaannya dalam ilmu dan akhlak. Untung orang alik Sungai Ular.
.
Kata guru yang lain;
.
" Kamu ada dua ayah. Ayah yang melahirkan kamu, dan ayah (guru) yang mendidik kamu.."

Sujud Sahwi

Dia sebenarnya. Ikutkan, sujud sahwi hanya berkisar 4 skop utama. 1. Tinggal sunat ab'ad, 2. Syak tinggal sunat ab'ad, 3. Buat sesuatu yang kalau sengaja batal -kalau tak sengaja tak batal- n 4. Pindah rukun qouli bukan pada tempatnya.
.
Namun yang buat topik ni jadi berselirat. Sebab banyak masail yang ditasowwurkan. Lagi besar kitab, lagi banyak tasowwurnya.
.
Dia jadi pening, kalau kita tak pernah alami. Tapi kalau masail ni kerap berlaku, akan bertukar jadi teruja. Sebab faham situasi yang musonnif 'royak'. Dan lagi best, kalau dapat praktik sendiri apa yang kitab bagitau.
.
Buat silap masa pimpin jemaah, mula² memang mendebarkan. Tapi kalau faham cara nak 'react', perasaan debar akan surut. Nak² kalau dhobit kitab lintas depan mata. Sebab tu pentingnya murojaah. Habib Ahmad selalu petik dua bait syair;
.
من حاز العلم وذاكره*** حسنت دنياه وآخرته
فأدم للعلم مذاكرة*** فحياة العلم مذاكرته
.
" Siapa yang dapat ilmu dan ingat. Maka dunia dan akhiratnya akan jadi baik."
.
"Maka cara nak kekalkan ilmu adalah dengan muzakarah. Kalau nak hidupkan ilmu juga dengan muzakarah "

Sebarkan Adab

Jika baca Kitab at-Taqrirat as-Sadidah fi al-masailil mufidah. Tidak hanya hukum, khaifiah atau masail yang dibincang. Bab adab boleh tahan panjangnya. Malah Ulama siap karang lagi pelbagai kitab, khusus cerita bab adab sahaja. Fokus kita, adab belajar.
.
Siang tadi bersembang dengan beberapa guru. Biasalah, topik wajib. Bertanyakan mereka pengalaman ngajar di beberapa tempat. Fuhh, boleh tahan cabarannya. Luahnya, nakal pelajarnya masya Allah tabarokallah. Adakala bila gi ngajar, sekadar cerita apa dalam buku teks. Lepas habis kelas, habislah. Lepas tu ikutlah depa nak jadi apa. Dia malas dah nak cara. Luahnya lagi, kalau lebih², mak ayah pula mari serang.
.
Ada seorang teman. Mengaji di Houtoh Yaman (dah block, sebab kawan sekerja ), garangnya boleh tahan. Tapi menarik, dia terapkan cara Yaman. Tasykil n sentiasa basuh bab adab. Sampai point-nya tu disebarkan pula oleh anak² muridnya, maka merebaklah teguran tu ke kelas lain. Asbab sebaran mulut ke mulut pelajar. Tak pasal² pelajar kelas lain pula yang terikut bab menjaga adab belajar. Bagus juga kan.
.
Bila congak-congak. Pelopor tata-pentingnya menjaga adab ni, bersumber dari mulut guru-guru kita juga. Ada waktu kena hentak lenyek dengan Syeikh Nuruddin, adakala dipujuk rayu kalam Syeikh Rohimuddin, ada waktu kena sindir dengan Habib Ahmad al-Maqdi, adakala dek qudwah ditunjuk Ustaz Azri waktu menyantuni Tok Guru Haji Wan Muhammad (Ustaz Mat Tendong) Pondok Pasir Tumbuh. Lepas tu baru-lah kita tersedar dan belajar sesuatu.
.
Begitu juga-lah dengan pelajar  moden kini.  Ingatan n teguran, walau berat n malas nak ditutur, tapi tetap perlu diperingat. Itulah warisan dari guru-guru kita. Jika tidak, sampai ke sudah bab adab ni takkan selesai. Walhal di Hadramout, pondok-pondok. Masalah adab dengan guru, adab dengan ilmu dengan cepat boleh setel. Sekadar nakal budak-budak tu biasalah.
.
Begitulah resmi hidup. Dulu guru-guru peringatkan kita. Sekarang, kitalah pula perlu sampaikan kepada generasi seterusnya.
.
Tanpa adab. Bagaimana mungkin beroleh  keberkatan?
.
الأدب فوق العلم.
.
.
Sumber gambar: Tazkirah as-Sami' wa al-Mutakallim

Kisah sewaktu Sidna Muadz diutus Ke Yaman

Dari Ashim bin Humaid. Muadz bin Jabal mengisahkan, “Tatkala Rasulullah mengutusku ke Yaman, Rasulullah keluar mengantar dan memberi wasiat. Muadz berada di atas tunggangannya. Sementara Rasulullah berjalan mengiringinya. Saat hendak berpisah, beliau bersabda,
.
يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري
.
‘Hai Muadz, boleh jadi kau tak akan berjumpa lagi denganku selepas tahun ini. Engkau lewat di masjidku dan di sini kuburku.’
.
Muadz pun menangis. Ia takut berpisah dengan Nabi. Kemudian Nabi berbalik ke arah Madinah. Beliau bersabda,
.
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي الْمُتَّقُوْنَ ، مَنْ كَانُوْا وَحَيْثُ كَانُوْا
.
“Sesungguhnya orang-orang yang paling utama disisiku adalah orang yang bertakwa, siapapun dan dimanapun mereka.” (HR. Ahmad).
.
.
.
Sumber: https://kisahmuslim.com/6249-muadz-bin-jabal-pemimpin-para-ulama.html

Belajar berkata "Aku tak tahu"

Adakala. Soalan akan datang tiba². Yang perlukan jawapan segera. Dalam 15/10 minit dah nakkan jawapan. Jika masail tu tidak  terhadam, waktu itulah amanah ilmu akan teruji. Nak pakai hentam kromo, yang mungkin lepas sebentar, namun sesalnya seumur hidup. Atau mintakan tempoh.
.
Waktu inilah pentingnya kitab² yang telah pernah belajar disimpan dalam bentuk PDF. Tidak hanya syarah atau hasyiah. Kitab fatwa n ijtihad tentang isu mua'sirah (semasa) juga perlu disimpan. Paling penting, dalam kepala dah kena nampak, kat mana nak cari masail tersebut.
.
Pesan Habib Ahmad al-Maqdi berkali²;
.
تعلم لا أدري كما تتعلم أدري..
.
Belajarlah untuk melafazkan kata² "Aku tak tahu". Sebagaimana kamu belajar mengatakan "Aku tahu".
.
Untuk berkata "Aku tahu" tu payah. Sebab kena belajar. Untuk berkata "Aku tak tahu" pun payah juga.