Ahad, 25 Jun 2017

Rakyat Malaysia Malas Membaca Ke?



Saya pasti semua sedia maklum mengenai hasil tinjauan yang dijalankan pada 1996 yang mendapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua (2) buah buku secara purata, setahun. Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada 2005 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PMN) mendapati hasil kajian tidak berubah walaupun hampir sedekad berlalu. Sampai ke hari ini, kita masih uar-uarkan angka dua yang menjadi taboo. Seolah-olah tiada peningkatan.
Teruk sangatkah kita?
Tapi, tunggu dulu. Laporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2010 pula mendapati, purata buku yang dibaca oleh seorang rakyat Malaysia antara dua (2) hingga lapan (8) buku setahun. Hmm, ada peningkatan bukan? Namun, mengikut Prof. Dr. Abdul Jalil Othman, pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, mendapati sikap ‘memilih’ bahan bacaan atau membaca mengikut keperluan di kalangan orang muda (berumur 36 tahun ke bawah) yang menyumbang kepada peningkatan purata ini. Bahan bacaan yang bagaimana yang dipilih orang golongan muda ini?
Menurut Prof. Dr. Abdul Jalil lagi, ‘budaya memilih bahan bacaan tertentu tanpa berminat untuk membaca bahan ilmiah…’yang menyumbang kepada peningkatan jumlah. Sudah tentunya, peningkatan ini bersifat positif, kan? Tentang jenis bahan bacaan, belakang kira terlebih dahulu.
Nah, saya bawakan lagi kajian yang lebih terkini, iaitu kajian interim tahun 2014 oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah mendapati bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia sebenarnya telah meningkat ke secara puratanya sebanyak 15 buah buku setahun! Peningkatan mendadak sebanyak 750% berbanding kajian pada tahun 2005.
Wah, ini bermakna rakyat kita semakin celik ya.
Jom kita bandingkan pencapaian Negara kita dengan Negara-negara lain ya.
Mengikut kajian tahun 2016 oleh Pew Research Center mendapati secara puratanya rakyat Amerika Syarikat membaca 12 buah buku setahun! Kebanyakan mereka yang membaca merupakan wanita dan dalam lingkungan umur 18 ke 29 tahun!
Wah, nampaknya rakyat kita lebih banyak membaca berbanding mereka.
Persoalan pertama yang menyentuh kepada nombor atau jumlah, terbukti menunjukkan berlakunya peningkatan yang positif terhadap minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, terutama generasi muda. Hal ini turut diakui Presiden Universiti Terbuka PTS, Puan Ainon Mohd., melalui peningkatan jumlah buku yang diterbitkan mereka iaitu sebanyak 6000 pada tahun 2003, judul ke 14,000 judul pada tahun 2007.
Antara faktor utama kepada peningkatan jumlah pembaca boleh dilihat melalui jualan buku besar-besaran yang dianjurkan saban tahun dengan harga yang murah!
Kejayaan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) saban tahun, sebagai contohnya, melihat kepada jumlah pengunjung yang ramai (kemuncaknya) pada tahun 2010 iaitu sebanyak 1.5 juta pengunjung, suatu peningkatan yang membanggakan.
Atau penganjuran jualan besar-besaran Big Bad Wolf yang dimulakan sejak 2009 dan menjual buku-buku bahasa Inggeris (kebanyakannya) dengan harga serendah RM3 berjaya menarik minat ramai pembaca untuk membeli secara borong.
Sekarang, kita beralih pula kepada persoalan kedua, iaitu kualiti bahan bacaan.
Kita melihat buku-buku dalam kategori tertentu seperti cinta, kekeluargaan, travelog dan motivasi merupakan antara kategori buku yang popular; malah dikatakan novel-novel Melayu tertentu boleh mencapai jualan melebihi 20 ribu naskhah setahun.
Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, 2014 mendapati majoriti pembaca di Malaysia membaca majalah dan surat khabar, iaitu masing-masing seramai 63% dan 61% orang. Bagi para pelajar, 55% daripada mereka membaca buku akademik dan ilmiah.
Seperkara yang menarik ialah 46% responden mendedahkan bahawa mereka turut menganggap media baharu seperti Facebook, Blog dan Twitter sebagai bahan bacaan mereka. Trend baharu pembacaan ini seharusnya kita kaji bagi mendapatkan data yang lebih khusus mengenai tabiat membaca rakyat Malaysia.
Melalui kajian ini juga, didapati 80% responden membaca untuk menambah ilmu pengetahuan, manakala 64% responden pula menganggap aktiviti membaca adalah hobi masa lapang mereka. Rakyat Malaysia juga membaca kerana aktiviti ini merupakan sumber hiburan, motivasi, memenuhi tuntutan akademik, menenangkan fikiran dan bagi memajukan kerjaya mereka.
Bagi sesiapa yang rajin berkunjung di kedai-kedai buku MPH, anda akan mendapat perbezaan yang ketara antara buku-buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang tersenarai dalam Carta 10 buah buku bestseller / terlaris pada setiap bulan.
Perbezaan ini kita boleh lihat melalui genre-genre buku berkenaan, yang mana senarai buku bahasa Inggeris yang mengungguli carta biasanya buku-buku berbentuk pembangunan diri dan motivasi serta buku biografi bagi buku bukan fiksyen, dan bagi buku fiksyen pula, dari pelbagai genre; young adultthrillerfantasypoetryhorrorpolitics, dan sebagainya.
Bagi senarai buku bahasa Melayu yang mengungguli carta, bagi buku bukan fiksyen, kebanyakannya buku berbentuk bacaan umum yang ringan seperti travelog, inspirasi dan motivasi, manakala bagi senarai buku fiksyen pula, genre cinta hampir mendominasi carta, dengan sedikit celahan dari genre misteri, seram, kekeluargaan & Islamik.
Daripada genre bahan bacaan, kita boleh lihat jenis pembaca di kalangan rakyat Malaysia. Tidak perlu pergi jauh, pemenang buku bagi kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017 sahaja telah membuktikan kecenderungan pembaca di negara kita. Rata-rata sukakan bahan bacaan yang santai, ringkas dan mudah.
Adakah salah untuk membaca bahan bacaan yang ringan?
Sudah tentu tidak. Membaca itu mempunyai tujuan yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang membaca untuk menambah pengetahuan, untuk lulus peperiksaan, atau sekadar hobi dan santai semata-mata.
Namun, isu yang lebih besar di sini ialah apabila bahan bacaan bersifat santai dan mudah ini mendominasi masyarakat sehingga menjejaskan tahap pemikiran masyarakat. We are what we read. Mereka yang suka membaca surat khabar tabloid seperti Harian Metro berlainan cara dan tahap pemikirannya berbanding mereka yang membaca New Straits Times, sebagai contohnya.
Jika kita terlalu cenderung membaca dan mendapatkan ilmu daripada satu sumber sahaja, tahap pemikiran kita akan menjadi pasif, tidak berkembang dan kita tidak akan terdedah kepada corak pemikiran lain.
Justeru itu, sudah tentunya kepelbagaian bahan bacaan merupakan kaedah terbaik untuk ‘memandaikan’ diri. Baca buku cinta itu tidak salah, bacalah. Namun pada masa yang sama, usahakan membaca buku daripada genre lain seperti motivasi, travelog, agama, biografi dan juga, buku-buku dalam bahasa lain. Ada sesetengah pembaca cenderung membaca dalam satu bahasa sahaja hingga mennyebabkan mereka tidak terdedah kepada cara berfikir, budaya dan adat kaum lain.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, penting ke membaca ni? Aku lepas SPM tak baca buku satu apa pun, hidup je. Lepas habis belajar di universiti, tak baca buku pun, survive je hidup berjawatan tinggi di syarikat.
Memang boleh survive, tapi cukup-cukup makan je la. Maksud penulis, hidup sekadar di tahap sedia ada, tidak berkembang jauh, tidak ke mana. Fizikal, mental, rohani dan emosi. Balik-balik layan hiburan dan komedi yang tidak membina di radio dan televisyen atau baca perkongsian yang membuka aib orang di portal-portal yang kurang bermanfaat isi kandungannya.
Banyak manfaatnya jika kita membaca, tak payah pergi jauh dengan membaca buku-lah. Baca artikel-artikel dalam The Patriots setiap hari pun sudah boleh membantu minda anda berkembang. Malah ia boleh dijadikan topik perbualan yang menarik apabila bertemu rakan-rakan dan saudara-mara. Takdelah asyik nak berbual tentang artis dan hiburan, kan.
Antara manfaat dan kebaikan membaca ialah aktiviti ini membantu anda fokus. Kajian mendapati dengan ledakan penggunaan telefon pintar pada masa kini, kebanyakan daripada kita (terutama yang kurang membaca), mengalami masalah sukar untuk fokus dalam tempoh yang lama. Haa, ini disebabkan oleh penggunaan media sosial melalui telefon pintar. Fokus ini penting contohnya, dalam aspek pekerjaan, bagi memudahkan urusan kerja, kerja cepat siap dsb. Fokus penting agar kita dapat berikan yang terbaik dalam pekerjaan. Jadi, tabiat membaca membantu anda fokus kerana anda perlu duduk di satu tempat dalam suatu tempoh dan fokus terhadap satu bahan bacaan, berbeza dengan membaca melalui media sosial yang mana bahan bacaannya pendek dan ringkas.
Tabiat membaca juga berguna dalam membantu kita menguatkan memori dan daya ingatan. Hal ini kerana apabila membaca, ada pelbagai elemen dalam cerita seperti watak, jalan cerita dan plot, latar belakang tempat dsb yang perlu kita ingat. Sama juga dengan membaca buku motivasi yang mana kita akan mengingati beberapa tip yang diberikan, atau buku kepimpinan yang mana kita akan ingat langkah-langkah tertentu.
Biasanya, orang yang membaca ini juga mempunyai kosa kata (vocabulary) yang lebih luas berbanding mereka yang tidak membaca. Mereka juga lebih yakin menyuarakan pendapat kerana mereka ada ilmu melalui pembacaan mereka, malah pendapat mereka biasanya lebih berfakta dan bukannya bersifat hearsay (orang kata). Mereka juga biasanya mempunyai skil menulis yang lebih baik.
Selain itu membaca dapat membantu mengurangkan stress dan depresi, mengelakkan Alzheimer, menginspirasikan arah tuju dan matlamat yang positif, menggalakkan daya empati dan emosi yang sihat, tidur dengan lebih lena, dan banyak lagi!
Sekarang kita pergi ke persoalan ketiga pula, bagaimana nak terapkan minat dan budaya membaca di kalangan masyarakat? Kita tidak boleh selesa dengan purata 15 buah buku setahun itu, kerana statistik ini sebenarnya kurang tepat bagi menggambarkan tahap pembacaan sebenar rakyat kita.
Ada banyak tip telah dikongsikan oleh pelbagai sumber, yang anda boleh cari sendiri di Internet. Penulis sendiri sering ditanya oleh rakan-rakan tentang cara untuk pupuk minat membaca dan cara untuk fokus apabila membaca. Di sini, penulis kongsikan tiga tip mudah yang penulis rasakan paling relevan, praktikal dan mudah untuk diamalkan.
Pertama, mulakan dengan buku yang nipis. Sebenarnya tak perlulah anda terus nak beli buku Salina setebal 371 muka surat. Anda boleh mulakan dengan buku yang nipis, terdapat banyak di pasaran. PTS Media Group Sdn. Bhd. merupakan antara jenama penerbit yang penulis sarankan untuk anda lihat untuk memulakan tabiat membaca. Mereka ada buku bahasa Melayu dalam pelbagai genre; fiksyen dan bukan fiksyen, agama, biografi, sejarah, keluarga, kesihatan, remaja, kanak-kanak dan malah, komik pun ada. Buku-buku mereka boleh didapati juga di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular. Manakala, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan antara penerbit buku yang penulis sarankan jika mahu memastikan bahan bacaan berkualiti yang tidak berkompromi dengan tatabahasa. Anda juga boleh mendapatkan bahan bacaan daripada penerbit-penerbit indie seperti Fixi, Lejen Press, Terfaktab Media, Dubook Press, Selut & SFP Press, dan Sindiket Soljah & Studio Anai-Anai. Bahan bacaan mereka biasanya, nipis, bersifat santai namun terdapat mesej dan perlu dibaca dengan minda yang terbuka. Kebanyakan buku-buku nipis dijual dalam julat harga mampu beli antara RM15 ke RM25 sahaja.

Tip kedua ialah dengan membaca buku yang anda minat. Jangan pula mula dengan membaca buku biografi Nelson Mendela atan Tun Dr Mahathir Mohamad, baru baca sehelai terus tutup buku. Baca genre yang anda suka. Jika anda suka genre cinta, perhubungan & kekeluargaan, maka mulakan dengan membaca buku-buku novel terbitan Jemari Seni. Jika anda suka seram dan misteri, maka baca buku-buku terbitan Buku Prima. Pendek kata, mulakan dengan minat anda bagi memastikan anda tidak mudah bosan dan mengalah. Jika anda tidak pasti dengan penerbit sedia ada, rajin-rajinlah singgah ke kedai buku terdekat dan luangkan masa meneliti buku satu persatu di sana. Banyak buku menarik dalam pelbagai genre yang santai-santai telah diterbitkan. Tinggal anda jumpa yang anda minat atau tidak.
Tip ketiga, tetapkan masa untuk membaca. Ramai yang beritahu bahawa mereka tiada masa untuk membaca kerana tuntutan kerja dan keluarga. Benar. Tapi penulis mengenali ramai pembaca yang berada dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi dan bekerja lebih sibuk daripada kita-kita yang biasa ni, dan ada antara mereka, ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil namun masih boleh luangkan masa untuk membaca. Mudah saja, beri prioriti kepada diri untuk membaca. Tidak perlu luangkan masa terlalu lama, cukup 20 minit. Cari satu sudut di dalam bilik tidur, di meja makan, di ruang tamu, duduk dan baca buku. Setkan penentu waktu (timer) selama 20 minit dan jangan berhenti, atau tatap telefon sewaktu membaca. Mula-mula memang sukar (ditambah lagi dengan isu sukar fokus), namun lama-kelamaan, anda akan biasa dan tidak sedar masa berlalu sewaktu membaca. Sebaiknya anda cuba membaca setiap hari, agar kita tidak hilang tempo dan tidak lupa isi kandungan buku yang dibaca. Jika anda merasakan 20 minit terlalu lama, cuba renungi berapa lama anda melayari media sosial dan khidmat pesanan (messaging services seperti Whatsapp, Telegram, e-mel) pada telefon bimbit setiap hari? Mengikut kajian (terkini Mei 2017), masa yang diluangkan ialah sekurang-kurangnya dua jam sehari. Itu yang paling minimum. Jadi, apa salahnya waktu itu diperuntukkan sedikit untuk membaca, ya tak?
Baiklah, ada satu soalan ditanya kepada penulis. Ada antara mereka yang tidak membaca buku, namun membaca artikel dari surat khabar, majalah, laman web dan blog, seperti artikel The Patriot sebagai contohnya. Adakah itu dikira sebagai membaca buku?
Ia dikira sebagai membaca, namun bukanlah medium buku. Anda dikira sebagai membaca artikel. Tapi ada yang tidak puas hati, bolehkah dengan membaca artikel dikira sebagai membaca buku? Sudah tentu tidak, nama pun lain apatah lagi jenis mediumnya. Namun, sebagai tolak ansur, saya ada cadangkan begini (Kita ambil purata bagi tujuan pengiraan di sini ya. Jika anda benar-benar serius mahu mengira, saya cadangkan anda buat kiraan peribadi berdasarkan apa yang anda baca).
Purata bilangan patah perkataan bagi standard sebuah novel ialah 50,000. Bagi artikel pula, sukar untuk kita kira kerana ada banyak perbezaan dari segi bilangan patah perkataan. Bagi tujuan contoh, kita tetapkan secara puratanya 1,000 patah perkataan bagi satu artikel, justeru itu, bagi melengkapkan sebuah buku dibaca, anda perlu baca 50 artikel. Ini cara pengiraan yang mudah untuk mereka yang memang tidak dapat membaca buku. Kaedah menang-menang untuk semua.
Ada juga bertanya, betul ke baca buku bukan fiksyen tu lebih baik berbanding membaca buku fiksyen seperti novel?
Haa, ini penulis nak maklumkan, banyak sudah kajian dikeluarkan mengenai manfaat membaca buku fiksyen tau. Jadi, janganlah anda bimbang jika suka baca novel. Tak salah, cuma bergantung kepada genre dan mesej novel. Manfaat utama orang yang baca buku fiksyen ialah mereka mempunyai nilai empati yang tinggi. Empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Orang yang mempunyai empati lebih mudah memahami orang lain, tidak mudah berprasangka buruk, lebih bertolak ansur dan bersifat terbuka. Kita memerlukan lebih ramai orang sebegini dalam dunia yang semakin judgemental. Jadi, bacalah buku fiksyen agar anda dapat menjadi manusia yang lebih baik.
Tapi, perkara lebih utama, kita mulakan dengan sedikit-sedikit. Mulakan dengan bahan bacaan mudah seperti artikel dan majalah, buku yang nipis, genre yang kita suka. Selepas mendapat tempo, baru beralih kepada buku dalam genre lain, bahasa lain, lebih tebal dan berat isi kandungannya. Yang penting, seharusnya membaca ini aktiviti yang menyeronokkan, dan anda bukannya berlumba dengan orang lain untuk membuktikan anda lebih pandai, lebih banyak membaca dan sebagainya. Anda membaca untuk pembangunan diri, ke arah menjadi manusia yang lebih baik.
Jika ada dalam kalangan pembaca ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan, ketahuilah bahawa kajian mendapati orang yang berjaya ialah orang yang membaca. Warren Buffet, salah seorang pelabur dan ahli perniagaan terkemuka di Amerika Syarikat, membaca 500 ke 1000 helai muka surat setiap hari. Bill Gates, Oprah Winfrey, Mark Cuban dan Mark Zuckerberg membaca secara puratanya 50 buah buku setahun. CEO SpaceX, Elon Musk merupakan seorang usahawan, pelabur, jurutera dan pereka cipta hebat masa kini, membaca dua ke tiga buah buku dalam genre yang berbeza setiap sehari! Ramai lagi tokoh-tokoh ternama dan terkemuka yang merupakan pembaca tegar, ini hanya sekadar contoh sahaja.
Jadi, apa lagi, mulakan membaca. Balik berhari raya di kampung, jangan lupa bawa balik sebuah buku untuk dibaca sewaktu senggang seperti sebelum tidur. Jika kewangan agak terhad, tidak apa, baca saja artikel daripada The Patriots!
~ E. H. Nathasia

Ahad, 18 Jun 2017

Nekad ikut ilmu



1. Tadi baru lepas conduct Solat Tasbih di masjid. Pergh, ujian juga. Sebab beberapa hari lepas, aku usya dulu masjid lain. Tengok praktikalnya bagaimana. Sekali, macam menyalahi dari apa aku belajar. Sebab depa takbir dari sujud ke duduk istirehat, dari duduk ke qiyam pun depa takbir lagi sekali. Aku rujuk semula nas. Aku tanya Akhiar, kira aku semakin yakin dengan apa aku belajar.

2. Tadi aku kuatkan semangat. Semasa briefing. Aku maklumkan, kita akan follow cara yang dipilih Ibn Mubarak. Maknanya, masa duduk istirehat dan tasyahhud akhir tak ade. 25 tasbih akan dibuat ketika qiyam. 15 sebelum Alfatihah, 10 selepas surah.

3. Pergh. Aku memang nekad tadi. Aku niat buat ikut apa aku belajar. Lantak pi la orang nak kata apa. Aku berdoa moga Allah pelihara aku. Alhamdulillah, sebaik selesai. Tengok-tengok, juz dalam setengah jam dah siap.

4. Aku dapat rasa tasbihku tadi tadi agak laju. Kesian pula pada pakcik-pakcik. Takpelah, biasalah first time. Belum ketemu rentak. Aku ingat, zikir munajat boleh dimasukkan sekali masa zikir. Nak qosidah, takut ada tak suka.

Sabtu, 17 Jun 2017

Bertemu Syeikh Nabi


Syeikh  dah bersiap nak pergi bertugas

Layanan MAINS terhadap syeikh sangat bagus. Harap MUIP dan JAIP boleh tiru.

Sempat bergambar sat dengan Syeikh di Negeri Sembilan


Lepak minum kopi sat. Sebelum masing-masing balik

Berbuka pekena Nasi Arab di Taj Hadramawt. Best juga.

Isnin, 12 Jun 2017

Semalam, esok dan hari ini


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Siang tadi aku ngantuk semacam. Mikir dari terlibat dosa kering. Aku pun rebahkan diri kat katil, hampir seharian aku tidur. Bangun bila solat je. Dengan public holiday, malam ini pula aku tak bertugas. Lagilah malas otak aku nak cergas. Sekadar terawikh di masjid negeri.

2. Masalah pasti ada Insha ALLAH. Nah sekarang, mataku mula payah nak lelap. Baca Taqrirat bab Haji sikit tadi, layan youtube kejap. Nah.. sekarang aku sedang menaip.

3. Seminggu dua ini mindaku teruji. Aku didatangi beberapa ujian, yang memaksaku berfikir  sangat berhati-hati dan rasional.

4. SIRIM datang tempat aku mengajar. Masa itu aku nak uruskan borang lain. Tiba-tiba ketua jabatan kata nak rekod mengajar. Aku minta tempoh sekejap. Dia bagi dalam dua jam lebih kurang. Merapak aku nak sempurnakan rekod mengajar yang memang banyak lopong tu. Tapi Alhamdulillah, at the end, aku hantar juga walaupun tak sempurna. Sekurangnya aku dah cuba. Kemudian bertemu dengan juruaudit. Kena soal gitu-gini. Alhamdulillah, kekurangan aku sebagai tenaga pengajar baru, juga tidak diberikan taklimat khusus. Menjadi asbab aku terselamat.

5. Kemudian. Ujian kedua muncul. Di institusi lain pula. Aku diminta menjaga F3. Mulanya aku ingat biasalah, pelajar sekitar 9-13 orang. Sekali 29 orang (gabung dua kelas). Dengan waktu yang aku mampu peruntukkan buat diorang sekadar sejam. Maknanya seorang dalam 2 minit. Nak tasmik macam mana dua minit? Belum masa mengulang lagi. fuhh... benar-benar mencabar. Jadi aku minta diorang tasmik sejam pertama dengan guru lain. Sebab sejam pertama aku kena jaga f5. Mujur f5 hanya tiga orang belum khatam. Sekali, guru lain pun terpaksa jaga satu form (dua kelas). Diorang ok lagi, dua jam dengan pelajar. Macam aku yang satu jam ini. Memang saru. Pelajar f3 inisiatif atur jadual. Bergilir-gilir. Tapi aku rasa itupun tidak sempat. Bila difikir-fikir, guna kawan untuk murajaah sudah pasti kena. Cuma, aku fikir perlu bentuk cara yang lebih sitematik. Supaya Tasmik dan I'adah tu berjaya jalan seiring. Itu yang mencabar.

6. Ujian ketiga. Minggu lepas. Tiba-tiba kami dapat surat, mengesahkan kami berempat terpilih menunaikan haji bagi tahun ini. 1438 hijriah. Duit nak Lebih kurang RM64k dalam bank selewat-lewatnya 22 Jun 2017. Lebih kurang seminggu setengah dari sekarang. Fuhh...

7. Duit aku dah cukup RM10k. Abi tak cukup RM2k, Mie tak cukup RM22k, Adik tak cukup RM4k. Total tak cukup RM28k. Kami minta adik pinjam Agro Islamic bank RM30k. Sekali tak lepas, sebab sangkut dengan PTPTN. Lepas RM13k je. Adik pun macam putus harapan nak buat loan rumah. Aku contact kawan lama aku di Bank Rakyat. Sebab aku kerja sambilan, jadi dia cadang ke RHB atau AEON Bank. Bila aku ke RHB bersama surat pengesahan pendapatan, semua tak lepas.

8. Mood keluarga aku bertukar tegang juga. Semua berfikir. Alhamdulillah... Abi contact Mak Su Yah. Dia sudi beri RM16k. Kiranya adik campur Maksu Yah RM29k.. Alhamdulillah.

9. Tapi itu belum muktamad lagi. 22hb Jun 2017. belum sampai lagi. Duit pun baru setuju atas mulut. Mudah-mudahan Allah bereskan semudah mungkin.

10. Duit kenduri adik pun rasanya tak cukup dalam RM2k lagi. Aku dah janji nak back-up.

11. Aku fikir-fikir. Inilah ujian aku hampir setiap tahun. Sketsa cemasnya lebih kurang sama. Alhamdulillah, mungkin sebab dah biasa. Aku lebih tenang dan cool berfikir. Pendekatan aku masih sama macam sebelum-sebelum ini. Sentiasa idea gelecek itu datang. Dan takdir Allah, penyelesaiannya juga sama. Datang dalam keadaan bersambut mudah, dengan idea-idea aku itu macam sia-sia. Sekadar mengasah otak

12. Mungkin  besar hikmah Allah nak didik. Pokok pangkal. Jangan bimbang dengan takdir ketetapan Allah. Semuanya akan selesai. Malah mungkin tidak ikutpun apa yang kita rancang. Nah yang penting kita, bagaimana kita menghadapi ujian-ujian itu. Dengan hati yang redho, tidak bergoyah iman dan sentiasa bergantung pada Allah. Aku fikir, inilah antara hikmah yang muncul setiapkali aku diuji.

13. Wallahua'lam. Bak kata Syeikh Rohimuddin dan Sidi Dr.Lokman lebih kurang.

"Esok belum pasti kita akan temui, yang semalam telah berlalu. Nah yang hakikatnya sekarang.."


Jumaat, 9 Jun 2017

Tolong tanyakan aku hukum !

1. Sejak cuti semester bermula. Ermm.. mungkin sebelum itu lagi. Aku semakin kerap dihubungi pelajar. Bertanyakan perihal hukum. Malah rodong baik, kawan sekerja dan pensyarah juga ada hubungi aku.

2. Demi sesungguhnya. Aku sangat gembira. Sebab soalan-soalan ini menyebabkan otak aku kembali ligat. Untuk murajaah semula apa aku dah belajar.

3. Alhamdulillah. Jadi tolonglah tanya aku. Apa-apa sahaja soalan. Insha Allah jika aku tak jumpa jawapan, aku akan katakan 'Maaf saya tidak tahu'. Jika aku kesamaran, aku akan berkata 'Sekejap ye, saya rujuk kitab dahulu' atau 'Saya rujuk tok guru dulu'. Dan jika saya tahu secara kemas, saya akan jawab terus.

4. Jadi. Wahai kamu-kamu yang saya amat-amat sayangi. Tanyalah. Hubungi Whatsapp saya: +601115996053. Panggil saya Pakwan.

Jumaat, 2 Jun 2017

Cara sambung diploma, ijazah dan master bagi tidak cukup kredit untuk syarat kemasukan ipt.

Kini untuk memohon IPT bagi mereka yang tiada SPM, kurang kredit, mereka boleh mengunakan laluan Sijil MQA APEL.

Pernah dengar tak perkataan APEL ni? Memang ada bunyi macam buah.

APEL adalah singkatan untuk Accreditation of Prior Experiential Learning atau dalam bahasa Melayunya Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.

Apa dia pulak tu? Kita baca penerangan dari pihak MQA dulu.

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

Maksudnya, APEL ni satu laluan kemasukan alternatif untuk mereka yang pendidikan formal kurang mencukupi untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lagi ringkas, dengan sijil APEL ni, tak ambil SPM ke, takde PMR ke, belajar setakat UPSR ke, anda tetap boleh masuk U dengan syarat lulus ujian APEL ni. Ada ujian pulak? Jangan risau, soalan penilaian dia tak susah pun. Sebagai contoh, untuk kemasukan ke Diploma/Diploma Eksekutif soalan dia standard PMR je, untuk ke Degree macam jawab soalan SPM dan untuk sambung Master susah sikit lah, macam jawab soalan Diploma, sesuai dengan apa yang kita nak ambil.

Apa yang dia tanya ye?

Ok, ujian penilaian APEL ni soalan-soalan dia akan nilai kebolehan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am anda. Penilaian ni atau dipanggil Ujian Aptitude adalah salah satu dari dua cara pihak MQA membuat penilaian ke atas kelayakan anda. Ujian tu pihak MQA yang tentukan tarikh dan tempat semua. Selalunya exam buat di MQA juga.

Penilaian kedua pulak anda kena sediakan satu portfolio yang menceritakan sejarah pembelajaran anda sebelum ni sama ada formal atau tak. Include sekali pengalaman hidup anda, pekerjaan, kerja suka rela, hobi dan yang sewaktu dengannya. Mana-mana sijil yang ada tu masuk je sekali dalam portfolio tapi make sure dah disahkan certified true copy dulu. Dalam masa 20 hari lepas hantar portfolio, kalau pihak MQA tak berpuas hati dengan portfolio anda nanti dia akan panggil interview atau kena present depan dia atau lain-lain cara penilaian jadi buat je sehabis elok portfolio tu ye..huhu
Demi nak sambung belajar dan naik pangkat, kita kena lah sacrifice sikit kan.

Jadi untuk Sjil dan Diploma, bayaran penilaian atau fi adalah RM 155, manakala untuk Ijazah Sarjana Muda RM 250. Bayar menggunakan bank draft atas nama Agensi Kelayakan Malaysia. Tulis nama dan no. Mykad di belakang draft dan kepilkan bersama masa kemukakan borang permohonan kepada pihak MQA Untuk Ijazah Sarjana pulak fi RM 370 dan lain sikit prosesnya. Lepas submit borang permohonan anda kena tunggu dapat emel dari pihak MQA baru lah bayar fi tersebut. Pemohon akan dapat satu nombor rujukan lepas bayaran disahkan oleh pihak MQA. Sila lah ingat nombor rujukan anda sebab semua urusan rasmi dengan APEL akan guna pakai nombor ni.

Aliran proses pensijilan APEL yang lebih jelas lebih kurang macam ni:
1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan à
2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Master,perlu tunggu email dari MQA) à
3. Pemohon dinilai melalui (i) Penghantaran Portfolio (ii) Ujian Aptitude à
4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak

Jika tak berjaya jangan susah hati, anda masih boleh buat rayuan kepada pihak MQA dan ulang ujian ni. Bagi yang lulus penilaian anda akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan anda layak sambung belajar ke IPT. Sijil ni lah yang anda kena guna untuk masuk U.

Untuk maklumat lanjut boleh lah check details ni semua di website MQA http://www.mqa.gov.my/APEL/.

Buku panduan (e-book), flow chart dan link untuk mohon semua ada kat situ.

Untuk memohon. Boleh ke laman ini: http://www2.mqa.gov.my/APEL/CheckDaftar.cfm

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!
Untuk maklumat lanjut mengenai program diploma separuh masa Universiti Teknologi Malaysia bolehlah layari laman web kami di http://www.utmexecutivediploma.com. Pengambilan sedang dibuka.

Artikel Copy Edit n Paste dari: http://www.skc.com.my/blog/mqa-apel-laluan-alternatif-kemasukan-ke-ipt