Selasa, 13 Oktober 2020

Indahnya Hidup Bersama Ilahi

Hidup ini penat. Jika inginkan segala perkara mengikut kehendak kita. Baik ianya baik atau buruk. Dalam Kitab Aqidatun Najin, dalam Kitab Sairus Salikin. Baik Kitab Tauhid mahupun Kitab Tasawwuf. Semua perkara sama ada baik atau buruk, semuanya Allah telah taqdirkan. 


Kerana itu. Bila telek kepada tingkatan dalam nafsu. Dari Ammarah, Lawwamah, mulhamah, mutmainnah, rodiah, mardiah hinggalah Kamilah. Maka ianya berlegar sekitar bagaimana hubungan kita dengan Allah. Dari pelaku maksiat, kepada buat sesuatu kerana Allah namun terkesan dengan keji dan puji manusia, sehinggalah taalluq hati semata² kepada Allah. 


Walaupun mungkin di tingkat yang rendah. Namun, adakala bila kita temui jalan buntu. Bagi insan yang berkasta rendah dalam mengawal nafsu. Maka serahkanlah 'kebuntuan' kamu itu kepada Allah. Ya, kepada Allah. Biarlah Allah yang uruskan. Mohonlah agar Allah berikan natijah yang terbaik buat kita, bagi dunia dan akhirat kita. 


Usahlah dilayan rasa penat, letih, buntu dan keinginan dan harapan menggunung itu. Tugas kita masih banyak perlu dilaksana. Masih banyak amanah perlu ditunaikan. 


Serahkanlah kepada Allah.. Serahkanlah kepada Allah.. Serahkanlah kepada Allah. Walau tahu, sepatutnya awal² lagi urusan kita patut diaerah kepada Allah. Dialah sebaik² Pengatur bagi Alam  ini. 


Kerana itu. Indahnya hidup bersama Ilahi.