Rabu, 19 September 2018

Rakyat Makin Terbeban Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Baru – Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 19 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, rakyat kini semakin terbeban di bawah pemerintahan kerajaan baru di mana pelbagai bantuan kepada rakyat dihentikan dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, manakala kerajaan hari ini pula dlihat masih membuat pelbagai alasan untuk memberhentikan segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat semasa pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

Tambah membebankan rakyat menurut Ismail, apabila sistem SST yang dilaksanakan bagi menggantikan sistem GST yang kononnya dapat meringankan beban rakyat, hanyalah retorik politik semata-mata apabila harga-harga barang masih tidak turun, bahkan ada yang meningkat dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding ketika pelaksanaan cukai GST.

“Kerajaan baru menjanjikan satu kehidupan yang lebih sejahtera kepada rakyat, namun apa yang jelas hari ini, rakyat terutamanya masyarakat luar bandar lebih sengsara di bawah pemerintahan kerajaan baru ini. Bukan menjadi lebih sejahtera, sebaliknya menjadi sengsara dan derita.

“Sudahlah barangan asas tidak ada penurunan, malah harga-harga komoditi yang menjadi punca pendapatan penduduk luar bandar seperti getah, kelapa sawit jatuh menjunam begitu teruk sehingga memberikan kesan yang besar golongan rakyat yang bergantung kepada hasil tersebut.

“Sebagai contoh, jika dulu harga getah sebanyak RM 2.50 ketika sebelum PRU ke 14, kini turun menjunam menjadi hanya RM 1.90, lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM 2.20. Harga kelapa sawit pula, daripada RM 550 satu tan, turun kepada Rm370 satu tan. Penurunan harga yang begitu menjunam ini sudah tentunya memberikan kesan yang besar kepada pendapatan mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam program diskusi 100 Hari PH Tipu yang membawa tajuk Rakyat Derita, di mana Dato Dr Azizan dijemput sebagai moderator yang bersiaran secara langsung dalam medium facebook UMNO Online Selasa malam.

Jelasnya, ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini, sekiranya harga kelapa sawit jatuh di bawah RM 400 satu tan, kerajaan akan memberikan pengecualian kepada peneroka untuk menangguhkan segala pembayaran hutang.

“Manakala bagi pekebun kecil getah pula, apabila harga getah menurun dengan begitu teruk, maka kita bagi bantuan secara one of kepada mereka. Kita pernah bagi bantuan one off sebanyak RM500 kepada pekebun kecil apabila harga getah menjunam jatuh.

“Tapi hari ini, di bawah pemerintahan kerajaan baru, langsung tidak ada apa-apa bantuan dan inisiatif yang disediakan kerajaan terhadap golongan ini. Sekarang kita sudah menghampiri musim tengkujuh, masih belum dengar lagi apakah kerajaan akan memberikan bantuan bulanan musim tengkujuh atau pun tidak.

“Begitu juga bantuan terhadap nelayan. Sehingga hari ini, kerajaan masih mengkaji lagi sama ada elaun nelayan yang diperkenalkan oleh kerajaan waktu pentadbiran BN dulu sebanyak RM 300 sebulan akan diteruskan atau tidak,” jelasnya.

Sebab itu, ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini, kerajaan BN akan sentiasa memikirkan bagaimana dan apa bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat yang memerlukan bagi meringankan beban mereka, khususnya dari golongan peneroka, pekebun kecil, nelayan, petani termasuklah rakyat yang tinggal di bandar-bandar.

“Kalau dulu, apabila kerajaan perkenalkan GST, kita tahu ada sedikit bebanan terhadap rakyat dari segi harga barangan, walaupun barangan makanan asas tidak dikenakan GST.  Sebab itu, kerajaan wujudkan BR1M sebagai pemberian balik atau bantuan untuk meringankan beban rakyat. Apa yang kerajaan kutip, kita bagi balik kepada rakyat yang memerlukan dalam skim bantuan tersebut.

“Tapi kerajaan hari ini, saya difahamkan mereka akan menghapuskan skim bantuan tersebut secara keseluruhannya atas alasan pemberian bantuan seperti itu hanya memanjakan rakyat, menyebabkan rakyat malas untuk bekerja.

“Jadi alasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini tidak logik. Mana boleh rakyat tidak bekerja dan semata-mata mengharapkan bantuan BR1M yang hanya diberikan setahun sekali, atau bantuan bermusim yang lain?

“Sudahlah harga barang naik, harga hasil komoditi pula turun, ditambah pula tiadanya bantuan kerajaan. Sudah pasti, kehidupan masyarakat luar bandar, terutama orang miskin sangat menderita di bawah pentadbiran kerajaan hari ini,” ujarnya.

Katanya lagi, begitu juga dengan kehidupan rakyat yang tinggal di dalam bandar, yang terus terbeban dengan kenaikan harga barangan, harga minyak yang tidak turun-turun walaupun ada pemimpin PH yang berkata, apabila PH pegang pemerintahan, harga minyak akan turun RM1.50.

“Kegagalan pimpinan kerajaan hari ini dalam mengurus tadbir ekonomi dan negara telah menyebabkan kesannya kini ditanggung oleh rakyat di seluruh negara, baik yang berada di luar bandar mahupun yang tinggal di dalam bandar.

“Jadi jelaslah, segala janji-janji yang dibuat oleh PH sebelum pilihanraya adalah janji palsu dan harapan yang diberikan kepada rakyat juga adalah harapan kosong semat-mata,”  tegasnya.-MediaUMNO

Khamis, 13 September 2018

[UMNO-PAS] Belajar Dari Kisah Bangsa Acheh



Dulu hampir setiap hari kita tonton peperangan di  Acheh, Indonesia. Bunuh membunuh.

Mengekor dengan peti televisyen, susuk tentera menyusup celah-celah rumah. Untuk menyerang hendap.

Konflik nampak buntu. Entah bagaimana nak selesai. Antara nak merdeka bersama Gerakan Acheh Merdeka (GAM) atau kekal bersama Republik Indonesia.

Namun siapa sangka.

Tiba-tiba Allah datangkan Tsunami yang sangat dahsyat. Menyapu bersih bumi Acheh. Mayat manusia macam sampah dibawa air. Ada sekelip menjadi yatim. Acheh bertukar ibarat padang jarak padang terkukur. Pasti semua masih ingat bukan?

Namun. Besar hikmah menanti.

Semua pihak menjadi simpati. Gencatan senjata yang selalu gagal, akhirnya berjaya. Walhal suatu ketika, macam tak logik boleh berdamai. Boleh puaskan hati semua pihak.

Nah akhirnya sekarang.

Bukan sahaja menjadi wilayah autonomi. Malah juga boleh menguatkuasakan sendiri hukum Syariat Islam buat seluruh warga Wilayah Acheh yang beragama Islam.

Susunan Allah sangat cantik.

Kita harapkan persaudaraan PAS-UMNO juga begitu. PRU 14 adalah Tsunaminya. Tsunami yang melenyapkan penguasaan total Ahli Parlimen Muslim di dalam Kerajaan.

Dari peristiwa Memali, Ops Lalang, Ceramah mencarut, Politik fitnah dan dusta, zaman diktator dan kuku besi.

Yang buat onar ialah pimpinan 20-40 tahun dahulu.  Kenapa kita perlu diheret sama? Apatah lagi, kini mereka semua telah duduk bawah satu bumbung, di bawah payung PH.

Nah. Marilah sama kita doakan. Moga Muktamar PAS dan PAU UMNO kali ini membuka lembaran baru. Tindakan yang _Out Of The Box_. Yang matang dan rasional. Yang bijak dan berstrategi.

Seterusnya menghadirkan khabar berita gembira. Buat kita Umat Islam dan Malaysia umumnya.

Allahu Rabbi. Bantulah kami..😔

Selasa, 11 September 2018

Sumbangan Untuk Mesyuarat Guru-Guru Pondok Pantai Timur 2018
----------------------------
Alhamdulillah berhubung perkara diatas, Madrasah Darussalam (MDS) Kuantan, Pahang akan menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Guru-Guru Pondok Pantai Timur yang bakal diadakan pada Sept 2018.

Sehubungan itu, sebagai tuan rumah, pihak MDS ingin membuka peluang *keemasan* seluas2nya kepada seluruh umat islam yang ingin menyumbang seikhlas hati untuk menjayakan majlis ini😘
.
Sumbangan yang diperlukan hanyalah untuk penyediaan juadah makan tengah hari kepada tetamu2 yg hadir khususnya dan hadirin yg turut serta dlm majlis amnya. Hasil dari perbincangan antara chef kehormat (abe Ki) dgn Tok Ayoh Mds, maka menu utama adalah nasi beriani berlauk kambing, ikan tenggiri masak pedas, acar, buah2an dll
.
Maka, secara kasarnya, bajet yang diperlukan sekitar *RM2000* sahaja😊👍
.
InsyaAllah bermula malam ini kutipan dana akan mula dilancarkan dan *tarikh tutupnya pada 25 sept 2018*💪💪

Maklumat mesyuarat seperti berikut:
Tarikh: 27 Sept 2018
Hari: Khamis

.
Alhamdulillah, semoga sahabat2 yg ikhlas menyumbang diberi balasan yg sewajarnya oleh Allah!

JOM, SAMA2 PERTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH....💪💪💪

Apa lagi....teeettttt😁💥
.
P/s: sumbangan boleh disalurkan kepada Nur Zahini (Khadim kepada Tok Ayah Mds - Ustaz Wan Zukir)👇👇🏼
.
Ac maybank:153083210227
.
Nama: muhammad nur zahini saidi

😊👍
Sila sertakan bukti transaksi ye.

Nur Zahini: 0129293997

Terima Kasih
.
☀☀☀

Wan. Owk tu cepatlah baliknya..



Wan.. owk tu cepatlah balik nye..

Koi tak daye asyik sorang je kena bahan...

Semua tempat koi pegi kena bahan... Pergi kerja, pergi masjid,  g
Pergi bandar, jumpa murid...

Baru ni ada sorang pakcik ni.. dari hari jumaat dia kata ke kawe nak bawa cucu hari ahad... koi ingat nak minta tolong ngajar ngaji.. koi iyekanlah...

Hari sabtu dia ulang lagi..  koi cakap iye...

Sekali hari ahad tu.. masa koi nak angkat takbir.. tiba-tiba koi tengok ada talam lalu depan koi.. siap ada air, kurma n gunting...

Koi dah rasa tak sedap hati...

Sekali. Rupanya nak tahnik cucu dia...

Tak boleh  tahan.. habis doa... geng pakcik-pakcik ni dah mula kerumun keliling koi.. ramai pula tu..

Koi tak kesah ke protokol tu.. masalahnya koi mana pandai gendong bayi..  buat dia nangis kang..  mati koi... Cuak usah cerita lah.. puas koi mikir cara nak lari..

Masa dia nok serah bayi kat koi.. koi mula nak gendong.. tapi riso ke dia ngangis... terus koi cancel...

Koi terus talakan kepada imam tua...

Koi cakap.. maaflah tak pandai  nak  pegang... koi kawen pun belum lagi

Yang lain dah start nyakat koi..  😅😅

Kena pula hari hujan... Habis tu... Nak cabut tak lepas... Terpaksalah koi duk situ... Kena pula dia jamu roti jala..  sedap pula tu...

Masa tu mulalah.. sorang-sorang gi dekat koi .. buat-buat pegang bahu.. padahal nak nyakat koi... 😅😅

Kuang asam... Koi nak cakap apa... Sengih-sengih je lah jawabnya..

Baler Wan... Boleh tahan kena nyakat klu jadi Bujang Lapok ni yek..🤣🤣

P/s: Wan adalah kawan koi dalam group. Saje alang kepala taip panjang. Koi nempel terus ke sini.

Ahad, 9 September 2018

Bergabunglah wahai PAS dan UMNO

Semalam di dalam satu group Whatsapp, aku utarakan cadangan penggabungan antara UMNO dan PAS. Jika bergabung maka kita akan dapat 7 negeri dan satu negeri seri. Namun terus aku ditempelak. Aku nyatakan alasan bergabung itu. Ada yang lantas balas tak mahu, sebab perangai PH dan BN sama. Aku terdiam. Lantas tunjukkan isyarat bagus dan tidak teruskan perbualan.

Kita tak nafi. Dalam tempoh lebih kurang 60 tahun ni. UMNO adalah musuh utama PAS. Pernah suatu ketika, bagi sesetengah penyokong, seolah-olah lebih baik bergabung dengan DAP yang diterajui oleh orang kafir lagi harbi. Yang secara terang menyanggah Hudud dan Qisas, secara terang memusuhi Syariat Allah, secara terang nak rampas hak orang Islam di Tanah Melayu berbanding bekerjasama dengan UMNO.

Walau tak kita nafi dalam UMNO ada yang berfikiran liberal, tidak suka Syariat dilaksana, kaki buli, sabotaj, khianat kepada bukan penyokong. Namun dalamnya masih ramai yang baik-baik, yang punyai roh islamik, yang sentiasa berfikir nak tegakkan Islam malui platform UMNO. Malah mungkin lebih ramai jumlah yang sebegini berbanding di dalam PKR, BERSATU dan jauh sekali DAP.

Selama 60 tahun. Lihatlah hasil tangan UMNO. Perhatikan kemajuan JAKIM. Lihat perlaksanaan panitia HALAL. Lihat usaha dakwah, kemajuan pengurusan institusi agama, fatwa. Juga lihat penerapan elemen Islam dalam dunia pendidikan. Silibus pengajian agama. Lihat bantuan demi bantuan terhadap SABK. Elaun terhadap guru agama dan pimpinan masjid. Lihat kepada peruntukan terhadap masjid-masjid. Lihat kepada pemerkasaan mahkamah syariah. Sokongan kepada Palestine. Malah sebaik memerintah, Ds.Najib dilihat sangat ketara ingin berbaik dengan PAS.

Dan lebih menambah hujjah. Pimpinan UMNO sekarang dilihat sangat islamik. Baik Ds.Dr.Ahmad Zaid Hamidi, Dr.Asyraf Wajdi dan Noraini. Malah mereka menang pemilihan tempoh hari pun setelah bergelut dengan calon-calon yang dilihat cenderung liberal.

Bertenang sebentar. Tarik nafas... Dan hembus.

Benarkah mereka ini yang begitu dibenci ahli PAS? Ataukah pimpinan sebelum ini? Atau ketua dan ahli di cawangan? Atau beberapa tokoh sahaja? Lantaran perbuatan zalim mereka terhadap PAS.

Mana--mana parti politik mahupun organisasi. Yang pentingnya ketua. Kalau ketua berfikrah Islamik, maka halatuju dan pendekatan parti akan menjadi Islamik. Walaupun dalam dasar tidak digaris, ia tetap akan terjadi. Seperti AK Party di Turki. Apatah lagi parti yang meletakkan Islam dan Melayu sebagai teras seperti UMNO. Dan lebih meyakinkan, bila kini pimpinan UMNO diterajui oleh pemimpin yang berfikrah Islamik. Lihat saja pada tutur bicara dan pendapat spontan mereka. Tapi sayang, mereka naik setelah UMNO tewas.

Dengan bergabung UMNO-PAS. Maka PAS boleh berlatih mentadbir dan mengangkat figura--figura PAS semaksimum mungkin. Justeru nanti, Jika menang PRU selepas ini. Maka rakyat akan bertambah yakin dengan pengemudian PAS. Kerana pengalaman, performance dan wibawa yang mereka miliki.

PAS dan UMNO perlu berfikir Out Of The Box seperti Anwar. Serang dari jalan tak disangka. Mudah memaafkan, tenang, bijak, menguasai permainan dan bukanlah dikuasai. Semua akan bergerak mengikut rentak tarian kita. Dari isu yang diviral, fokus masyarakat malah keputusan politik yang diambil.

Belajarlah dari cara Anwar dan Rafizi. UMNO dan PAS tak boleh dah bersilat cara lama.

Kisah di sebalik wang tunai Ds.Najib di Pavilion

Tiga Bulan Tiada Pendakwaan, Aset Perlu Dipulangkan Kepada UMNO – Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept.- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan aset yang disita oleh pihak polis masih belum dipulangkan kepada UMNO.
Najib berkata, mengikut undang-undang, aset yang dirampas perlu dikembalikan selepas tiada dakwaan dibuat dalam tempoh tiga bulan.
“Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.
“Ia telah melangkaui tempoh 3 bulan mengikut undang-undang untuk dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Mei lalu pihak polis menemui RM120 juta wang tunai dari Pavilion Residences yang dikaitkan dengan Najib.
Turut dirampas 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama mewah, jam tangan dan barang kemas yang dirampas dari tiga kondominium mewah di sini.
Sementara itu Najib turut menjelaskan antara tugas sebagai Presiden UMNO adalah untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari ahli perniagaan, individu, NGO dan korporat.
“Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihan raya.
“Semua hak ini ada ditulis di dalam Perlembagaan UMNO dan ialah satu kelaziman sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata Najib.
Menurut Najib ketika pilihan raya umum, kebanyakan sumbangan dari ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Berikut adalah penjelasan penuh Najib:
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari ahli perniagaan, individu, NGO dan korporat.
Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihanraya.
Semua hak ini ada ditulis di dalam Perlembagaan UMNO dan ialah satu kelaziman sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ada satu klip video tular yang merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 September 2015 selepas beliau digantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri bahawa beliau sendiri tidak mempersoal amalan dana khas presiden kerana ini ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi.
Tun Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerah sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Badawi apabila Pak Lah mengambil alih jawatan presiden parti dari Tun Mahathir.
Walaupun saya pernah sarankan untuk mewujudkan satu akta sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan pada masa itu, justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini.
Pada masa pilihanraya umum, kebanyakan sumbangan dari ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan juga diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Semasa Tun Mahathir membina Pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana, beliau turut membina bilik kebal dan peti besi di kedua-dua tempat.
Inilah tempat di mana wang tunai yang diterima disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihanraya termasuk bayaran bil selepas pilihanraya dan operasi cawangan-cawangan parti.
Selepas BN kalah tidak terjangka dalam pilihanraya lalu, wang tunai yang dikumpul ini telah dipindahkan oleh pegawai-pegawai kepada satu pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementera.
Saya juga difahamkan baru-baru ini bahawa ketika wang ini di dalam permindahan, ada beberapa pegawai-pegawai yang ditugaskan telah mengambil RM3.5 juta untuk diri sendiri dan mereka telah ditahan oleh SPRM.
Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai ini dan sementera menunggu keputusan pemilihan parti siapa akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur ini telah diserbu oleh PDRM dan wang tunai ini telah disita.
Tun Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di pejabat Perdana Menteri pada masa pilihanraya kerana beliau juga melakukan begini semasa beliau presiden UMNO dan Perdana Menteri.
PDRM juga tahu tentang wang ini ada di Pavilion kerana permindahan wang ini daripada Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai-pegawai bukanlah satu rahsia.
Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, UMNO telah menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini.
Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan dalam pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihanraya dan wang tunai yang disimpan dalam Pejabat Perdana Menteri juga tidak begitu banyak pada masa bukan pilihanraya.
Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.
Ia telah melangkaui tempoh 3 bulan mengikut undang-undang untuk dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita.
Saya juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan ramai.-UTUSAN ONLINE

Sabtu, 8 September 2018

Kekalahan BN 2018 bertitik mula dari krisis Mahathir-Anwar 1999

UMNO selalu menang PRU sejak 60 tahun lepas. Namun akhirnya kalah pada pilihanraya kali ini. Namun bagiku, Ds.Najib bukanlah penyebab utamanya. Cuba flash back tahun-tahun sebelumnya, UMNO sentiasa kuat. Sehinggalah kes pergeseran antara Tun Mahathir dan Ds.Anwar. Dan natijahnya  pilihanraya tahun 1999. Barisan Alternatif yang di luapkan oleh kes Anwar semakin berjaya meratah BN. Keputusan yang sangat buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Malah Terengganu juga telah dapat kepada PAS.

Tahun demi tahun, sentimen anti-Mahathir semakin kuat. Rakyat dilihat semakin lantang menentang kerajaan. Gelombang kebencian merata-rata. Malah istilah mahafiraun tidak asing bagi kita. Kerajaan BN dikihat seperti raksasa yang ganas. Melihatkan prestasi BN ketika itu, tidak mustahil BN akan cedera parah jika berlaku pilihanraya berikutnya.

Namun siapa sangka. Keputusan besar telah dibuat ketika itu. Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatan nya, dan digantikan Pak Lah.

Suatu titik garis utama, yang menyebabkan UMNO dipandang buruk telah dipadam. Dengan naiknya Pak Lah, seorang yang terkenal dengan jolokan Mr.Nice Man. Maka BN kembali disokong rakyat. Justeru pada PRU 2004, UMNO telah menang besar, malah terbesar dalam sejarah sejak 1978. Imej Islamik dan pembawakan sopan Pak Lah memukau ramai pihak. Malah Kelantan juga hampir-hampir dirampas BN. Bayangkan tsunami biru boleh melanda kubu kuat PAS.

Namun pada pilihanraya 2008, BN mengalami kegagalan besar. Malah melebihi PRU 1969 dan 1999. Walau menang PRU tersebut. Namun BN gagal dari sudut nak  mengatasi atau sekurangnya menyamai rekod terdahulu. Bagiku Pak Lah sudah cukup baik. Cuma jentera propagandanya sangat lemah untuk menangkis serangan. Budak tingkat empat (pinjam ayat Tun Mahathir) mungkin masih mentah untuk berdepan perang saraf politik. Menjadikan BN hampir kalah dalam PRU ini. Banyak perkara tidak dapat ditangkis dan banyak kebaikan tidak berjaya ditonjol. Dan sudah pasti, kekuatan pembangkang yang diresap roh Anwar telah mula berkembang biak antara penyumbang utamanya. 

Seterusnya pilihanraya 2013. Ketika ini BN di pimpin Ds.Najib. Namun Pakatan Rakyat ketika ini sudah dipuncak prestasi. Mereka sudah sangat kuat. Hasilnya BN menang tipis. Ds.Najib mula dirosakkan imejnya. Tuduhan demi tuduhan dilempar. Yang peliknya ramai boleh percayakan si penuduh, walhal saban hari beliau kalah dalam saman fitnah di mahkamah. Nampak tak? Ini bukan lagi soal betul atau salah. Ini soal nak jatuhkan BN yang dah lama berkuasa.

Dan akhirnya 2018. BN akhirnya tewas.

Berdasarkan kronologi di atas. Maka kita akan dapati. Krisis Mahathir-Anwar 1999 antara penyebab utama UMNO semakin melemah. Pergeseran yang menyebabkan UMNO berpecah kepada dua. Satu kekal dan satu lagi menubuhkan PKR. Malah kekuatan PH sekarang jika diperhati, ditunjang oleh bekas ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan UMNO. Persoalannya, UMNO waktu bila? Maka semua maklum ianya berputik pasca 1999. Adapun zaman selepasnya, bukanlah benci yang qot'ie, namun lebih kepada sekadar meneruskan rasa benci itu. Ibarat sakit kena penampar, sakit masa kena. Adapun aduhan selepas itu bukan sebab sakit di pipi tapi sebab sakit di hati. Justeru walaupun yang dibenci adalah pimpinan sebelumnya. Namun bahananya kena pada Pak Lah yang super duper lembut dan Ds.Najib yang super duper liberal (dalam konteks kebebasan bersuara).

Malah Pak Lah dan Ds.Najib adakala dilihat terlalu berikan kebebasan pula,  sehingga pembangkang berjaya dengan fitnah demi fitnahnya. Zaman mereka berdua UMNO langsung tidak dipandang sebagai Pemangsa yang Brutal. Bahkan jika diisbatkan kepada hal Memali, isu mata lebam, isu kroni, isu ISA, isu keganasan terhadap pendemonstrasi. Maka semuanya akan menumpukan mata kepada zaman sebelum mereka berdua iaitu zaman Tun Mahathir.

Tambahan. UMNO semakin kehilangan pemimpin muda berbakat yang lari dan seterusnya mendokong agenda Reformasi dibawa Anwar. UMNO juga kehilangan sokongan dari NGO Islam, sebelum ini ABIM antara tonggaknya. Ditambah dengan pelbagai faktor lain, dari kalah kepada persepsi, kalah perang propaganda, rakyat sudah boring lama sangat bersama UMNO, strategi PH  yang menjadi, sokongan padu Cina. Menjadikan BN kalah besar kali ini.

Dan paling kelakar. Individu yang asalnya dulu, merekalah yang asyik berperang iaitu Mahathir-Anwar. Boleh pula duduk dalam satu kenderaan. Mahathir--Anwar. Namun salute kepada Anwar yang boleh hold-kan perasaannya, walaupun dah kena bermacam-macam ujian, dan hasilnya terbentuklah kerajaan PH, menang bergaya dalam PRU 14. Malah lebih ajaib mengangkat Tun Mahathir sebagai PM semula. Sesuatu yang mungkin 18 tahun dulu kita langsung tak jangka.


Khamis, 6 September 2018

Operation kali ke-2


Abi sedang baca Surah Kahfi sementara menunggu giliran dibedah. Hari inikan Hari Jumaat.


Jika kali pertama kerana nak buang tulang belakang. Kali ini kerana nak pindah saluran kencing dari pundi kencing ke perut. Berikutan risiko jangkitan kuman jika terua dibiarkan berada di kawasan bawah atau lembap.


Ahad, 2 September 2018

Kasi bunuh itu DAP

DAP suatu ketika dahulu bukanlah parti yang popular. Malah mungkin tak terlintas pun bahawa ada orang Islam yang akan undi DAP. Sebuah parti yang sangat hina dimata umat Islam.

Namun sejak 2-3 pilihan raya terakhir ini. DAP diakui antara parti yang agak kuat. Sebaris MCA dan MIC. Malah tidak keterlaluan, pengaruh MCA juga telah mereka atasi. Sokongan cina mungkin 99% sudah menyebelahi DAP. Kini cuma tinggal Melayu dan India. Dalam pada itu, sudah ramai Melayu Islam bersekolah agama yang berpihak kepada DAP. Sangat memalukan !

Suatu yang diulang--ulang masyarakat cina sejak akhir-akhir ini. Khususnya pasca kemenangan DAP adalah ''THE BETTER FUTURE FOR OUR GENERATION'. Maksudnya, sebelum ini istilah Malaysian Malaysia, atau Malaysia untuk orang Malaysia sudah tenggelam. Namun diganti masa depan yang lebih baik untuk cucu-cicit generasi cina.

Maaf. Ayat ini kelihatan assobiah. Saya terpaksa tulis straight to the point. Bagi mengelak salah tebak pembaca. Sebab ramai orang tak faham kalau kita guna bahasa kiasan.

Jika digabung dua prinsip ini. Maka kita dapat faham, generasi cina nakkan kehidupan yang sama rata dengan melayu di Malaysia, atau Tanah Melayu.

Malangnya PKR serta BERSATU boleh bekerjasama dengan DAP. Walaupun mungkin faktor mereka bersatu hanya kerana nak kalahkan BN, tapi matlamat Malaysian Malaysia itu kita tidak boleh nafi masih menjadi prinsip DAP. Lantas kuat manakah PKR dan BERSATU nak mengekang ideologi DAP? Kerana mereka tidaklah Dominan di dalam Pakatan Harapan. Malah jika meninggal Tun Mahathir dan Ds.Anwar, maka PKR DAN BERSATU akan terkontang-kanting tanpa halatuju yang jelas. Nah, waktu itu yang kuat hanyalah DAP.

Kita merasa sangat terhina, bila Melayu Islam sendiri mewakili DAP dalam pilihanraya. Manalah hilangnya maruah diri itu. Dalam group Whatsapp pun, Melayu Islam juga yang lantang duk pertahankan PH, amat memalukan !

Prinsip  persis Malaysian Malaysia nilah yang diterapkan di Singapura. Walhasil, bangsa asal yang menetap di Singapura dihakis dari kerajaan sedikit demi sedikit. Sudahlah ekonomi dan pendidikan Bumiputera tercicir. Kuasa politik juga tiada. Bumiputera yang ada tidak lebih sekadar menjadi penghias sambilan. Nak menampakkan masih wujud bumiputera di sana. Kelakuan Bumiputera di Singapura tidak ubah persis orang asing di negara sendiri.

Melayu oh Melayu, setiap kurun mesti buat benda sama. Jemput orang asing datang negara sendiri, sanggup bermusuh dengan orang yang bermusuh dengan orang asing itu, semata-mata kerana nak muliakan mereka. Kemudian akhirnya, dia sendiri yang tertolak ke tepi. Inilah yang berlaku ketika peristiwa pendudukan British dan Jepun dulu.

Bila Cina yang berkuasa. Ramai orang tidak nampak. Sebenarnya kesannya amat besar. Natijahnya, akan berlaku seperti di China dan Singapura. Isu kebajikan bumiputera dan hak asasi manusia akan berada di level paling rendah. Kerana apa yang yang penting adalah 'keuntungan'. Negara akan berorientasikan negara bisnes. Tidak cukup untung billion, negara akan semakin tamak berbisnes. Lalu akan kejar pula trillion. Negara bisnes tidak melihat kepada kebajikan rakyat sebagai fokus utama, sebaliknya apa yang penting untung. Secara tidak langsung, CINA MISKIN juga akan terima bahananya.

Tiada lagi istilah duduk sama tinggi, berdiri sama rendah bagi bumiputera. Kerana konsep adil telah hilang. Kerana jika sistem meritokrasi diamal. Maka yang ramai tidak sedar, akhirnya nanti yang kaya semakin kaya. Yang berduit peluang untuk cemerlang dalam pendidikan lebih luas. Maka cina akan mendominasi negara.

Berbeza jika dibawah Melayu.

Walaupun yang diperjuangkan mereka adalah ketuanan Melayu Islam dan kebajikan Melayu. Namun hasilnya, akan wujud JHEOA. Yang mempertahankan hak orang asli. Walau bagaimanapun anda cabar orang asli, ada undang-undang khusus untuk mempertahankan mereka .See?? Bagaimana belas ihsannya Melayu. Walaupun ada UiTM. Yang nak menampung 60% masyarakat bumiputera.Yang dari aspek pendidikan sangat jauh tercicir berbanding penduduk bandar. Yang dari aspek ekonomi sangat jauh tercicir dari bangsa cina. Namun masih berlambak universiti lain yang diwujudkan bagi menampung 40% bangsa lain, dalam keadaan sumber kewangan orang cina yang tinggi, bila-bila masa boleh hantar anak belajar di oversea dan tinggalkan Melayu miskin terkontang-kanting di Malaysia.

Bila Ds.Najib memerintah. Kebajikan rakyat didahulukan. Kerana itu rahmat besar bila BR1M wujud. Orang cina miskin yang ada kereta, bila tiba waktu kena renew insuran tahunan berjumlah RM400, boleh manfaatkan BR1M. Orang kaya yang tidak dapat BR1M, dia kena bayar guna duit sendiri. Nampak tak? Manfaat bila Melayu berkuasa? Kebajikan adalah budaya Melayu, inilah yang diterap dari Agama Islam, melalui konsep Ihsan. Justeru, semua bangsa akan untung.

2018. Bermulalah detik Melayu berada dalam penjajahan baru. Bukan dijajah Portugis British atau Jepun. Tapi dijajah DAP. PAP sudah menguasai Singapura, suatu yang mungkin tok nenek kita tidak pernah terlintas 600 tahun dahulu. Dan istilah TANAH MELAYU nantinya mungkin adalah suatu lafaz yang rasis, yang  diibarat seperti najis. Perlu disuci apabila terungkap akannya.

RASIS. Suatu istilah baru di Malaysia yang dipopularkan oleh DAP. Dan kini mula menjadi wirid yang keluar dari mulut Melayu Islam. Istilah Rasis ibarat sihir, yang boleh buatkan ramai pejuang Melayu dan Islam terdiam. Kelu dan tak reti nak balas bila dituduh RASIS.

INI RASIS ! JANGAN NAK RASISLAH ! RASIS !

Jika dulu. Sangkaku Islam berbalah dengan Islam. Maka cadangku nak berehat di gua. Namun bila Islam bergaduh dengan kafir. Aku sudah jadi tak senang duduk.

Allahulmusta'an.