Rabu, 10 Jun 2020

Belajar dari Ghuzwah al-Fiqr di Indonesia

Teringat masa berbual dengan  Dr.Azhar Jaafar. Dr.Azhar ulas bagaimana Ghuzwah al-Fiqr (peperangan ideologi) boleh berlaku di Indonesia. Dr.Azhar last mengaji di UIN Raden Intan Lampung. 
.
Bagaimana bumi para kiyai dan wali songo boleh terpalit ideologi liberal? Kata beliau, ianya baru lagi berlaku. Dulunya masyarakat Indonesia sangat terpelihara Islamnya. Sebab budaya masyarakat Islam yang menghantar anak² mereka ke Persantren, diasuh para kiyai. Jadi semua terjaga. Namun pada tahun 1995 (Sekitar tahun 80an-90an), diwujudkan satu program. Program bagi meramaikan rakyat Indonesia yang mempunyai PhD. Jadi dihantar lulusan persantren ini ke eropah. Malangnya, tidak hanya membawa pulang ijazah, sebaliknya pelajar² ini rupanya terpengaruh sekali dengan pemikiran liberal tempat mereka belajar. Nah, bermula dari situlah Ghuzwah al-Fiqr (peperangan ideologi) berkait kefahaman Islam mula melanda Indonesia. 
.
Sehingga bila melihat betapa bahayanya situasi ini, tahun 2005 Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa pluralisme, sekularisme dan liberalism merupakan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Agama Islam. Tapi nak polish balik tu bukan mudah. Walaupun menurut Syeikh Husni Ginting 70% masyarakat Indonesia itu Nahdatul Ulama, maksudnya bersedia dibimbing para Kiyai. Namun, tetap ianya tugas yang sukar. 
.
Teringat Habib Ahmad dulu. Pernah larang kami baca buku yang berlainan fiqrah dengan apa kami belajar. Kerana bahan bacaan ini masyrob (tempat kita minum). Jika tanpa ilmu dan bekal yang mantap, kita sangat mudah diperdaya dan dipengaruh. Apatah lagi jika ianya ditulis oleh Orientalis (Seorang yang tekun belajar Islam namun bertujuan menekan dan menyerang Islam).
.
Artikel ini ditulis, setelah terbaca artikel dari sebuah portal ilmiah yang sangat bagus (kita sendiri follow hari²). Namun tiba² petang ini salah seorang penulisnya menyerang Turki Uthmaniyah, dan bila dilihat sumber rujukan. Hampir 100% dari barat. Dan maklumatnya sangat nadir (ganjil), bukan yang ma'lum dan masyhur diketahui dalam dunia Islam (walhal dunia arab dunia yang sangat menghargai, merekod dan membukukan sejarah). Jadi hati² na.

Puasa Sunat 6 hari bulan Syawal sekali Puasa Qodo' Ramadhan


عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
.رواه مسلم 
.
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun."
.
Terdapat dua pendapat Ulama Mazhab Syafie tentang gabung Puasa Sunat 6 Hari Syawal dan Qodo Puasa Ramadhan.
.
🌻 PENDAPAT 1
Puasa Sunat 6 Syawal BOLEH disekalikan dengan Qodo Puasa Ramadhan dalam hari yang sama. Namun pahala Puasa Sunat 6 Syawal-nya kurang sempurna. (Pendapat: Syeikh Romli Kabir, Khatib Syarbini ~ Mughni al-Muhtaj).
.
🌻 PENDAPAT 2
Puasa Sunat 6 Syawal TIDAK BOLEH disekalikan dengan Qodo Puasa Ramadhan. Ada dua cerita;
.
🌼CERITA 1: Jika Puasa Ramadhannya wajib disegerakan qodo (kerana masa Ramadhan dulu dia berbuka tanpa uzur), maka dia perlu tunaikan Puasa Sunat 6 Syawal setelah habis Qodo Puasa Ramadhan. Jika puasa qodo Ramadhan-nya 30 hari. Maka sunat dia qodo Puasa Sunat 6 Syawal itu pada Bulan Zul Qaedah, setelah selesai puasa qodo.
.
🌼CERITA 2: Jika Puasa Ramadhannya tidak wajib disegerakan qodo (kerana masa Ramadhan dulu dia berbuka puasa kerana uzur. Contohnya orang sakit atau musafir), maka dia dibolehkan segera berpuasa Sunat 6 Syawal, walau Puasa Ramadhan dia tempohari tak cukup sebulan dan belum lagi qodo. Namun fadhilat (kelebihan pahalanya) kurang. (Pendapat: Imam Ibn Hajar al-Haithami ~Nihayah al-Muhtaj)
.
P/s: Pesan guru. Fiqh ni lautannya luas. Terpulanglah nak ikut pendapat mana satu. 
.
.
.
Rujukan:
Al-Bahru al-Wafi wa an-Nahru as-Sofi.

Kisah Salesman dan Customer


Tahun 2018. Dalam satu kursus, Jurulatih Public Speaking, Tuan Rizal Rashid pernah berikan contoh salesman di kedai kereta. Bagaimana cara nak faham customer yang berbeza² peribadi. Ada 4 peribadi manusia Audio, Visual, Tactile dan Kinesthetic. Mungkin tidak 100%, mungkin juga campur².
.
Tactile (sentuhan). Ada customer, sampai² sahaja dia akan pegang body kereta, tepuk² kusyen, pegang pintu, pegang stering, usap dashboard, sentuh rim. Sebabnya, customer itu teruja dengan Tactile (sentuhan).
.
Audio (bunyi). Ada customer, dia suka berbual dan soal jawab. Dia seronok dengar penerangan salesman. Dia akan buka tutup pintu kereta 2-3 kali, semata² nak dengar bunyi pintu ditutup. Dia suka ketuk² body kereta, ketuk² tingkap. Dia juga sangat suka kalau salesman hidupkan enjin dan tekan minyak kuat², sebab dia teruja dengar bunyi enjin berderum. Customer jenis ini suka dengar bunyi (Auditory).
.
Visual (gambaran). Ada customer, dia suka bila salesman terang sambil demonstrasi, salesman duduk  di seat sambil laras seat ke depan ke belakang, salesman lipatkan kerusi nak tunjuk berapa banyak dan besar barang boleh muat dalam kereta. Dia teruja bila salesman suakan padanya katalog warna² kereta. Juga bila salesman buka bonet depan dan tunjukkan rupa enjin, buka bonet belakang tunjukkan rupa tempat mengisi barang. Tunjukkan aksesori² menarik pada kereta. Customer sangat² gembira sebab dapat tengok puas². Keterujaannya pada Visual.
.
Kinesthetic. Ada pula customer, dia tak puas sekadar dengar, tengok dan pegang. Kalau boleh, dia nak pandu uji. Dia nak alami sendiri pengalaman pemanduan. Dia nak rasa pusing stering ambil selekoh, menekan pedal minyak sampai 110KM/J di jalan utama, tekan power window atau pulas yang manual. Atau paling kurang, duduk atas seat sambil tekan² punat yang ada, tekan² pedal minyak walau enjin tak hidup. Dia cuba tarik atau tekan tombol untuk buka bonet, laraskan stering atas bawah. Customer sangat menghargai momen² dia buat sendiri. Kerana customer itu seorang Kinesthetic.
.
Allah.SWT ciptakan manusia ini berbeza². Jadi bila mengajar atau berniaga. Kita tau method terbaik untuk kita guna.