Rabu, 31 Oktober 2018

MEMAHAMI ISU ICERD DALAM 3 MINIT



Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya, Dr.Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah:

• Baru-baru ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan.

• Pertama sekali, treati atau konvensyen ni apa? Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa. Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh dipaksa untuk mengikut telunjuk negara asing.. kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati.

• Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor. Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua ‘nasihat’ dan arahan Barat.

• Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura. Pasal lebih 50 tahun dulu sign dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen, kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa. Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen.

• Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak-hak asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu. Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union.

• Sejak Merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas. Treati ni pada teorinya menolak ‘diskriminasi  kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati-treati ini. Contohnya, Malaysia satu-satunya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

• Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya.  Ini bercanggah dengan semangat ICERD.

• ISU RATIFIKASI. Ramai yang tidak faham isu ratifikasi. Kita kena faham beberapa benda. Pertama, kita tak wajib sign atau terima apa-apa treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur. Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

• Bahasa mudah, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan. Sebelum undang-undang antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu. Apa ratifikasi ni? Ianya satu proses di mana undang-undang ni dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diadjust agar selari antara keduanya. Kita kadang-kadang boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut. Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan. Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum. Sikap terburu-buru hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan.

• Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam.

• Turut tidak diceritakan ialah reservation tidak semestinya diterima. Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang dibuat, reservation akan terbatal. Reservation juga tidak boleh dibuat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati.

• Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat. Satu-satunya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka.

• Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar. Golongan minoriti mesti didekati, masalah mereka mesti dikenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti dibuat secara komprehensif, tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara.

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja.
Wassalam

- Fb:Yazid Zul

Isnin, 29 Oktober 2018

Azeez Rahim, Najib & Gempa Bumi Sulawesi

Jikalah ada Datuk Seri Najib dan Azeez Rahim...

Tsunami yang melanda Sulawesi telah seminggu berlalu. Ribuan mayat telah dikutip. Masih banyak lagi yang belum diuruskan.

Itu bagi yang telah mati. Bagi yang hidup pula, mereka kini bertarung dengan penyakit dan juga mengharapkan bantuan untuk meneruskan hidup. Mereka perlukan air dan makanan. Kanak2 perlukan susu . Wanita perlukan pakaian dan lampin wanita. Dan pelbagai lagi yg diperlukan.

Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka perlukan bantuan antarabangsa. Jiran terdekat Indonesia adalah Malaysia.

Semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, jika ada bencana2 begini yang berlaku terhadap mana2 negara. Dalam masa yg singkat beliau akan menggerakkan bantuan. Dan Azeez Rahim dibawah KP1M lah manusia yang akan buat kerja menghimpunkan barang2 bantuan dari rakyat Malaysia yg ingin menyumbang untuk dibawa ke tempat tragedi.

Tapi kini semua itu telah jadi kenangan. DS Najib tidak lagi mengetuai negara. Manakala Azeez pula telah 10 hari dikurung oleh SPRM.

Minta maaf saudara2 kami di Indonesia. Kami tak bisa menghulurkan sumbangan dari kami rakyat Malaysia. Kerana tidak ada usaha bersepadu yg dilakukan oleh pemerintah kami untuk menolong kalian.

Tak mengapa....Allah Maha Kaya. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Besar. Antara lambat dengan cepat sahaja, kebenaran pasti akan menjelma.

Khamis, 25 Oktober 2018

Kitab Muktabar Syeikh

Syazwan. Tadi ada sorang akauntan yang minat agama borok ngan koi... Tengah 2 borok... Dia tengok wasap... Tiba2 dia cakap... Inilah saya tak suka...

Kenapa bang?

Diorang ni nak ngaji pun, ngajilah kitab muktabar dulu... (Sambil koi minta lihat wasap dia)

Oh.. kenapanya bang?

Iyelah... ngajilah muktabar yang kita kenal macam kitab Imam Nawawi Riyadus Salihin dulu ke... Ini ngaji kitab Syeikh Marzuki... Kita pun tak kenal siapa dia...

Koi: ........

Gambar yang dia tunjuk tu gambar iklan Pengajian Kitab Aqidatul Awam....🤣🤣🤣🤣



P/s: Copy n paste dari wasap kawan.

Malam kemarahan








Ahad, 21 Oktober 2018

KEPUTUSAN BIN, BINTI ANAK LUAR NIKAH KEPADA NAMA AYAH


18 OKTOBER 2018
Tan Sri Richard Malanjum

PUTRAJAYA - Baki tiga hakim daripada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini akan membuat keputusan berhubung sama ada anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh “dibin atau dibinti” menggunakan nama bapa anak itu,  bukannya nama “Abdullah”.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang mempengerusikan panel tujuh hakim memutuskan untuk tidak mendengar semula rayuan itu hari ini berikutan terdapat baki hakim yang mencukupi untuk membuat keputusan berhubung rayuan itu.



"Kami masih ada korum tiga hakim. Biar perkara ini diserahkan kepada baki anggota panel untuk membuat penghakiman. Kami tidak akan mendengar semula perkara ini,” katanya.

Beliau berkata tiga hakim daripada panel sebelumnya --Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Aziah Ali dan Datuk Sri Balia Yusof Wahi -- yang telah mendengar rayuan itu akan menyampaikan penghakiman mengikut Seksyen 78 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.


Seksyen 78  menetapkan penghakiman boleh dibuat jika sekiranya masih ada sekurang-kurangnya tiga hakim.

Dua lagi hakim dalam panel sebelum ini ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif yang telah menyerahkan surat peletakan jawatan, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah yang telah bersara.

Raus mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan itu pada 7 Feb tahun ini dan menangguhkan keputusan mahkamah.

Malanjum berkata semasa pengurusan kes itu pada 27 Julai tahun ini, mereka sangka Balia akan bersara, meninggalkan hanya dua hakim daripada panel asal untuk membuat keputusan.

Difahamkan khidmat Balia dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga Mac tahun depan.

Semua pihak dalam kes itu tidak membantah bagi tiga hakim membuat keputusan terhadap rayuan itu.

Hari ini panel tujuh hakim itu terdiri daripada Hakim  Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Balia, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 25 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada satu pasangan dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak ketua pengarah Jabatan Pendafataran Negara (JPN) menggantikan nama ‘Abdullah’ pada nama anak itu dengan nama bapa kandung anak itu dalam sijil kelahiran.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis dikeluarkan pada 25 Julai tahun lepas, memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh “dibin atau dibinti” menggunakan nama bapanya, daripada nama “Abdullah".

Ia (Mahkamah Rayuan) berkata ketua pengarah JPN tidak terikat oleh fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama “Abdullah” “dibin atau dibinti” kepada anak luar nikah.

Mahkamah itu memutuskan fatwa tidak boleh dikuat kuasa sebagai undang-undang dan tidak boleh menjadi asas perundangan bagi ketua pengarah JPN dalam memutuskan nama bapa untuk “dibin atau dibinti” bagi anak luar nikah mengikut Seksyen 13A (2)  Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA).

Pada 8 September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah rayuan itu.

Majlis Agama Islam Negeri Johor bertindak sebagai pencelah, Majlis Agama Islam Negeri Selangor sebagai amicus curiae atau rakan mahkamah, manakala Majlis Peguam dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sebagai peguam pemerhati. - Bernama.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/mahkamah/keputusan-bin-binti-anak-luar-nikah-kepada-nama-ayah-1.893329#.W8vbiL5yoLA.facebook

Syazwan... Koi ada banyak cerita ni

Syazwan... Koi ada banyak cerita ni... Takpelah koi cerita satu-satu yek...


Semalam koi tido dekat pukul 2... Sebab kes Youtube...

Ada Tidong koi... Dia nak tau cara solat ketika uzur.. dia rujuk YouTube... Masalah nya... Dia tunjuk ke koi 3 video dari 3 ustaz yang saling tanaqud dia punya ajaran...

Dia jadi marahlah.. mana satu nak ikut...

Aduss..  bab ni koi malas. Nak kena terang dari awal.

Kalau ajar terus. Maksudnya..  koi ni kira ustaz ke-4 merangkap ajaran ke-4 yang dia dengar...

Koi cakaplah. Nak belajar. Jangan ikut youtube. Kat situ 1001 macam ajaran. Nak belajar kena berkitab.. ada guru...

Dia masih tak dapat hadam...

Aduss..  ikut hati malasnya nak layan... Sebab ni basic cara belajar pun tak lepas....

Dia cakap ustaz ni bagitau gini... Ustaz tu bgtau gitu.... Last-ladt koi dah buntu nak buat camnelah... Koi terus buat hitam putih.

Jangan ikut ustaz A, ustaz B... Nak follow, follow ustaz C je... Walaupun dia terkenal...

Nak halang dia belajar dari youtube n  suruh gi berkitab di pondok.. memang dia tak nak...

Mujur dia masih ada sedikit kepercayaan pada koi... Koi rujuklah kitab Bughyah Tullab n Sabilal..  kemudian cerita benda tu... Adalah salah seorang dari ustaz tu yang menepati...

Pagi ni. Koi ceritalah kisah malam tadi tu pada rodong koi lagi satu. Dia kata betullah.... Dia kata... Kalau ikut orang masjid koi semua tak sah solat..  sebab tak tepat tatacaranya... Mengikut sorang ustaz dari indonesia....


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Kah2... Rupanya diapun rujuk YouTube...

Molek koi pening ke rodong A. Rodong B pun gitu jugok...😂😂😂😂







P/s: Copy n paste dari wasap koi.

Isnin, 15 Oktober 2018

MARKETING UMNO

Berbual dengan teman. Antara kriteria calon yang menang PRU14 yang lalu. Adalah kerana populariti.

Nah. Kenapa UMNO tidak mula papularkan calon PRU15? 

Disebabkan mediumnya terhad. Buat sahaja berkelompok. Dan UMNO pusat boleh sediakam SOP.

Wujudkan UMNO ONLINE versi setiap negeri malah daerah dan dun. Buat bual bicara mingguan. Jemput ahli UMNO tempatan yang pandai bercakap dan bernas hujjahnya. Buat Live di Media Sosial. Kupas isu setempat. Sampaikan maklumat tentang strategi UMNO pusat. Kupas isu semasa. Jemput ahli panel yang profesional.

Nah. UMNO perlu brlajar jadi jaguh jalanan. Tidak mesti cara PKR. UMNO boleh buat versi UMNO sendiri. Berdasar kekuatan yang UMNO ada.

Bila dah acap dilihat menonjol. Maka psikologi nya, ahli UMNO tersebut lebih dikenali, maka mudahlah untuk menarik undi.