Isnin, 13 Ogos 2018

Skuad UMNO perlu angkat Dr.Asyraf Wajdi

Seorang teman menghantar mesej. Katanya si polan bin si polan ini sesuai menjadi ketua pembangkang. Sesuai lead UMNO sebab lantang. Saya balas, saya tak setuju.

Dia mungkin ada kelebihan. Lantang bercakap, ada rupa dan smart. Tapi bagiku dia tiada content. Akar kemelayuan dan Islam dia tak kuat. Boleh diperhati pada status FB, pidato dan aspirasi nya ketika nyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tertinggi UMNO. Malah tidak keterlaluan bagiku roh dan semangatnya adalah PH, cuma jasadnya di dalam UMNO.

Sudah lama aku perhati. Dari sudut penampilan memang menarik, tapi dari sudut nak menjadi pemimpin tertinggi, bagiku dia kelihatan kurang mampu. Cuba imbau budak tingkat 4 zaman Pak Lah, hubungannya dengan sultan-sultan, latahannya ketika UMNO kalah. Aku tak nampak beliau berjaya harungi dengan bijak.

Aku lebih suka Asyraf Wajdi yang naik. Mulutnya sentiasa menyebut melayu dan Islam. Namun mungkin kerana latarnya lebih muyur kepada intelektual berbanding politik. Maka Dr.Asyraf kurang kelihatan agresif dan menonjol.

Namun bagiku. Benda ni boleh diubah. Perkemaskan skuad media. Setiap isu semasa, minta komentar Dr.Asyraf Wajdi. Kemudian ambil yang bernas, letak dalam youtube, FB, insta, sebarkan ke laman-laman sosial. Percayalah, generasi Y dan yang bijak-bijak pasti terpesona insha Allah. Dr.Asyraf pandai bercakap. Itu kelebihan dia.

Jadi walaupun berada di rumah mahupum pejabat. Suara Dr.Asyraf akan kedengaran di tengah khalayak. Jadi orang akan nampak kelibatnya.

Kerana itu. UMNO perlu perkemaskan skuad propaganda khususnya media. Cybertrooper satu hal. Ini cabang lain, aku namakan cabang 'intelektual'. Jangan paksa Dr.Asyraf ke tengah gelanggang sumo, kalau itu bukan kepakarannya. Jadi boleh fokus kepada cabang intelektual. Sebab dia mahir di sini.

Sama seperti Ds.Najib. Dato Najib mahir dalam memperjelas, berdialog. Jadi jangan lorong dia ke medan debat atau pidato. Itu bukan kelebihannya.




Ds.Najib menyelamatkan Malaysia 2008-2009

Sebagai permulaan. saya kongsikan laporan mengenai keadaan ekonomi Malaysia pada bulan Mei 2009 yang mungkin sudah dilupakan atau ada yang masih terlalu muda untuk mengetahuinya.
----
27 Mei 2009 - Ekonomi Malaysia menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Ini adalah penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat 1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada waktu itu adalah -8.1 peratus

Keadaan semasa ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan negara berdepan dengan kemelesetan yang teruk.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata krisis ekonomi global itu telah menyebabkan kemerosotan ketara dalam permintaan ekoran kemelesetan ekonomi yang teruk di negara-negara maju.

Pelaburan tetap juga menyusut ekoran sentimen perniagaan yang lemah namun perbelanjaan awam telah menyokong pertumbuhan.

Kecuali sektor pembinaan, semua sektor ekonomi juga terjejas dengan sektor pembuatan mencatatkan penurunan besar sebanyak 17.6 peratus khususnya dalam industri berorientasikan eksport sebanyak 23.1 peratus dengan industri elektrik dan elektronik (E&E) menjunam sebanyak 41.1 peratus.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0528&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
----
Apabila saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan pada bulan  Oktober 2008 dan Perdana Menteri pada bulan April 2009, Malaysia berada di ambang kemungkinan terjebak dalam krisis ekonomi kerana dunia sedang berada dalam krisis ekonomi yang paling teruk sejak tahun 1930an.

Pada masa itu, kemelesatan ekonomi sangat teruk. Hampir kesemua sektor ekonomi negara mengalami penurunan yang besar.

Ramai yang meramal bahawa krisis tahun 2009 akan jauh lebih teruk daripada krisis ekonomi Malaysia tahun 1998.

Walaupun baru mengambil alih negara ketika itu, saya terus berusaha untuk menyelamatkan keadaan.

Lalu, kerajaan saya melaksanakan dua pakej ransangan ekonomi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Alhamdulillah, lanjutan usaha ini, Malaysia berjaya diselamatkan dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah.

Tetapi ekoran langkah-langkah rangsangan yang diambil untuk menyelamatkan negara, nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 11 peratus. Nisbah ini terus naik sedikit lagi untuk tahun 2010 dan 2011 kerana pakej rangsangan masih diperlukan dalam mendepani kemeseletan ekonomi dunia.

(Dengan kawalan ketat defisit bajet-bajet seterusnya, nisbah hutang ini juga dapat diturunkan pada tahun-tahun kebelakangan ini kepada tahap 50.8% pada akhir tahun 2017 dan tidak setinggi jika dibanding dengan sejarah.)

Susulan pakej ransangan yang aktif untuk beberapa tahun dan dasar transformasi negara yang komprehensif dan tersusun, Malaysia menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat dan antara tertinggi di dunia sepanjang 9 tahun ini.

Semenjak peningkatan nisbah hutang yang tinggi pada tahun 2009-2011, kerajaan BN dan saya terus dikecam kononnya mahu memufliskan negara walaupun ianya ialah untuk menyelamatkan negara dan kita tidak terjatuh ke dalam krisis yang lebih teruk dari tahun 1998 di mana sistem perbankan dan industri kita hampir lumpuh sepenuhnya.

Mungkin kerana, kerajaan saya dan saya tidak pandai untuk kuat menghebohkan usaha kita pada masa itu seperti Perdana Menteri pada tahun 1998 yang sering membangkitkan usaha beliau untuk menyelamatkan negara dari Perdana Menteri tahun 1997, maka kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang keadaan ekonomi pada tahun 2008-2009.

Lanjutan itu, saya berterusan dikecam kerana menaikkan hutang negara walhal kita berjaya menyelamatkan negara dari krisis ekonomi yang mungkin lebih teruk dari tahun 1998.

Kepentingan utama saya pada masa itu dan selama saya menjadi Perdana Menteri ialah untuk menjaga ekonomi dan negara tetapi malangnya, kita tidak dapat menangkis serangan propaganda yang berjaya memesong pemikiran rakyat dari apa yang sebenarnya berlaku.

Sabtu, 11 Ogos 2018

Antara KEBAJIKAN dan BORING

Walaupun tidak dicanang-canang. Namun mungkin ramai tidak perasan. Zaman Ds.Najib menjadi perdana menteri adalah zaman membela rakyat miskin.

Aku jadi takjub baru ini. Apa bila seorang yang tidak layak menyambung pelajaran. Namun atas inisiatif ibua bapanya, mereka pergi ke Pekan untuk meminta bantuan Ds.Najib. Maka ketentuan Allah jua. Maka dapatlah dia melanjutkan pelajaran ke asasi dan seterusnya boleh mengambil diploma. Namun semenjak dua menjak ini, beliau lantang menghina keluarga Ds.Najib. Jika mengkritik dasar atau pendekatan Ds.Najib boleh tahan lagi. Namun jika main sudah tahap menghina, aku jadi takjub. Betapa memang dirinya tiada langsung perasaan berterima kasih?

Zaman Ds.Najib ialah zaman kebajikan. Bantuan BR1M sangat membantu terutama ketika nak raya dan awal tahun. Yang pastinya perbelanjaan menjadi sangat tinggi. Bantuan terhadap nelayan, penternak dan peladang juga ada. Peneroka juga ada. Kad S1SWA pelajar, kedai rakyat 1Malaysia, SL1M dan pelbagai lagi. Ds.Najib punyai DNA suka membantu orang lain.

Perancangannya bukanlah syok sendiri. Teringat jika sebelum pembentangan budget. Ds.Najib akan minta rakyat vote apa kehendak kita. Kita nakkan apa. Alhamdulillah, banyak perancangan Ds.Najib sebenarnya merealisasikan impian rakyat. Mungkin sifat semulajadi beliau yang jenis suka mendengar antara penyumbang utama kepada kejayaan kerajaan pimpinannya menerapkan elemen kebajikan.

Namun kenapa Ds.Najib kalah? Bagiku persepsi negatif yang berjaya dibina PH dan juga serangan dari seluruh arah hanyalah sampingan. Apa lebih mengesankan adalah BOSAN. Yup, sudah menjadi fitrah manusiawi untuk mudah bosan bila lama bersama. Sudah hampir 60 tahun UMNO memimpin rakyat. Pastinya rasa bosan itu ada. Bagi kaum keluarga, ahli mahupun individu setia, untuk buang UMNO dan mengundi PH mungkin payah. Tapi bagi mereka yang tiada apa-apa hubungan serta kepentingan, maka ianya bukanlah hal besar. Malah UMNO mesti dikuburkan serta naikkan PH. Dan ujian makmal ini mesti dilakukan.

Kerana itu. Aku berpandangan. Ds.Najib boleh jadi kalah dengan sebab-sebab yang lain. Namun sebab terbesarnya adalah BORING.

Pendekatan Ds.Najib dan UMNO

Walaupun suara-suara ke arah meminggirkan Ds.Najib, biarkan ia terkapai keseorangan melawan gelora ombak semakin berkembang biak bunyinya. Aku fikir, Ds.Najib cukup kuat untuk menghadapinya. Walaupun aku percaya, hatinya pasti terguris. Namun keikhlasan akan menjadi tonik hebat untuk beliau terus berdiri.

Kekalahan BN baru ini banyak disumbang oleh generasi kedua dan Y. Generasi ini generasi logik akal. Mereka bukan jenis setia pada orang. Kerana itu mereka kerap bercerai. Mereka jenis mendahulukan logik berbanding simpati. Mereka jenis sangat percaya kepada fakta, jenis mengkaji dan susah terpengaruh dengan drama.

Justeru. Ds.Najib malah UMNO sekalipun perlu menyerang melalui pendekatan begini. Kombinasikan pendekatan bertahan dan menyerang sekaligus. Bertahan dengan cara sentiasa berikan reason yang rasional bagi segenap keputusan Ds.Najib dan UMNO sebelum ni. Hujjahkan secara matang kenapa kalian membuat keputusan terdahulu. Ingat ! Berikan reason yang logik ! Sentiasa sebarkan di dalam FB, Instagram, media cetak, ulang dalam temuramah, lontarkan di parlimen. Jadi kalian boleh jentikkan rasa penyesalan di hati pengundi.

Serang dengan logik akal. Keluarkan fakta yang ada hitam putih. Jika PH ada Sarawak Report atau agensi luar. Maka UMNO perlu ada sumber luar yang menyokong kejatuhan PH. Jadi salurkan segenap kelemahan PH kepada agensi luar negara, biar mereka selidik pasal kerajaan PH dan mereka sendiri dedahkan. Kalian hanya akan jadi penyambung berita dan tukang publisitikan. Jadi kepercayaan pengundi akan berputik.

Sentiasa ulang ayat-ayat yang sinonim dengan pimpinan PH sekarang iaitu KRONI, MALAYSIAN MALAYSIA, Anti HUDUD, Memali, PKZ, kekayaan keluarga. Jangan sekadar bercerita sambil lalu. Orang pun jadi tak perasan. Sebaliknya ulas secara detail, apa berlaku, kronologi nya, definisinya, tahunnya, berapa anggaran sambil disertai gambar-gambar di atas kapal mewah, kereta mewah, kekayaan keluarga, jumlah syarikat yang dilakar secara graf, aset syarikat. Lakar di muka surat utama.

Baru generasi kedua dan Y akan tertarik. Lalu mereka akan mengkaji. Dan binggo !. Mereka akan jumpa sendiri kelemahan di dalam PH. Percayalah, PH adalah parti tempang. Berlambak kelemahan pada pimpinan mereka.

Dan sekarang mediumnya. FB ok Insta pun ok. Cuma aku cadangkan, supaya UMNO perlu ada akhbar seperti Sinar Harian. Yang sangat bijak menyelitkan propaganda, mesej tersirat dan sokongan terhadap PH dicelah berita-berita mereka. Berita rakyat, namun tajuk dan isi muyur kepada UMNO.

Watak Ds.Najib pastinya berbeza dengan Mahathir dan Anwar. Jika Anwar terkenal dengan pidatonya yang bijak merendahkan orang. Juga idea politik  yang out  of the  box. Mahathir pula dengan kata-kata yang bijak untuk nampakkan dia betul. Maka Ds.Najib juga punyai kekuatan tersendiri yang boleh tahan berpengaruh. Ds.Najib punyai watak penyabar dan relax yang boleh menghadirkan simpati orang. Kata-kata serta hujjah tulisannya juga logik dan nampak ikhlas. Saya fikir. Ini sudah cukup menonjolkan ketokohan Ds.Najib. Cuma sekarang, fokus kepada skuad publisiti atau propaganda. Baru lagi kemas.

Rabu, 8 Ogos 2018

Sekalung Tahniah

Hari ini pelajar di bawah Darul Quran sudah boleh mengambil jubah Konvo. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya. Untuk habiskan hafalan bukanlah suatu yang mudah. Kerana menghafal bukanlah budaya masyarakat melayu. Namun dengan majoritinya adalah bekas pelajar sekolah aliran agama, maka mungkin aktiviti menghafal bukanlah suatu yang asing. Walau tak dinafi, cabarannya tetap ada.

 Ala kulli hal. Anda berjaya khatam. Dan saya percaya, untuk sampai ke destinasi ini, mungkin puluhan malah tidak mustahil 1000 ujian terpaksa anda lalui. Dari pening, rimas, cuak, mengantuk, hilang mood, korban masa, korban nafsu, korban masa bermain. Maka, kemuncaknya adalah hari ini. Alhamdulillah, akhirnya anda berjaya sampai.

Walaupun mungkin sekarang anda tengah rilex. Namun ketahuilah, selepas ini pertarungan yang berikutnya boleh tahan hebat. Tibalah masa untuk mengulang. Di sini IQ suatu hal. Tapi yang lebih penting adalah sikap , kesungguhan dan kesabaran.

Moga anda sukses untuk perjalanan yang seterusnya. Saya di sini sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Isnin, 6 Ogos 2018

UMNO. TERUSKANLAH MENYERANG !

Waktu ini. Topik yang menjadi bualan generasi Y di kalangan profesional adalah pemberhentian kerja. Jadi isu ini boleh dimain UMNO. Watak pimpinan tertinggi PH yang ada kini adalah menjurus swasta atau bisnes. Jadi UMNO boleh serang dan tawarkan dari sudut kebajikan.

Dasar penswastaan sangat-sangat membahayakan orang melayu. Bila sektor pekerjaan dalam government makin disempitkan. Maka 20-30  tahun akan datang, kita bimbang. Golongan warga emas yang bersara dari sektor swasta semakin ramai, atas faktor terbesarnya ialah Malaysia punyai kemudahan kesihatan yang sangat baik. Namun, mereka tidak punyai sumber pendapatan. Berapa je pekerja swasta yang celik ekonomi. Apatah lagi dengan gaji cukup-cukup makan, maka lagilah sukar untuk melabur dalam aset.

Jika dulu. Tun Razak dari UMNO mengilhamkan FELDA dan FELCRA untuk membantu golongan miskin bumiputera. Dato' Seri Najib mengilhamkan BR1M, yang sangat membantu.

Bayangkan BR1M dapat dalam bulan 1-2. Jadi ngam-ngam boleh bayar insurans kereta. Bayangkan jika BR1M tiada. Nak korek mana duit.

Aku sangat nampak. Idea Ds.Najib adalah untuk tarik duit dari orang kaya. Lalu diberi kepada golongan miskin dan sasaran. Tapi mungkin dengan tentera saraf yang kurang mantap. Menyebabkan Ds.Najib kalah. Zaman sekarang. Kalau produk ko hebat bagaimanapun, tapi kalau marketing tak mantap, propaganda tak berkesan. Say... Hye hye... bye...bye..

Kecewa tengok banner BN bagi Sungai Kandis. Cara kempen yang agak ketinggalan. Cammon.... Upkan betul-betul isu Islam dan Melayu. Bagi semua sedar. PH sangat-sangat lemah dalam menjaga hak bumiputera dan Islam. Tonyoh betul-betul. Ramaikan kawan bukan musuh. Musuh kita adalah PH. PAS, IKSIM, MAJLIS RAJA-RAJA, PEGAWAI KERAJAAN, ISMA. Semua geng kita.

Anwar suka buat perkara yang WOW. UMNO boleh tiru. Sesuatu yang out of the box. Contoh baru ni. UMNO bertanding, PAS beri laluan. Kemudian PAS bertanding, UMNO beri laluan. Cuma yang kurangnya gimik. Gimik kena menjadi. Baru ianya buatkan UMNO kuasai isu dan topik semasa. Selagi nama naik, selagi tu orang kenal dan ingat. Sudah ingat maka selesa. Sudah selesa maka undilah.

UMNO dah terbiasa DNA kerajaan. Jadi kena resap DNA pembangkang. Buat tindakan yang provokatif sehingga PH melatah. Mahathir bukan lagi UMNO. Jadi jangan takut dedahkan rahsia-rahsia kerajaan terdahulu. Waktu menjadi pembangkang, nama 'NAJIB' sahaja mereka dah berjaya busukkan sebusuk-busuknya. Tanpa belas kasihan.

Dedahkan dokumen memali dan projek-projek besar lain. Dah lama pegang kerajaan. Takkanlah tiada maklumat langsung?

Tengok point-point serangan Ds.Najib sekarang boleh tahan. Kenapa cybertrooper dan penyokong UMNO tak tolong junam aje kemana-mana tempat. Pisau dah diberi, hunuskan aje. Jangan kesah Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang atau Gobind Sing. Bahan je. Jangan hormat dah pada mereka. Mereka bukn hormat pun owk.

Jumaat, 3 Ogos 2018

,الواجبات أكثر من الساعات

Ikutkan aku nak buat ringkasan kepada topik Jenayah Syariah yang aku perlu bentang esok. Namun lepas makan. Rasa macam malasnyalah. Aku jenis suka meropeh. Jadi main komputer antara benda yang aku suka. Ingat zaman Diploma dan Degree dulu. Adakala subuh baru tidur. Kes hias blog, ropeh sana-sini stalk sana sini.

Tapi makin dewasa ni;

الواجبات أكثر من الساعات

Masa aku sangat padat. Adakala nak berfikir pun tak sempat, Juz running je ikut flow biasa.

Alamak. Terasa nakkan coklat la pulak. Jam udah pukul 11.30 malam. Bila nak mula ni? Oklah, nak pergi buat kerja. Wassalam.