Sabtu, 11 Ogos 2018

Pendekatan Ds.Najib dan UMNO

Walaupun suara-suara ke arah meminggirkan Ds.Najib, biarkan ia terkapai keseorangan melawan gelora ombak semakin berkembang biak bunyinya. Aku fikir, Ds.Najib cukup kuat untuk menghadapinya. Walaupun aku percaya, hatinya pasti terguris. Namun keikhlasan akan menjadi tonik hebat untuk beliau terus berdiri.

Kekalahan BN baru ini banyak disumbang oleh generasi kedua dan Y. Generasi ini generasi logik akal. Mereka bukan jenis setia pada orang. Kerana itu mereka kerap bercerai. Mereka jenis mendahulukan logik berbanding simpati. Mereka jenis sangat percaya kepada fakta, jenis mengkaji dan susah terpengaruh dengan drama.

Justeru. Ds.Najib malah UMNO sekalipun perlu menyerang melalui pendekatan begini. Kombinasikan pendekatan bertahan dan menyerang sekaligus. Bertahan dengan cara sentiasa berikan reason yang rasional bagi segenap keputusan Ds.Najib dan UMNO sebelum ni. Hujjahkan secara matang kenapa kalian membuat keputusan terdahulu. Ingat ! Berikan reason yang logik ! Sentiasa sebarkan di dalam FB, Instagram, media cetak, ulang dalam temuramah, lontarkan di parlimen. Jadi kalian boleh jentikkan rasa penyesalan di hati pengundi.

Serang dengan logik akal. Keluarkan fakta yang ada hitam putih. Jika PH ada Sarawak Report atau agensi luar. Maka UMNO perlu ada sumber luar yang menyokong kejatuhan PH. Jadi salurkan segenap kelemahan PH kepada agensi luar negara, biar mereka selidik pasal kerajaan PH dan mereka sendiri dedahkan. Kalian hanya akan jadi penyambung berita dan tukang publisitikan. Jadi kepercayaan pengundi akan berputik.

Sentiasa ulang ayat-ayat yang sinonim dengan pimpinan PH sekarang iaitu KRONI, MALAYSIAN MALAYSIA, Anti HUDUD, Memali, PKZ, kekayaan keluarga. Jangan sekadar bercerita sambil lalu. Orang pun jadi tak perasan. Sebaliknya ulas secara detail, apa berlaku, kronologi nya, definisinya, tahunnya, berapa anggaran sambil disertai gambar-gambar di atas kapal mewah, kereta mewah, kekayaan keluarga, jumlah syarikat yang dilakar secara graf, aset syarikat. Lakar di muka surat utama.

Baru generasi kedua dan Y akan tertarik. Lalu mereka akan mengkaji. Dan binggo !. Mereka akan jumpa sendiri kelemahan di dalam PH. Percayalah, PH adalah parti tempang. Berlambak kelemahan pada pimpinan mereka.

Dan sekarang mediumnya. FB ok Insta pun ok. Cuma aku cadangkan, supaya UMNO perlu ada akhbar seperti Sinar Harian. Yang sangat bijak menyelitkan propaganda, mesej tersirat dan sokongan terhadap PH dicelah berita-berita mereka. Berita rakyat, namun tajuk dan isi muyur kepada UMNO.

Watak Ds.Najib pastinya berbeza dengan Mahathir dan Anwar. Jika Anwar terkenal dengan pidatonya yang bijak merendahkan orang. Juga idea politik  yang out  of the  box. Mahathir pula dengan kata-kata yang bijak untuk nampakkan dia betul. Maka Ds.Najib juga punyai kekuatan tersendiri yang boleh tahan berpengaruh. Ds.Najib punyai watak penyabar dan relax yang boleh menghadirkan simpati orang. Kata-kata serta hujjah tulisannya juga logik dan nampak ikhlas. Saya fikir. Ini sudah cukup menonjolkan ketokohan Ds.Najib. Cuma sekarang, fokus kepada skuad publisiti atau propaganda. Baru lagi kemas.