Khamis, 27 Julai 2017

Kembali ke sarang



Sekarang tengah duduk di Surau Adalusia. Sambil tunggu nak mandi, sebelum masuk seminar jam 9 pagi nanti.

Semalam banyak terpesona dengan persekitaran. Dari naik bas di Kuantan Sentral, berhenti solat di rnr Temerloh. Kemudian dengan kemegahan di TBS, yang udah macam airport.

Aku singgah makan dulu di nasi kandar. Untuk cool-down badan. Kemudian baca peta dan cari jalan keluar.

Di luar ada perkhidmatan teksi. Tapi sengaja aku taknak naik. Bukanlah sebab asyik kenq tipu, tapu memang niat aku dari rumah lagi. Nak cuba perkhidmatan UBER. Setelah cari lokasi yang sesuai untuk tunggu, akupun request UBER. Memang berbaloi. Mudah dan meyakinkan.

Nah sekarang. Aku sudah di Andalusia. Banyak nostalgia di sini. Sebab sinilah tempat aku mula nak bawa first trip dulu.

Tadi mak aku mesej. Minta doa, sebab pusing mata... hehehe,

Kalaulah orang faham. Antara sebab aku tak apply mana-mana kerja. Inilah antara sebab utamanya. Ibuku memang beginilah, tidak boleh berenggang denganku....hehehe,

Takpelah.. Lagipun aku pun memang nak khidmat untuk diorang.

Oklah..  nak mandi dulu. Takut ramai nanti. Payah pula nak bergerak. Wassalam

Cara naik UBER kali pertama

Alhamdulillah. Baru pertama kali guna UBER tadi. Tersangatlah mudah. Tapi perkara baru begini, nak kena berani mencuba. Borak ngan brother yang pandu UBER tadi. Teringin pula bawa UBER. Oklah, ini cara ringkas bagi yang baru nak mula.

Search UBER di Play Store


Screenshot ni untuk yang sudah install. Tapi bagi yang belum. Download dan isi segala maklumat yang dia nak. Lebih kepada nak buka akaun.




Ok. Aplikasi sedia digunakan bila-bila masa


Bila klik aplikasi. Maka yang di atas akan keluar (jika sudah siap daftar). Kereta-kereta itulah kenderaan UBER di sekeliling anda.


Seperti juga aplikasi navigation yang lain. Anda perlu letakkan lokasi anda serta lokasi anda nak tuju.


Lalu paparan begini akan keluar. Siap ada tulis tambang lagi. Memang ohsem. Kita dah tak bimbang di tipu. Siap ada jarak lagi.


Macam saya. Saya lebih suka bayar cash. Jadi senang. Pastikan sediakan duit cukup-cukup. Drebar-drebar UBER bukan ada sangat duit pecah.


Bila anda 'request UBER'. Maka gambar kanan akan muncul, sebab nak tahu lokasi kita setepatnya di mana.


Nanti. Akan keluar gambar pemandu UBER, beserta jenis kenderaan dan no flat. Anda tunggulah drebar sampai. Sambil perhati jenis kereta dan no flat.

Kemudian. Anda boleh naik, sambil scroll aplikasi baru ini atas bawah. Tengok bagaimana ia berfungsi. Lokasi semasa anda bersama pemandu UBER sentiasa kelihatan.

Nanti bila sampai. Boleh bayar. Dan jangan lupa beri bintang buat pemandu anda.

Saya terlalu-lalu-lalu-lalu kerap ditipu pemandu teksi. Selalu terlajar lokasi, tapi meter tetap jalan. Cas mahal dan meter tak berfungsi. Pemandu bengkeng dan ala-ala gangster.

Jadi saya lebih prefer UBER. Bayaran dah tetap, jarak kita tahu, pemandu berhemah sebab mahukan point. Cukuplah setakat ini hujjahnya, kenapa saya prefer UBER.

Rabu, 26 Julai 2017

Selasa, 18 Julai 2017

Ziarah maqam Tok Guru Peramu (Dikatakan Dato Bahaman)





SETELAH Mat Kilau mendedahkan identitinya, seorang lagi pahlawan, Mat Saman Sulaiman yang menggunakan nama samaran Mat Kelantan turut melakukan perkara sama.

Namun, masyarakat masih tertanya-tanya mengenai identiti sebenar seorang lagi individu yang terkenal di Kuantan dan berilmu tinggi iaitu Tok Guru Peramu.

Ada yang beranggapan, Tok Guru Peramu merupakan Datuk Bahaman atau nama sebenarnya, Tengku Abdul Rahman Tuanku Imam Nuh.

Walaubagaimanapun Tok Guru Peramu tidak pernah mengakui hakikat tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada 23 Julai 1977.

Jika ada yang bertanya, maka akan diherdiknya orang itu meskipun beliau sering bercerita mengenai Tok Gajah, Mat Kilau dan para pejuang lain.

Namun beberapa individu ditemui S2 yakin bahawa Tok Guru Peramu adalah Datuk Bahaman. Salah seorang daripada mereka adalah Guru Tua Silat Terlak, Abdul Rahman Jaafar, 75.

Menurut Abdul Rahman, keyakinannya itu bersandarkan kepada satu peristiwa yang dialami sekitar 1970-an yang mana beliau bertemu dengan Tok Guru Peramu.

"Nenek saya bernama Hawa ada memberitahu bahawa Datuk Bahaman masih hidup. Beliau turut menyerahkan badik yang didakwa pemberian Datuk Bahaman kepadanya.

"Kata nenek, kalau benar orang yang kamu temui itu Bahaman, dia akan tahu nama badik ini iaitu, Khairulzaman," katanya.

Abdul Rahman menambah, apabila kecoh orang mengatakan Tok Guru Peramu itu Datuk Bahaman, beliau membawa badik itu untuk bertemu tok guru tersebut. Ketika itu neneknya sudah meninggal dunia.

Sebaik sahaja melihat badik itu katanya, Tok Guru Peramu mencabutnya dari sarung lalu mencium sebanyak dua atau tiga kali. Diletakkan di bawah pahanya lalu ditanya dari mana Abdul Rahman mendapat badik itu.

"Saya terangkan daripada nenek. Lalu saya tanyakan namanya. Tok Guru Peramu mengajak saya makan dan minum dahulu. Hanya selepas itu baru diberitahu bahawa nama badik itu adalah Khairulzaman seperti diberitahu nenek.

"Pahlawan itu juga mengakui bahawa badik tersebut diberikannya kepada nenek yang menggunakan nama Yang Esah sewaktu awal perkenalan mereka dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Guru Tua Seni Silat Cekak Menanti, Mat Salleh Tahar, 76, turut mendakwa bahawa Tok Guru Peramu pernah mengaku padanya bahawa dirinya adalah Datuk Bahaman.

Ditanya bagaimana perkara itu boleh berlaku, beliau menjelaskan Tok Guru Peramu mulanya menyatakan bahawa terpulang kepadanya untuk mempercayai apa yang hendak diberitahu.

Tok Guru Peramu pada mulanya berkata "Akulah Raja Sulaiman," sebelum berhenti seketika dan menyambung "Akulah Datuk Bahaman,".

Dalam pada itu, cucu Mat Kilau, Mohd. Alhamadi Abu Bakar, 46, menceritakan bahawa bapanya, Abu Bakar Awang pernah diarahkan Mat Kilau agar bertemu Tok Guru Peramu ketika pahlawan itu semakin hampir untuk membuat pendedahan mengenai identitinya yang sebenar.

"Apabila tiba di rumah Tok Guru Peramu, ayah yang sememangnya diketahui sebagai menantu Mat Siam memberitahu tok guru mengenai niat Mat Siam untuk 'keluar'.

"Tidak semena-mena, Tok Guru Peramu seakan-akan naik angin dan mengatakan bahawa 'orang di hulu dah nak mati' kepada ayah. Mungkin perkara itu ada kaitan dengan sumpah mereka untuk tidak mendedahkan identiti masing-masing suatu ketika dahulu," katanya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121110/re_09/Tok-Guru-Peramu-adalah-Datuk-Bahaman?t=123#ixzz4nAzQ4rSK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 17 Julai 2017

Buta mata tak nampak jalan di dunia


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat 
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

Antara lagu kegemaran Pakwan


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Ahad, 9 Julai 2017

Cuba Aps-blogger baru

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Cubaan pertama menggunakan aplikasi baru. Dia punya interface boleh tahan banyak. Sama lebih kurang web. Cuma macam boleh di-pack lagi. Kalau tukang bina aplikasi ni mahir, boleh tiru Facebook punya. Sangat-sangat mesra pengguna.

Apatah lagi. Bagi seorang blogget. Fokus yang penting adalah menulis. Jadi aplikasi perlu ke arah mudahkan mereka.

Khamis, 6 Julai 2017

Bila banyak sangat bercakap


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Dah menjadi tabiatku. Aku tak suka bercerita satu-satu perkara, secara banyak kali dalam jarak yang dekat. Feeling dia dah takde.

2. Sebab itu antara perkara yang aku cuba elak. Berjumpa dengan seorang teman sampai 3-4 kali berturut-turut. Sebab akhirnya aku pun habis modal nak berbual. Tapi kalau sekali-sekala bertemu. Fuhh.. Punyalah panjang perbualan dengan beraneka topik kami boleh berbual.

3. Namun kenapa tidak berlaku kepada keluargaku? Tidak... sebenarnya  berlaku juga. Cuma jika suatu waktu kami berbual panjang. Bertemu kemudian, kami hanya menyapa atau bercakap perkara perlu seperti nak beli lauk apa atau apa-apa urusan penting. Tanpa berbual panjang.

4. Begitu juga dunia menulis. Jika terlalu banyak kali menulis. Zuk pada tulisan dah kurang. Hikmah makin pudar. Iye ke? Maybeeee insha Allah... hehehe.. Kan. Sebab dah banyak kali menulis dalam sehari dua. Maka beginilah jadinya. Tak dapat nak baca secara mendalam.

5. Bila banyak sangat bercakap. Hikmah yang keluar dari tutur kata kita dah makin pudar. Daya bacaan makin tumpul. Yang ada hanya kata-kata merapu. Kemudian bertukar bahaya dan sarat negatif. Tidak hairan bila terlalu banyak bercakap, lidah kita jadi mudah nak kritik dan merendahkan orang. Cuba bila lama tak bercakap, ditambah dengan mood yang baik. Kita mudah menghargai dan memahami orang.

6. Antara caraku. Bila sudah berasa nak menghampiri zon bahaya. Aku akan asingkan diri dari manusia. Hidup sendiri-sendiri. Jadi aku dapat recharge semula diriku.

Rabu, 5 Julai 2017

Payahnya terikat


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Allahuakbar. Hidup ni payahnya kalau dah terikat dengan orang. Kita dah tak bebas nak buat ikut kehendak kita. Untuk pilih kerjaya, masa kita nak peruntukkan, laluan kita nak ikut, pengalaman kita nak rasa. Semua tak bebas. Kita dah perlu berkira-kira. Sama ada tindakan kita nanti berikan kesan pada orang lain atau tidak. 

Teringat masa di Mesir. Bestnya. Bebas nak buat keputusan sendiri. Tak terikat dengan orang lain. Wah bestnya.. Walaupun banyak juga yang antara hidup dan mati, berdepan saat genting. Tapi sebab kita hanya perlu fikir kesan pada diri kita sahaja. Maka keputusan lebih senang nak dibuat.

Tapi sekarang. Ya Allah, beratnya. Cakap salah tak cakap salah. Pilih jalan A salah, pilih jalan B lagi salah, nak pilih jalan C dah buntu idea.

Tapi jika difikir dalam-dalam. Inilah yang buatkan kita matang dan pandai berfikir. Sebab belajar memilih risiko yang paling kurang diantara pilihan-pilihan yang ada.

Tapi bak kata Syeikh Rohimuddin dan Sidi Lukman. Lebih kuranglah: Yang semalam telah berlalu, esok belum ketemu. Yang ada hanya sekarang. 

Nikmatilah detik-detik ini. Jangan fikirkan esok atau semalam. Kerana fikirkan esok sebabkan kita lemah, fikir semalam menambah beban di bahu. Isilah saat-saat ini dengan bersama Allah.


Selasa, 4 Julai 2017

Mendepani ujian hidup


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Adakala kita sangka panas hingga ke petang. Namun tak sangka, hujan pula ditengah hari. Bukanlah kita tidak redho dengan hujan itu. Sementelah, semuanya telah tersurat sejak azali. Namun, mungkin sebab kita telah lama di zon selesa, kita dah cipta banyak angan-angan, sebab sangka kita. Petang nanti cuaca masih tetap panas.

Namun tiba-tiba hujan turun. Terdiam juga kita. Sepantas kilat, kita lihat angan-angan kita seolah-olah dimakan api. Semakin kabur lenyap dari pandangan. Mungkin kerana terlalu sayangkan angan-angan itu. Kita terus lemah semangat, nak berfikir tidak mahu. Tangan, kaki dan badan hanya menurut rutin perjalanan. Mulut disenyum penuhi syarat. Pana walau dunia rancak berpusing.

Waktu ini. Satu-satu kata-kata guru menerpa telinga.

Hiduplah untuk waktu ketika ini. Tidak esok atau semalam. Jangan dibayang yang telah lalu. Jangan diangan-angankan  sesuatu yang akan datang. Namun sekarang, pilih jalan  yang paling tepat. Tujahkan kudrat ke situ. Jangan difikir apa akan berlaku.

Selalu terjadi. Betapa besar ujian kita terima, sekelip masa selesai dek sedetik berita, khabaran, cakapan, harapan yang datang. Nah jika kita murung 1-2 hari. Kemudian di hari ketiga, datang khabaran yang melegakan kita. Baik 1-2 hari itu dihiasi dengan semangat dan penghargaan kepada setiap saat yang Allah kurnia. Balik-balik, hari ketiga, kita tetap dapat berita gembira. Insha Allah.

Bersyukur jika masuk ke penjara. Kita boleh berehat dan mengulang Alquran.
Bersyukur tatkala sakit. Fikiran kita justeru tidak mahu ingat dunia.
Bersyukur ditimpa ujian. Kita semakin tenang mengamati pergerakan alam.

Dulu kita pernah bercita-cita nak jadi peguam. Kemudian doktor. Kemudian Ahli Perniagaan. Kemudian Pensyarah.

Namun sedarkah kita. Kita tak pernah terfikir kehidupan seperti ini. Walau seronok bagaimanapun. Sebab apa? Sebab kita tak pernah berjaya 'tahu' apa akan berlaku di masa akan datang. Nah jika begitu, kenapa kita masih nak fikir masa akan datang. Yang boleh sahaja merungsing dan membuatkan jiwa kita tidak tenang. Padahal tiada satupun yang benar-benar akan terjadi. Insha Allah.

Nah. hiduplah untuk waktu ini. Hargai setiap nafas, detik dan kesempatan yang Allah kurnia. Fikir jalan yang paling bermanafaat untuk dilalui. Jadikan Allah sebagai tujuan utama.

Moga kau dan aku selamat. Untuk teruskan perjalanan. Dalam umur yang masih berbaki beberapa detik sahaja lagi.

Isnin, 3 Julai 2017

Air Nenas, Milo 3 layer dan roti goyang

Aku baru balik berbual dengan Anep. Sambil lepak minum jus nenas, milo tiga layer dan roti goyang.

Masuk pula topik Memori DPIM, sewaktu di UiTM Jengka. Dah lama aku tinggalkan, rasa banyak juga perkara yang ingat-ingat lupa, di-flashback semula.

Takpelah. Terlalu banyak jika nak tulis. Namun sewaktu Anep bercerita kisahnya tadi. Aku asyik terfikir satu perkara.

Banyak betul salah aku pada Adi. Walaupun hakikat sebenar, semuanya aku buat atas niat nak bantu Adi. Tapi entah apa silapnya, semua bertukar makin teruk.

Mungkinkah sebab aku tolong jarak jauh, hanya melalui fon. Keputusan aku itu tersilap? Mungkinkah cuba melawan takdir yang Allah dah tetap? Entahlah.

Serius. Aku rasa benar-benar 'down' bila teringatkan apa aku dah buat pada Adi.

Kalau kau baca tulisanku ini Adi. Aku cuma berharap, ko dapat maafkan aku. Aku tau kau seorang yang baik. Jadi waktu itu, aku cuba kenalkan kau dengan orang yang baik, supaya engkau terjaga. Namun tak sangka, hampir semuanya bertukar 'worse'.

Dalam hidupku. Ini antara memori yang paling aku tak mahu flashback. Sebab buatkan aku rasa sangat-sangat bersalah.

Ahad, 2 Julai 2017

Menikmati matahari terbit (Sunrise) di Teluk Cempedak, Kuantan.


LOKASI: Teluk Cempedak
WAKTU: Syuruk (7 pagi - 2 Julai 2017)






Ini antara aktiviti yang bagus dan menenangkan. Dengan suasana yang sunyi. Berbeza suasana di sini pada waktu malam. Anda boleh bawa isteri, keluarga dan anak-anak ke sini. Pastikan datang sebelum syuruk ke sini. Baru anda dapat nikmati detik indah ini. Tempat anda wajib lawati jika berkunjung ke Kuantan Pahang.

Selok belok Majlis Perkahwinan


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله


Sebelum mula. Saje nak beritahu. Aku baru dapat adik perempuan... hehe . Adik Ipar. Namanya Nik Norazlin. Teringat masa kecil dulu. Mak aku selalu tanya. Nak adik tak? Katanya nak ambil anak Bosnia. hehe... Tapi takpelah. Sekarang aku dah dapat adik. Boleh teman-teman mak aku pergi shopping-shopping.

Baik. Kita pergi kepada apa yang aku nak share.

Aku bahagikan kepada tiga fasa penting;
1.Waktu akad nikah, 
2.Waktu makan malam keluarga, 
3.Waktu Kenduri besar.

Sebelum apa-apa. Mohon bantuan dari Allah. supaya bantu kita jayakan majlis.

Waktu akad nikah;
Tiada apa sangat aku perlu buat waktu ini. Sebab event dikemudi oleh tok kadi. Cuma sekadar tukang hidup suasana je lah. Tak perlu bersuara sangat. Sekadar gelak atau layan lawak dan gurauan tok kadi. Supaya suasana tak jadi hambar. Kemudian di luar. Sekadar berbual dengan kawan yang hadir. Aku ingat, kalau kita jenis kurang peramah. Cantik kalau bawa teman yang rapat, baik saudara atau kawan. Sebab nanti boleh kita berbual. Dan suasana tidaklah hambar, sebab tetamu akan lihat kita berbual. Ada kesempatan, tegur-tegurlah tetamu. cuma waktu ini, perhatikan juga apa yang kurang. Keperluan pengantin, contohnya nak panggil sapa-sapa untuk bergambar. Sebab waktu ini. Pergerakan Pengantin agak terbatas.


Waktu makan malam keluarga;
Solat aku buat di masjid. Kemudian barulah tahlil ringkas di rumah. Aku lead terus dari awal sampai doa. Kemudian ajak tetamu makan. Cuma waktu makan. Oleh kerana hanya btempoat disediakan oleh pihak katering. Maka kita kena banyak ambil tahu mana lauk terkurang, mana sudu lauk atau kuih tak cukup. Air mineral jika tidak cukup. Tisu jika tiada. Pinggan kena pastikan ada. lokasi pinggan  atau kuih juga kena cakna, supaya mudahkan tetamu.

Jika ada dua tempat lauk. Kemudian lauk semakin nak habis. Satukan di satu tempat. Supaya tetamu tengok lauk masih banyak. Mana sudu yang jatuh dalam lauk, angkat dan kesat guna tisu. Duit dalam poket kena ada paling kurang seratus ringgit. Untuk prepare air mineral, kalau tak cukup. Tak banyak nak pakai, cuma perlu ada, sebab sebahagian orang, dia tak boleh minum air manis.

Perlu sapa tetamu. Ucap terima kasih sebab datang. Cuma sebab aku kurang kenal sangat keluarga belah mak dan ayah. Aku sekadar sapa cuit-cuit.

Kena faham satu perkara. Malam ini katering tiada. Jadi kita kena decide semua perkara. Paling penting. Kena kemas dan susun semula barang-barang majlis. Kemudian, baru fikir keperluan untuk esok. Penunjuk arah, bunga manggar. Untuk tetamu jauh, kami sediakan dua homestay. Bagiku sepatutnya tambah lagi satu. Sebab tak cukup untuk keluarga besarku. Ralat juga. Tapi takpelah, sebab diorang dah decide nak duduk rumah anak. Dan lagi satu, setelkan mana yang patut setel cepat. Kalau yang perlu setel esok, setel esok. Sebab pastikan kita dapat tidur dan rehat yang cukup. Sebab esok kerja lebih berat menunggu.


Waktu Kenduri besar;
Ikutkan. Kad beredar sekitar 300 keping. Jemput mulut dalam 300 lebih kurang. Jadi prepare lauk untuk 800 orang. Tapi untuk langkah selamat. Daging opor, ayahku anjak kepada 1000 orang. Kalau berlebih lauk tiada masalah. Cuma kalau tak cukup, itu yang ralat.

Alhamdulillah. Lauk cukup, malah berlebih. Jadi keluarga, DJ, pekerja katering boleh tapau bawa balik.

Untuk makanan, kita dah kurang fikir siang ni. Sebab katering dah urus. Cuma kita perlu alert dengan air mineral dan tisu.  Kena beli cepat kalau katering tak sedia. Sebab air mineral katering biasanya tak banyak. Kena sentiasa berhubung dengan pekerja katering, baik bahagian dapur atau pelayan. Untuk tahu jika ada apa-apa yang bermasalah.

Sekarang kita pergi ke aturcara. Disebabkan kami tak buat upacara merenjis dan sebagainya. Jadi bimbang juga jika nampak kosong. Jadi orang terbaik untuk aku rujuk adalah DJ, sebab biasanya depa ni berpengalaman. Kemudian DJ pun cadang satu cara. Dari lokasi pengantin nak mula gerak, pergi ke pelamin untuk salam restu, kemudian ke tempat makan, persembahan dari pasukan kompang dan akhirnya sesi makan. Untuk sesi gambar, kita cerita kemudian. Jadi majlis teratur. Selesai satu perkara.

Speaker tidak kuat, sekadar bunyi biasa. Waktu solat kita rehat 15 minit. Lagu juga dihiasi nasyid, qosidah dan lirik elok-elok. DJ juga berikan peluang kepada Ustaz Rosli untuk berucap. Aku suka je, cuma bimbang juga sahabat UMNO terasa. Alhamdulillah Geng UMNO datang lepas Zohor. Geng PAS pula sebelum Zohor. Alhamdulillah, Allah sebaik-baik yang mengatur.

Cuma satu benda penting yang jangan terlepas pandang. DJ mungkin ada idea, pasukan kompang dah faham arahan, pengantin dah bersedia. Nah, sekarang peranan kita untuk hubungkan semua idea. Ada satu-satu waktu, masing-masing tak bergerak. Semua seperti tengah menunggu arahan. Nah, sebab itu kita kena jadi runner.

Panggil dan aturkan kedudukan saff rombongan. Gerakkan rombongan pengantin, tetapkan laluan ke pelamin ikut mana (cukup sekadar isyarat kepada rombongan yang di depan). Beri isyarat kepada DJ (Disini DJ sangat berperanan besar. Sebab nak beri semua tetamu fokus kepada perjalanan majlis), DJ akan berselawat dan meraikan rombongan. Maklumkan kepada ibu bapa kedua-dua mempelai untuk bersedia di pelamin untuk salam restu (penting untuk capture gambar). Untuk salam restu, pastikan camera-man akan take-over. Sebab dia paling berpengalaman, dari sudut cara dan siapa dulu.

Ketika di meja makan. Kita aturkan, yang duduk hanya keluarga pengantin perempuan. Mak ayah kita boleh teruskan melayan tetamu.  Jadi perlu pantau, kedudukan duduk di meja makan pengantin dan juga siapa nak duduk, berdasarkan senioriti. Yang lain boleh ambil tempat di meja makan tetamu. Tunggu DJ baca doa makan dan pengantin boleh makan, bukakan plastik lauk mana tak buka.

Untuk seterusnya adalah sesi bergambar. Boleh serah pada camera-man. Dia tahulah apa yang terbaik. Penting kita kena faham. Bukan semua kita perlu 'run'. Sedapatnya sub-kan kerja kepada yang pakar, khususnya jika melibatkan aspek teknikal dan pengalaman. Kita cuma perlu pantau dan tampung kelopongan.

Kemudian bermulalah babak tak menang tangan. Sambut tetamu. Mulut kena sentiasa senyum dan ceria. Tangan mesti lembut dan menghargai ketika bersalam. Mana kita boleh usik, peluk dan berbual. Kita buat. Mana kita tak biasa. Cukup sekadar salam, senyum dan ucap terima kasih. Mulut mesti sentiasa ucap terima kasih, pada semua tetamu, pekerja katering, penjaga aiskrim dan pelayan. Hargai penat lelah depa menjayakan majlis kita.

Aku jenis terima je kalau orang salam kokoit. Malas nak panjang cerita, kalau tolak depa nak bagi juga. Jadi terima ajelah. Cuma kena sedia bekas khas dalam rumah. Sebab nak harapkan poket, nanti penuh. Kumpulkan satu tempat, jadi duit dari mak dan ayah kita juga dikumpul disitu. Kami serah kepada pengantin semuanya. Maklumlah, majlis 2 Julai. Lagi sebulan lebih kurang nak dapat gaji. Jadi kena fikir juga makan pakai mempelai.

Kemudian bila nak habis. Pastikan lauk lebih diberikan kepada tetamu. Jangan lupa pekerja katering. Kemas mana patut. Asingkan barang kita dan katering. Ucap terima kasih kepada DJ, pekerja katering, pelayan, tukang beri goodies dan semua yang jayakan majlis.

Petangnya memang agak letih. Memang kita akan jumpa banyak kelopongan, itu biasa. Walau apapun. Kita akan rasa puas, sebab dah all-out. Bersyukurlah pada Allah sebab dah bantu kita.

Okey. Tak sabar nak tunggu lagi sembilan bulan. Mudah-mudahan dapatlah anak buah. Allahumma Ameen.

Sabtu, 1 Julai 2017

Cadangan tempat makan di kuantan


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Makan Pagi:
1. Tanjung Api. Sebelah jeti. Selepas jambatan. Jika malam, ada dipasang layar besar untuk tonton Televisyen.

Alasan: Ada pelbagai jenis nasi, lauk dan pencuci mulut. Kelompongnya sedap. Rasa masakannya juga boleh tahan.

Makan Tengah Hari:
1. MABIQ. Lokasinya di belakang Yayasan Pahang Tanjung Lumpur.

Alasan: Pastikan anda rasa Patin 'Panggang' masak tempoyak (kepakaran diorang). Dipanggang di dalam daun pisang.

2. Restoran Taj. Ada banyak di kuantan. Depan Mydin juga ada. Cuma pastikan Taj.

Alasan: Anda boleh cuba nasi berianinya. Kari kambing sedap, ayam goreng pun besar. Yang buatkannya sedap ialah nasinya.

3. Nasi Ayam Claypot cendawan lebih. Di foodcourt belah dalam Pasaraya Besar Giant.

Alasan: Cendawannya memang sedap.

Minum Petang:
1. Nafisah Keropok Sagu. Berdepan Yayasan Pahang. Anda gerak dalam dua minit menghala ke Bandar Kuantan. Setentang dengan pasar basah Kampung Peramu.

Alasan: Keropok sagunya fresh. Teksturnya lembut. Best makan panas-panas.

2. Mustafa Cendol. Sebelah Pasaraya Pantai Selamat (selang beberapa buah rumah juga).

Alasan: Cendol duriannya sedap. Campur sekali dengan aiskrim. Fuhh... Mamak memang terbaik bab cendol.

Makan Malam
1. Ana Ikan Bakar. Jalan Tanhoung Lumpur. Ada dua yang besar. Satu di tepi jalan besar. Satu lagi masuk ke dalam, ikut jalan nak ke Masjid Tanjong Lumpur.

Alasan: Ikan bakar petai, ketam telur masin, sotong celup tepung. Rasanya semua dah maklum kot.

2. Restoran Western (?). Di Medan Warisan. Seberang jalan. Setentang Pasaraya Besar Giant.

Alasan: Masakan panggang seperti lambchop ada kelainan. Mungkin sebab diolah ikut rempah melayu. Sayang tengok restoran-restoran lain, rasanya yang jenis panggang-panggang ni. Kalau ada sentuhan bbq/ayam madu. Rasanya lebih bagus.

Kiosk/Pasar Malam
1. Ayam Golek Limah (?). Tepi pagar luar Masjid Bukit Rangin.

Alasan: Rempahnya sangat sedap. Tambahan jika dimakan dengan sosnya.

2. Ayamas. Di dalam Kuantan Parade ada.

Alasan: Perlu rasa ayam perciknya yang best. Dicampur dengan sambalnya yang sedikit berbeza dengan yang lain.

3. Ayam Goreng Pasar Malam. Di Pasar Malam Sungai Isap Jaya. Petang Isnin. Lokasinya berdekatan Mc.Donald. Hari lain tak pasti di mana.

Alasan: Serius, rasanya boleh lawan KFC. 


Aku taknak taip


Aku sekarang dalam kereta. Depan Masjid Cenderawasih. Sambil nunggu Isya'. Ada banyak aku nak kongsi.

Tapi nantilah aku taip. Lenguh tangan taip camni. Alhamdulillah, hidup ini sarat dengan pertolongan Allah.