Khamis, 6 Julai 2017

Bila banyak sangat bercakap


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Dah menjadi tabiatku. Aku tak suka bercerita satu-satu perkara, secara banyak kali dalam jarak yang dekat. Feeling dia dah takde.

2. Sebab itu antara perkara yang aku cuba elak. Berjumpa dengan seorang teman sampai 3-4 kali berturut-turut. Sebab akhirnya aku pun habis modal nak berbual. Tapi kalau sekali-sekala bertemu. Fuhh.. Punyalah panjang perbualan dengan beraneka topik kami boleh berbual.

3. Namun kenapa tidak berlaku kepada keluargaku? Tidak... sebenarnya  berlaku juga. Cuma jika suatu waktu kami berbual panjang. Bertemu kemudian, kami hanya menyapa atau bercakap perkara perlu seperti nak beli lauk apa atau apa-apa urusan penting. Tanpa berbual panjang.

4. Begitu juga dunia menulis. Jika terlalu banyak kali menulis. Zuk pada tulisan dah kurang. Hikmah makin pudar. Iye ke? Maybeeee insha Allah... hehehe.. Kan. Sebab dah banyak kali menulis dalam sehari dua. Maka beginilah jadinya. Tak dapat nak baca secara mendalam.

5. Bila banyak sangat bercakap. Hikmah yang keluar dari tutur kata kita dah makin pudar. Daya bacaan makin tumpul. Yang ada hanya kata-kata merapu. Kemudian bertukar bahaya dan sarat negatif. Tidak hairan bila terlalu banyak bercakap, lidah kita jadi mudah nak kritik dan merendahkan orang. Cuba bila lama tak bercakap, ditambah dengan mood yang baik. Kita mudah menghargai dan memahami orang.

6. Antara caraku. Bila sudah berasa nak menghampiri zon bahaya. Aku akan asingkan diri dari manusia. Hidup sendiri-sendiri. Jadi aku dapat recharge semula diriku.