Sabtu, 1 Julai 2017

Cadangan tempat makan di kuantan


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Makan Pagi:
1. Tanjung Api. Sebelah jeti. Selepas jambatan. Jika malam, ada dipasang layar besar untuk tonton Televisyen.

Alasan: Ada pelbagai jenis nasi, lauk dan pencuci mulut. Kelompongnya sedap. Rasa masakannya juga boleh tahan.

Makan Tengah Hari:
1. MABIQ. Lokasinya di belakang Yayasan Pahang Tanjung Lumpur.

Alasan: Pastikan anda rasa Patin 'Panggang' masak tempoyak (kepakaran diorang). Dipanggang di dalam daun pisang.

2. Restoran Taj. Ada banyak di kuantan. Depan Mydin juga ada. Cuma pastikan Taj.

Alasan: Anda boleh cuba nasi berianinya. Kari kambing sedap, ayam goreng pun besar. Yang buatkannya sedap ialah nasinya.

3. Nasi Ayam Claypot cendawan lebih. Di foodcourt belah dalam Pasaraya Besar Giant.

Alasan: Cendawannya memang sedap.

Minum Petang:
1. Nafisah Keropok Sagu. Berdepan Yayasan Pahang. Anda gerak dalam dua minit menghala ke Bandar Kuantan. Setentang dengan pasar basah Kampung Peramu.

Alasan: Keropok sagunya fresh. Teksturnya lembut. Best makan panas-panas.

2. Mustafa Cendol. Sebelah Pasaraya Pantai Selamat (selang beberapa buah rumah juga).

Alasan: Cendol duriannya sedap. Campur sekali dengan aiskrim. Fuhh... Mamak memang terbaik bab cendol.

Makan Malam
1. Ana Ikan Bakar. Jalan Tanhoung Lumpur. Ada dua yang besar. Satu di tepi jalan besar. Satu lagi masuk ke dalam, ikut jalan nak ke Masjid Tanjong Lumpur.

Alasan: Ikan bakar petai, ketam telur masin, sotong celup tepung. Rasanya semua dah maklum kot.

2. Restoran Western (?). Di Medan Warisan. Seberang jalan. Setentang Pasaraya Besar Giant.

Alasan: Masakan panggang seperti lambchop ada kelainan. Mungkin sebab diolah ikut rempah melayu. Sayang tengok restoran-restoran lain, rasanya yang jenis panggang-panggang ni. Kalau ada sentuhan bbq/ayam madu. Rasanya lebih bagus.

Kiosk/Pasar Malam
1. Ayam Golek Limah (?). Tepi pagar luar Masjid Bukit Rangin.

Alasan: Rempahnya sangat sedap. Tambahan jika dimakan dengan sosnya.

2. Ayamas. Di dalam Kuantan Parade ada.

Alasan: Perlu rasa ayam perciknya yang best. Dicampur dengan sambalnya yang sedikit berbeza dengan yang lain.

3. Ayam Goreng Pasar Malam. Di Pasar Malam Sungai Isap Jaya. Petang Isnin. Lokasinya berdekatan Mc.Donald. Hari lain tak pasti di mana.

Alasan: Serius, rasanya boleh lawan KFC.