Selasa, 4 Julai 2017

Mendepani ujian hidup


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Adakala kita sangka panas hingga ke petang. Namun tak sangka, hujan pula ditengah hari. Bukanlah kita tidak redho dengan hujan itu. Sementelah, semuanya telah tersurat sejak azali. Namun, mungkin sebab kita telah lama di zon selesa, kita dah cipta banyak angan-angan, sebab sangka kita. Petang nanti cuaca masih tetap panas.

Namun tiba-tiba hujan turun. Terdiam juga kita. Sepantas kilat, kita lihat angan-angan kita seolah-olah dimakan api. Semakin kabur lenyap dari pandangan. Mungkin kerana terlalu sayangkan angan-angan itu. Kita terus lemah semangat, nak berfikir tidak mahu. Tangan, kaki dan badan hanya menurut rutin perjalanan. Mulut disenyum penuhi syarat. Pana walau dunia rancak berpusing.

Waktu ini. Satu-satu kata-kata guru menerpa telinga.

Hiduplah untuk waktu ketika ini. Tidak esok atau semalam. Jangan dibayang yang telah lalu. Jangan diangan-angankan  sesuatu yang akan datang. Namun sekarang, pilih jalan  yang paling tepat. Tujahkan kudrat ke situ. Jangan difikir apa akan berlaku.

Selalu terjadi. Betapa besar ujian kita terima, sekelip masa selesai dek sedetik berita, khabaran, cakapan, harapan yang datang. Nah jika kita murung 1-2 hari. Kemudian di hari ketiga, datang khabaran yang melegakan kita. Baik 1-2 hari itu dihiasi dengan semangat dan penghargaan kepada setiap saat yang Allah kurnia. Balik-balik, hari ketiga, kita tetap dapat berita gembira. Insha Allah.

Bersyukur jika masuk ke penjara. Kita boleh berehat dan mengulang Alquran.
Bersyukur tatkala sakit. Fikiran kita justeru tidak mahu ingat dunia.
Bersyukur ditimpa ujian. Kita semakin tenang mengamati pergerakan alam.

Dulu kita pernah bercita-cita nak jadi peguam. Kemudian doktor. Kemudian Ahli Perniagaan. Kemudian Pensyarah.

Namun sedarkah kita. Kita tak pernah terfikir kehidupan seperti ini. Walau seronok bagaimanapun. Sebab apa? Sebab kita tak pernah berjaya 'tahu' apa akan berlaku di masa akan datang. Nah jika begitu, kenapa kita masih nak fikir masa akan datang. Yang boleh sahaja merungsing dan membuatkan jiwa kita tidak tenang. Padahal tiada satupun yang benar-benar akan terjadi. Insha Allah.

Nah. hiduplah untuk waktu ini. Hargai setiap nafas, detik dan kesempatan yang Allah kurnia. Fikir jalan yang paling bermanafaat untuk dilalui. Jadikan Allah sebagai tujuan utama.

Moga kau dan aku selamat. Untuk teruskan perjalanan. Dalam umur yang masih berbaki beberapa detik sahaja lagi.