Isnin, 25 Mei 2020

Kahwin cara Orang Johor

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mula-mula. Masa Bonda Yah minta aku pakai baju sama colour dengan Abang Naim. Aku ingatkan jadi pengiring je. Orang kompang dan kitorang juz ikut iring. Nak bagi nampak ramai oranglah gamaknya. Sekali, rupanya kena jadi pengapit daaa. Aku tak kisah pun. Cuma biasa pengapit ini orang hensem, kurus tinggi. Boleh pula diorang terfikir aku. Berat 106kg tinggi 160.

Inilah first time aku ikut follow rapat resepsi perkahwinan. Pernah sekali dahulu di Kaherah, Mesir. Walaupun aku sendiri yang in-charge. Tapi itu sendiri punya kepala. Sekarang real-Malaysia. Di Felda Taib Andak Johor. Lebih menarik. Kali ini sarat dengan adat. Dan aku sebagai pengapit pengantin. Bayangkan betapa banyaknya perkara aku perlu amati. Baiklah. Aku cerita. Ada 3 fasa yang aku perlu lalui (Tidak termasuk yang aku tak join. Seperti merisik atau meminang);

FASA 1  (AKAD NIKAH):

1. Ketika ini keluarga kami (pengantin lelaki) baru sampai. Tidaklah berpayung lagi. Kami dijamu makan pagi. Dalam pukul 9.30-10 pagi. Sementara menunggu wali hakim. Sebaik wali hakim sampai, kami masuk ke dalam rumah. Majlis dipandu sepenuhnya oleh wali hakim. Kita juz follow je.

2. Pengantin lelaki dan perempuan akan duduk depan wali hakim. Tengah-tengah hadirin. Saksi dari kedua belah pihak macam biasalah. Duduk tepi. Dimulakan dengan khutbah nikah, sain borang persetujuan nikah dan akad nikah. Pengantin lelaki juga kena baca teks tentang fasakh (in-case pengantin lelaki hilang atau berlaku zalim). Ibu pengantin pun ada kena baca teks khusus. Banyak juga teks perlu dibaca sepanjang majlis. Cuma berbeza orang.

3. Kemudian. Upacara serah wang hantaran/mas kahwin? (tak pasti istilah diorang guna). Kemudian pengantin lelaki pakaikan gelang buat pasangannya.

4. Seterusnya pengantin lelaki akan letakkan tangan di atas ubun isteri. Sambil follow doa yang disebut wali hakim. Doa Robbana hablana min azwajina tu... (Aku biasa dengan Ustaz Azhar sebut doa lain. Tak pasti ambill kitab mana). Kemudian pengantin perempuan cium tangan pasangan.

5. Kemudian pengantin bersalam dengan hadirin. Barang-barang hantaran diserah sebaik selesai majlis.

6. Akhirnya jamuan makan. Buat kali ke-2. Dan bersurai

FASA 2 (BERARAK):

1. Kumpul untuk berarak pada pukul 2 petang. Selepas Solat Zohor. Kami berjalan dalam satu kumpulan. Pengantin depan sekali dan pasukan kompang belakang sekali. Of course pengantin berpayung berkeris. Macam sultan.

2. Ketika nak masuk rumah. Sekali ada tol daaa (First time live depan mata). Ada 4 tol. Tol pertama Pak Su pengantin perempuan. Dekat sini kena perkenal diri, minta izin masuk dan berpantun pasal. Juga angpau. Orang lelaki handler. Kedua nenek. Juga kena bercakap dan angpau. Yang ini perempuan handler. Ketiga paling dekat dengan pelamin. Satu kumpulan berpakaian sedondon merintangi pelamin (mungkin adik beradik). Kena angpau je. Dan terakhirnya seorang yang duduk atas kerusi pengantin lelaki dan akan tutup wajah pengantin wanita. Juga angpau je. Tak pasti berapa ringgit Bonda Yah prepare beri. Coz dalam angpau. Yang kelakarnya aku tak diberitahu tentang tol ini. Memang terkejut kejap. Adik yang berdiri tepi pengantinlah yang jadi bidan terjun. Jadi jurucakap. Selamat angpau dah prepare. Mungkin yang lain dah maklum. Tapi okeylah. Seronok juga. Pengalaman baru.

3. Ketika bersanding. Ada upacara tepung tawar (betul ke istilah ni?). Pengunjung akan datang seorang demi seorang. Ambil bunga yang telah tersedia. Tabur atas tangan pengantin. Kemudian renjis air wangi. Kemudian salam. Masa inilah pengantin akan diperkenalkan. Siapa yang datang ini. Sama ada ibu saudara atau opah. Pengantin akan bersalam. Pengunjung itu biasanya akan jemput pengantin datang ke rumah. Kemudian bunga telur akan di hadiah kepada pengunjung itu.

4. Kemudian bacaan doa.

FASA 3 (MAKAN):

1. Makan buat kali ke-3.

2. Jurukamera akan minta pengantin possing makan. Gaya semua jurukamera yang arah. Terpulang nak follow atau tidak.

3. Aku perhati sepanjang majlis ini. Jurukamera main peranan penting. Coz dia yang tukang conduct. Gerakkan majlis dari satu upacara ke upacacara (kalau boleh aku guna istilah ini) lain. Jika tidak, Insha Allah mungkin krik krik juga tak bergerak. Atau flow timming dia mungkin tak kena. Mungkin terlalu laju atau lambat.

Akhirnya. Setelah pastikan tiada apa-apa. Setelah minta izin Bonda Yah. Aku pun perlahan-lahan beredar.

Aku doakan pasangan berbahagia dunia dan akhirat.


p/s: Alhamdulillah. Lagi satu pengalaman aku belajar. Setelah melapah lembu atau udhiyyah baru-baru ini. Pengalaman baru. Memang masa nak hadapi cuak juga. Tapi best, sebab boleh belajar benda baru.

Sabtu, 23 Mei 2020

Hidup ini bahagia bila faham.


Suatu masa, dalam beberapa tahun lepas, waktu drive. Saja kongsi kalam Syeikh Rohimuddin dengan Mie (Ringkasan Ummi-ibu).
.
Kata. "Orang yang bahagia ialah orang yang tiada kemahuan. Orang miskin nak kaya, orang kaya nak lagi kaya. Orang sakit nak sembuh. Manusia ni terseksa dengan kemahuan dia". 
.
Mie tiba² bersuara. "Orang bahagia ni orang yang redho".
.
Termenung kejap mikir. Nak teli antara kalam Syeikh Rohimuddin dan khulasoh (kesimpulan) dari Mie. Erm.. Kulliah panjang syeikh.. Khalifah Tariqat Syadzuli Darqowiyyah.. Lama mulazamah dengan Syeikh Yusuf Bakhour al-Hasani.. Berjaya disimpul dalam tak sampai 5 saat.. dassat😂😂.
.
Teringat Arwah Ustazah Selamah, waktu kat al-Attas dulu. Waktu Kelas Fardhu Ain petang, Almarhumah pernah ajar satu sifat iaitu Qona'ah. Berasa cukup dengan apa sahaja kurniaan Allah.SWT. Ustazah Selamah ni isteri kepada Ustaz Karim Nor, guru di Kulliah Padang Polo.
.
Sanbae hantar mesej;
.
قيل للحسن البصرى - رحمه الله - : ما سر زهدك فى الدنيا ؟ فقال: علمت بأن رزقى لن يأخذه غيرى فاطمأن قلبى له , وعلمت بأن عملى لا يقوم به غيرى فاشتغلت به , وعلمت أن الله مطلع علي فاستحييت أن أقابله على معصية , وعلمت أن الموت ينتظرني فأعددت الزاد للقاء الله
.
Dikatakan kepada Hassan Al-Basri. Apa rahsia zuhud mu kepada dunia? Beliau berkata : Aku tahu rezekiku (jika telah tertulis buatku) maka tidak akan sesekali mampu diambil orang lain, maka kerananya hatiku tenang. Aku tahu amalanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan mengerjakannya. Aku tahu Tuhanku sentiasa memerhatikanku, maka aku malu untuk mengadap-Nya dalam keadaan maksiat (melakukan dosa). Aku tahu sesungguhnya mati sedang menungguku, maka aku persiapkan bekalan untuk bertemu Tuhanku.
.
Masjid al-Falah ni masjid lama di Sungai Isap. Jemaahnya rata² umur dalam 70-80. Kalau 60 tu kira masih mudalah. Suka tengok hidup pakcik² ni, simple je. Pergi masjid naik basikal, dah jimat minyak, maintenance. Smartphone ramai tiada, jadi apa² makluman dan hebahan mereka sampai guna mulut, guna microfon imam, tahu dekat kedai kopi, tahu masa berbual dekat majlis kenduri, dah jimat bil telefon. Tahun lepas². Waktu berbuka, moreh, sahur dekat masjid. Memang jimatlah sebulan belanja makan. Lepas Subuh, Zohor dan Maghrib tidak terus balik. Mereka mengaji atau i'tikaf dulu di masjid. Kalau bulan Ramadhan, lepas isya' tadarus dulu. Dah jimat bil elektrik rumah. Adakala waktu dhuha mereka datang kemas² masjid, cakar daun² gugur. Yang makcik² pula ada kelas dhuha muslimat, kelas petang muslimat. Hidup relaks je, tak runsing dah dengan dunia. Mereka tak rebut jawatan, tapi suka berkhidmat. Jadi mudahlah kalau ada apa² program masjid, dari melapoh lembu, memasok, angkat beras asnaf, layan penceramah, pakat selawat waktu tahniq dan aqiqah. Semua akan support. Mudah dikoordinatkan.
.
Ramai orang yang kita sayang, 1 Syawal tahun lepas masih tersenyum dekat kita, tahun ini telah pergi. Mungkin esok lusa kita pula menysusul. Moga mereka dan kita juga. Bahagia di sini dan di alam sana.

Put yourself in others' shoes


Suatu hari dalam 11 tahun lepas. Waktu itu hujan lebat, seorang teman kelam kabut ajak follow ke sebuah hospital, ziarah seorang kenalannya. Tak sempat nak bertanya apa sakitnya. Sampai di katil pesakit, ada ibu menjaga. Ibunya buka cerita: "Keadaan anaknya itu dah semakin pulih.  Tiga hari doktor suruh dia makan ubat, lepas makan makan. Tiga hari juga anaknya tidak makan benda lain, sebab nak cuci Racun Parakuat yang dia..... dulu". Suara ibunya agak tenggelam waktu menyebut perkataan "minum". Terpaku dengar. 
.
Dalam 12 tahun lepas. Rapat dengan satu keluarga. Disebabkan sibuk dengan urusan kerja, jadi mereka menggaji seorang pembantu rumah. Lama berkhidmat, suatu hari pembantu rumah jadi lain macam. Dia salam dan minta maaf dengan semua orang. Ada yang berasa pelik. Kemudian dua hari dia menghilang. Keluarga pun adukan kepada polis. Tak lama mencari, polis pun jumpa pembantu rumah tersebut. Telah meninggal dunia, dalam keadaan lehernya tergantung di sebuah pokok jambu. Setelah disiasat. Rupanya pembantu rumah itu ada suami di Indonesia. Setiap bulan, dia akan kirim duit kepada suaminya, sebab nak buat rumah di Indonesia. Namun, akhirnya dia dapat tahu. Duit tu semua hangus, suami dia buat berjudi.
.
Dalam seminggu yang lepas. Hampir  tiga hari mesej topik yang sama dengan seorang sahabat baik. Biasa kalau fiqh, kejap je habis. Kalini jadi lama, sebab sahabat bersungguh nak Sadd az-Zaroik. Sahabat nak sekat pelajarnya dari buat benda yang tidak elok. Masalahnya, dari sudut hukum perkara tu memanglah haram, namun tidak membatalkan puasa. Namun sahabat tetap nak juga tahu qoul² yang kata batal. --Ianya agak aib, jadi tak nak cerita sini--. Cuma contoh lebih kurang. Seperti ambil wudu' dengan air yang dicuri. Wudu' memang sah, tapi perbuatan itu berdosalah. Katanya, menjaga budak sekolah menengah memang mencabar. Zaman sekarang pula. Hukum tu satu hal, tapi cara nak nasihat tu yang mencabarnya.
.
Beberapa lama sebelum ni. Seorang teman tiba²  hubungi, minta tolong doa. Tanya kenapa? Katanya ada ahli keluarganya yang terjebak ambil 'benda' (dadah). Dulu dah lama stop. Tapi sebab stress dengan kerja, lambakan kerja. Baik pula dengan kawan² yang main 'benda' tu, dia jadi ambil balik. Kesan ambik 'benda' tu, memanglah tenaga dia jadi lain macam, boleh kerja banyak tanpa letih. Tapi kesan sampingan dia, lepas pada tu dua hari tidur tanpa sedar, kemudian jadi panas baran dan mudah mengamuk.  Dia tengah usaha keras, nak selamatkan ahli keluarganya itu. 
.
Moga sahabat kita berjaya menjadi Soleh dan Musleh. Berjaya perbaiki diri dan memperbaiki insan lain. Suatu kerja yang bukan mudah.
.

أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : 
( يا رسول الله ! أيُّ الناس أحبُّ إلى الله ؟ فقال : أحبُّ الناس إلى الله أنفعهم للناس، وأحبُّ الأعمال إلى الله عز وجل، سرور تدخله على مسلم، تكشف عنه كربة، أو تقضي عنه دينا، أو تطرد عنه جوعا، ولأن أمشي مع أخ في حاجة، أحبُّ إلي من أن أعتكف في هذا المسجد، يعني مسجد المدينة شهرا...)  رواه الطبراني
.
Seorang lelaki telah berjumpa dengan Rasulullah.SAW. Dia berkata: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling Allah.SWT sayang? Baginda.SAW menjawab: Manusia yang paling Allah.SWT sayang ialah mereka yang paling memberi manafaat buat manusia. Dan amalan yang paling Allah.SWT suka ialah kamu menggembirakan muslim yang lain. Kamu hilangkan dukacitanya (kesedihan), kamu langsaikan hutangnya, kamu hilangkan rasa laparnya. Demi sesungguhnya, aku berjalan bersama saudaraku bagi menunaikan hajatnya, lebih aku sukai dari beri'tikaf di masjid ini, yakni Masjid nabawi selama sebulan (Gandaan pahala solat di masjid nabawi 1000 kali ganda lebih banyak dari masjid yang lain (Kecuali Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa) ).
.
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia? (dengan tiada sebarang hikmah tujuan pada ciptaan itu) Dan kamu (menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" -Surah Al-Mu'minun, Ayah 115.
.

BAGAIMANA CARA MENYUSUN HIDUP KITA?

🌪️BAGAIMANA CARA MENYUSUN HIDUP KITA?🌪️
.
Sebaik selesai bercerita tentang wirid² harian. Imam Ghazali beritahu. Setiap insan yang inginkan Akhirat, tidak dapat lari dari 6 watak (Berdasar mana Allah takdirkan buat dirinya). Setiap watak itu, berbeza cara ibadah mereka. Ada Pengusaha, Pentadbir, Alim, Pelajar, Ahli ibadah dan Arif. (Qiaslah dengan zaman kini).
.
🌥️ 1. PENGUSAHA.
.
💧Maksudnya: 
Orang yang perlu berusaha bekerja. Kerana perlu menanggung isteri, anak dan segala yang wajib atas nafkahnya. Tidak boleh dia meninggalkan kewajipan memberi nafkah. Justeru, tidak boleh ia tinggalkan kewajipan berusaha, untuk habiskan waktunya dengan berbuat ibadah sunat.

💧Cara ibadah seorang pengusaha: 
Memberi sedekah dari apa yang lebih dari belanjanya. Kerana amal yang faedahnya memberi manfaat bagi muslimin, afdhol daripada amal yang terhenti pada dirinya sahaja. Memperbanyakkan mengucap tasbih, zikir, membaca al-Quran. Sentiasa ingat kepada Allah.SWT ketika bekerja.
.
🌥️ 2. PENTADBIR.
.
💧Maksudnya:
Orang yang mentadbir urusan dan hajat manusia. Dan urusan tersebut sesuai dengan syara'. 

💧Cara ibadah seorang pentadbir:
Adalah tugas menyelesaikan urusan dan hajat manusia itu, lebih afdhol daripada mengerjakan ibadah² sunat. Dan apabila punyai waktu terluang, maka bolehlah ia mengerjakan ibadah sunat. Sayugia golongan pentadbir, meniru ibadah Saidina Umar.RA sewaktu menjadi khalifah di dalam Negeri Madinah. Saidina Umar.RA menyelesaikan urusan ummah pada siang hari dan malamnya beliau mengerjakan ibadah² sunat.
.
🌥️ 3. ALIM
.
💧Maksudnya: Seorang yang diambil manfaat dari ilmunya oleh manusia. Baik dari fatwa, mengajar dan mengarang kitab. Dan ilmu tersebut mestilah ilmu yang memberi manfaat di dalam akhirat, menggemarkan kepada akhirat dan benci kepada dunia. Niat belajar dan mengajarnya mestilah kerana Allah.SWT. 

💧Cara ibadah seorang Alim:
Kata Imam al-Ghazali. Adalah ibadah lisannya itu dengan berzikir. Ibadah fikirnya dengan belajar, mengajar dan memikirkan masalah ilmu yang memberi manfaat kepada agama. Ibadah matanya dengan mengulangkaji ilmu. Ibadah tangannya dengan menulis kitab. Sayugia seorang alim itu membahagikan malamnya seperi Imam as-Syafie.RH. Sepertiga yang awal dengan mengulangkaji kitab dan menyusun ilmu. Sepertiga kedua bagi mengerjakan sembahyang dan sepertiga yang akhir bagi tidur.
.
🌥️ 4. PELAJAR.
.
💧Maksudnya:
Seorang yang disibukkan dengan belajar ilmu yang memberi manafaat.

💧Cara ibadah bagi seorang pelajar:
Tertib wiridnya sama dengan orang yang alim. Cuma jika orang alim mengajar, maka pelajar belajar. Jika orang Alim mengarang kitab, maka pelajar dengan mendhobit dan menyalin. Jika pelajar itu tidak disibukkan dengan pengajian, maka melazimkan hadir dalam perhimpunan  orang yang berzikir, hadir dalam perhimpunan orang yang mengajar ilmu yang memberi manafaat atau hadir dalam perhimpunan orang yang memberi pengajaran yang membawa kepada takut akan Allah.SWT itu terlebih afdhol daripada mengerjakan ibadah sunat. 
.
🌥️ 5. AHLI IBADAH.
.
💧Maksudnya:
Ia melazimkan diri berbuat ibadah bagi Allah.SWT. Tidak berbimbang ia akan usaha yang lain daripada berbuat ibadah akan Allah.SWT jua. Jika ia tinggalkan ibadah, maka sia²-lah hidupnya. Seorang Abid itu mestilah mengetahui ia dengan apa yang ia amalkan, dengan ilmu syariat. Dari segala hukum sah dan batal. Kerana orang yang tidak mengetahui akan yang demikian itu, adalah ibadahnya batil dan tidak diterima. Ibadah zahir itu seperti solat, puasa, zakat, haji dan selainnya. Manakala ibadah batin pula seperti ikhlas, zuhud, waro', sabar dan selainnya.

💧Cara ibadah seorang Abid:
Setiap Abid itu adakala berbeza ibadahnya, seperti para sahabat Rasulullah.SAW. Ada yang ibadahnya dengan solat. Sehari semalam ada yang solat 100 rakaat. Ada yang wiridnya sehari semalam dengan 12,000 tasbih. Ada sahabat.RA yang wiridnya sehari semalam dengan sekali khatam al-Quran. Ada sahabat.RA yang sehari atau semalam dengan berfikir tentang satu ayat al-Quran berulang² kali. Ada sahabat.RA yang ibadahnya dengan banyak kali tawaf.
.
💧Soalan: Apakah ibadah yang paling afdhol?
💧Jawapan: Membaca al-Quran sewaktu berdiri di dalam solat secara tadabbur (menghayati makna) al-Quran.
.
💧Namun adakala ianya sukar. Maka yang afdhol selepasnya itu, berbeza² mengikut individu:
.
💧Bagi orang yang hendak menjalani jalan akhirat yang menyampaikan kepada Allah.SWT. bahawa menilik akan hatinya. Ibadah manakah yang sangat memberi bekas kepada rasa cinta, sayang dan rindunya kepada Allah.SWT, maka hendaklah ia lazimi dengan ibadah tersebut. Maka jika letih dari satu ibadah, maka bolehlah ia berpindah kepada ibadah yang lain, yang dia rasa gemar melakukannya. Kerana hasil yang diinginkan ialah, yang membawa hadir hati kepada Allah.SWT. Maka jika telah berjumpa dengannya, sayugia ia melazimi ibadah tersebut.
.
🌥️ 6. ARIF
.
قال الغزالي: 
الموحد المستغرق في الواحد الصمد الذي أصبح وهمومه هم واحد فلا يجب إلا الله عز وجل ولا يخاف إلا منه ولا يتوقع الرزق من غيره ولا ينظر في شيء إلا ويرى الله عز وجل فيه.
.
.
.
Rujukan:
Sairus Salikin ila Ibadati Robbi al-Alamin.

KETERANGAN SOLAT TAHAJJUD

🌒 KETERANGAN SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud tiada masalah nak buat awal. Dengan syarat WAKTU MALAM (Mula masuk maghrib hingga Subuh) dan syarat kedua SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. 
.
🌒 TEKNIKAL SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ni teknikalnya macam Solat Tahiyyatul Masjid. Asalkan buat solat apapun, baik Solat  Fardhu Isya, Solat Nazar, Solat Sunat, Solat Qodho apatah lagi niat Solat Tahajjud sendiri, maka semua tu dikira dah buat Solat Tahajjud. Asalkan selepas bangun dari tidur.
.
🌒WAKTU AFDHOL UNTUK SOLAT TAHAJJUD

Berdasarkan bagaimana kita nak bahagikan malam kita. Waktu tidur dan waktu ibadah;
.
Jumlah waktu dari Maghrib ke Subuh: Contoh 10 jam 31 minit bagi waktu Kuantan, Pekan (lebih kurang).

-- Jika bahagi malam itu kepada dua. Maka afdholnya separuh kedua. (Mula dalam 12.30 malam hingga Subuh).

-- Jika bahagi malam kepada 3 bahagi. Maka yang afdholnya bahagian yang tengah (⅔ malam). (Mula 11.06 malam hingga 2.20 pagi)

-- Jika bahagi malam kepada 6 bahagi. Maka yang afdholnya bahagian yang ke 4 dan 5 malam. (2.30 pagi hingga 4.14 pagi)
.
.
P/s: Asalnya just jawapan personal kepada yang bertanya. Tapi bila buka group lain. Rupanya mesej tersebut dah berantai dan tersebar luas. Bila teliti video tersebut. Sebenarnya, ulasan Ustaz Muhadir tentang solat ba'diah selepas Isya. Tapi disebabkan dalam mesej tersebut video dan nota penulis mesej di letakkan sekali. Maka, orang akan nampak seolah² Ustaz Muhadir Hj Joll yang kabo.
.
.
.
.
Rujukan:
البحر الوافي والنحر الصافي
التقريرات السديدة

Kisah Kucing-kucing.


Beberapa minggu lepas. Waktu nak azan, Tok Bilal jumpa banyak kucing mati dalam Masjid al-Falah. Teringat sebelum² ini, memang ada sorang pakcik yang dah prepared makanan kucing dalam box motor-nya. Bila waktu solat, sambil ke masjid, dia akan beri kucing2 ni makan di bawah tempat parking. Hatta, di tempat lain pun begitu. Pernah jumpa pakcik ni beri makan kucing di masjid negeri. 
.
Bila PKP fasa 1 & 2 tempohari. Kedai² makan sekitar masjid semua tutup, masjid pun tiada orang singgah. Tapi mungkin juga ada kebarangkalian lain kan, termakan racun ke. Wallahua'lam.
.
Ailurophobia adalah nama bagi satu jenis penyakit. Penyakit takut kucing. Masa first jumpa rodong yang takut kucing dulu, mula ingat dia main² je. Bila nampak kucing, menggelatat bukan main. Tapi bila dah kerap sangat berlaku. Rasanya dia bukan main², memang dia takut sungguh. Seingat², ada tiga orang rodong begitu. Masalahnya, tiga² ganas orangnya 🤣🤣. Perangai pun lebih kurang sama. Kena pula rodong² yang lain suka nyakat dengan suakan kucing, lintang pukang larinya.
.
Masa di Ardil Kinanah, bilik A101 😂. Ada dua ekor kucing yang ramai Anak Pahang sayang. Un-un dan Be-burn namanya. Un-un ni agak tua. Tapi kalau nak buang air, dia akan masuk ke tandas. Kalau ada orang dalam tandas, dia akan tunggu di luar pintu sampailah orang siap gunakan tandas. Be-Burn pula pandai tamalluk (istilah Habib Ahmad guna) dengan orang. Bila orang buka laptop, duduk kat katil, dia datang duk kat riba kita. Cerdik. Dia tau camne nak dapatkan perhatian orang tanpa bunyi suara. Wallahua'lam, seingat², rasanya tak pernah lagi dengar Be-burn bunyi suara. Ke ada?
.
Masa di al-Ihsan dulu. Ada seorang makcik. Uniknya, makcik ni macam ada magnet. Kalau dia jalan dalam kawasan sekolah, lalu celah kelas, punyalah banyak kucing yang follow dia. Tapi memang tak nafi, dia memang suka layan dan bagi kucing makan.
.
Biasa kita jumpa. Kucing takutkan anjing. Tapi kalau di Mesir. Lalu di Suq Sayyarot. Pemandangan biasa, anjing yang takutkan kucing. Bila ingat balik lakaran mitos zaman Mesir kuno. Memang watak kucing tu digambarkan sangat dominan. Bast namanya, anak kepada Re, si dewa matahari. Bast ni pula dipuja sebagai dewa pelindung. Adakala bila jinak ia digambarkan dalam bentuk kucing, bila agresif maka berubah singa. Bast digambarkan sebagai pelindung kepada rumah dan wanita yang hamil. Jangan percaya, khurafat. Saja cerita sebab terfikir.

ALKISAH & CARA KHATAM ALQURAN

🕌 ALKISAH & CARA KHATAM ALQURAN 🕌
.
🍎 BILAKAH BERMULA AMALAN TAKBIR ANTARA SURAH?
.
Alkisahnya. Setelah lama ayat al-Quran tidak turun. Golongan Musyriqin lantas mengatakan Allah telah membiarkan dan marah terhadap Nabi.SAW. Sehinggalah tidak lama kemudian, Malaikat Jibril.AS datang kepada baginda Nabi.SAW dan membacakan kepada Nabi.SAW Surah ad-Dhuha sehingga selesai satu surah. Lantas Rasulullah.SAW bertakbir. Tanda syukur kepada Allah.SWT, kerana memuliakan baginda.SAW dengan penurunan wahyu, setelah lama terhenti. Juga kerana menjawab pembohongan dan pertikaian dari golongan Musyriqin.

Kemudiannya. Rasulullah.SAW memerintahkan agar dibacakan takbir setiap kali selesai setiap satu surah. Sebagai tanda mengagungkan Allah.SWT dan tanda seronok sebab Khatam al-Quran.
.
🍎 BAGAIMANAKAH LAFAZ TAKBIR?
.
1. Riwayat pertama. Lafaznya: الله أكبر . Tanpa menambah lafaz tahlil ( لا إله إلا الله  ) sebelum takbir atau tahmid  ( ولله الحمد ) selepas takbir.

2. Riwayat kedua. Dengan menambah lafaz tahlil sebelum takbir menjadi; لا إله إلا الله والله أكبر

3. Riwayat ketiga. Dengan menambah kalimah tahlil sebelum takbir dan menambah tahmid selepas takbir menjadi;  لا إله إلا الله والله أكبر و لله الحمد. (Hendaklah disambungkan ketiga² jumlah tahlil, takbir dan tahmid ini. Tidak sah jika dipisahkan dengan berhenti ditengah²).
.
🍎BAGAIMANA CARA NAK MELAKSANA?
.
Tatacara ini telah diriwayat secara musalsal oleh para Qurra. Sepertimana yang telah dinaqolkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Syu'ab al-Iman dan al-Hakim dalam al-Mustadrok. Sepertimana diriwayatkan Imam Bazzi (screenshot dibawah). Sehinggalah sampai kepada Saidina Ibn Abbas, Saidina Ubai bin Ka'ab dan seterusnya kepada Baginda Nabi.SAW. 
.
Telah warid daripada Imam Bazzi dengan dua cara bacaan.
.
1. Jika takbir itu mula dibaca setelah habis Surah ad-Dhuha, maka takbir terakhir adalah setelah Surah an-Nas. (Pendapat paling rojih).

2. Jika takbir itu mula dibaca sebelum Surah ad-Dhuha (setelah Surah al-Lail), maka takbir terakhir adalah sebelum Surah an-Nas (setelah Surah al-Falaq). 
.
🔔 Setelah membaca Surah an-Nas (berdasarkan mana² kaedah di atas). Maka hendaklah disambung membaca Surah al-Fatihah dan kemudian awal Surah al-Baqoroh sehingga ayat  ( وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ). Tiada takbir antara Surah al-Fatihah dan Surah al-Baqoroh. 
.
🍎 MACAM MANA BOLEH WUJUD DUA CARA DI ATAS?
.
Ulama berbeza pendapat dalam memahami perilaku baginda Nabi.SAW; 

"Sebaik Malaikat Jibril.AS selesai membaca lengkap satu Surah ad-Dhuha. Nabi.SAW lantas bertakbir. Kemudian Nabi.SAW pula membacakan Surah ad-Dhuha di depan Malaikat Jibril.AS. Maka berlakulah khilaf ulama, adakah Nabi.SAW bertakbir tadi kerana Malaikat Jibril.AS selesai membaca Surah ad-Dhuha? atau kerana Nabi.SAW nak mula baca Surah ad-Dhuha?.."
.
Pendapat Pertama;
Sebahagian Ulama menyatakan. Nabi.SAW bertakbir kerana Malaikat Jibril.AS selesai membaca Surah ad-Dhuha. Kerana itu bagi pendapat pertama, takbir mula dibaca di akhir Surah ad-Dhuha. 
.
Pendapat Kedua;
Sebahagian ulama pula menyatakan. Takbir Nabi.SAW tadi bukan kerana Malaikat Jibril.AS selesai membaca Surah ad-Dhuha, akan tetapi kerana Nabi.SAW sendiri nak mula baca Surah Ad-Dhuha, sebab itu Nabi.SAW bertakbir. Kerana itu bagi pendapat kedua, takbir  mula dibaca di awal Surah ad-Dhuha.
.
🍎 ADAKAH AKAN WUJUD MASALAH DALAM BACAAN?
.
👉🏼 PERHATIAN PERTAMA:
Jika pembaca ingin menggunakan lafaz takbir sahaja (الله أكبر), tanpa lafaz tahlil dan tahmid. Dan pembaca ingin sambungkan pula akhir surah dengan takbir (tanpa bernafas) maka tiada masalah. Namun mesti meraikan hukum tajwid. 

1. Dalam bab iltiqo'us sakinain ( مُّمَدَّدَةِۭ /    تَوَّابَۢا /   فَٱرۡغَب    /    وَٱقۡتَرِب) . 

-- Jika bukan tanwin: Kena baris bawah huruf yang berbaris mati. 
-- Namun jika tanwin: Maka jadikan satu baris dan tambah nun berbaris bawah di hujung kalimah. Rujuk kitab tajwid dalam bab ilitiqo'us sakinain.

2. Dalam bab ha' domir (tajwid panggil mad silah). Seperti akhir Surah az-Zalzalah (شَرࣰّا یَرَهُۥ )  dan akhir Surah al-Bayyinah (  رَبَّهُۥ). Buangkan hukum mad tersebut, namun kekalkan baris (ه). Kerana selepasnya ialah huruf mati iaitu pada lafaz الله أكبر.
.
👉🏼 PERHATIAN KEDUA:
Jika pembaca ingin menggunakan lafaz لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد. Maka tiada-lah masalah di atas, lantaran tidak berlaku masalah iltiqous sakinain atau masalah di silah ha' domir. 
.
👉🏼 PERHATIAN KETIGA:
Jika pembaca ingin menyambung akhir surah dengan takbir dengan basmalah (dalam satu nafas). Maka pembaca dilarang berhenti setakat basmalah, perlu sambung juga awal surah dengan nafas yang sama. Namun, jika tak mampu. Jangan tebeng. Terdapat Tujuh cara yang diperbolehkan.
.
1. Sambungkan akhir surah dengan takbir. Kemudian wakaf. Kemudian baca basmalah bersambung dengan awal surah.
2. Sambung akhir surah dengan takbir. Kemudian wakaf. Kemudian baca basmalah. Kemudian wakaf. Kemudian baca awal surah.
3. Baca akhir surah. Kemudian wakaf. Kemudian sambungkan takbir dengan basmalah. Kemudian wakaf. Kemudian baca awal surah.
4. Baca akhir surah. Kemudian wakaf. Kemudian sambungkan takbir, basmalah dan awal surah.
5. Sambungkan akhir surah, takbir, basmalah dan awal surah.  (Dalam satu nafas).
6. Baca akhir surah. Kemudian wakaf. Kemudian takbir. Kemudian wakaf. Kemudian baca basmalah bersambung dengan awal surah.
7. Wakaf di kesemua tempat. Baik selepas akhir surah, takbir dan juga basmalah.
.
Wallahua'lam.
.
.
.

Rujukan:
تقريب المعاني في شرح حرز الأماني في القراءات السبع
الوافي في شرح الشاطبية

Waktu bila wanita melayu bertudung labuh?

Kita cuba versi berbeza ye.
.
Mie lahir tahun 1950. Jadi umur Mie tahun ni 70 tahunlah. Bila Aiman Rasydan Wong tulis artikel berkait tudung orang melayu dalam THE PATRIOTS, jadi tertarik berbual balik dengan Mie. Sebelum ni dah pernah berbual tentang hal ini. Sebab kita pun pelikkan. Kata Mie;
.
Zaman Mie belajar di SMA Ampuan Fatimah dan Kulliah Padang Polo, Pekan. Sekitar tahun 1960an. Waktu itu, memang budaya pelajar wanita sekolah agama, pakai selendang nampak jambul. Hatta ustazah² sekalipun. Waktu ambil gambar kelas di kedai² cina, ustazah kelas sendiri akan free hair. Pelikkan? Tanya dekat Mie, memang tiada ke ustazah² yang pakai tudung penuh? Ada kata Mie, tapi seorang je, Ustazah Habsah, pengetua Kulliah Padang Polo ketika itu. Lulusan Kolej Islam Klang. Namun, waktu itu pelajar memang tak tahu kenapa Ustazah Habsah pakai tudung full begitu.
.
Ustazah Habsah ni isteri kepada Ustaz Taib, Mufti Pahang waktu itu. Ustazah Habsah juga kakak kepada Ustaz Mokhtar. Bagi yang follow krisis dalam Jemaah Alarqam, pasti nama Ustaz Mokhtar akan terpacul. Seorang tokoh ilmuan besar Negeri Pahang pada zamannya. Lulusan master dari Universiti Alazhar. Punyai hirarki yang agak tinggi dalam jemaah Alarqam. Namun, akhirnya berlaku krisis antara Ustaz Mokhtar dan pimpinan Alarqam, menyebabkan Ustaz Mokhtar bertindak keluar dari Alarqam pada Mei 1986. 
.
Tanya kepada Mie. Sebelum tu lagi, waktu kecil dulu bagaimana di Kampung Belimbing? Mie cakap yang pakai selendang tu ada, tapi sekadar tutup separuhlah. Masih nampak jambul.
.
Jadi tanya Mie, waktu bila mula budaya pakai tudung tutup sempurna ni berlaku di kampung Sri Makmur? 
.
---Maaf. Kita lapangkan dada. Lupakan dulu tentang masalah akidah jemaah Alarqam. Kita just fokus pada sejarah. Please, tukar mode kepada matang, rasional dan cuba fahami situasi ye---
.
Menurut pemerhatian Mie. Perubahan bermula bila "KEMPEN KESEDARAN" disebarkan oleh jemaah Alarqam, dalam tahun 1984. Waktu sebelum itu, memang budaya masyarakat memakai selendang nampak jambul. 
.
Suatu ketika di masjid. Mie bertemu dengan ustazah² dari Jemaah Alarqam. Mie tanya, kenapa pakai macam ni? (full tudung penuh). Ustazah tu jawab; "Inilah pakaian Islam". Kemudian ustazah tersebut jelaskan lebih teliti tentang aurat. Mie jadi tertarik. Dari situlah timbul kesedaran, Mie mula belajar untuk pakai tudung labuh. Kata Mie, tudung labuh pun dah mula dijual ketika itu. Mie masih bekerja dengan FELCRA. Jadi ramailah pula staf² yang tertarik dan puji dengan perubahan pakaian Mie. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit, makin ramai yang mula timbul kesedaran dan mula bertudung penuh.
.
Macam zakat untuk anak yatim yang kematian ayahlah. Cara nak bayar perlukan keizinan mulut dari waliyyul mal. Jika tiada, maka kena minta izin mulut dari qodhi. Tidak boleh jika mak bayar begitu sahaja. Dan izin tersebut perlu dilafazkan secara mulut. Cukup minta izin, nanti nak bayar zakat guna duit mak pun tidak mengapa. Situasi inipun jarang yang tersedar. (Rujukan: Al-bahru al-Wafi Wa an-Nahru as-Sofi)
.
Sebab tu penting GERAKAN KESEDARAN.

Sabtu, 16 Mei 2020

Lelaki Memandang Wanita dipandang

Lelaki. Tundukkan pandangan.
Perempuan. Elakkan dipandang.
.
إن النظر إلى محاسن المرأة سهم مسموم من سهام إبليس فمن تركها أذاقه الله تعالى طعم عبادة تسره..

"Sesungguhnya memandang kepada tempat yang elok dari tubuh perempuan itu seperti anak panah beracun daripada anak panah iblis (sangat segera membinasakan). Maka barang siapa meninggalkan ia kerana takutkan Allah taala. Maka Allah akan berikan kepadanya rasa nikmat dalam beribadah dan dia akan rasa suka beribadah.." -Hadis Sahih Riwayat Hakim.
.
عن علي رضي الله عنه: أنه كان عند النبي صلى الله عيله وسلم فقال: أي شيء خير للمرأة؟ فسكتوا، قال: فلما رجعت قلت لفاطمة: أي شيء خير للنساء؟ قالت: لا يرين الرجال ولا يرونهن. فذكرت ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: إنما فاطمة بضعة مني. 
.
"Daripada Saidina Ali.RA. Beliau bersama Baginda Nabi.SAW. Baginda.SAW bersabda: Apakah perkara yang paling bagus bagi seorang wanita? Para sahabat.RA diam. Saidina Ali.RA berkata: Ketika aku pulang, aku tanyakan kepada Saidatina Fatimah.RA (isterinya). Apakah perkara yang paling bagus untuk perempuan²? Jawab Saidatina Fatimah.RA: Mereka yang tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki. Aku ajukan jawapan itu kepada Baginda Nabi.SAW. Maka Baginda Nabi.SAW berkata, Fatimah.RA memang sebahagian dari diriku." -Ihya Ulumiddin.
.
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." - Surah An-Nur, Ayah 30.

يَعۡلَمُ خَآئِنَةَ ٱلۡأَعۡيُنِ وَمَا تُخۡفِي ٱلصُّدُورُ

"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati." -Surah Ghafir, Ayah 19
.
 إن الله كتب على ابن آدم حظه من الزنا ، أدرك ذلك لا محالة ، فزنا العينين النظر ، وزنا اللسان النطق والنفس تمنى وتشتهي ، والفرج يصدق ذلك أو يكذبه

"Sesungguhnya Allah menulis bagi setiap Anak Adam itu bahagian dari zina. Allah akan menghitungnya dengan pasti. Zina bagi mata itu pandangannya. Zina bagi mulut itu kata²nya. Zina bagi hatinya itu cita² dan keinginannya. Dan kemaluannya-lah yang membenarkan zina yang hakiki itu berlaku atau tidak..."  -Hadis Riwayat Muslim.
.
.
.
Sumber:
إحياء علوم الدين
Penawar Bagi Hati.

Khamis, 7 Mei 2020

Saling berganding bahu.

Teringat masa banjir besar 2013. Petang tu naik air, esoknya satu Sungai Isap lumpuh. Dari Sungai Isap Damai, Perdana, Murni, Jaya, Sungai Isap 1 & 2. Rasanya sekitar Permatang Badak bawa ke Tanah Putih dah macam tengah laut.
.
Semua dah macam pelarian perang, berlari ke tempat tinggi. Penuhlah pusat² pemindahan dengan orang ramai. Hampir semua basah kuyup. Waktu itulah nampak semua berganding bahu. Ada yang jadi tukang masak, tukang cedok makanan, tukang angkat bantuan. Makcik² ada yang sukarela cuci jamban, cuci kelas, cuci dewan tempat penempatan sementara, cuci surau.  Ada juga yang hantar makanan guna jip. Bawa sampai pergi rumah ke rumah, edar makanan bagi yang tak mahu berpindah. Ada yang masak, hantar ke tempat² ramai tersadai. Ada yang pakat angkat kereta, sebab kereta halang laluan. Masa mula² tu dah tak boleh bergantung harap pada siapa². Kena pandai² sendiri. 
.
Itu hanya secebis dari 1001 kisah. Dan sekarang, kita diuji dengan COVID-19. Sahabat² kita di hospital terpukang keletihan. Ada yang lain kumpul duit, untuk masak n hantar ke hospital. Ada yang bertungkus lumus cari database qaryah fakir miskin untuk bantu. Ada yang terpaksa urus sendiri mayat jemaah, sebab tak boleh ada perhimpunan ramai. 
.
Jadilah sebiji benih yang bermutu. Di campak ke laut menjadi pulau, di campak ke darat menjadi bukit. Kita bantu saudara mara, jiran tetangga n sahabat handai mana termampu. Ujian minggu kedua ni dah mula beralih kepada bab kebajikan.
.

Kita diuji: Hakikat bantuan Allah semakin hampir.

Kita diuji: Hakikat bantuan Allah semakin hampir. 
.
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ
.
.
" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).."

Surah Al-Baqarah, Ayah 214
.
.
Ketika menafsirkan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir membawakan satu lagi ayat lebih kurang;
.
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرࣰا

" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.."
.
(Sekali lagi ditegaskan): " bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..."
.
-Sura Al-Sharh, Ayah 5-6
.
.
.
.
Wallahua'lam

#SikitLagiBantuanAllahAkanSampai
#IstiqomahkanBersabar
#SungguhkanBerdoa
#WabasyirisSobirin

Setiap penyakit Allah sertakan ubat

Rasulullah.saw bersabda: 
ما أنزل الله داء إلا وأنزل له دواء.
.
" Tiada diturunkan Allah akan penyakit melainkan diturunkan baginya ubatnya " - رواه البخاري
..
Sabda Rasulullah.saw.
إن الله لم ينزل داء إلا أنزل له شفاء ، علمه من علمه وجهله من جهله
.
" Sesungguhnya Allah tidak turunkan akan penyakit melainkan diturunkan baginya ubat. Diketahui akan penawar orang yang diajarkan akan penawar, dan jahil (tidak ketemu penawar) akan dia bagi orang yang dijahilkan (tidak ketemu penawar) akan dia" - مسند الإمام أحمد
.
.
Khulasoh: Penawar tu ada. Cuma ketemu tak ketemu. Moga Allah temukan kita dengan penawar bagi wabak Qorona ini. Allahul Musta'an.
.
.
Rujukan: 
Bughyah at-Tullab li murid makrifati al-Ahkam bi as-Sowab.

Beza istilah 'WAJIB' dalam ILMU TAUHID-FIQH-TAJWID.

Teringat dalam satu pengajian. Kelas dewasa. Ada seorang makcik (namakan Makcik A) yang tidak berhenti di satu tempat wakaf. Adalah makcik lain yang berbunyi (namakan Makcik B). Ceritalah kaedah umum dalam Ilmu Tajwid. Makcik B tak boleh terima 😅.. Aduss, camne nak buat. Alhamdulillah Allah beri idea, minta al-Quran yang makcik A tu baca. Adukan dengan al-Quran yang makcik B baca. Tunjuk kepadanya, satu mushaf tanda waqaf lazim (wajib berhenti) n satu mushaf tanda wakaf jaiz (harus berhenti). Alhamdulillah, kebetulan beberapa hari sebelum tu, Tok Ayah ada terang beza istilah wajib dalam Ilmu Tauhid dan Ilmu Usul Fiqh. Dan kebetulan, memang tempat tu khilaf dalam ilmu Tauhid pun boleh tahan hebat, sehingga mewujudkan dua firqoh berbeza. Semua berkait wakaf.
.
DALAM USUL FIQH: Istilah Wajib merujuk buat dapat pahala, tinggal dapat dosa. Contoh wajib tunaikan solat.
.
JIKA DALAM TAUHID: Istilah Wajib merujuk "mesti ada". Contoh 20 sifat wajib bagi Allah. Jadi maksudnya 20 sifat yang mesti ada pada Allah. Bukanlah bermaksud Allah itu berdosa kalau tiada sifat tu.
.
JIKA DALAM TAJWID: Istilah wakaf yang wajib (lazim) tu ijtihad dari imam² (ulama²) kita. Dasarnya dibina dari kefahaman terhadap makna ayat. Kerana itu, berlainan mushaf maka berlainanlah tanda wakaf lazim. Kerana berbeza ijtihad imam. Namun tak dinafikan, orang awam seperti kita, yang tidak mengerti tafsir ayat, terlebih baik follow je ijtihad para imam ini. 
.
Dari sini juga asbab lahirnya banyak khilaf. Contoh mudah. Perbezaan method antara Ulama Salaf dan Kholaf. Khususnya dalam ayat 7 Surah Ali-Imran.
.
 ما قاله أئمتنا من أنه لا يجوز الوقف على كلمة كذا وكذا إنما يريدون بذلك الوقف الاختياري الذي يحسن في القراءة ويروق في التلاوة ولا يريدون به أنه حرام أو مكروه إذ ليس في القرآن الكريم وقف واجب يأثم القارىء بتركه أو حرام يأثم القارىء بفعله ، لأن الوصل والوقف لا يدلان على معنى حتى يختل بذهابهما ، وإنما يتصف الوقف بالحرمة إذا كان هناك سبب يؤدي إليها فيحرم حينئذ ، كأن قصد القارىء الوقف من غير ضرورة على لفظ " إله " أو على لفظ " لا يستحي " أو على لفظ " لا يهدي " في قوله تعالى : ( وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ ) المائدة / 73 , ( والله لاَ يَسْتَحْيِي مِنَ الحق ) الأحزاب / 53 , ( والله لاَ يَهْدِي القوم الفاسقين ) الصف / 5 . وما شابه ذلك مما تقدم ذكره في الوقف القبيح إذ لا يفعل ذلك مسلم قلبه مطمئن بالإيمان .
وفي هذا المقام يقول الحافظ ابن الجزري في المقدمة الجزرية :
وليسَ في القرآن مِنْ وقْفٍ وجَب ... ولا حرام غير ما له سَبَبْ 
.
.
Sumber:
هداية القاري إلى تجويد كلام الباري

Simpan nombor² fon penting.

Sebab kemahiran mereka. Baik dalam Ilmu mahupun kemahiran. Antaranya nombor Ustaz Lah Foresik HTAA. Ustaz Lah ni ngaji kitab dekat pondok Tok Ayah, dalam masa sama jaga bahagian forensik (rasanya sekarang dah tukar ke bahagian psikiatri). Jadi kemahiran n ilmu tu memang integrasi.
.
Serius, sangat penting. 
.
Teringat beberapa tahun lepas. Orang tua tak berani masuk, jadi panggil orang² muda. Mula² berdepan, memang target dah, ni special kes, tak lepas ikut step dalam kitab. Terus panggil Ustaz Lah. Waktu tu Ustaz Lah tengah kerja, minta datang juga, walau lambat. Tunggu dalam bilik mandi mayat, sebab tak nak bagi kaum keluarga n jemaah fikir bukan². Lama tunggu, Ustaz Lah sampai. Terus minta Ustaz Lah lead. Alhamdulillah, memang puas hati. 
.
Mula² sampai Ustaz Lah check jenazah, kemudian beritahu organ² asas yang perlu kenal. Mana yang sensitif n tak boleh basuh beria. Kemudian baru Ustaz Lah urus. Bagusnya, Ustaz Lah boleh petik apa dalam kitab n tunjukkan realiti bagaimana. Macam dalam kelas amali. Siap pakej ceramah cara mandi jenazah lain² kes lagi. Tapi klu asas dia, ratakan air seluruh badan-lah.
.
Bagus bagi yang nak panggil buat kursus jenazah di tempat masing². Nah simpan nombor ni: +60 18-374 4617 (Ustaz Abdullah HTAA).

Cara menterjemah.

Teringat waktu rasmikan MALTAF (Maahad Azhari Li Tafaqquh Fiddin) di Hayyu Sabi'. Dalam tahun 2010/2011 begitulah. Duta Malaysia ketika itu Dr.Fakhruddin. Doktor ada cerita tentang thesis PhD yang Doktor buat tentang pondok² di Malaysia. Doktor  buat di US rasanya. Tajuknya dalam English. Jadi doktor nak terjemah nama pondok tu kepada English. Tapi pensyarah omputeh melarang. Katanya, kalau guna nama lain, takut lari dari murod sebenar. 
.
Teringat antara perkara yang Tok ayah selalu berbunyi. Dalam jual beli kita ada istilah ijab dan qobul. Qobul maksudnya 'terima', tapi kita juga jumpa istilah qobad, juga maksudnya 'terima' dalam bahasa kita. Bezanya, qobul terima dengan mulut n qobad terima dengan tangan.
.
 Afdhal dalam istilah fiqh merujuk satu perbuatan yang pahalanya lebih lagi dari sunat biasa, namun kurang sedikit dari taraf wajib. Kalau diberi pilihan nak terjemah ke bahasa melayu, istilah apa kita nak guna? Kerana itu terbaiknya, gunakan istilah arab yang sama. Kemudian berikan dhobit atau nota kaki keterangan di bawah. Boleh biasakan masyarakat dengan istilah arab, taklah jadi canggung bila dengar lain kalinya.
.
Teringat ada seorang pelajar yang baca al-Quran. Dekat akhir pengajian baru perasan, rupanya dia tidak gunakan tulisan arab. Dia baca yang dieja dengan Bahasa Melayu. Sebab memang tak perasan, tak ketara bezanya. Teringat kalam Habib Ahmad al-Maqdi, ianya dilarang untuk eja al-Quran menggunakan tulisan lain. Lantaran dalam al-Quran ada syiddah, ghunnah yang kita kena raikan. Dan ianya tak mampu diterjemahkan ke bahasa lain.
.
Teringat seorang teman beritahu. Sewaktu kulliah, Doktornya beri pandangan. Pelajar melayu kena hafal teks n jawab imtihan ikut teks tu. Sebab kalau ikut buat ayat sendiri, rasanya ramai yang dah murtad..😅.

Antara soalan tajwid yang payah betul nak jawab;

"Ustaz ni kata begini, tak tahu mana satu nak ikut"
.
Payah. Satu sebab nak beritahu apa yang kita belajar berbeza dari itu. Kedua, nak elak pelajar tadi merendahkan ustaz tadi. Jadi, nak pilih ayat cakap tu payah betul. Selagi boleh ihtimal, kita cubalah. "Mungkin maksud ustaz tu begini". Atau paling kurang, "Wallahua'lam, tak pasti yang tu" (sambil bawa pelajar itu ke sumber primer). Namun paling penting, ingat pesan Habib Ahmad al-Maqdi: تعلم لا أدري كما تتعلم أدري. "Belajarlah berkata Aku tak tahu, sepertimana kamu belajar berkata aku tahu". (Jika kita memang tidak tahu). Itu amanah ilmu.
.
Kalau dalam dunia fiqh mudah. Sebab yang fahamnya ramai. Bila berlaku satu percanggahan, just buka kitab muktabar dan tunjukkan. Ikutlah asatizah manapun, akan "sukut" dari berjidal, sebab nas dah ditunjukkan depan mata. Namun kalau bab tajwid agak sukar, kerana ramainya ambil dari mulut guru. Jadi tak ramai yang terdedah dengan nas yang primer.
.
Teringat masa di Shoubro. Kalau kelas Syeikh Khalid tu. Waktu subjek qiraat. Memang akan dengar sokmo syeikh sebut: "هات الدليل" (Berikan aku dalil). Maksudnya, datangkan petikan dari Matan Jazari apa yang kamu dakwa itu. Walaupun betul, dia tetap salah sebab tak dapat datangkan dalil. Ada teman sepengajian, umurnya dalam 60 tahun. Kena tarik janggut dengan syeikh, sebab tak dapat datangkan dalil. Walaupun jawapannya betul.
.
Dalam tajwid. Antara paling haru, bila hujjah tu dikuatkan dari kitab terjemahan melayu. Kitab terjemahan ni sekadar nak jadi instrumen mengajar bagus. (bukan menghina. Tapi kalau tak berterus terang takut tak faham), tapi kalau sebagai rujukan, better elak. Sebab banyak jatuh, dan tidak ditahqiq oleh ramai ulama. Lepas tulis, terus cetak. Tapi kalau sumber muktabar macam Muqoddimah Jazari. Yang tu dah ditahqiq, disemak malah dijadikan rujukan ribuan ilmuan dalam bidang al-Quran. Malah ditoba' (dicetak) oleh macam² matbu'ah (syarikat percetakan). Sejak Imam Jazari susun kitabnya An-Nashr atau matannya Toyyibah lagi (wafat 833h). Sebab tu, cukup dengan petik dari matan jazari, ulama' kita dah puas hati dengan jawapan kita.
.
Syahadah 30 juz atau pernah tasmik hafalan 30 juz bukanlah tiket, untuk mahir tajwid. Teringat dalam tahun lepas. Berbual dekat seorang sanbae, beritahu satu tempat tu boleh baca solat terawikh satu malam satu juz. Sanbae balas: "Dari sudut ingat tu bagus. Cuma dari sudut tajwid banyak lagi kena perbaiki". Teringat kata² seorang guru terhadap muridnya: "Kalau ana tekan dekat tajwid enta, memang tak lepas tasmik ni. Nak ingat lagi. Nak perbetul tajwid lagi". Ada tempat tekankan tajwid ketika menghafal, ada tempat pejamkan sebelah mata bab tajwid. Walau tak nafi, yang bagus bacaannya tu ramai.
.
Kerana itu penting Talaqqi Musyafahah satu al-Quran. Perbetulkan tajwid sahaja. Ikutlah pengkhususan apapun kita. Bagi sahabat² yang masih di Ardil Kinanah, gunakan peluang yang ada. (Sejak Arab Spring, ramai juga syeikh dari Timur Tengah yang menetap di Malaysia. Kuantan ni pun ramai. Syeikh yang mutqin bacaannya lagi bersanad). Kalau dapat, habiskanlah talaqqi Hafs 'an Asim 30 juz paling kurang. Bagi teguh sikit tapak berdiri. Sebelum nanti anda ditanya: 
.
"Ustaz ni kata begini, tak tahu mana satu nak ikut"..😂😂
.
قال ابن المبارك؛
الإسناد من الدين ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

Orang Seni

5 APRIL 2020: Jadi ralik pula follow Begitu Begini DJ Nazz 2-3 hari ni. Soalan DJ Nazz bukanlah sarat dengan 'wow factor', tapi berjaya membawa kita menjiwai life orang yang dia berhadap cakap. 
.
Jadi, kita dapat 'rasa' perjalanan hidup satu² artis tu. Artis ni manusia seni, jadi bila mereka ceritakan view mereka tentang falsafah kehidupan, penghayatan mereka tentang alam. Dia jadi indah. Sangat menarik. Walau tak semestinya betul. Bak kata Ramli Sarip, kita dapat rasa 'soul' tu. Biasanya, itulah yang dicari bila manusia makin berumur.
.
Suatu pertanyaan. Mulanya mungkin kita tak nampak n tak faham sangat. Kenapa M.Nasir? Tapi bila hayati juga temubual² bersama lagend² yang lain. Kita akan faham, kenapa kerja tangan M.NASIR sangat dikagumi manusia²  yang berada di pentas seni.
.
Bila dirangkum. Rasanya kita akan terperasan. Seni dan tasawwuf ni tak jauh sangat berbeza. Sampai kita terdetik, adakah mereka adik beradik? Atau pernah di bawah satu bumbung pengajian? Ermm..

Scammer musim COVID-19.

Beberapa bulan lepas. Ada kawan mengeluh dalam group. Kena scam. Ada pegawainya wasap, minta dahulukan duit dia dulu. Urgent katanya. Waktu tu dia People In Charge untuk satu tugasan. Profile picture semua sama dengan pegawainya. Cara panggil semua. Memang tak perasan. Lepas transfer n lepas beberapa hari, dia terjumpa pegawai tu rasanya. Sembanglah pasal transfer tu. Sekali pegawai tu beritahu, dia takde pun berhubung dengan kawan tu, jauh sekali nak minta dahulukan transfer duit. Ah sudah.. Kena game lah camtu. Bila tanya dalam group, rupanya bukan dia seorang yang terkena. Cuma bezanya, scammer tu tukar² profile picture.
.
Beberapa minggu lepas kan ada viral scammer musim COVID-19. Tak sangka nyaris pula berlaku pada teman² kita sendiri. Pelik juga kan. Macam mana dia boleh hack dan apungkan duit dalam akaun bank kita? Just tunggu TAC je.
.
Teringat dulu. Ayah pun nyaris kena. Orang tu minta bank in duit. Ayah buat trick nak jumpa bagi cash personal. Mula kata kat KL, ayah kata ada adik KL. Dia tukar duk Sabah, Ayah kata takpe, boleh ke sana. Kemudian terus letak.
.
Ada sorang kenalan begitu juga. Tapi dia jenis gedebe sikit. Dia menjerit kata nak tambak dengan senapang. Terus orang tu letak..😂😂
.
Waktu banjir besar 2013 dulu. Ada yang bawa bot tepi² rumah. Mencuri ikut atap. Yang pecah masuk Tunas Manja usah ceritalah. Macam² sketsa waktu ujian. Ni scammer waktu COVID-19 pula.
.
Tengah tulis ayat akhir ni. Dan² mesej scam masuk 😂😂..

Amanah dan Tanggungjawab.

Bila terbaca status Ustaz Nazrul Nasir, kasihan pula, ujian buat Ruwaq Jawi Mesir. Hanya doa mampu dikirim, moga dimudahkan urusan mereka.
.
Kalau sekadar nak talaqqi. Insha Allah boleh saja terus ke Ruwaq Atraq, Mudoyyafah, Sahah Yamani, Zawiyah Syeikh Mahmud, Masjid Khazandarah. Macam² kelas habaib dan masyaikh. Malah yang buat khususi dengan masyaikh juga ramai. Mungkin guru²  fikirkan tanggungjawab, fikirkan ramainya mubtadien yang mungkin tak boleh hadam kitab² tinggi, perlunya manhaj yang mesra dengan Abnaul Jawi. Maka tak dapat tidak, kena dibuat satu madrasah yang dipantau muqorornya oleh murabbi. Mungkinlah Insha Allah.
.
Dulu di rumah Pahang pun hadapi masalah sama. Ikutkan lebih selesa pergi ke tempat Habaib atau masyaikh mengajar. Tapi guru pesan, "tanggungjawab". Kerana itu, usaha bina madrasah bermula. Walaupun bukan mudah, banyak juga likunya.  Alhamdulillah berkat panduan guru, kegigihan teman², keikhlasan Habib, pertolongan sanbae². Alhamdulillah lahirlah Bait as-Safra di Abbas Aqqad. Di Asyir, sustain-kan kelas Habib Ahmad dengan Kitab al-Yaqut an-Nafis, ar-Risalah al-Jamiah.
.
Alhamdulillah. Selalunya kos dapat cover dengan kutipan yuran. Tapi, adakala tak cukup juga. Alhamdulillah, dikelilingi teman² yang sanggup korbankan duit makan² di Bang Boby/ Bariklana/ Khaizuran.. Tolong tampung mana tak cukup. Kalau tidak, jenuh jugalah bersilat cari dana. 
.
الحمد لله بنعمته تتم الصالحات.
.
Teringat masa nak balik. Hujung tahun 2014. Balik sorang. Sambil tunggu Fly Emirate, dekat airport view. Coret tentang hal ini, hati bimbang apa akan berlaku setelah itu. Tapi bak kata teman baik², semuanya dah dalam taqdir Allah. 
.
Bila balik Kuantan. Dapat khabar tertubuhnya Ruwaq Jawi, lepas tu dapat berita Kerajaan Pahang dah tanggung Pengajian Habib Ahmad al-Maqdi. Alhamdulillah. Walaupun rasa macam nak balik semula, duduk bersimpuh sekali. Tapi sekurangnya rasa lega, untuk part kita, kita dah usaha tunai hajat guru (walau banyak kekurangan). Kali ini giliran yang lain pula lunaskan tanggungjawab mereka, dan Alhamdulillah, mereka berjaya buat lebih baik lagi. 
.
Bolehlah tidur dengan nyenyak. Erm.. Tapi tak ngantuk pula.

Pengaruh pakaian.

Teringat Syeikh Dr.Yusri Rushdi. Waktu biasa, syeikh akan pakai suit lengkap. Kemas. Sesuai dengan imej dirinya seorang doktor merangkap ketua jabatan di sebuah hospital. Tapi bila berada dalam halaqah pengajian di al-Azhar, Syeikh akan bertukar mengenakan pakaian seorang ilmuan. Dengan memakai imamah merah putih al-Azhar. Sesuai dengan imej seorang yang diiktiraf oleh Syeikh Ali Jum'ah, untuk diambil ilmunya. Adakala yang lain, ketika membaca kitab di masjidnya di Jabal Muqottam, atau ketika jaulah ilmiah ke Humaisarah. Syeikh akan mengenakan jubah beserta serban yang berekor. Sambil menyelempangkan rida'. Sesuai dengan imej seorang pemimpin dalam Tariqah as-Syazuliah as-Siddiqiah. Penampilan syeikh membuatkan Haibah dan wibawa seorang ilmuan jelas terpancar. 
.
Malah Imam Malik.rh juga begitu. Menurut al-Imam Qutaibah “Dulu saat kami belajar dengan Imam Malik, beliau akan keluar menuju ke majlis pengajian dengan berhias, bercelak mata dan mengenakan wangi-wangian. Beliau menggunakan pakaian yang sangat baik. Majlis ilmu Imam Malik merupakan majlis ilmu yang penuh dengan kemuliaan dan menjaga adab. Imam Malik ini merupakan seorang lelaki yang berwibawa dan cerdik.” 
.
Teringat sewaktu pengajian di Dar al-Hasani di Bawwabah. Sidi Lokman biasanya akan mengenakan ketayap Syeikh Mutawalli Sya'rowi. Ketaralah masyrob (ambilan ilmunya) dari ulama Mesir. Namun sebaik habis kelas dan tahu gurunya Sidi Yusuf Bakhour al-Hasani datang. Sidi Yusuf pula berpakaian biasa. Sidi Lokman akan masuk ke bilik, dan keluar dengan berpakaian biasa, yang matching dengan pembawakan Sidi Yusuf. Jika tadi Sidi Lokman yang banyak bersuara, tapi bila Sidi Yusuf di sisinya, Sidi Lokman hanya diam, hanya sesekali ketawa bila Sidi Yusuf berjenaka. Ihtiromnya seorang murid kepada Sang Guru. 
.
Sumber: IKIM.FM.

https://gempak.com/artikel/34783/kemeja-putih-lengan-dilipat-perunding-imej-ini-kongsi-maksud-di-sebalik-penampilan-pm?fbclid=IwAR07QheuQfqZc4tYSqrLMUhSwXL7qOzO2bZtsOM0cqdLCGOLHENC9GSN9T8

Anak Syurga yang disayangi Allah.

Suatu waktu dulu. Pernah duduk dalam satu program anjuran teman, di Pantai Balok. Bersama dengan anak² yatim. Sewaktu duduk dalam halaqah, bawalah satu topik. Tapi entah bagaimana, terpetik hal sensitif.  Memang silly mistake. Wajah adik² dah berubah. Teman yang ada sekali tertunduk, tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah, Allah campakkan ilham untuk share pengalaman kehilangan arwah Abang Zie. Letakkan kami dalam situasi yang sama. Bawakan dari sudut positif. Alhamdulillah, ada yang senyum. Habis halaqah, teman (junior lelaki) beritau. "Saya pun tak sangka abang boleh cakap pasal hal tu 😅".
.
Waktu diploma dahulu, pernah join sahabat buat program di sebuah penempatan asnaf. Dalam program tersebut, ada seorang adik yang agak hyper-aktif. Ligat berlari sana sini. Lompat sana sini. Mulanya bimbang juga, takut jadi apa². Tapi teman sempat berbisik, katanya adik ini yatim piatu. Mak dan ayahnya dah tiada. Terus sudut pandangan berubah, hanya mampu tersenyum dengan telatahnya. Kuat kamu dik, kecil² Allah dah uji.
.
Ada seorang adik syurga. Ayahnya sangat sayangkan dia. Apatah lagi hanya dia seorang lelaki. Sewaktu ayahnya masih ada, ayahnya berusaha telefon dan adakala datang dari jauh, semata² nak tanya tentang maahad tahfiz yang bagus untuk anaknya.  Ayahnya carring sungguh dengan biah sekeliling anaknya ini. Ayahnya selalu beritahu, dia nakkan tempat yang bagus untuk tarbiah anaknya, bukan semata² menghafaz. Anaknya ini agak hensem. Jadi sewaktu di sekolah rendah adalah budak² perempuan yang mengorat. "🧑_ _ _ ni comellah". Bila tahu hal tersebut, ayahnya terus hantar anaknya ke sebuah maahad tahfiz yang mengasingkan pelajar banin dan banat. Ikhtilatnya terjaga. Sewaktu balik kampung, ayahnya selalu bawa anak syurga ini ke masjid, jadi bilal azan. Ayahnya selalu sebut, itulah harta yang dia ada, buat doakan dia di akhirat sana. Takdir Allah, Allah ambil nyawa ayahnya dalam usia yang masih muda. Sewaktu khidmatnya diharap masyarakat. Sewaktu anak²nya masih kecil.  Tak boleh lupakan dialog antara dua beradik, anak² almarhum. sebaik selesai bacaan Yaasin dan Tahlil;
.
'Ana (saya) rindu Baba'
'Semua orang rindu Baba'.
..
عن أبي أمامة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “من مسح رأس يتيم لم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات، ومن أحسن إلى يتيمة أو يتيم عنده كنت أنا وهو في الجنة كهاتين، وفرَّق بين أصبعيه السبابة والوسطى”.
.
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
.
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Belajar dari Riyadus Solihin.

Uniknya kitab ini kerana kitaran isinya berkisar tentang kehidupan kita. Sesuai sangat dengan nama kitab. Setiap tajuk dibekalkan dengan Ayat al-Quran dan Hadis Nabi. Bagaimana halusnya Imam Nawawi mengajak pembaca beramal. Adakala Imam Nawawi letakkan nas berbentuk tarhib (menakutkan), adakala Imam Nawawi letakkan nas berbentuk targhib (berikan pengharapan). Jadi Tolibul Ilm yang tadinya rasa takut, cemas dan cuak dengan sifat Allah yang Maha Menghukum. Kembali lapang, senang hati dan tenang dengan sifat Allah yang Maha Pengampun.
.
Teringat guru waktu diploma dahulu. Ustaz Hamizi bin Abd Ghani (Antara pengasas kepada Madrasah Kubang Bujuk di Terengganu. Antara pelapis awal program syahadah di Malaysia). Suatu pagi ahad ada gotong royong. Pagi tu Ustaz Hamizi yang handle. Ustaz Hamizi tak berikan terus arahan atau agihan tugas. Tapi Ustaz Hamizi mulakan dengan Kalam Targhib (untuk menggemarkan). Ustaz Hamizi bawakan kisah², bagaimana anugerah Allah beri bila seseorang itu berkhidmat. Teringat lagi antara kisahnya. Ada seorang pelajar tahfiz yang bermusafir, dalam perjalanannya dia singgah di suatu musolla. Dia terdetik untuk khidmat bersihkan musolla tersebut. Sebaik selesai khidmat, dia solat. Ketika salam pertama, dia rasakan sebahagian al-Quran lekat di ingatannya. Salam ke kiri sebahagian yang lain pula hinggap di ingatannya. Allah punya kuasa, berkat keikhlasannya berkhidmat menjaga rumah Allah. Allah beri dia ingat al-Quran. 
.
Ada beberapa lagi kisah yang Ustaz Hamizi ceritakan. Jiwa sanubari pelajar terus jadi berkobar² nak khidmat pagi tu. Bila Ustaz Hamizi tanya "Insha Allah?" spontan pelajar sambut "Insha Allah !". Jarang pelajar jadi suka gotong-royong.
.
Pesan guru. Antara syarah kepada Kitab Riyadus Solihin yang wajib ada pada tolibul ilm ialah Dalilul Falihin dan Nuzhatul Muttaqin.
.
10 hari sebelum berakhir PKP fasa 3. Moga Pandemik ini berakhir dengan cepat dan sarat dengan hikmah yang indah lagi bermanafaat.

Tinggalan mereka masih membekas.

Teringat pengajian Habib Ahmad al-Maqdi dulu. Ikutkan dars sepatutnya diisi dengan Kitab² Fiqh. Tapi Habib tetap akan selitkan kitab² lain. Antaranya Kitab Mukhtasar al-Fawaid al-Makkiah. Ringkasan kepada Kitab al-Fawaid al-Makkiah. Jika Kitab al-Fawaid al-Makkiah sesuai untuk rujukan, Kitab Mukhtasar-nya pula sesuai untuk dipelajari dengan guru. Subhanallah, suatu saat kita akan rasa kitab ni sangat² penting lagi berguna. Terutama bila berada jauh dari masyaikh. Ia akan jadi benteng dan bimbing kita untuk faham polemik dunia ilmiah dan bagaimana cara kita nak lalu dengan selamat. Allah³.. Rasa macam ada guru yang bimbing.
.
Teringat kata Habib Ahmad dulu. Waktu tengok kami gelojoh keluarkan pendapat. Sambil melawak, Habib kata; "Kamu nampak apa berlaku? Kamu nampak hanya dari tingkat satu, Ulama nampak dari tingkat 3..". Kami gelak je lah. (Ilmu amat² mempengaruhi cara baca kita terhadap sesuatu masail. Apatah ianya diambil dari petunjuk al-Quran dan bimbingan al-Hadis).
.
Kalau perati susun atur Kitab Mukhtasar al-Fawaid al-Makkiah, walaupun musonnifnya telah wafat sekitar 106 tahun yang lalu. Tapi fawaidnya tu masih sangat relevan buat bekalan kita semua sampai sekarang.
.
Ada empat alat mesti ada untuk dapatkan ilmu. Dan setiap alat itu telah diperincikan lagi dalam Kitab al-Fawaid al-Makkiah. Ringkas;
.
1. Syeikhun Fattah. (Guru)
2. Aqlun Rojjah. (Aqal)
3. Kutubun Sihhah. (Kitab)
4. Mudawamah wa ilhah. (tekad)
.
Moga Allah berikan sebaik² ganjaran buat para Habaib dan Masyaikh kita.
.

Bagus. Teruslah menjadi patung.

Sedihnya rasa. Bila tengok gambar² Habib Ali, Habib Omar lalu di wall. Dengan pelbagai tuduhan, kejian dan makian. Allahul Musta'an. Moga Allah lapangkan jiwa guru² kita, memberi hidayah dan taufiq buat yang menghina mereka.
.
Guru kita Habib Ahmad al-Maqdi pernah tegaskan dulu. "Sebab apa semua ni terjadi? Sebab 'mereka' hebat? Tidak. Tapi sebab kamu yang malas. Kalau kamu murajaah apa yang kamu belajar. Kalau kamu menguasai apa yang kamu belajar. 'Mereka' takkan boleh berkembang".
.
"Di Tarim juga pernah berlaku hal ini. Apa Habib Omar buat? Habib Omar serang mereka? Tidak. Bunuh mereka? Tidak. Habib Omar tambahkan majlis2 ta'lim.  Cambahkan. Semakin hari semakin rancak. Sampai orang² awam di Tarim sendiri jadi alim. Bila semua dah jadi alim, dengan sendirinya fahaman ini berlalu pergi"
.
Mereka persoal idofat Kullu kepada bid'ah yang nakiroh? Ajarkan mereka Ilmu Nahu. Mereka persoalkan tentang fadhilat amal? Ajarkan mereka Ilmu Mustalah Hadis. Mereka persoal tentang amalan. Ajarkan mereka Ilmu Usul Fiqh. 
.
Bayangkan. Kalau semua ilmu alat dan maqosid dikuasai masyarakat. Rasanya apa yang akan berlaku? Tapi, sebab kita sendiri pun malas belajar. Teruskanlah bersilat. Sambil hanya mampu melihat Habaib kita ditohmah dengan pelbagai cercaan, dan kita... Langsung tak mampu nak buat apa². Sadis kan?

Belajarlah dari Habib Omar !

Dr.Syed Naquib al-Attas dan Islamisasi ilmu.

Sewaktu kehebatan tamadun Islam. Ilmuan kita menguasai kedua² ilmu wahyu dan ilmu sains (penyelidikan, pengalaman, pemerhatian). Namun berlalu masa, Ilmu Islam semakin terpisah dari Ilmu Sains.
.
Sekitar tahun 1970an, Prof Dr.Syed Naquib al-Attas antara tokoh utama di dunia yang mencetuskan idea gagasan Islamisasi ilmu. Sebelum dipopularkan oleh tokoh² seperti Prof Dr.Ismail al-Faruqi, seorang profesor di Temple University, Amerika.
.
Dr.Syed Naquib al-Attas antara tokoh pertama yang memberikan takrif konsep proses Islamisasi secara jelas ;
.
"Pembebasan manusia. Pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan. Dan selepas itu pembebasan akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme"
.
Dan tokoh ini masih ada lagi kini. Pengasas ISTAC IIUM. Dan kemudian mengasaskan CASIS UTM. Baca tulisan anak² muridnya pun dah feel lain. Falsafah dan cara pandang mereka terhadap ilmu berbeza sungguh. Nampak integrasi antara Ilmu Wahyu n Sains tu. Bertuah ada guru² kita yang berpeluang dibimbing beliau. Moga Allah merahmati Dr.Syed Naquib al-Attas.
.
.
Rujukan: 
Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed M.Naquib al-Attas.

Fuqaha' dan Muhaddisin.

Ceritanya, banyak negara pernah menjadi pusat tumpuan bagi pengajian hadis. Lantaran keberadaan tokoh Muhaddisin di situ. Madinah, Mesir, Syria dan termasuk juga India. Ada ulama yang masyhur, ada juga yang mastur (tersembunyi). Jika yang masyhur mungkin ramai kenal, tapi yang mastur kurang dikenali, mungkin yang kenal pun hanya mereka yang tamaqqun (menekuni) dalam hal ehwal dunia hadith sahaja.
.
Manhaj guru² kita dalam mengupas hadis juga berbeza. Saja gelar cara ahlul hadith dan cara ahlul fiqh. Jika ahlul hadith, setiap kali baca satu sanad, mereka akan bahas ilmu rijal. Bahas setiap perowi, apa nilaian dan kata² ulama tentang tokoh tersebut. Seperti yang biasa dipraktis Ustaz Khairul Azmi dalam pengajiannya. Best. Sebab kita boleh tahu nilaian Muhaddis² terhadap rijal dalam hadis tersebut. Juga mana satu nasikh dan mana mansukh. Mana satu yang dikuatkan jadi hasan lighoirih disebabkan bantuan hadis² lain.
.
Adapun toriq ahlul fiqh pula fokus kepada matan. Setiap satu matan,  mereka akan datangkan apa pandangan ulama Syafie, Ahnaf, Maliki dan Hanbali dalam hal tersebut. Suka sandarkan manhaj ini kepada style Syeikh Yusri Rushd. Best. Sebab kita boleh nampak perbezaan cara pandang setiap imam mazhab terhadap satu² matan hadis. Kita boleh faham mazhab² lain dengan lapang dada.
.
Rujukan:
Seorang Sanbae. Yang dulunya sangat menekuni dunia Hadith. Sukakan sastera. Pernah (atau masih?) aktif sebagai vlogger. Namun sekarang, obses dengan travel dan ambik keputusan menetap di negara EuroAsia. Warna-warni sungguh kehidupan tu.

Hukum melihat Mushaf al-Quran ketika solat.

1. Mazhab Imam Malik.
Solat Sunat: Harus (tapi kena tengok dari awal. Tak boleh kat tengah² baru tengok mushaf).
Solat Fardhu: Makruh.
.
2. Mazhab Syafie & Hanbali: Harus
.
3. Mazhab Imam Abi Hanifah: Harus.
Cuma ashab Imam Abi Hanifah je ada yang mukhalafah.
.
Hukum baca melihat handfon samalah seperti hukum baca melihat mushaf.
.
.
Irsyad al-Hukm:
Habib Akhiar al-Kaff

Masjid, Madrasah dan Maqbaroh (Perkuburan).

Masjid Alazhar terkenal disebabkan banyaknya kelas talaqqi yang disusun. Masyarakat boleh pilih kelas mana nak masuk. Ada kelas untuk yang mula nak belajar (Mubtadi). Jika Fiqh mungkin fokus kepada Matan Risalah Jamiah, Matan Abi Syuja', Safinatun Naja atau Zubad Ibn Ruslan. Ada kelas untuk pertengahan (Mutawassit). Fokusnya lebih kepada bincang masail, contohnya Muqaddimah Hadromiah, Syarah Yaqut Nafis. Ada juga kelas untuk yang dah mahir (Muntahi), contohnya baca Kitab Minhaj Tolibin Imam Nawawi.
.
Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Masjidnya hidup dengan pengajian. Pelbagai lapis jemaah datang mengaji. Ada peniaga bundle, penjaja, pemilik syarikat bas. Kelas pengajian ada banyak. Penduduk setempat akan pilih ikut kesesuaian. Ada 6 marhalah. Dari baca kitab jawi yang asas. Pertengahan. Sehinggalah kepada mengaji Kitab Arab Fathul Wahhab. Sangat² meriah. 
.
Masjid Negeri Pahang kita. Dari sudut silibus kelas al-Quran nya mantap. Disusun ikut kemampun. Ada kelas iqra, kelas tajwid, kelas pertengahan (tumpu makhraj dan sifat), kelas talaqqi, kelas hafazan, kelas Nahu-Saraf, kelas tarannum. Ikutkan dulu dah ada kelas Qiraat, tapi tiada sambutan waktu itu. Insha Allah, 2-3 tahun lagi mungkin dah ada sambutan, sebab ramai dah khatam kelas talaqqi.
.
Sebahagian masjid. Pengurusan, aktiviti dah mantap. Cuma muqorror (silibus) pengajian je kena lebih sistematik. Banyak masjid tumpukan unsur tazkiah (penyucian jiwa). Bagus. Cuma, itu hanya satu juzu dari Ilmu Fardhu Ain yang 3. Pengajian Fiqh dan Tauhid (Akidah) selalu terpinggir. Adakala dua minggu sekali, sebulan sekali. Sayanglah. Mungkin masjid kecil agak payah nak tiru seperti Masjid Alazhar, dipecahkan marhalah, sebab jemaah pun terhad. Tapi boleh tiru style pondok.
.
Di Pondok Sri Damai. Setiap minggu pasti akan lalu 3 ilmu fardhu ain tersebut. Isnin (Kitab Aqidatun Najin - Tauhid), Selasa (Kitab Sabil al-Muhtadin - Fiqh), Rabu (Kitab Hikam Jawi - Tasawwuf), Jumaat (Kitab Bughyah Tullab - Fiqh), Sabtu dan Ahad (Kitab Sairus Salikin - ada tiga²). Sekadar sebut kelas lepas maghrib. Jadi tamam (complete), ketiga² ilmu fardhu ain dipelajari. Selain Tajwid (untuk betulkan rukun qouli (bacaan) dalam solat). Baca kitab dari kulit ke kulit tanpa langkah bab.
.
Ilmu Fardhu Ain ni ilmu yang semua orang wajib belajar dan tahu. Jika tidak, dia tak lepas di Padang Mahsyar nanti. Masjid pula satu²-nya tempat tumpuan masyarakat jika nak berubah dan kembali kepada Allah. Jadi, tak dapat tidak. Masjid mesti jadi madrasah.
.
Teringat sewaktu sesi bersama Ustaz Lokman (Ustaz Pilot), seorang ahli muzakarah fatwa haji kebangsaan. Katanya. Antara sebab ustaz bertungkus lumus dalam hal ehwal haji ni ada dua. Pertama, sebab ustaz tengok cara ayahnya meninggal yang sangat husnul khatimah (ayahnya bekas pengelola Tabung Haji). Kedua, ustaz nak selamatkan "lubang kubur" jemaah. Kerana haji ini terlalu banyak masail yang terlibat, dan tak ramai yang mahir tentang hukum-hakamnya.
.
Jadikanlah Masjid sebagai Madrasah. Supaya 
 dapat selamatkan lebih banyak "lubang kubur" ahli qoryah kita.

Fiqh Syafie, Akidah Asyairah, Tasawwuf Imam Ghazali dan Generasi Y.

Teringat cerita seorang kepala mutollaah di Pondok Pasir Tumboh. Tok² guru, biasa muda² suka bergelumang ilmu Fiqh dan Nahu-Saraf. Tapi bila dah lanjut usia, mereka lebih gemar main dengan Ilmu Tauhid dan Tasawwuf.
.
Dalam tengah Sya'ban tempohari. Ibu ada tanyakan satu soalan, berkait dalil malam nisfu sya'ban, dipanjangkan dari muridnya. Spontan cakap tak tahu. Ibu tegur, tak boleh macam tu. Kena usaha juga cari. Sebab harapan orang. Jadi, cari jugalah. Kalau google memang mudah, berlambak jawapan. Masalahnya dari sudut keabsahan tu ke lautlah. Jadi buka web Dar Ifta (Majlis Fatwa) Mesir (lupa ke ada pdf kitab Maza Fi Sya'ban tulisan Syeikh Syed Alawi al-Maliki). Alhamdulillah ada cerita.
.
Betul juga. Terlalu mudah nak jawab, tak elok. Malas nak jawab dan tak usaha cari jawapan, pun tak elok juga. Bila ramai naqol pendapat bukan² kita bising, tapi untuk irsyad kepada maroji' yang muktabar kita malas. Kan pening tu. 
.
Mazhab Syafie, Akidah Asyairah, Tasawwuf Imam Ghazali ni sebenarnya sangat mudah dan sangat susah. Mudah kalau kita jenis boleh taqlid begitu sahaja. Just turut je lah apa yang ada dalam kitab. 
.
Susah? Sebab kita generasi Y. Generasi yang suka tanya "Why? (kenapa?). Sebab bila nak jelaskan kenapa ulama kita ijtihad begini dan begini, kita kena bahas ikut pelbagai disiplin ilmu. Bukan kata yang mendengar, yang nak menerang pun tak mahir. Sebab tu kata Mazhab Syafie, Akidah Asyairah dan Tasawwuf Imam Ghazali ni payah. Sebab tak ramai mahir ilmu alat. 
.
Tapi. Bagi yang mahir ilmu alat. Atau sekurangnya tahu dalil dan illah (alasan) sesuatu hukum itu diputuskan ulama. Patut bentangkan je depan masyarakat. Walau masyarakat tak faham ilmu alat pun. Sekurangnya, tidaklah tertanam dalam kepala masyarakat, bila nak tahu satu² hukum maka semata² tengok hadis: "Kalau hadis tu sohih boleh terima, selain sohih maka tertolak". Usul Fiqh, Qawaed Fiqh, mustalah hadis entah ke mana. Mudah sangat hidup. 
.
Kalau macam tu, tak perlulah nak dibezakan Muqollid (kita), Mujtahid Tarjih (Imam Ramli, Imam Ibn Hajar), Mujtahid Fatwa (Imam Nawawi, Imam Rafie) dan Mujtahid Mutlaq (Imam Syafie).

Perlukan sedikit masa.

Teringat lapan tahun lepas. Satu pagi, lepas subuh. Ada seorang parent call sambil menangis, beritahu anaknya liat nak solat (solat hujung waktu), nakal. Minta nasihatkan anaknya di kelas. Sampai di kelas, anaknya tidur di satu bilik, tak nak layan walau kawan² dan guru tariknya ke kelas. Bila tengok semua usaha keras dan pujukan yang lain gagal. Kita biarkan sajalah. Just doa dalam hati. Beri ruang dia bersendiri. Tidak lama, waktu kelas dah mula, tiba² pelajar tadi masuk kelas dan mula join sekali belajar, bila tiada yang paksa.
.
Waktu nak balik ardul kinanah. Ayahnya minta bawakan dia sekali. Kira jadi mandub-lah. Di sana saudaranya dah aturkan sebuah pusat pembelajaran. Setelah salam keluarga, urus check-in dan lalu imigresen. Ajak dia lepak² dekat kedai, kawasan terminal berlepas. Lama bergaul sepanjang perjalanan. Rasanya dia taklah senakal mana. Rasional budaknya, pandai bergaul dan understanding. Sampai sana, selepas hantar kepada saudaranya. Kami berpisah.
.
Beberapa tahun lepas tu. Singgah semayang di satu surau, sebuah sekolah agama. Baca di notice board, senarai pimpinan pelajar. Tiba² perasan satu nama, namanya, sebagai ketua pelajar.
.
Teringat berbual dengan seorang rodong. Katanya. Nakal² budak lelaki ni, bila umur dah masuk atas 20-an nanti, dia akan mula sedar. Diapun dulu, memang kaki panjat pagar asrama. Budaya dulu, kalau pelajar fly, biasa mereka pergi Cyber Cafe main Counter Strike. Sekarang hebat orangnya. Solat jemaah masjid pun tak tinggal.
.
Baru ni pergi walimah seorang teman qorib. Jumpa ramailah rodong², bawa dan main dengan anak. Ada satu ketika, anak seorang rodong main tanah atau adakala baling batu, bapanya tegurlah jangan main. Tersenyum sorang. Sebab teringat masa asrama dulu. Ada yang curi penunu bunsen makmal, sebab nak rebus sosej dan buat maggi dekat asrama. Sekarang, boleh didik anak dengan baik, boleh ajar mana betul dan mana salah. Ada ketika yang lain. Ziarah seorang rodong di tempatnya kerja, tunggu sekejap sebab tengok rodong tengah solat di stor. Sejuk hati, teringat kenakalannya waktu muda. Sekarang solat tak tinggal. Dah jadi usahawan berjaya. Siap ada rangkaian kedai lagi.
.
Teringat kata² Ustazah Pesah (SMA al-Ihsan) lebih kurang 15 tahun lalu. "Ustazah tau, budak muda ni selalu rasa dia betul dan orang lain salah". Sambil pandang muka kami sorang-sorang dalam kelas.
.
Teringat pesan guru, ilmu kena belajar, cara nak sampaikan ilmu juga perlu belajar. Imam Hasan al-Banna pernah nak hukum anaknya atas satu kesalahan, Saiful Islam tak silap. Waktu itu ada tetamu yang datang. Jadi dia panggil anaknya ke tempat tersorok. Lalu dia minta anaknya tadahkan tapak kaki, lalu Imam Hasan al-Banna ketuk dengan lidi. Kakaknya gelak, sebab memang tak sakitlah dan kelakar. Tapi sampai ke sudah nilai tarbiah yang Imam Hasan al-Banna terapkan tu, melekat dalam sanubari anak²-nya.
.
Teringat luahan Syeikh Rohimuddin. Tidak sedikit anak para Kiyai yang tidak mengikut jejak mereka. Padahal muridnya pula alim². Kerana Pak Kiyai itu terlalu fokus mendidik, melentur dan mengasuh murid²-nya, sehingga terlupa kepada anak²-nya sendiri.
.
Pesan Ustaz Ebit Lew, nak didik keluarga, kena selalu buat majlis ta'lim dalam rumah. Perlu hidupkan dengan amalan sunnah. Teringat seorang pelajar. Waktu itu masa dah suntuk, tapi dia tetap nak kejar markah yabg hanya 1-2% dari 100%. Cakap kepadanya, berapa peratus sahaja dari carring mark, tak beri kesan sangat pada markah keseluruhan. Bulat matanya memandang, sambil berkata.
.
"Ustaz. Mak saya pesan.. Jangan tinggalkan peluang walau kecil" (lebih kurang. tapi ayatnya lagi sedap).
"Oh.. Okey".
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
.
Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu, dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibu bapa nya lah yang mencorakkannya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi. (Hadis riwayat Bukhari)

Coretan 15 Ramadhan. Ustaz Ismail Kamus ibarat Permata.

Waktu di FELCRA Sri Makmur, sekitar 20-25 tahun dulu. Bila nak ke Pekan, Abi selalu sewa sebuah kereta Proton Saga putih. Dalam kereta itu ada kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus. Line radio memang tiada sepanjang jalan nak ke Sri Jaya. Jadi ceramah Ustaz Ismail Kamuslah yang jadi halwa telinga. Ceramahnya tegas, berani namun humor. Waktu itu jarang dengar ceramah yang berani².
.
Waktu di Kulliah STASAB. Air di asrama selalu tiada. Jadi pelajar selalu mandi dan terus solat di Masjid Padang Polo belakang asrama. Dalam masjid, belah kanan, ada rak al-Quran. Dalam tu jumpa sebuah buku bertajuk "Panduan Fardhu Ain" disusun oleh Ustaz Ismail Kamus. Masa tu belum pernah jumpa lagi kitab macam Sabil al-Muhtadin, Bughyah at-Tullab. Jadi bila belek, rasa teruja sangat. Sangat best. Cerita sangat detail tentang 'flow' teknikal satu² ibadah. Ustaz Ismail Kamus tunjuk satu². Apa step dan zikirnya. Sekarang kitab itu dah di-rebranding jadi "Indahnya Hidup Bersyariat". Tak pasti adakah isinya 100% sama atau tidak.
.
Waktu diploma di Tanjung Lumpor. Ada seorang teman qorib yang keluarganya ada masalah gangguan jin. Jadi satu Kuantanlah pusing nak cari Pengamal Perubatan Islam. Waktu itu search guna google dan Facebook belum terkenal. Waktu tu pula hujan lebat, sampai tak nampak jalan. Berjeruk usah cerita. Tapi dah darurat, redah jugalah. Apatah lagi, mengenang ke ujian yang teman sedang pikul. Macam dalam drama rasanya. Singgah di Masjid Alfatah Batu 3. Terbaca di notice board, iklan tentang Dar Salam milik Ustaz Ismail Kamus. Kemudiannya jumpa satu cd ceramah Ustaz Ismail kamus, berkait Perubatan Islam. Dalamnya ada satu istifadah yang sangat berguna, bagaimana cara nak hentikan laluan jin dalam badan, melalui pembuluh darah. Pegang betul apa yang Ustaz beritahu tu. Takdir Allah, lepas pada tu banyak pula ketemu kes histeria. Sebagai rentas awal, sebelum bawa kepada mereka yang ahli, cuba praktik apa Ustaz Ismail Kamus ajarkan tu, Alhamdulillah berkesan. Baca ayat kursi sampai habis, sambil tekan pembuluh darah di leher pesakit. 7 kalimah terakhir tu ulang banyak kali. Insha Allah pesakit akan kembali sedar dan pulih.
.
Waktu di Hayyu Asyir. Bilik di imarah Pahang tu di tingkat 4 (B303). Perjalanan balik dari Shoubro pula 2 jam naik bas hijau 26ج. Kalau naik tramco pula dalam sejam. Jadi bila sampai asyir memang lembiklah. Selalu transit dulu bilik rodong di tingkat 2 (A101). Dalam laptopnya banyak koleksi ceramah. Antaranya Ustaz Ismail Kamus. Ceramahnya jenis santai. Jadi sedaplah dengar. Terngiang analogi lucunya tentang pemain bola. "Mulanya bersungguh² kejar bola, namun bila dah dapat, ditendangnya pula. Kemudian dikejar balik"..hehe.
.
Salah seorang guru namanya Dr.Ahmad Irfan Ikmal Hisham. Kini dah mengajar di UMP. Masternya di University of Aberdeen, UK. Seorang yang sangat obses dengan sejarah. Seronok mendengarnya berceloteh tentang sejarah, khususnya tentang penemuan kubur lama di Pekan. Bagaimana masyarakat barat menghargai sejarah dan seni. Tentang keunikan lukisan "School of Athens” (1510) karya pelukis Rafael Sanzio. Lama bercerita, akhirnya dapat tahu, rupanya Dr.Irfan ni penyelaras DUN Gombak waktu Ustaz Ismail Kamus jadi wakil rakyat di situ. Jadi panjang pulalah ceritanya.
.
Dalam 15-19 tahun lepas. Waktu ziarah mak saudara di Ampang, Selangor. Beliau cerita, selalu follow pengajian khusus dengan Ustaz Ismail Kamus. Masa tu terujalah dengar. Sebab budaya tu jarang dengar tempat kita. Makcik² ikut kelas dewasa. Sekarang mungkin dah biasa budaya ni. 
.
Kalau perasan, dalam ceramah Ustaz Ismail Kamus. Ustaz adakala mention tentang gurunya Dr.Haron Din. Bila ada satu2 kes perubatan Islam yang ustaz tak dapat nak tangani, ustaz akan pass dekat Dr.Haron Din. Walaupun sebuah nama besar dalam arena Ilmu Islam, tapi waktu pengajian, Ustaz Ismail Kamus akan duduk bersila, tekun mendengar pengajian Dr.Haron Din. Ustaz Ismail kamus pernah cerita tentang seorang gurunya yang lain di singapura, istiqamah bangun malam qiamullail dan dikejutkan sekali keluarganya. Dari situ dapat cungkil, rupanya Ustaz Ismail Kamus memang pernah mulazamah, talaqqi kitab dengan guru² lama zamannya. Padanlah method penulisan Kitab "Panduan Fardhu Ain" boleh se-detail seperti Kitab Turath (berumur lebih 100 tahun ke atas). 
.
Alfatihah. 
.
Allahu Akbar. Berasa bimbang pula, bila ramai Orang Alim² diambil oleh Allah. 
.
.
#MalamJumaat. 
#15Ramadhan.