Jumaat, 21 Februari 2020

Madrasah Pertunangan

Fasa pertunangan ini fasa yang agak genting. Ibarat penghujung jambatan. Adakah sepanjang jambatan ini kita berjaya memelihara syariat Allah? Adakah kita berjaya memastikan ikatan ini tidak putus? Kerana itu fasa ini agak kritikal dan memerlukan pasangan bijak mengawal kenderaan. Jika terbabas, kemungkinan besar perhubungan kita tidak berkat. Atau boleh jadi Mahligai yang kita impikan musnah. Nauzubillah min zalik. Moga Nusrah Allah sentiasa bersama.

Sebelum berjumpa ibu bapa Cik Tunang pada 24 November 2019. Sempat berbual dengan teman yang dah berpengalaman. Ingatannya, "tempoh bertunang ni memang mencabar". Namun, lain orang lain pula ujiannya. Kalau teman ini ujiannya lebih kepada kebijaksanaannya mengawal bahtera. Aku pula mungkin lebih kepada ujian perasaan. Memastikan hati tetap sustain dengan sebelum 'rasa' itu wujud.

Waktu remaja dahulu. Waktu sekolah menengah dan khususnya ketika STAM di Kulliah. Perasaan ingin bercinta itu memang wujud. Apatah lagi ketika itu aku aktif bersukan dan kacaklah juga (bukan perasan, tapi tahaddus bin ni'mah..hehe). Tapi Maha Suci bagi Allah, Allah pelihara diriku dari terjebak dalam kancah tersebut. Dan saat paling nyaris adalah satu hari itu.

Ketika kulliah. Ada seorang wanita yang selalu usik aku, kalau ikut logik, gayanya macam minat kat aku. Aku tak pernah ada pengalaman bercinta jadi aku cuba nafikan, mungkin dia hanya nak main-mainkan aku sahaja. Dia sekelas denganku. Duduk di belakangku sebelah kanan dalam kelas. Tapi punyalah aku menjaga pandangan ketika itu. Aku tak pernah tatap wajahnya. Paling kuat, Aku sekadar tahu dia wujud. Itu sahaja.

Suatu hari aku keluar agak lewat. Dalam kelas hanya tinggal aku dan beberapa pelajar perempuan. Aku terdengar namaku disebut, aku buat² tak dengar. Sewaktu ingin melangkah keluar, suara memanggilku semakin jelas, aku menoleh tanpa melihat wajah mereka. Ada dua orang di belakang kelas. Sepertinya nak ajak dating. Perasaan aku ketika itu memang nak jumpa, tapi ada satu lagi perasaan supaya aku lawan. " Jangan buat maksiat !". Aku ikut perasaan keduaku, lalu kuatkan langkah keluar ikut pintu depan dan balik ke asrama. Sambil isi hatiku berdoa. "Ya Allah engkau tahu betapa aku nak sangat dating, tapi aku tinggalkan semua itu kerana Engkau. Ya Allah engkau berikanlah kepadaku wanita yang lebih² baik dan ianya isteriku yang sah, sebagai ganti aku tinggalkan maksiat ini".

Aku rasa itulah saat paling kritikal dalam hidupku, untuk memilih jalan maksiat atau menjaga syariat Allah.

Aku ada satu prinsip. Aku takkan bercinta sebelum kahwin. Aku takkan bercinta kecuali dengan isteriku yang sah. Aku juga berpegang pada melihat wanita tu walau muka dan bukan aurat pun akan berikan titik hitam pada hati. Mungkin prinsip ni yang menyebabkan aku tak pernah usya mana² pelajar wanita, jauh sekali nak ngorat, padahal rata² kawanku semua pernah try market n ada awek. Gaya pun taklah susah mana. Tapi itulah, 99% darinya end up dengan clash 🤣🤣. Kesian perempuan² tu.

Kalau dah jodoh kan.

Sewaktu belajar dan bekerja. Pernah ada wanita yang bertanyakan diriku, semuanya melalui pihak ketiga. Juga beberapa makcik dan pakcik yang merisikku untuk anaknya. Aku menolak dengan baik. Risau juga jika mereka terasa. 

Bagaimana boleh sangkut dengan Cik Tunang?

Petama. Sejujurnya aku pun tak tahu bila mulanya. Tapi bila cuba diingat kembali. Mungkin bermula dari suatu hari tu. Rasanya waktu Minggu Mafattih Mahabbah, waktu diploma.

Aku jenis suka pegang microfon n bercakap kat depan. Suatu hari aku bercerita di tengah² slot, bagi mengisi masa tak silap. Aku bawa satu cerita yang ikutkan lawak, tapi tak berapa lawak. Alu rasa ada yang ketawa ambil hati. Tapi Cik Tunang tak ketawa. Bila tengok mimik dia begitu, aku cakap "malaslah nak cerita, muka takde perasaan" sambil jeling ke dia. Cik Tunang lantas tersenyum. Itu je lah moment yang aku ingat. Sebab aku jenis jaga pandangan n memang tak pandang detail banat. Sekadar seimbas lalu.

Kedua. Biasalah. Bila sebut nama seseorang, expectation kita terhadapnya akan wujud. Ada banat yang bila disebut namanya, kita akan rasa aura peramah, gila², kuat bercinta, komitmen dengan tugas dan sebagainya. Namun Cik Tunang ini bila disebut namanya, aku rasa tenang n selesa.  Jika nama banat lain mungkin agak masyhur dalam kalangan banin. Khususnya yang jenis rajin mesej dengan banin. Kesian banat tu, mungkin dia tak tahu cerita tentangnya heboh. Takpelah, zaman budak² kan. Moga jadi kekasih Allah semuanya. Tapi Cik Tunang ini tiada apa² kontroversi. Tak pernah dengar dia mesej dengan banin. Jadi dalam kepala aku. Cik Tunang ini jenis budak baik.

Ketiga. Tak silap tahun 2010. Waktu sudah habis diploma. Waktu itu aku dalam bilik, laptop terbuka. Aku pernah di add friend Facebook oleh Cik Tunang. Ya aku ingat, aku approve. Waktu itu entah kenapa, hatiku berbunga sangat. Tapi takdelah fikir nak couple jauh sekali nak kahwin. Waktu muda kan, apatah lagi nak sambung belajar. Tapi itulah, itu kali pertama dan terakhir aku perasan kehadiran Cik Tunang di SocMed. Selang beberapa tahun, aku cuba juga cari dalam list friend, tak jumpa. Pelik. Telahan awal aku, mungkin dia dah nyah-aktif akaun kot. Lagi sekali gambaran dalam fikiranku muncul, Cik Tunang ni jenis budak baik, tak social.

Keempat. Tahun 2011 aku di Mesir. Sudah senior setahun. Waktu itu aku di bilik seorang teman. Junior setahun. Teman itu se-batch dengan Cik Tunang. Entah kenapa, mungkin waktu tu topik kahwin kuat sangat. Aku tahu Cik Tunang ke Mesir. Tiba² aku rasa suka dekat Cik Tunang. Pelik kan? Aku terus berdoa kepada Allah. "Ya Allah kahwinkanlah aku dengan **** andai ia terbaik buatku". Entoh apa² kan? 🤣🤣. Tiba² doa macam tu. Padahal tak pernah pun tengok Cik Tunang kat Mesir.

Beberapa lama lepas tu. Aku dapat tahu, teman baikku juga ada hati padanya. Teman baikku beritau, dia pernah confess kepada Cik Tunang. Tapi telah ditolak. Cik Tunang beritau dia dah ada. Walaupun hati kecilku kata, ni trick je ni nak tolak secara berhemah. Macam yang Fatimah Syarha pernah ajar dalam bukunya "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". Cakap dah ada, sebenarnya dalam hati "Ada Allah". Tapi sebab itu yang zohir. Jadi aku anggaplah benda tu benar. Jadi aku pun move-on lah.

Aku memang jenis bukan suka bersaing. Bukan "best man win". Bila aku tahu Cik Tunang dah ada kekasih, dan kawanku juga sangat minat pada Cik Tunang. Aku pun tarik dirilah awal².

Lagipun aku memang tengah fokus talaqqi masa tu. Tambahan, aku pun tak pernah confess apa². Jadi mudahlah. Bermula dari hari tu, aku cuba padam memori aku tentang Cik Tunang. 

Tahun 2014: Habis belajar Mesir. 
Tahun 2015: Aku di Pondok Pasir Tumboh.
Tahun 2016: Aku mula kerja.
Tahun 2017: Aku fokus kumpul duit pergi haji.
Tahun 2018: Aku fokus jaga ayahku yang baru lumpoh.
Tahun 2019: Awal tahun masih fokus kepada jaga ayahku. Masuk tengah tahun, appoinment dah makin kurang. Akhir tahun baru aku terdetik nak kahwin.

Kita perasan orang yang like status kita di Facebook. Aku perasan seseorang yang guna nama "fake". Tapi aku tak kenal siapa. Lagipun waktu di Mesir dulu aku sangat aktif, jadi siapa friend di FB pun aku tak kenal sangat. 

Tahun 2016/2017 teman baikku bermalam di rumahku. Waktu berbual terlintas pasal Cik Tunang. Aku beritau, dia tiada akaun Facebook. Teman beritau ada, tapi dia pakai fake akaun sambil dia sebut nama akaun Cik Tunang ****. Baru aku teringat, Cik Tunang pernah like status aku rupanya. Padanlah dulu rasanya dia pernah add aku di FB, tapi lepas tu tak tahu mana batang hidung. Rupanya dia dah tukar nama FB.

Perasaan kepada Cik Tunang muncul kembali.

Tahun 2019. Hujung tahun. Bila aku terdetik nak kahwin. Aku stalk FB Cik Tunang. Dari pemerhatian aku kepada beberapa perkara, aku rasa Cik Tunang ni available orangnya. Sebab apa?

Pertama. Beberapa perkongsian Cik Tunang di FB, buatkan aku rasa Cik Tunang ni single.

Kedua. Umur Cik Tunang dah 30. Dah lewat. Kalau betul dah ada, mesti dah tunang atau kahwin. Tapi takde dengar pun.

Ketiga. Cik Tunang pernah like post aku waktu dia pakai Fake account di FB. Aku pernah post satu link telegram ke satu group Telegram yang aku buat. Cik Tunang join sekali, makna dia follow juga FB aku.  Cik Tunang add lagi sekali akaun FB aku, kali ini menggunakan akaun dia yang sebenar. Secara adat, bila kita tak suka seseorang, memang tak nak kahwin dengan dia. Kita akan elak buat sesuatu yang boleh sebabkan dia teringat atau jatuh hati dekat kita. Tapi dari gaya Cik Tunang ni, macam available untuk aku taqdim.

Jadi. 11 November 2020. Setelah solat istikharah sebanyak  tiga kali. Aku nekad untuk confess. Perjalanan dia, ada aku tulis di post sebelum ni. Conclusion dia, Alhamdulillah Allah permudahkan. Sehinggalah kami berstatus tunang sekarang. Seronok juga ada tunang ni yek. Rupanya, ada juga yang sudi terima lamaran aku.. hehe.. Alhamdulillah.

Panjangnya aku tulis. Ikutkan nak tulis bab cabaran bertunang je. Meleret pula sampai sini. Takpelah, bukan tujuan commercial pun. Sekadar tulis diari.

Cabaran bertunang.

Walaupun dah lama kenal. Sebenarnya aku tak kenal sangat Cik Tunang secara detail, macam aku kenal rodong² lelaki. Paling banyak pun, aku hanya tahu nama Cik Tunang, sekolah lama dia n jawatan dia masa belajar. Itu je lah. 

Aku tahu diriku bagaimana. Aku ni jenis iman nipis. Kalau Allah tak bantu, mengkarap aku hanyut. Kerana itu awal² aku dah mention nak cepatkan tarikh akad. Tapi besar juga hikmahnya, sebab takdir 16 Januari 2020 aku accident. Jadi aku perlukan tempoh untuk recovery. Dalam masa yang sama, aku perlu kumpul RM10k untuk hantaran, sedangkan waktu aku confess tu duit memang takde langsung dalam bank. Jadi tarikh cadangan akad nikah 5 Julai 2020 kira okeylah. Untuk dua perkara tersebut. Tapi lagi 6 bulan 😭... lamanya. Inipun dah rasa macam apa entah perasaan ni. Moga Allah membantu menguatkan perasaan kami bermujahadah.

Ada juga hikmahnya. Boleh berlatih untuk PJJ/LDR lepas kahwin nanti. Sebab Cik Tunang khidmat di arah Pahang Barat, aku pula di Pahang Timur. Wahh.. PJJ pula lepas kahwin nanti ye. Allahu Rabbi.. Bertabahlah.

Dalam pada berhubung. Bincang tentang perjalanan untuk sesi suai kenal dengan mak ayah, Majlis Tunang dan Majlis Akad Nikah. Cabaran hatilah yang paling getir. Bila kita dah ada "someone" yang special dalam hidup ni. Hati memang sentiasa berbunga. Tengok mesej Cik Tunang masuk pun dah bahagia sangat, apatah lagi kalau dia berikan ayat carring nak² waktu nak recovery dari patah ni. Rasa seronok sangat. [ Take note: I tak pernah lagi rasa bercinta dalam hidup okey ]. Jadi memang culture shock. Namun, bukanlah wasap ayat lucah, ayat biasa je. Tapi sebab ditulis oleh "someone" yang kita ***. Tu jadi kesan dia boleh tahan juga pada hati. Padahal ayat carring kita pada rodong² lelaki lagi melting nak ikutkan.

Selepas bertunang. Terdetik juga rasa banyak benda yang tak kena aku buat. Khususnya bab menjaga ikhtilat. Tapi aku pun tak reti, camne cara nak handle. Aku hanya mampu solat istikharah. Satu hari aku berdoa, agar hubungan dan ikatan kami ini tidak diliputi dengan maksiat.  Alhamdulillah, Allah sangat sayang padaku. Esoknya ada seorang teman mesej, bertanya khabar diriku n perkembangan ikatan kami. Sempat dia tinggalkan nasihat, jangan buat maksiat.

Aku mula menulis artikel tentang jauhi zina dan ikhtilat. Ingatkan nak tepek dekat note lama dalam FB. Tapi aku cuba buat tak lepas, jadi aku letak dalam blog je lah. Post aku dalam FB mula menggunakan kalimah², yang sangat sinonim dengan penjagaan ikhtilat. Contoh Biah solehah, Fatimah Syarha. 

Takdir Allah. Dalam seminggu dua ni, aku perasan bila berurusan melalui wasap. Ayat Cik Tunang dah makin pendek dan straight to the point. Tak melalut ke lain macam ayat aku. Sepatah dua je balasnya. Tapi aku dapat rasa, Cik Tunang ni tengah nak jaga ikhtilat ni.

So.. tibalah kelmarin dan hari ini. Dua mesej wasapku tak berbalas. Aku biarkan dulu. Dalam fikiranku, Cik Tunang mungkin stress uruskan deal dengan catering? Sebab tarikh bertukar². Mungkin juga tengah datang bulan atau mood swing?

Mesej tengah hari, tak berbalas. Malam tadi aku mesej lagi sekali. Seperti di bawah;


Ikutkan. Tengah hari mesej tu dah delivered n mungkin read

Ish. Kenapa pula ni. Aku ni tak faham sangat perempuan. Aku ada buat salah apa² ke?

Fuhh.. Alhamdulillah. Maha suci Allah.. Kami berfikir perkara yang sama

Dalam memelihara ikatan pertunangan. Perlu banyak bergantung kepada Allah. Berdoalah apa yang kita kehendaki, insha Allah, Allah akan lorongkan kita kepada yang terbaik. 

Kedua-dua pasangan perlu mainkan peranan. Kapal takkan boleh terbang dengan satu sayap. Bila dua² sayap dah saling bekerjasama untuk jaga ikhtilat, memelihara syariat Allah. Insha Allah, nusrah Allah akan bersama.

Takpelah. Kita jaga syariat Allah sekarang. Moga manisnya akan dirasa setelah kahwin nanti. Moga Allah kurniakan kami rasa saling kasih dan juga sayang selepas akad nikah nanti. Moga ianya kekal selama-lamanya. Moga Allah sentiasa memelihara ikatan hubungan kami. Moga kami sekeluarga diangkat menjadi kekasih Allah.

Allahumma Ameen. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.







Ahad, 9 Februari 2020

2 Februari 2020: Aku dah bertunang

Alhamdulillah. 2 Febuari 2020 Allah anugerahkan aku seorang tunang.


Takdir. 2 Hari sebelum kursus kahwin, aku eksiden motor. Patah tulang fibula n tibia belah kiri. Masuk besi. 9 hari dalam wad.

Bagi clear awal². Bimbang Si-dia tak jangka kehidupan saya begini.

Walaupun berat mulut nak lafazkan. Tapi inilah yang saya rasakan terbaik. Buat kedua belah pihak.

Alhamdulillah. Terima kasih Cik Tunang. Berbunga betul hati ni mendengar jawapan 😍😍. Nak ucap lebih² tak boleh kan, pasal baru status tunang 


Jelaskan kepada Cik Tunang. Walaupun luaran saya mungkin nampak susah, tapi saya bahagia.

Cheewah. Betullah tu. Tanda "carring' (nak cakap lebih² takleh lagi, sebab baru bertunang) bukan semestinya memiliki. Lebih penting, melihat si dia bahagia. Walaupun bukanlah kita yang dijadikan pilihan.

Saya pilih Cik Tunang betul² kerana Agamanya, Akhlaknya dan cara fikirnya.
Seronok juga rupanya ada tunang ni ye.. hehe. Tapi kena beringat. Tak boleh lebih². Masih ada hadnya lagi.



Sweets juga kan Cik Tunang... opss.

Sesi ta'arruf sikit

Okey

Okey.. Tidur ramai². Budaya baru ni 🤣🤣

Mudah betul kerja Cik Tunang. Boleh dia kembalikan soalan sama je. Takpelah, biar masing² faham kan.


Briefing benda teras. Bab masak makanan

Budaya tidur nak kena jelas juga. Sebab nampok sangat budayanya berbeza tu. Takut culture-shock pula Si dia tu nanti.


Wuit.. Cerita bab selaly lepak TC terus. Takpelah, moga dia faham tabiat tunang dia ni 🤣🤣. Ingat nak bagitau, tunang dia ni selalu bergaya dengan member, cerita bab politik berjam-jam.

Cerita bab life dalam rumah pula

Alhamdulillah. Nampak komitmen Cik Tunang


😅😅 Ni antara sebab saya pilih Cik Tunang. Mulutnya banyak betul nasihat. Tapi takpe, I suke.. hehe

Bincang pasal tarikh akad nikah



Alamak. Ada mas kawen pula RM1.5k. Moga Allah permudahkan. Payoh juga nok dapatkan dia ni ye. Ada gak bawa lari ni kang, macam gangster kamung dusun😅😅 .. Gurau je🤣. Insha Allah, Allah o
permudahkan.

Okey. Sekadar tu dulu kisah pertunangan kami. Insha Allah ingat nak tulis cabaran dan nikmat Allah beri ketika bertunang. Nantilah ye. Thesis pun tak siap² lagi ni.

Sabtu, 8 Februari 2020

Jaga ikhtilat jauhi zina

Antara dosa terbesar seorang makhluk Allah ialah zina. Dalam al-Quran ada perintah menyuruh wanita dan lelaki untuk tundukkan pandangan. Jangan ditenung lelaki/wanita ajnabi. Apatah lagi nak bermanja2, melempiaskan rindu.

Bila syaitan dah masuk jarum, syahwat dah beranak dalam hati, habis. Nafsu akan bekerjasama dengan akal, untuk tewaskan iman. Lalu terbanglah kepada maksiat.
Kerana itu perlu saddu az-Zaroik. Kena awal2 dah bentengkan diri. Pagari diri dari maksiat, dari muqaddimah zina, dari kenjadi punca kepada zina. Mata, telinga, mulut, hati. Dan zaman ini tangan. Kena jauhi hal asbab zina.

Kelakar. Memang kelakar. Ramai yang mulanya sekadar nak laksana gerak kerja Islam, nak jalankan kelas talaqqi tafaqquh, nak khidmat kepada majlis ilmu, khidmat kepada masyaikh. Tapi ending, menghalalkan ikhtilat.

Asalnya sekadar seni komunikasi untuk mudahkan perbincangan. Supaya orang selesa. Namun akhirnya komunikasi itu membangkitkan syahwat. Lalu merebaklah kepada mesej2 tambahan yang tidak perlu, yang tak berkait pun dengan tugas.

Dan kelakarnya lagi, Yang terjebak itu pula bertudung labuh, berniqob, berkopiah, berjubah. Yang paginya bertalaqqi, malamnya bertahajjud. Yang mulutnya manis mengingatkan teman2 tentang istighfar dan selawat. Yang laungan takbirnya paling kuat, iklan bebaskan palestinnya berapi2, yang program dakwah dialah duduk paling depan. Halusnya mainan syaitan.

Ustaz bercouple dengan ustazah. Cinta ana enti. Kau imam aku makmum. Jika bangun, kejutkan aku tahajjud. Main teka teki matan ajrumiah. Semak hafalan al-Quran melalui telefon. Allahu Rabbi, hinanya martabat agama diperlakukan sedemikian.

Dan kamu impikan syurga idaman? Bermimpi menjadi kekasih Allah?

Baik orang persatuan. Orang talaqqi. Orang lama mahupun orang baru. Bahkan saya sendiri. Kita semua boleh terpalit dengan dosa ini.

Di samping usaha kita untuk jauhi zina. Pengharapan kita kepada Allah juga amat penting. Agar Allah menjaga kita, keluarga kita, teman2 kita dan keturunan kita. Allahul musta'an.

Moga dengan kita menjaga diri dari asbab zina ini. Allah memberikan kita sebaik2 pasangan. Yang bergelar suami/isteri yang sah. Yang juga sedang menjaga dirinya. Berjuang menjadi kekasih Allah.Allahumma Ameen.