Selasa, 30 April 2019

Coretan malam 1 Mei

Aku ada ramai. Malah setiap tempat aku pergi, aku akan ada ramai kawan rapat. Kawan yang setia, kawan yang boleh dipercaya. Namun bila aku amati, rupanya kehidpuan aku seharian lebih banyak menyendiri. Kalau tak termasuk berperang dalam FB lah. Bila menyendiri aku bebas. Bebas lakukan apa yang aku suka. Bebas berfikir, bebas berkarya. Boleh menulis, boleh mendengar bisikan dari earphone tanpa peduli siapa disekeliling.
.
Adakala aku tak suka jalan laju. Sebab aku nak menjiwai hidup. Adakala aku nak jalan laju, sebab banyak urusan nak aku lakukan.
.
Sibuk sangatkah aku. Tapi kenapa aku kelihatan banyak tidur. Tidur itulah sibukku. Aku tidak saja-saja tidur. Tidur sebelum zohor kerana malamku berjaga lambat. Tidur selepas asar kerana maghrib atau isya itu aku ada kelas. Sibuk sangatkah aku? Bergantung kepada pandangan. Jika yang dipandang itu otak, maka yang melihat akan terasa seperti berada di hiruk pikuk bandar KL. Tapi kalau yang dilihat itu jasad. Maka mungkin kesibukanku ini sekadar seperti Kuantan. Pagi, tengahari, petang, maghrib dan isy'nya jem. Namun wakti malan dah beransur reda.
.
Cukuplah tu. dah 1.58 pagi. Tanganku semakin lembut menaip ayat puitis. Mungkjn kerana terlalu kerap berperang di medan keyboard rasanya.  Sehinggakan ayat tertumpah tidak berpenghujung. Sekadar ini sajalah. Coretan malam minggu. Malam cuti pekerja. Walau  ada yang menyambutnya juga sedang bekerja. Wassalam.

Ahad, 14 April 2019

Sembang Khatam Matan Izzi

Pagi ni Ustaz Zul khatamkan Kitab Matan Izzi susunan Syeikh Izzuddin Azzanjani. Dalam Ilmu Saraf. Sekaligus menyelasaikan sambungan kepada Matan Bina'. Insha Allah selepas ini, Ustaz Zul Mukhsah akan sambung Kitab Matan Maqsud. Sekaligus melengkapkan tiga matan utama dalam Ilmu Saraf. Kemudian barulah boleh masuk ke Kitab Syarah.


Sempat adukan kepada Ustaz Zul Mukhsah tadi. Matan Izzi ini agak payah berbanding Matan Bina. Matan Izzi lebih banyak kupas i'lal.


Ustaz Zul bagi satu petua. Baru aku teringat. Syeikh Mahmud Shoubro pun pernah nasihatkan benda yang sama. Waktu syarahkan Matan Tuhfatul Athfal di MAQAZ Dauron Shoubro.


من حفظ المتون حاز الفنون
- Siapa yang menghafaz matan. Maka dia akan menguasai kaedah ilmu -


Kata Ustaz Zul. Kena hafaz matan. Lepas hafaz nanti. Kefahaman akan hadir.


Ustaz Zul cerita. Zaman Ustaz belajar di Krasak dulu. Waktu orang bmain petang, dia tak main. Dia pelancar hafalan. Malam, dia tambah hafalan.


Padanlah. Penguasaan dalam Ilmu Nahu Saraf Ustaz Zul begitu mantap. Tak rajin jumpa orang macam ni.  Ketiga-tiga matan asas. Baik Bina, Izzi dan Maqsud berjaya Ustaz Zul hafaz. Rupanya bukan sahaja Matan Ajrumiyah dalam Ilmu Nahu, malah Mutammimah Ajrumiah pun Ustaz Zul hafaz. Tu eden tak korek ilmu lain lagi tu. Sebab tengok masa baca kitab akidah hari tu, rileks je Ustaz Zul petik Matan Jauharah Tauhid.


Beruntung Allah anugerahkan kita di Pahang dengan guru-guru yang sangat mahir dalam bidang mereka. Dan masih muda. Alhamdulillah.


P/s: Bagi meluaskan network dakwah. Menghormafi kepelbagaian fiqrah teman-teman FB. Hantaran politik dibuat dari akaun lain. Akaunnya rahsia.

Sabtu, 13 April 2019

Kenangan Nyambut Ramadhan

Tok Ayah ada cerita Selasa kelmarin. Masa awal Pondok MDS dulu, habis je terawikh, buat kelas pengajian. Kadang-kadang sampai pukul 1 pagi baru habis. Lembik. Adalah beberapa kerat pakcik yang pernah join dulu, tapi sekarang dah bertongkat. Seronok.
.
Teringat kalau kat Ardul Kinanah, lebih kurang tu juga. Indahnya. Malam lepas terawikh, Dalam pukul 9 malam (Maghrib awal). Bermula kelas tafaqquh Syeikh Nuruddin, baca kitab Irsyadul Ibad atau Misykat Masobih, di Rumah Kedah Hayyu Sabi'. Sampai pukul 10 malam.
.
Kemudian balik semula ke Rumah Pahang di Hayyu Asyir. Kelas dengan Habib Ahmad. Pukuk 11-1 pagi. Kitab Syarah Yaqut Nafis tak silap. Sahur kejap, pukul 3 pagi dah subuh. Kemudian ke Jabal Muqattam, ikut Kelas Syeikh Yusri, Kitab Sunan Nasaei. Kemudian terus Darrrasah, talaqqi dengan Syeikh Asyraf. Kemudian balik tidur. Masa tu cuti sem. Zohor baru bangun. Rehat kejap. Lepas asar kelas Syeikh Nuruddin balik, baca kitab sama rasanya. Sampai berhenti dalam beberapa minit sebelum Maghrib.
.
Tapi kelas juga bermusim. Pernah satu tempoh tu, Syeikh Nuruddin tak mari Mesir. Kebetulan pula, Dar Hassani Bawwabat buat dawroh. Masa tu geng-geng anak murid Syeikh Yusuf Bakhur Alhasani yang pimpin. Dr.Lokman Azhari dan Syeikh Muhammad. Antara Kitab yang baca masa tu. Risalah Alwaroqot Imam Juwaini, Syarah Baiquni Syeikh Sirajuddin, Tuhfah Saniyyah Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid. Kiranya kitab-kitab untuk mubtadien.
.
Seronoknya Ramadhan di Ardul Kinanah. Rindunya.