Ahad, 24 November 2019

Ku risik dikau dengan Bismillah

11 Nov 2019. 12:34PM. Aku hantar mesej pertama. Hehe.. Straight to the point. Alhamdulillah dia cakap xlagi.. Kalau tak... " balik awallah" kata Ustaz Azhar

Ok.. Masa diberi

Alamak. Soalan KBKK lah pula..hehe. Alhamdulillah, suka cara fikirnya..ops.

Sebab Agama, Akhlak dan Cara Fikir aku memilih dikau

Alhamdulillah. Dah dapat isyarat mai  jumpa mak ayah-nya.

Menunggu jawapan

Alhamdulillah. Salam bersambut. Mak ayahnya ok. Dia pun okey.. 

Isnin, 29 Julai 2019

kehebatan Ulama Muritania

Sempat capture. Kisah yang sangat 'rare' dan menarik. Tentang rutin hidup Syeikh Murabit Alhajj, guru kepada Syeikh Hamza Yousuf.
.
Buku susunan Ustaz Muhadir Hj Joll ni sangat sesuai dijadikan sumber, buat kita kisahkan pula pada masyarakat atau keluarga.
.
Teringat guru pernah cerita, tentang kehebatan Ulama Muritania. Katanya, Ulama Mesir alim waktu siang, namun waktu malam Ulama Mauritania lagi alim. Sebab sistem mereka adalah hafalan. Berbanding Mesir yang lebih kepada sistem mentelaah kitab. Jadi, semua ilmu pelajar di Mauritania ada dalam kepala.
.
Kerana jika di Muritania, Guru mengajar, pelajar tulis di satu papan dikenali luth. Bila nak tulis benda baru, pelajar tu perlu hafal dulu pelajaran tadi, baru boleh padam. Jadi semua yang dia pelajari tersimpan dalam otak. Kaedah begini terkenal di Mali, Senegal dan negara belah Utara Afrika.
.
Antara tokoh dari belah sana yang mungkin ramai  kenal, ialah Syeikh ibrahim Mali. Salah seorang tenaga pengajar di Jami' Alazhar, Kaherah (Tak pasti masih mengajar atau tidak).
.
.
Best !

Cintai Ilmu Usuluddin:


.
.
Dalam minggu ni. Berkali-kali Ustaz Wan Zukir (Pondok Sri Damai) tekankan di dalam kelas Usuluddin. Supaya gunakan kalimah BAGI, ketika WAJIB BAGI ALLAH. Dan gunakan ATAS, ketika MUSTAHIL ATAS ALLAH. Istilah arabnya:  واجب لله ومستحيل على الله.
.
Teringat masa mula duk Pondok pasir Tumboh dulu. Baik dengan seorang rodong. Tok Faqir dari Kedah. Dia tanya, sebab apa masuk pondok? Kata, sebab nak mahir Fiqh. Tanya dia balik, sebab apa dia masuk pondok? Katanya sebab nak mahir Tauhid.
.
Terkejut juga masa mula dengar. Ingat semua orang macam kita. Teruja nak tau hukum hakam, nak dalami satu-satu masail, nak tengok sendiri teks kalam ulama.
.
Ada juga yang jenis obses dengan Ilmu Tuhid ye? Pelik juga masa tu. Tapi bila dah beberapa ketika duk situ. Baru faham, betapa 'manisnya' ilmu Tauhid. Kesannya lain macam. Patutlah darinya lahir pati yang sangat berharga, iaitu Ilmu Tasawwuf.
.
Teringat sebelum tu. Kita pula takjub dengan rodong ni. Dia punya semangat tu. Sampai beria tunjuk sebuah rakaman video, siap bersungguh dia terang apa yang berlaku. Video sesi penerangan, penggunaan istilah 'PE' pada merujuk sifat ma'ani yang digunakan oleh Pak Da Eil Mekah. Contohnya 'PEKUASA' berbanding guna 'BERKUASA'. Sesi penerangan tu oleh Baba Ismail Sepanjang di alik Patani. Disebabkan ada kepala mutollaah yang tak setuju dengan istilah tu. Ramailah yang hadir, Ada juga wakil pondok Pasir Tumboh pergi.
.
Masa tu fikir. Nak cerita bab 'PE' je, tapi mereka punya bersungguh tu lain macam.
.
Teringat juga Ustaz Din Perak ngajar Ilmu Usuluddin di madrasah tinggi (Madrasah Tok Guru Haji Abdul Aziz). Punyalah semangat. Berapi-api. Kalau mula follow, mesti seram juga rasanya. Dia punya penghayatan terhadap setiap lafaz dan istilah tu memang detail.
.
Tapi bila berdikit-dikit kita follow. Rupanya memang mereka yang berenang dalam tasik Usuluddin ni jenis daqiq atau teliti orangnya. Khususnya dalam penggunaan uslub dan lafaz yang sesuai.
.
Dalam gambar ni. Yang rumi tu snap dari Kitab Ustaz Muhadir Haji Joll. Ustaz Muhadir ni mantap betul ilmunya. Yang jawi screenshot dari Kitab Bakurotul Amani susunan Pak Da Eil Mekah.
.
Jom berenang !

Satu masa dulu pernah duduk-duduk sekali dengan Habib Ahmad.

Satu masa dulu pernah duduk-duduk sekali dengan Habib Ahmad. Dekat Baitus Safra', Abbas Aqqad. Masa tu khatam kitab Nailur Raja' tak silap.
.
Habib cerita pengalamannya cari guru. Masa tu lah baru nampak jelas, beza antara Syeikhul Fattah dan Syeikhul Murabbi. Jika Syeikhul Fattah menunjukkan kita jalan. Syeikh Murabbi pula adalah pembimbing atau jurulatih kepada seorang salik.
.
Habib cerita. masa dalam pencariannya. Salah seorang gurunya mengenali Habib sebagai salah seorang ali bait. Dengan beradabnya, sepanjang perbualan, guru tu hanya lipatkan kaki ke belakang. Duduk tawarruk atau iftirash. Menjaga adabiyah. Kerana menghormati ali bait Rasulillah.saw.
.
Teringat kisah yang dipetik Ustaz Muhadir Haji Joll dari Risalah Mustarsyidin:
.
Pada satu hari Saidina Ibnu Abbas.ra berjalan bersama gurunya Saidina Zaid bin Tsbit.ra. Walaupun dikenali sebagai Habrul Ummah dek kerana keluasan ilmu dan kefahamannya akan agama, malah ali bait lagi. Namun beliau memberikan gurunya menunggang tunggangan. Manakala beliau hanya berjalan di belakang. Saidina Ibnu Abbas.ra berkata:
.
هكذا أمرنا أن نفعل بعلمائنا
.
Beginilah kami disuruh. Untuk membuat perkara ini kepada para ulama kami.
.
Apabila sampai di tempat yang dituju. Gurunya itu turun dari tunggangannya. Saidina Zaid bin Tsabit.ra pun mencium tangan Saidina Ibnu Abbas.ra. Saidina Ibnu abbas.ra berasa kurang selesa kerana Saidina Zaid.ra  adalah gurunya. Tetapi Saidina Zaid.ra berkata:
.
هكذا أمرنا أن نفعل بآل بيت نبينا
.
Beginilah kami disuruh untuk membuat perkara ini kepada ahli keluarga Nabi kami.saw.
.
Antara perkara yang kita teruja. Bila ada anak murid dari Syed atau Syarifah. Terus soalan cepu emas akan keluar: "Kamu dari susur galur mana ye? Alattas? Bin Syihab?".
.
Malah di Ardul Kinanah juga kawan-kawan kita beruntung. Walaupun ada juga ali bait yang ilmunya biasa. Tapi di Ardul Kinanah tu ramai Masyaikh yang mengajar, mereka sendiri dari Ali bait Rasulillah. Contohnya Habib Ahmad dari jalur Almaqdi. Syeikh Yusri dari jalur Alashraf. Syeikh Ashraf dari jalur Alidrisi.
.
Moga Allah berikan lagi kita peluang bertemu dengan guru-guru kita. Moga kita diberikan syafaat oleh Sayyidina Nabi kita.saw.

Teringat kisah diceritakan Habib Ahmad al-Maqdi.

Teringat kisah diceritakan Habib Ahmad al-Maqdi. Salah seorang tenaga pengajar di Jami' Alazhar, Kaherah, Mesir;
.
.
Di samping mengajar. Habib juga ada belajar. Menariknya Habib cerita. Salah seorang gurunya adalah seorang yang dah berumur. Terlalu uzur dan dah tak larat. Namun ajaib, bila tiba sahaja waktu mengajar, Syeikh itu akan terus bertukar imej. Jadi sangat segar. Malah kelas pengajian bimbingannya menjangkau sehingga 6 jam.
.
Ada sebahagian masyaikh. Ikutkan tak berapa sihat. Tapi bila mula je mengajar, seolah sakit tu semua hilang. Yang ada hanya keterujaannya bercerita masail, memetik kitab sana, kitab sini. Bercerita pengalamannya menuntut ilmu.
.
Satunya mungkin asbab:.
.
 ما من قوم يذكرون الله إلا حفت بهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله في من عنده.
.
" Tiada suatu kaum pun yang berkumpul kerana mengingati Allah. Kecuali dinaungi oleh malaikat. Dilitupkan dengan rahmat. Diturunkan kepadanya ketenangan. Dan Allah akan menyebut² mereka itu kepada makhluk²-Nya.."
.
Kedua. Itulah syurganya.
.
إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، فقال أصحابه الكرام: يا رسول الله وما رياض الجنة ؟ قال: مجالس العلم
.
" Jika kamu lalu di taman-taman syurga maka hendaklah kamu berhenti. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa taman-taman syurga itu?  Sabda Nabi.saw: Majlis-majlis ilmu."
.
Jadi tak hairanlah. Kenapa para masyaikh kita begitu merasa kemanisan dan keberkatan majlis ilmu. Sebab itulah syurganya.

Coretan Maghrib: بيئة صالحة (Suasana yang baik)


.
.
Ulama dari Salafuna as-Soleh kita amat gigih belajar adab.
.
Kata al-Imam Abdullah Ibnu al-Mubarak (غاية النهاية):
.
طلبت الأدب ثلاثين سنة وطلبت العلم عشرين سنة
.
"Aku belajar adab selama 30 tahun, dan aku menuntut ilmu 20 tahun."
.
Kata Abdullah ibn Wahhab (سير الأعلام النبلاء):
.
ما نقلنا من أدب مالك أكثر مما تعلمنا  من علمه
.
"Apa yang kami nuqilkan dari adab Imam Malik, lebih banyak dari apa yang kami pelajari dari ilmunya."
.
Malam semalam berbual dengan Mi (ibu). Bicara pasal Batrisya (anak sedara) dan ahli keluarga. Fasa paling kritikal bagi remaja adalah waktu sekolah menengah. Sebab tu, kut mana cara pun. Kita kena usaha letakkan anak² di sekolah yang بيئة صالحة  terjaga. Kalau terpaksa OT (over time) untuk cukupkan yuran pun, kenalah. Atau terpaksa puasa sikit dari ngeteh malam² pun, takpelah. Tak lama, dalam 5-6 tahun je berkorban. Sebelum mereka matang berfikir.
.
Kata Syeikh Rohimuddin. Amal diperolehi dengan 2 perkara. Pertama Suhbah dan keduanya Ilmu. Adapun kesan Suhbah itu lebih kuat.
.
Persekitaran atau بيئة صالحة amat penting. Kata nabi:
.
مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً
.
" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.."
.
Teringat Ustaz Zainul Asri pernah petik, suatu kalam dari Hikam al-Imam Ibn Atoillah as-Sakandari:
.
ادفن وجودك في أرض الخمول فما نبت مما لم يدفن لا يتم نتائجه
.
Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan. Sebab tiap sesuatu yang tumbuh tapi tidak di tanam, maka tidak sempurna hasil buahnya.

Koleksi Kisah Nurani Pagi;


.
Teringat jadual seorang guru di Ardul Kinanah. Paginya tidur sampai pukul 11. Pukul 11-Zohor syeikh pergi berguru. Zohor hingga pukul 12 malam syeikh mengajar. Pukul 12-Subuh syeikh menulis Kitab.
.
Teringat Syeikh Ali Tantawi. Syeikhul Azhar yang lalu.  Apabila syeikh baca kitab, maka khodimnya perlu bagitau syeikh zohor dah masuk. Jika tidak, syeikh tak sedar dek khusyu'-nya.
.
Habib Ahmad Almaqdi suka kitab. Habib selalu ronda-ronda di maktabah. Adakala bila jumpa kitab yang Habib berkenan, tapi Habib takde duit. Habib akan  pusingkan kitab tu ke belakang. Namun yang kelakarnya, kawan Habib yang juga suka kitab. Dia tau  perangai Habib. Jadi bila dia pergi ke mana-mana maktabah dan dapati ada kitab yang dipusing. Dia akan cepat-cepat sambar dan beli. Sebab dia tau mesti Habib yang pusing dan kitab tu mesti banyak manfaat.
.
Teringat Habib cerita. Waktu nak berikan motivasi kepada kami. Sebelum Habib ngajar, Habib akan murojaah dulu beberapa kitab. Adakala sampai 6 jam murojaah sahaja. Kemudian barulah Habib akan ngajar. Jadi tak hairanlah waktu mula buka Kitab Alyaqut Annafis di Rumah Pahang Hayyu Asir dulu, dekat 2 jam Habib syarah bab niat je. Padahal teks dalan kitab tak banyak mana. Ada sebahagiannya, baru tahun ni 2019 kita faham, setelah belajar Sabilal Muhtadin. Topik yang Habib terang masa tahun 2010, dekat 10 tahun yang lalu. Bab muqorronah Kamaliah dan Muqorronah Ijmaliah..
.
Setakat yang di ingat. Syeikh Dr. Yusri tak pernah miss memimpin pengajian Hadis di masjidnya, di Jabal Muqottam. Lepas subuh dari dulu lagi. Kecuali kalau syeikh bermusafir ke luar.
.
Habib Ahmad mengaji khususi dengan Syeikh Ali Jum'ah dalam kereta je. Sehinggakan Syeikh Usamah Alazhari beritau kepada Syeikh Ali. Jangan terima anak murid khususi dah, kecuali kalau ada yang juhudnya macam Habib Ahmad Almaqdi.

Coretan Asar: Wasilah di Kuantan

Coretan Asar: Wasilah di Kuantan
.
.
Ingat masa balik cuti dulu. Berbual dengan Abi. Pernah luah, kalau boleh taknak duduk sini. Nak terus duk Ardul Kinanah je. Sebab takde orang alim kat sini. Tak leh bayang, kalau qolbun qosi camne? Nak belajar Fiqh dari sape? Hadith, tauhid, tasawwuf? Nak dapatkan panduan hidup dari sape? Arghh... mati camni.
.
Tapi dekat-dekat akhir pengajian. Mula tau tentang pondok. Sikit-sikit berkenalan dengan toriq jawi. Alhamdulillah rasa secure mulai timbul. Balik bulan Dis 2014. Dalam sebulan duk rumah. Terus ke Pandok Tumboh, Kelantan. Pergh, hambik nak. Boleh tahan ilmu tanah jawi ni rupanya. Teringat pesan guru waktu di ardul kinanah dulu: "Balik nanti kena cedok juga ilmu dari pondok-pondok. Sebab selain mereka pun pernah lalui toriq kita, mereka pun faham masyarakat kita".
.
Bila nak balik duk Kuantan. Sekali lagi rasa lemah sungguh. Setakat yang tahu. Di Kuantan ni, majlis pengajian Kitab Turath tak pernah dengar. Aduss, beratnya nak duk Kuantan.
.
Takdir Allah. Bak kata guru. Ada guru yang masyhur, ada juga yang mastur. Rupanya Kuantan ni banyaknya yang mastur. Ilmu mantap macam Baba Zuhdi sungai Ular, Ustaz Zul Mukhsah Kampung Padang, Ustaz Hasan Pondok Salikin Berserah. Tapi terlindung. Pelajarnya boleh dikira dengan jari.
.
Mereka inilah wasilah tempat kita tumpang berteduh. Setiap kali pengajian, ada saja kalam irsyad yang ditutur. Muwafaqat dengan ahwal waktu itu.
.
Bak kata Syeikh Mutawalli Sya'rowi: "Adakala kalam yang ditutur penyampai itu. Dia tak pernah terfikir pun. Tapi ianya datang secara ilham. Sebab apa? Sebab Allah nak bagi petunjuk buat yang mendengar"...
.
فبأي ءالاء ربكما تكذبان

Khamis malam Jumaat ni.

Khamis malam Jumaat ni. Dawroh Hadis bulanan bersama Ustaz Khairul Azmi. Selepas Maghrib di Mat'am Abi Aish Indera Sempurna. Tajuk Kitab: فضل عشر ذي الحجة للإمام أبي قاسم الطبراني..
.
Kelebihan UKA pada Hadis. Menyebabkan walau slotnya hanya sebulan sekali. Tapi memang rasa ralat sangat kalau tak dapat join.
.
Selain silsilah pengajian hadisnya yang mantap. Kitab-kitab yang Ustaz Khairul pilih pun terbaik. Teringat Kitab Ikhtilaful Ahadith. Sebuah bab dari Kitab al-Umm Imam Syafie yang Ustaz Khairul kupas sebelum ni. Dalam bab tu, Imam Syafie membicarakan betapa sudut pandang mujtahid yang berbeza, menyebabkan satu-satu hukum tu jadi berbeza pengistinbatan.
.
Dia punya manfaat tu, sampai sekarang  terasa.

Sedap dengar kalam Syeikh Dr.Yusri lewat Youtube tadi;

Sedap dengar kalam Syeikh Dr.Yusri lewat Youtube tadi;
.
فهو علي ومن مع علي علي
.
Dialah Ali (Syeikh Dr.Ali Jum'ah mantan mufti Mesir). Siapa yang bersama Ali  maka diapun akan Ali (diangkat darjat oleh Allah disebabkan jelas fahamnya akan Islam).
.
P/s: Rindu nak ikuti pengajian di Jabal Muqottam. Kalam Dr.Yusri selalu muwafaqat dengan kehidupan kita seharian.
.
نسأل الله العظيم أن يعطيه الصحة والعافية

Tiba-tiba ada seorang jemaah datang.

Tadi masa dekat Zohor. Tiba-tiba ada seorang jemaah datang. Mohon pergi ke rumah, minta tolong bawa tahlil. Katanya semua imam tak dapat hadir. Alamak, kebetulan kita pun lepas solat nak hantar mak mengajar Kulliah Muslimat di Indera Sempurna. Sebab adik ke Terengganu. Ah jeng.
.
Walaupun tak pernah nampak bilal bawa. Tapi tala-kan jugalah jemaah tu ke bilal. Mungkin boleh minta tolong bilal. Sebab bilal punya bacaan Alquran okey, cuma tahlil tak pasti bilal mampu bawa tak. Bilal mulanya teragak juga, tapi lepas kata ke dia: 'Baca je buku'. Di pun ONZ.
.
Baru ni masa balik kampung. Ada berbual perihal nasib imam di kampung. Tak larat dengarnya. Imam sorang nak cover 5 waktu 7 hari seminggu. Kalau takde imam tu, alamatnya takdelah orang solat berjemaah di kampung tu. Ikut hukum Islam dah boleh jatuh had satu kampung. Ada yang interview MUIP, tapi takde lagi yang dapat lampu hijau jadi Imam 2. Memang nampak kecik, sekadar 20 minit darab dengan 5 waktu. Tapi sebab benda yang libatkan punctual ni letih, dan jenis sentiasa terikat. Nak pergi kenduri-kendara pun fikir 3-4 kali.
.
Di bandar mungkin tiada sangat masalah. Tapi kalau di kampung, memang tengah tenat. Rasanya elok MUIP serap jadikan mereka ini 'PEGAWAI MUIP' di kampung². Serapkan Imam 1 & 2, bilal 1 & 2, siak sebagai pegawai MUIP di kampung itu.  Sediakan pejabat dalam masjid, ala² masjid negeri. Jadi selain bertugas imam, mereka boleh bertugas menyelia hal ehwal Islam di kampung. Dari tahnik, cukur bayi. Kulliah muslimat, menyelia pergerakan briged penceramah dan briged dakwah kepada orang kampung. Urusan khairat kematian, tahlil dan kem² ibadah, kursus haji, sembelihan. Uruskan urusan pejabat seperti permohonan zakat, dermasiswa, kesan asnaf.
.
Berikan mereka ini gaji ikut skim pegawai MUIP. Berikan mereka latihan, SOP yang perlu dibuat dan latihan. Buka peluang ini kepada graduan². Iklankan secara besar-besaran. Bina kuarters bagi imam 1 & 2, bilal, siak. Barulah ramai yang tertarik dan berminat.
.
Jadi tuntuan Fardhu Ain kita dapat jaga. Tanggungjawab Fardhu kifayah pun selamat.

Duk scroll FB teman-teman di Ardul Kinanah.

Duk scroll FB teman-teman di Ardul Kinanah. Aduh jealousnya. Rindunya kenangan lalu. Kepala terus menerawang ke sana.
.
Bermula landing di Mator Qaherah, lalu syari' yang berdebu dan zahmah awi, tengok arab bergaduh, sembahyang maghrib di jami' azhar, dengar kalam Syeikh Yusri, ziarah maqom Sidna Hussain, duk bersimpuh di bait safra dengar Habib Ahmad ngajar Fiqh.
.
Kemudian naik tramco ke ramsis. Bergegas turun ke mahattoh, bersesak dengan arab dalam metro, minum asob di dauron syoubro, separuh menjerit baca dengan Syeikh Hasan, kena panggil 'himar' kes tak jaga dengung.
.
Balik naik bas di mahattoh. Adakala 4 jam, adakala 2 jam baru sampai asyir. Singgah Bariklana. Sembahyang Muhammadi atau Syarbini.
.
Bila cuti. Jaulah ke fayoum, dumyat. Hadrah di maqam Imam Syazuli di Humaisara. Ziarah maqam sekitar Qaherah. Join majlis zikir di Jabal Muqottam. Hari Jumaat solat di Masjid Sidna Husain dan ambil zouk zikir lepas Jumaat. Dengar ahbab qosidah. Dengar kalam Syeikh Rohimuddim, Sidi Lokman. Pergi hijaz naik kapal laut.
.
Bestnya kenangan tu. Moga ada kesempatan berziarah ke sana lagi.

[ Cadangan Kitab ; ]



.
.
Antara kitab yang bagus untuk di pelajari: اليواقيت والجواهر في عقوبة أهل الكبائر.
.
Kitab yang membicarakan dosa-dosa besar.
.
Kitab ni asalnya karya Syeikh Abdul Wahab as-Syaroni. Namun telah dialih bahasa oleh ulama tanah jawi.
.
Bila belajar fiqh. Kita akan didedahkan dengan tatacara ibadah seharian. Namun persoalan dosa-dosa jarang disentuh. Kerana itu kita perlukan kitab sebegini.
.
Teringat Pak Da Eil Krasak pernah bahas bab ketujuh dalam kitab ni: عقوبة النائحة وفي ثواب الصبر على البلاء.
.
Seksa orang meratap dan pahala bagi orang yang sabar ditimpa ujian
.
Topik ni dibahas dengan menarik. Banyak permata berharga dinuqil musonnif.  Syeikh Abdul Wahab as-Syaroni berjaya garap kitab ni dengan sangat cantik dan tersusun penyampaiannya. Memang sangat sesuai dijadikan bekal buat kita semua.

Motivasi: Pusat Permata Camar;


.
.
Lama dah tak pergi ke sini. Kali terakhir dulu rasanya dalam tahun 2008. Waktu diploma. Masa tu join geng badan dakwah MTNP, buat program dengan penghuni Permata Camar.
.
Permata Camar ni sebuah penempatan bagi anak yatim fakir miskin. Lokasinya area Sungai Soi. Dulunya hanya ada beberapa buah banggunan kecik. Teringat asrama pelajar yang unik, sebab ala-ala chalet. Sekarang dah besar dan gah. Dah rupa sekolah pun ada. Dewannya sahaja, rasanya setaraf SMAI dan MTNP punya.
.
Jumpa dengan seorang staff. Katanya dulu diapun tinggal di sini. Sekarang dah berkhidmat di sini. Sekejap benar masa berlalu.
.
Pusat Permata Camar ini mulanya di asaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini tak silap, kemudian berpindah milik kepada NGO NADWAH PAHANG. Ustaz Badrul buka pula pusat baru namanya Nur Iman. Institusi untuk jaga anak yatim juga. Cuma ditambah sekali dengan silibus tahfiz. Permata Camar ini tidak sediakan pengajian tahfiz rasanya,
.
NGO NADWAH Pahang ni bagus. Kalau kita  ke bandar.  Lokasi pejabat mereka di banggunan MUIP depan masjid negeri. Mereka sediakan mesin untuk hemodialisis. Banyak juga mesin yang mereka ada kalau baca senarai, hasil sumbangan masyarakat dan syarikat. Satu mesin dalam RM40k.
.
Lagi satu. Kalau perasan, sebahagian pasar malam ada lori yang tulis Musolla bergerak. Dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung dan peniaga untuk solat. Ini antara inisiatif NGO NADWAH PAHANG.
.
Moga kerja kesukarelawanan mereka ini diberi ganjaran besar oleh Allah jalla wa 'ala.

[ UNDERSTANDING; ]


.
.
Kata guru. 'Fiqh ni lautannya luas'. Kerana itu sayugia jika berkubang di satu² tempat. Kita dinasihat tak terburu² salahkan amalan masyarakat disitu. Perlu cermat.
.
Kerana itu juga. Pesan ulama terdahulu. Kalau nak mengaji, biarlah dengan guru² tua. Sebab ilmunya tu 'masak'. Banyak khilaf yang ia telah jumpa, banyak kitab yang ia telah belek dan banyak ijtihad yang ia telah ketahui. Yang muda ada ilmu kalau dia tekun, tapi takkan sama dengan yang tua. Kerana itu dibezakan diantara seorang yang faqih dan juga seorang mufti. Bagi mufti itu disyaratkan sekali perlu memahami waqi' masyarakat.
.
Contoh mudah. Mazhab Syafie kita punyai dua susur yang utama. Iaitu susur Ibn Hajar dan susur ar-Ramli (Saghir). Rasanya hampir setiap bab dalam kitab fiqh yang kita buka. Pasti ada khilaf diantara dua imam ini. Sehingga ulama mengarang sebuah kitab yang tebalnya dekat setengah jengkal. Yang dinamakan sebagai Fathul Ali, bagi menghimpunkan khilaf² yang berlaku, antara dua imam ini.
.
Dan kena faham. Tok² gru kita dulu ramai mengaji di Mekah. Jadi kitab² dan pendapat mereka lebih cenderung kepada Imam Ibn Hajar atau Ahlul Hijaz. Adapun guru² kita di sekolah sanawi ramai mengaji di Mesir, kerana itu pendapat dan rujukan mereka cenderung kepada Imam Ramli.
.
Itu baru khilaf antara dua imam. Belum lagi masuk Khatib Syarbini, Asnawi, Towus, Zakaria al-Ansori, an-Nawawi, ar-Rafie dan ramai lagi imam² besar
dalam mazhab syafie. Itu baru mazhab kita, belum lagi mazhab lain.
.
Takde masalah naqol apa yang ada dalam kitab, dan beritau ke jemaah. Tapi bila tegang urat marah ke orang kampung, sebab tengok mereka 'macam' salah beramal.Tu kena hati² sikit. Kena cermat. Sebab orang dulu² ni pun, sebahagiannya bukan calang2. Ada yang dah khatam ngaji Kitab Sabilal Muhtadin, Bughyah Tullab, Matla' Badrain atau Albahru Alwafi. Dengan tok² guru lama pula tu. Cuma takdir Allah, dia jadi pendengar waktu tu.
.
Kalau cermat. Banyak sebenarnya budaya melayu kita ni ada sandaran dari Alquran atau Alhadis. Cuma ia dah jadi 'auto-pilot'. Dah jadi sendiri. Sampai yang mengamalkannya pun kadang² tak perasan, ada hadis yang bercerita tentang apa yang dia buat. Walaupun sekadar hadis umum.
.
Fa-taammal !

[ Kitab Matla'un Nuran menerangkan ibarat Matla'ul Badrain; ]


.
.
Semalam masa belek-belek kitab di Kedai Ayah Ngah. Terjumpa Kitab Matla'un Nurain, yang menghuraikan ibarat Matla'ul Badrain. Toba (Cetakan) baru. Apa yang menarik. Kitab ni disertakan sekali makna dalam bentuk kurungan, bagi menjelaskan istilah arab yang agak sukar difahami. Dikeluarkan juga nisbah kiraan yang selalu digunakan pada zaman kita sekarang, bagi menerangkan istilah turath (klasik).
.
Sebagai contoh dalam gambar di bawah ialah istilah bagi unta mengikut umurnya. Arab sangat detail dalam bab ni. Dan dalam bab zakat na'am (haiwan ternakan), istilah-istilah ini sangat penting bagi kita untuk tahu beza kadar zakatnya.
.
Cumanya kalau baca. Seeloknya rujuk sekali Matla'ul Badrain (Yang lama). Sebab ada banyak syarahnya yang takut menyalahi ijtihad yang kita pegang. Dalam bab zakat pendapatan contohnya.
.
Tapi untuk menerang ibarat-ibarat (istilah) dalam Kitab Matlaul Badrain, sepintas lalu, Kitab ni  memang bagus. Nak dapatkan Suluh Matla' Badrain sebenarnya. Yang kerajaan Johor pernah terbitkan. Tapi tak jumpa lagi.
.
Apapun. Kitab Matla' Badrain  pernah jadi rujukan utama di Tanah Malay Archipelago ni. Di Brunei kitab ni dijadikan rujukan utama bagi jemaah Haji. Di Johor Kitab Matla' Badrain dijadikan buku teks. Di Kedah, Kitab Matla' Badrain adalah salah satu kitab rujukan utama dan menjadi pra-syarat  untuk dikuasai, sebelum diberi tauliah mengajar oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah. Adapaun kita di Pahang menjadikan Kitab Perukunan sebagai teks utama. Sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Jamaluddin anak Syeikh Arsyad Albanjari (pengarang Sabilal Muhtadin) atau ada juga mengatakan ianya dikarang Syarifah Fathimah, iaitu cucu kepada Syeikh Arsyad Albanjari. Wallahua'lam.
.
Kitab Matlaul Badrain ini berusia hampir 133 tahun dan disusun oleh Syeikh Wan Muhammad bin Wan Ismail Daud Alfathoni. Selesai ditulis pada 16 Mei 1886 M (12 Sya'ban 1303H) Beliau adalah cucu kepada Syeikh Daud Alfathoni (pengarang kitab Bughyah Tullab). Antara rujukan utama kitab ini ialah Kitab Fathul Wahhab, I'anah Tolibin dan Mughnil Muhtaj.

[ Gedung Buku di Kuantan; ] .


.
Antara rahmat terbesar Orang Kuantan. Bila ada Kedai Buku Ayah Ngah Batu 3 (Tepi Sekolah Kebangsaan Batu 3). Kalau di Kelantan ada Kedai Buku Ja'far Rawas, kita di Kuantan ada Kedai Buku Ayah Ngah.
.
Bila duk banding dari aspek buku agama, novel islami, buku motivasi, buku konspirasi, sejarah, buku haraki, kitab jawi turath dan terjemahan kepada kitab turath. Rasanya sini win. Kalau masuk je kedai ni, memang rambang mata dibuatnya.
.
Tapi kalau tengok dari luar (lupa pula ambik gambar kedai dari luar), rasanya tak ramai sangka banggunan berbentuk rumah kayu ini punyai khazanah kitab yang sangat melimpah ruah.
.
Sini pun ada jual air kotak Farm Fresh 1L yang besar tu (Jarang jumpa ada jual di pasaraya mahupun 7e atau kedai runcit biasa - Rasanya memang best !). Ada kawan cerita, rasa yang kecik tu dengan yang ni memang ada perbezaan. Malas nak ulas panjang, takut fakta salah. Rasalah sendiri, baru kamu ngerti perbezaannya. Koi dah test jenama lain. Memang setakat ni Susu Kurma Farm Fresh 1L ni yang terbaik dari sudut rasa (Ni bukan promo ye, hanya pendapat individu)
.
Oklah. Sayonara.
.
Jom dengar Pak Da Eil Krasak baca Kitab Alyawaqit Wal Jawahir di Surau Hj Mubin Kampung Padang, Kelas lepas maghrib. Pak Da Eil ni Tok Guru kepada Ustaz Zul Mukhsah. Pak Da Eil punya kemahiran dalam Ilmu Alat memang A. Rugi kalau tak ambik istifadah dari Baba (Gelaran bagi tok guru di Fatani).

Isnin, 22 Julai 2019

Biarlah rahsia

Sebenarnya ada benda aku nak coretkan. Tapi biar dululah. Ada banyak rahsia kat dunia ni. Adakala rahsia tu mungkin tak bermanafaat pun buat kita. Lagi kita involve, lagi besar tanggungjawab kita kena pikul. Tapi kalau lepas tangan, pun payah juga. Jadi cara terbaik. Kita berserahlah kepada Allah. Moga Allah-lah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Jumaat, 19 Julai 2019

[ Pakcik nak belajar Ilmu Akidah; ]

[ Pakcik nak belajar Ilmu Akidah; ]
.
.
Tadi ziarah seorang jemaah yang uzur. Seorang pakcik. Masa tengah berbual, tiba² pakcik tadi luah. Katanya nak belajar akidah. Masa muda dulu dia pernah mengaji bab nafi isbat. Pakcik minta carikan kitab yang mudah faham baginya. Kebetulan kitab ada sekali, kita tunjuklah ke dia kitab faridatul faroid. Orang dulu² kan boleh baca jawi, jadi takde masalah bagi dia. Pakcik tu belek. Tak faham kata dia. Kita gelak je lah. Mungkin sebab laras bahasa Kitab Faridah agak sanskrit.
.
Dia minta terangkan sikit. Kita teranglah sikit sifat dua puluh. Cerita sikit bab Wahdaniyah. Beza se Allah dengan se makhluk. Cerita sikit pasal kam muttasil kam munfasil, beza dengan Allah.
.
Cerita tentang  من عرف نفسه فقد عرف ربه. Sape yang tahu dia lemah, maka dia tahu Allah Maha Kuat. Sape tahu dia jahil, maka dia tahu Allah bersifat dengan Maha Mengetahui.
.
Patinya nanti. Seseorang tu akan nampak segala yang berlaku sekeliling dia adalah taqdir dari Allah. Sama ada baik atau buruk. Jadi semua perkara akan ingatkan dia pada Allah disebabkan fikir dia kepada Allah. Akan lahirkan rasa kasih kepada Allah disebabkan zikir dia pada Allah (Saje ambik ayat Imam Ghazali dalam Sairus Salikin). Hasil dari olahan Ilmu Akidah-lah yang akan hasilkan Ilmu Tasawwuf.
.
Setelah Pakcik tu lama belek kitab tadi. Dia tutup. Katanya tak berani nak baca sendiri, takut Syaitan yang jadi guru. Kalau sihat, katanya nak cari guru belajar. Sambil dia bercerita beberapa temannya yang telah pergi (meninggal dunia) baru² ni.
.
Alhamdulillah.
.
Hidup ni mudah je. Kais pagi makan pagi. Adakala kita duk sangka kita masih ada esok. Jadi kita kais banyak². Belum sampai maghrib. Lepas asar Allah dah panggil kita. Tinggallah kita akan dunia. Berangkat menuju alam berikutnya. Wal hal.. Rohani belum lagi kita sediakan.

[ 4 Jam sebelum Ramadhan pergi; ]


.
.
Ramadhan kali ni banyak pula masa'il fiqh yang berlaku. Lagi mendebarkan, impaknya tu yang kita bimbang. Besar sangat kesannya. Adapun dari skop tersilap atau lupa. Itu biasalah, semua manusia lupa. وما سمي الإنسان إلا لنسيه. Hikmahnya, boleh rajinkan kita untuk muroja'ah kembali.
.
Ada masjid yang tertinggal اهدنا ketika al-Fatihah solat Isya. Kesannya besar. Satu kepada Solat Isya dan satu kepada Solat Terawikh. Kenapa Solat Terawikh? Sebab syarat untuk solat terawikh, isya'nya perlu setel.
.
Ada pula masjid imam tertinggal al-Fatihah. Makmum ingatkan. Ada dengan baca الحمد لله, ada zikir سبحان الله. Imam tetap tak perasan. Akhirnya ada yang ucap السلام عليكم . Barulah imam terkesima, dan ada makmum lain yang ucap lagi sekali  الحمد لله. Barulah imam tersedar. Kesannya besar sebab lafaz tu ada kalimah khitob. Dan kalimah khitob yang dibenar dalam solat hanya kepada Allah (bacaan duduk antara dua sujud contohnya) dan kepada nabi (bacaan tasyahhud contohnya). Dan kalimah itu pula mafhum maknanya.
.
Ada satu yang viral. Pengagihan zakat oleh non muslim.  Jika dilihat kepada 8 asnaf zakat. Salah satunya ialah مؤلفة قلوبهم. Muallaf yang kita nak pikat hati dia supaya sukakan Islam. Tapi bila orang kafir yang beri, ini dah macam berlawan dengan tujuan utama. Boleh jadi terbalik, Orang Islam pula boleh cair dengan Orang Kafir.
.
Bab buka puasa pula. Ada teman beritau. Terdapat sebuah masjid azan awal. Sepanjang Ramadhan. Sebab silap letak jarum jam. Impaknya besar. Sebab lupa dan tersilap dalam berbuka puasa berbeza hukumnya. Kalau lupa ok. Tapi kalau tersilap, maka banyak hukum lain pula berkait.
.
Ada satu masjid. Imam yang baca al-Fatihah terus baca الحمد لله . Tanpa baca بسم الله pada awal surah. Sedangkan basmalah tu sebahagian dari Surah.
.
Biasa tahun² sebelum ni. Bila tazkirah Ramadhan banyak sentuh bab adab dan akhlak je. Tak berani den sentuh benda sensitif. Tapi Ramadhan tahun ni, beranikan juga diri, belajar buka bab Fiqh. First Time kot. Risau juga, mikir ke perang khilafiah dalam masyarakat dengarnya boleh tahan hebat. Tapi Alhamdulillah. Tengok ke muka, macam 90% lah berminat. Mungkin jarang dengar kot. Lagi 10% yang duk saf depan, tunduk. Mungkin lengoh mendongak.
.
Kalau tahun lepas bawa tajuk bab adab berbuka. Tahun ni dah boleh masuk أحكام الجبيرة pula. Persoalan yang jarang dibincang, tapi sangat penting. Wallahua'lam

[ Suasana Masjid Jamek Seri Petaling ]


.
.
Suasana akhir Ramadhan di Masjid Jamek Seri Petaling meriah. Pusat bagi Jemaah Tabligh di Malaysia.
.
Seronok tengok masjid ni. Dapat rasa suasana ibadah tu hidup. Ada orang mengaji, ada orang solat, ada orang zikir, ada orang tidur.. erk. Masjidnya tak berpintu, jadi 24 jam 7 hari seminggu siapa-siapa boleh masuk. Anda bebas untuk iktikaf dan tidur di sini dan anda tidakkan dihalau. Ada berbilang bangsa di sini. Suasana khidmat dan ikram musliminnya hidup.
.
Masjid ni tiada tabung masjid dan aktivitinya padat. Dari lepas subuh dah ada bayan, pukul 10 pagi ada tasykil bagi yang nak buat usaha dakwah. Lepas zohor ada majlis bacaan hadis, lepas asar ada majlis untuk takaza (usaha dakwah?) lagi, untuk koreksi gerak kerja dakwah mereka. Bincang sifat bagi karkuzari (Mereka yang keluar dakwah?). Belum campur yang tengah-tengah antara majlis. Setakat tu dulu, sebab baru sempat sampai asar. Tak sabar nak tengok apalah depa buat waktu malam.
.
Tadi baru tau. Rupanya jemaah tabligh wanita pun ada. Dengarnya dalam 15 hari rasanya buat usaha dakwah. Mungkin adalah syarat-syarat yang mesti dipatuhi sepanjang takaza itu. Mereka panggil masturat ye bagi jemaah wanita?  Untuk keluarga diminta untuk hidupkan majlis taklim dalam rumah. Maaf saya hanya sebut apa yang saya sempat curi dengar, sayapun tak biasa dengan budaya dan istilah-istilah jemaah tabligh.
.
Usaha dakwah antara perkara penting bagi geng tabligh. Jadi selain majlis taklim. Perbincangan tentang amalan memakmurkan masjid antara perkara penting dibincang. Setiap masjid mesti buat majlis taklim, mesti ada 2-3 orang akan keluar. Ada bincang usaha hidupkan amalan 24 jam (Imarahkan masjid 24 jam dengan dakwah), dengan jadikan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sebagai contoh.
.
Besar pahala pengasasnya dulu (Maulana Ilyas?). Asbab idea dan usahanya, usaha agama jadi hidup.
من دل على الخير كفاعله
.
Berkait ijtihad dakwah bagi jemaah tabligh. Sayugianya kita tak kritik pendekatan mereka. Kerana mereka dikelilingi ulama. Khususnya dari Asia Selatan, jadi adalah illah bagi setiap manhaj yang mereka buat. Teringat pernah baca manaqib Maulana Zakariya Kandahlawi, rupanya sanad ilmunya bersambung dengan Syeikhul Islam Syeikh Zakariya Alansori.
.
Cukuplah sampi disini. Nanti lapor lagi kalau ada benda best insha Allah..

November 2003

( Copy n Paste )

 November 2003

Aku ingat lagi, masa tu aku kat Matrik Negeri Sembilan (KMNS) . Tengah lepak bilik member aku, tetiba roomate aku panggil bagitau telefon aku x benti bunyi, call Sms masuk macam apa je.

Bila aku naik , aku baca ramai org ucap takziah kat aku. Aku mula2 dapat tau yg kakak aku (Marsitah bt Ghani) meninggal dunia . Accident dekat Gambang. Tapi aku x tau berita ni dari ibu ayah aku.

Bila aku call ibu, ibu cuma cakap kejap lagi makcik aku akan datang ambil aku bawak balik. Dalam perjalanan ke Maran, aku dapat tau yang sorang lagi adik aku (Norhafizah bt Ghani) meninggal dalam accident tu jugak.

Sorang lagi adik aku (NurAsyikin bt Ghani) dekat HTAA Kuantan. Cedera parah di kepala.

Allah punya kuasa , masa adik mula-mula sampai dekat HTAA, bilik ICU penuh. Tong Oxygen habis guna sebab ada lagi kemalangan lain pagi tu yg melibatkan 6 keluarga.

Kebetulan masa tu, Baginda Almarhum Sultan Ahmad Shah ada kat situ. Tengah melawat keluarga yg kemalangan pagi tu.

Baginda Almarhum dapat tahu pasal adik. Baginda panggil Pengarah Hospital or Person In Charge masa tu. Baginda  arahkan adik dipindahkan ke Hospital Swasta masa tu yg paling bagus kt kuantan - Kuantan Specialist Hospital , Alor Akar.

Baginda Almarhum punya ayat kat ayah :
“Xpa , jangan risau . Koi bayo”.

Baginda sempat tanya pada ayah. Ada duit belanja nak berbuka tak petang ni . Baginda terus seluk poket baju melayu dan keluarkan sejumlah duit.

Sekali seluk je , bila ayah tengok. Ada RM1,000.00 .

Tak cukup dengan tu, baginda Almarhum minta Tengku Mahkota, Tengku Abdullah  (Yang dipertuan Agong sekarang) untuk datang ziarah kami sekeluarga kt rumah pulak.

Sekali lagi ada sikit bantuan yang Baginda hulurkan pada kami.

Bukan nilai duit yang aku nak cerita sekarang. Tapi nilai budi pekerti Raja (Baginda Almarhum)  yang sentiasa dekat di hati Rakyat.

Raja yang peduli kan Rakyat nya.

Allah ambil kesayangan kami di bulan yang mulia. Allah hantarkan Baginda Almarhum kepada kami, dan buka jalan untuk selamatkan adik. Dan hari ni , Allah muliakan Almarhum Sultan pula.

P/s : Betul kata orang. Bila kita meninggal dunia, hanya amalan kita yang tinggal sebagai bukti.

Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Mat Yaakob (MB Kelantan) dan Solat Dhuha: ] .

[
.
Tadi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man datang masjid kami. Masjid Alfalah Sungai Isap 2. Ada beberapa kisah menarik Ustaz Tuan bawa. Salah satunya tentang Tok Guru, Ustaz Mat dan Solat Dhuha.
.
Waktu Tok Guru nak lantik Ustaz Mat Yakob jadi pengganti MB Kelantan dulu. Tok Guru panggil Ustaz Mat. Tok Guru tanya, Ustaz Mat biasa Solat Dhuha ke?
.
Ustaz Mat kata solat. Cuma gitulah, ada waktu solat ada waktu tak.
.
Tok Guru pesan kat Ustaz Mat. Jangan tinggal Solat Dhuha. Sejak dari hari tu sampailah sekarang, Ustaz Mat tak pernah tinggal Solat Dhuha.
.
Ustaz Tuan pesan tadi. Bagi pentadbir-pentadbir. Solat Dhuha jangan tinggal. Juga yang terlibat dengan projek-projek dan kontrak-kontrak. Kesan Solat Dhuha ni besar. Hanya yang buat akan dapat rasa manfaatnya.

[ Pengalaman mengerikan 9 Ramadhan 1440H; ]


.
.
Petang tadi ada sebuah masjid call, minta tazkirah terawih. Bila sampai, terkejut tengok imamnya arab. Ingatkan jadual bertindih. Tanya dekat jemaah yang kelihatan seperti khadim kepada imam tu. Rupanya Imam tu Syeikh Mustafa Zaidan. Memang syeikh bertugas imam di situ sepanjang Ramadhan. Ah sudah, masak koi.
.
Aduh. Koi dah mula seram sejuk tangan. Dahlah hujan. Kalau orang lain kita tak kesah, tapi kalau nak ceramah depan seorang yang alim, orang alim pula yang dengar kita ceramah. Memang silap besar. Kepala koi dah memutar, gonelah nak berceramah nanti. Nak duduk atas kerusi dan syeikh duk bawah? Su'ul adab (jahat adab) dengan ulama gitu. Kena pula Syeikh baca juz dua yang ayat sempurnakan haji dan umrah tu. Ayat tu kan banyak teknikal nak sebut makhraj dan sifatnya. Dah namanya Muqri. Memang tapau dek Syeikh je lah lenggok tajwid main area tu. Lagi koi bertambah risau.
.
Kaki dah rasa lembik mikir ke Qillatul adab (kurang adab) yang bakal koi buat kalau ceramah nanti. Koi ingat nak tarik lagi satu kerusi, syeikh duk atas kerusi. Tapi macam krik-krik pula syeikh nanti. Takpun biar syeikh ceramahlah, koi jadi penterjemah pun takpelah. Tapi macam tak kena pula, sebab syeikh imam situ 30 hari Ramadhan. Dan sebelum-sebelum ni dah ramai yang berceramah. Takkan nak buat perkara luar dari adat masjid ni.
.
Habis je doa 4 rakaat dan waktu petugas bawa keluar meja dan kerusi. Koi tanya sekali lagi dengan khadim syeikh. Dia kabo, syeikh biasa masuk dalam bilik rehat imam waktu orang tazkirah. Alhamdulillah, lega terus rasa hati. Koi meluru ke syeikh dan salam cium tangan. Minta izin nak beri tazkirah. Syeikh benarkan.
.
Masa awal bicara-wara. Koi merepeklah sikit kat jemaah. Dalam setengah minit. Cerita pasal debar koi. Kata, kalau sultan boleh lagi, tapi kalau ulama ni koi tak berani. Sebab dia punya haibah tu. Saje nak ajar jemaah tentang adab dengan ulama.
.
Ni screenshot yang sempat koi hantar ke kawan koi. Waktu lepas Isya rasanya. Abaikan typo yang banyak tu, debor ke ulama punya pasal.

[ Rahmat di bulan Ramadhan; ]

[ Rahmat di bulan Ramadhan; ]
.
.
Sebenarnya lama juga krik.. krik. Sebab ikutkan, sepatutnya dekat sebulan dah Ustaz Zul Mukhsah mulakan bacaan Matan Maqsud. Tapi kitab tak ada. Di Kuantan tiada. Seorang sahabat cuba cari di Kelantan, hubungi Syarikat Jaafar Rawas. Pun tak ada. Bayangkan. Kalau Jaafar Rawas pun takde. Yang lain lagilah. Ada satu solusi lain, photostat Kitab Ustaz. Tapi rasa tak sedap pula pakai Kitab Photostat.
.
Tadi masa lepas kelas syarah syeikh khalid, terdetik nak hebohkan problem ni. Jadi tulislah dalam group geng Dauroh Hadis. Ustaz Khairul cadangkan tanya Pustaka Tok Kenali. See, bila kita tanya pendapat ramai, insha Allah banyaklah idea fresh akan muncul. Idea ni memang tak terlintas. Jadi terus hubungi Pustaka Tok Kenali. Sayangnya, diorang pun tiada juga.
.
Tiba-tiba petang ini ada seorang kenalan tak dikenali call wasap. Bagitau ada di KL dan terjumpa kitab ni. Kenalan sama-sama dalam group Dauwoh Hadis. Tanpa berlengoh, terus setuju.
.
Pengajaran mudah petang ni. Bukan semua perkara kita perlu fikir. Adakala ceritakan sahaja, nanti adalah yang boleh bantu insha Allah.
.
Alhamdulillah. Tiada aral. Minggu depan Ustaz Zul akan mula syarah Matan Maqsud. Matan yang ketiga setelah Matan Bina dan Matan Izzi. Dalam Ilmu Saraf. Bertempat di Surau Haji Mubin Kampung Padang. (depan masjid dan sekolah vokasional Kampung Padang).
.
.
Jemput mari deh.

[ Lakaran I'rob yang kreatif; ]

[ Lakaran I'rob yang kreatif; ]

Biasa i'rob didatangkan dalam konteks Nahu Bahasa Arab. Berbeza dua contoh ini, i'rob didatangkan dari perspektif berbeza. Tulisan dibawah, i'rob  didatangkan dalam bentuk gambaran Fiqh Ibadah. Dan Klip video menggambarkan i'rob didatangkan dalam bentuk tafsiran terhadap Sikap Ummah. 

جاء رمضان

(جاء )
فعل ماض مبني علي الإمساك  من طلوع الفجر إلى غروب الشمس
   لا محل له من الأكل والشرب

  (رمضان)
 فاعل مرفوع وعلامة رفعه آذان المغرب وهي جملة فعلية مكونة من صلاة التراويح وقراءة القرآن  وهذه الجملة واقعة لا محل لها من الكسل

https://youtu.be/E6ZuNZcIpbs

Ayat dalam Video:

اعراب : عشق المغترب تراب الوطن

    بسم الله الرحمن الرحيم وصلى الله على محمد واله الطاهرين

    قال استاذ اللغة للتلميذ : قف يا ولدي واعرب : عشق المغترب تراب الوطن .

    وقف الطالب وقال :
    عشق : فعل صادق مبني على امل يحدوه ايمان واثق بالعودة الحتمية .

    المغترب : فاعل عاجز عن ان يخطو اي خطوة في طريق تحقيق الامل ، وصمته هو اعنف ردة فعل يمكنه ان يبديها .

    تراب : مفعول به مغصوب وعلامة غصبه انهار الدم واشلاء الضحايا والقتلى .

    الوطن : مضاف الى تراب مجرور بما ذكرت من اعراب تراب سابقا .

    تفاجئا الطلاب وابتسم المعلم ، لادراكه مايريد ان يوصله للتلاميذ ، فأراد ان يسمع من الطالب الكثير .. فقال :

    يا ولدي ، مالك غيرت فنون النحو ، وقانون اللغة ؟ إ‘ليك محاولة اخرى ....... اعرب : صحت الامة من غفلتها .

    قال الطالب :
    صحت : فعل ماضي ولى على أمل ان تعود .

    والتاء : تاء التأنيث في امة لا تكاد ترى فيها الرجال .

    الامة : فاعل هده طول السبات ، حتى ان الناظر اليه يشك بأنه لا يزال على قيد الحياة .

    من : حرف جر ، لغفلة حجبت سحبها شعاع الصحو.

    غفلتها : اسم ، عجز حرف جر الامة ، عن ان يجر غيره .

    والهاء : ضمير ميت ، متصل بالامة التي هانت عليها الغفلة ، مبني على المذلة التي ليس لها من دون الله كاشفة .

" Kita ni. Bior belajar sampai kitab tak boleh tipu kita."

" Kita ni. Bior belajar sampai kitab tak boleh tipu kita."
.
Ingat dulu. Inilah kata-kata yang pernah keluar dari bibir guru.
.
Ingat masa mula dengar Ustaz Zul Mukhsah syarah kitab Mukhtasar Jiddan dulu. Pergh, blurr terus. Tak tahu mana nak terpa. Rasa macam tak pernah belajar nahu. Padahal syarah kepada Matan Ajrumiyah je pun. Persoalan. Kenapa jadi macam tu?
.
Sebabnya. Kita nampak benda zahir je. Kita tak nampak benda ghaib.
.
Kita tahu مبتداء/فاعل/فعل مضارع yang tak ada عامل menasab atau menjazam itu مرفوع. Kita tahu
 مفعول به/حال/مفعول مطلق itu منصوب. Kita tahu
 اسم مجرور/مضاف إليه itu مجرور.
.
Itu cara fikir kita. Kita fokus nak bagi baris kepada kalimah, cukup tengok qorinah kiri kanan atau makna. Okeylah tu. Bagus dah buat pemula.
.
Cuma bagi set-set Patani ni lain. Fokus otak diorang adalah untuk cari tempat untuk تعلق atau تقدير. Kalau jumpa huruf جر asli. Dia akan cari kat mana nak تعلق. Kalau jumpa حال, dia akan datangkan تقدير. Kalau jumpa إضافة, dia akan telek jenis إضافة tersebut.
.
Inilah punca kenapa kita jadi blurr. Sebab kita tak mahir perkakas untuk singkap hijab tu. Sebab tu guru selalu duk ulang satu nasihat:
.
لولا الحذف والتقدير لفهم الحمار
" Kalaulah tidak kerana Hazaf dan juga taqdir. Maka Keldai pun boleh faham (baca kitab) "
.
Agak kasar ayatnya. Tapi itulah klu penting. Mahirkan حذف, تعلق dan juga تقدير. Baru kemas belajar nahu.

Tukar teks khutbah

Sebab lagi 10 hari nak Ramadhan. Tukar teks asal khutbah kepada cerita qodho' dan fidyah. Teks asal tajuknya Hari Guru. Okey je tajuk hari guru. Cuma saje nak cuba-cuba menulis teks khutbah sendiri. Ada dua cabaran utama.
.
1. Nak ringkaskan perbahasan dalam kitab. Menjadi sekitar 4 muka dengan font size 16. Tanpa muka depan dan belakang khutbah (Standard khutbah Negeri Pahang 6 muka).
.
2. Nak tukar ayat yang berbelit dalam Kitab. Menjadi ayat yang mesra pendengar.
.
Tapi sebenarnya ada satu lagi cabaran yang lagi utama. Seringkali berlaku. Kita akan rasa gementar, nafas tak cukup, tekak kering dan tangan sejuk. Sebab nak buat sesuatu yang baru. Yang belum pernah kita buat.
.
Allahu yusahhil.

[ Puasa setelah 15 hari Sya'ban; ]


.
Tadi pagi ada seorang anak student beritahu. Dia puasa hari ni. Mendengar info makluman tersebut, pasti ada yang rasa isykal. Mari kita bedah masail tersebut:

1. Pelajar tersebut berpuasa.
2. Puasanya pada hari Khamis.
3. Tarikh puasanya jatuh pada 19 Sya'ban.

- Ok di sini masailnya bermula. Kerana menurut Kitab Fiqh. Berpuasa selepas 15 Sya'ban adalah  حرام مع عدم الصحة .(Hukumnya haram lagi tidak sah). Sama seperti kita berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

4. Namun ada satu perkara yang menyelamatkan anak ini tadi. Iaitu dia sudah melazimi puasa Hari Khamis.

- Yup, jika telah menjadi adat kebiasaan kita berpuasa Isnin atau Khamis. Maka puasanya sudah tidak lagi menjadi suatu kesalahan. Dan قيد bagi adat tersebut ialah walaupun satu hari. Maksudnya, walaupun adat itu baru kita mulakan minggu lepas (Sebelum 15 Sya'ban) dan baru sehari je, maka ianya sudah dikira adat kebiasaan.

5. Makanya puasa anak tadi sah.

Wallahu'lam.

Adab Imam Syafie

Adab Imam Syafie sebagaimana dinyatakan dalam Kitab AlFawaid Almakkiah:
.
"Imam AsSyafie sengaja tidak membaca qunut subuh ketika solat berdekatan kubur Imam Abi Hanifah (Walaupun ijtihad Imam Syafie adalah sunat ab'ad membacanya). Lalu ada yang bertanya kepadanya. Kenapa buat begitu? Dijawabnya: Sebagai adab kepada penghuni kubur ini.
.
Malah ada juga menceritakan. Imam syafie juga tidak membaca kuat basmalah ketika mana berhampiran kubur  Imam Abi Hanifah (Bagi menghormati ijtihad Imam Abi Hanifah)."
.
Hebat kan akhlak Salafunas Soleh kita.

[Hidup Di Zaman Fitnah; ]


.
.
Bila baca Kitab yang bersifat Kontemporari atau Mua'sirah. Kita akan dapati banyak maklumatnya yang bercanggah dengan Kitab Turath. Dan antara ilmu yang sangat perlu dicermati adalah Ilmu Maqosid Syariah. Kita tak cakap ilmu itu salah. Kerana banyak pointnya diambil dari Ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah juga. Disandar ambilannya dari imam-imam hebat seperti Imamul Haramain Aljuwaini.
.
Namun olahan penulis-penulisnya itu yang bahaya. Adakala membawa kita kepada talfiq dalam mengikut pandangan mazhab. Mengkritik amalan taqlid kepada Mujtahid. Meminta Muqollid untuk jadi seorang Mujtahid juga. Sedangkan perkakas Muqollid itu tak cukup pun.
.
Mungkin. Bukan illah ye. Tapi mungkinlah. Sebab ini Alazhar membuat dasar untuk kembali kepada Turath Ulama Silam. Ulama yang hidup pada zaman Salaf. Para Aaimmatul mazhab kita. Iye, yang berada di 300-500 kurun hijriah yang awal.
.
Tapi tulah. Untuk mengubah manhaj pembelajaran satu-satu negara itu bukan mudah. Perlukan man-power yang holistik. Bergerak serentak. Sedangkan yang berkebolehan tak banyak.
.
Akhirnya. Lantak hanglah..

Selasa, 30 April 2019

Coretan malam 1 Mei

Aku ada ramai. Malah setiap tempat aku pergi, aku akan ada ramai kawan rapat. Kawan yang setia, kawan yang boleh dipercaya. Namun bila aku amati, rupanya kehidpuan aku seharian lebih banyak menyendiri. Kalau tak termasuk berperang dalam FB lah. Bila menyendiri aku bebas. Bebas lakukan apa yang aku suka. Bebas berfikir, bebas berkarya. Boleh menulis, boleh mendengar bisikan dari earphone tanpa peduli siapa disekeliling.
.
Adakala aku tak suka jalan laju. Sebab aku nak menjiwai hidup. Adakala aku nak jalan laju, sebab banyak urusan nak aku lakukan.
.
Sibuk sangatkah aku. Tapi kenapa aku kelihatan banyak tidur. Tidur itulah sibukku. Aku tidak saja-saja tidur. Tidur sebelum zohor kerana malamku berjaga lambat. Tidur selepas asar kerana maghrib atau isya itu aku ada kelas. Sibuk sangatkah aku? Bergantung kepada pandangan. Jika yang dipandang itu otak, maka yang melihat akan terasa seperti berada di hiruk pikuk bandar KL. Tapi kalau yang dilihat itu jasad. Maka mungkin kesibukanku ini sekadar seperti Kuantan. Pagi, tengahari, petang, maghrib dan isy'nya jem. Namun wakti malan dah beransur reda.
.
Cukuplah tu. dah 1.58 pagi. Tanganku semakin lembut menaip ayat puitis. Mungkjn kerana terlalu kerap berperang di medan keyboard rasanya.  Sehinggakan ayat tertumpah tidak berpenghujung. Sekadar ini sajalah. Coretan malam minggu. Malam cuti pekerja. Walau  ada yang menyambutnya juga sedang bekerja. Wassalam.

Ahad, 14 April 2019

Sembang Khatam Matan Izzi

Pagi ni Ustaz Zul khatamkan Kitab Matan Izzi susunan Syeikh Izzuddin Azzanjani. Dalam Ilmu Saraf. Sekaligus menyelasaikan sambungan kepada Matan Bina'. Insha Allah selepas ini, Ustaz Zul Mukhsah akan sambung Kitab Matan Maqsud. Sekaligus melengkapkan tiga matan utama dalam Ilmu Saraf. Kemudian barulah boleh masuk ke Kitab Syarah.


Sempat adukan kepada Ustaz Zul Mukhsah tadi. Matan Izzi ini agak payah berbanding Matan Bina. Matan Izzi lebih banyak kupas i'lal.


Ustaz Zul bagi satu petua. Baru aku teringat. Syeikh Mahmud Shoubro pun pernah nasihatkan benda yang sama. Waktu syarahkan Matan Tuhfatul Athfal di MAQAZ Dauron Shoubro.


من حفظ المتون حاز الفنون
- Siapa yang menghafaz matan. Maka dia akan menguasai kaedah ilmu -


Kata Ustaz Zul. Kena hafaz matan. Lepas hafaz nanti. Kefahaman akan hadir.


Ustaz Zul cerita. Zaman Ustaz belajar di Krasak dulu. Waktu orang bmain petang, dia tak main. Dia pelancar hafalan. Malam, dia tambah hafalan.


Padanlah. Penguasaan dalam Ilmu Nahu Saraf Ustaz Zul begitu mantap. Tak rajin jumpa orang macam ni.  Ketiga-tiga matan asas. Baik Bina, Izzi dan Maqsud berjaya Ustaz Zul hafaz. Rupanya bukan sahaja Matan Ajrumiyah dalam Ilmu Nahu, malah Mutammimah Ajrumiah pun Ustaz Zul hafaz. Tu eden tak korek ilmu lain lagi tu. Sebab tengok masa baca kitab akidah hari tu, rileks je Ustaz Zul petik Matan Jauharah Tauhid.


Beruntung Allah anugerahkan kita di Pahang dengan guru-guru yang sangat mahir dalam bidang mereka. Dan masih muda. Alhamdulillah.


P/s: Bagi meluaskan network dakwah. Menghormafi kepelbagaian fiqrah teman-teman FB. Hantaran politik dibuat dari akaun lain. Akaunnya rahsia.

Sabtu, 13 April 2019

Kenangan Nyambut Ramadhan

Tok Ayah ada cerita Selasa kelmarin. Masa awal Pondok MDS dulu, habis je terawikh, buat kelas pengajian. Kadang-kadang sampai pukul 1 pagi baru habis. Lembik. Adalah beberapa kerat pakcik yang pernah join dulu, tapi sekarang dah bertongkat. Seronok.
.
Teringat kalau kat Ardul Kinanah, lebih kurang tu juga. Indahnya. Malam lepas terawikh, Dalam pukul 9 malam (Maghrib awal). Bermula kelas tafaqquh Syeikh Nuruddin, baca kitab Irsyadul Ibad atau Misykat Masobih, di Rumah Kedah Hayyu Sabi'. Sampai pukul 10 malam.
.
Kemudian balik semula ke Rumah Pahang di Hayyu Asyir. Kelas dengan Habib Ahmad. Pukuk 11-1 pagi. Kitab Syarah Yaqut Nafis tak silap. Sahur kejap, pukul 3 pagi dah subuh. Kemudian ke Jabal Muqattam, ikut Kelas Syeikh Yusri, Kitab Sunan Nasaei. Kemudian terus Darrrasah, talaqqi dengan Syeikh Asyraf. Kemudian balik tidur. Masa tu cuti sem. Zohor baru bangun. Rehat kejap. Lepas asar kelas Syeikh Nuruddin balik, baca kitab sama rasanya. Sampai berhenti dalam beberapa minit sebelum Maghrib.
.
Tapi kelas juga bermusim. Pernah satu tempoh tu, Syeikh Nuruddin tak mari Mesir. Kebetulan pula, Dar Hassani Bawwabat buat dawroh. Masa tu geng-geng anak murid Syeikh Yusuf Bakhur Alhasani yang pimpin. Dr.Lokman Azhari dan Syeikh Muhammad. Antara Kitab yang baca masa tu. Risalah Alwaroqot Imam Juwaini, Syarah Baiquni Syeikh Sirajuddin, Tuhfah Saniyyah Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid. Kiranya kitab-kitab untuk mubtadien.
.
Seronoknya Ramadhan di Ardul Kinanah. Rindunya.

Khamis, 21 Mac 2019

Aku Letih

Aku letih. Penat. Tak larat
.
Dalam setahun dua ini. Antara perkara yang paling aku tak suka ada dua. Pertama beritahu berapa income aku kepada orang. Kedua bagitau apa kerja yang aku buat.
.
Bila beritau income kita. Jika lebih pada orang. Maka adatlah manusia. Rasa dengki akan wujud. Sifat mazmumah ni biasa ada pada semua orang. Labih parah, bila mereka mula sabotaj. Letih. Letih kita nak tangani. Tu cara terbaik, dari awal tak beritahu. Tapi baru ni aku didesak untuk beritahu. Dengan beberapa 'ugutan'. Aku mengalah, akupun beritau. Lepas pada tu aku perasan, aktiviti sabotaj pun mula terasa.
.
Kedua, apa yang kita buat. Ini bagi nak elak majikan dari berbunyi. Walau tahu kita sambilan, banyak tugas. Tapi ini akan jadi modal jika berlaku apa-apa kekurangan. Walaupun tak berkaitan pun. Jadi kitapun letihlah. Tambahan, komunikasi kita kurang. Sebab jarang ada pejabat.
.
Letih lah.. Letih. Moga Allah berikan nikmat yang jauh lebih baik.
.
Namjn aku tak nafi. Rezeki Allah beri terlalu banyak. Terlalu banyak. Tak termampu aku sebut satu persatu. Setia saat Allah beri aku nikmat. Bahagia sungguh aku rasa.
.
Takpelah. Mungkin satu dua hal ini sekadar ujian buatku. Lagipun nikmat yang aku dah terima terlalu banyak. Akupun tak reti nak jawab dengan Allah nanti kalau Allah tanya. Moga-moga Allah tak hisab segenap perbuatanku.
.
Allahu Rabbi. Aku letih. Aku letih..

Isnin, 14 Januari 2019

Rehat kejap dua hari

Aku inginkan rehat. Bercuti. Tenangkan fikiran. Alhamdulillah baru ini seorang teman datang berjunjung. Disebabkan malas nak kemas bilik, yang dah dekat setahun aku tak tidur atas katil itu. Jadi aku cadang tempatkan kawan aku ini di hotel. Aku search Agoda, Trivago dan laman2 yang buat perbandingan harga hotel. Setelah aku tengok di laman ini, aku call sendiri ke hotel. Fuh, serius. Memang jauh murah kalau tempah melalui laman begini. Bayangkan, kalau tempah Shahzan Inn guna Agoda, harga dalam RM80, untuk dua orang dan ada pool. Tapi kalau walk in ke hotel terus. Harga RM130.  Tapi sebab aps Agoda bermasalah untuk guna debit card atau online banking, maka aku jumpa satu cara yang leceh juga sebenarnya, tapi bolehlah sebab nak jimat punya pasal. Aku bayar guna 7e. Just scan bar code yang ada.

Disebabkan kawanku nak duduk Kuantan dua hari tiga malam. Jadi 3 hotel aku sewa. Shahzan in, sebab ada pool dan murah dalam RM80. Riverbank sebab murah RM60 lebih kurang. Dan Villasuri RM80 sebab dekat dengan tempat kerja aku, dan target aku malam last tu, azan Subuh je, aku terus tinggalkan kawan aku.

Best juga berenang di Shahzan In. Sebab tiada orang. Just aku dan kawanku untuk dua kolam. Satu paras pinggang dewasa dan satu paras dada dewasa. Teringin nak pergi lagi. Dah lama tak praktis berenang. Tapi memang best. Puas hati, walau takde breakfast.

Jadi kami makan pagi di Kemira. Oklah nasi kerabu dia, aku rasa specialnya pada daging yang diguna, Kemira gunakan daging dan ayam bakar madu. Biasa jumpa pasar malam. Tapi cara hidangan dia yang ala2 buffet dan cara dia decorate susun atur lauk mungkin penyebab orang rasa berselera bila tengok dan bila balik rumah dan teringat akan decorate tu, pasti rasa nak pegi lagi Insha Allah.

Cukuplah. Badan dah letih. Nak tidur. Wassalam.