Jumaat, 19 Julai 2019

[ Pengalaman mengerikan 9 Ramadhan 1440H; ]


.
.
Petang tadi ada sebuah masjid call, minta tazkirah terawih. Bila sampai, terkejut tengok imamnya arab. Ingatkan jadual bertindih. Tanya dekat jemaah yang kelihatan seperti khadim kepada imam tu. Rupanya Imam tu Syeikh Mustafa Zaidan. Memang syeikh bertugas imam di situ sepanjang Ramadhan. Ah sudah, masak koi.
.
Aduh. Koi dah mula seram sejuk tangan. Dahlah hujan. Kalau orang lain kita tak kesah, tapi kalau nak ceramah depan seorang yang alim, orang alim pula yang dengar kita ceramah. Memang silap besar. Kepala koi dah memutar, gonelah nak berceramah nanti. Nak duduk atas kerusi dan syeikh duk bawah? Su'ul adab (jahat adab) dengan ulama gitu. Kena pula Syeikh baca juz dua yang ayat sempurnakan haji dan umrah tu. Ayat tu kan banyak teknikal nak sebut makhraj dan sifatnya. Dah namanya Muqri. Memang tapau dek Syeikh je lah lenggok tajwid main area tu. Lagi koi bertambah risau.
.
Kaki dah rasa lembik mikir ke Qillatul adab (kurang adab) yang bakal koi buat kalau ceramah nanti. Koi ingat nak tarik lagi satu kerusi, syeikh duk atas kerusi. Tapi macam krik-krik pula syeikh nanti. Takpun biar syeikh ceramahlah, koi jadi penterjemah pun takpelah. Tapi macam tak kena pula, sebab syeikh imam situ 30 hari Ramadhan. Dan sebelum-sebelum ni dah ramai yang berceramah. Takkan nak buat perkara luar dari adat masjid ni.
.
Habis je doa 4 rakaat dan waktu petugas bawa keluar meja dan kerusi. Koi tanya sekali lagi dengan khadim syeikh. Dia kabo, syeikh biasa masuk dalam bilik rehat imam waktu orang tazkirah. Alhamdulillah, lega terus rasa hati. Koi meluru ke syeikh dan salam cium tangan. Minta izin nak beri tazkirah. Syeikh benarkan.
.
Masa awal bicara-wara. Koi merepeklah sikit kat jemaah. Dalam setengah minit. Cerita pasal debar koi. Kata, kalau sultan boleh lagi, tapi kalau ulama ni koi tak berani. Sebab dia punya haibah tu. Saje nak ajar jemaah tentang adab dengan ulama.
.
Ni screenshot yang sempat koi hantar ke kawan koi. Waktu lepas Isya rasanya. Abaikan typo yang banyak tu, debor ke ulama punya pasal.