Isnin, 29 Julai 2019

Koleksi Kisah Nurani Pagi;


.
Teringat jadual seorang guru di Ardul Kinanah. Paginya tidur sampai pukul 11. Pukul 11-Zohor syeikh pergi berguru. Zohor hingga pukul 12 malam syeikh mengajar. Pukul 12-Subuh syeikh menulis Kitab.
.
Teringat Syeikh Ali Tantawi. Syeikhul Azhar yang lalu.  Apabila syeikh baca kitab, maka khodimnya perlu bagitau syeikh zohor dah masuk. Jika tidak, syeikh tak sedar dek khusyu'-nya.
.
Habib Ahmad Almaqdi suka kitab. Habib selalu ronda-ronda di maktabah. Adakala bila jumpa kitab yang Habib berkenan, tapi Habib takde duit. Habib akan  pusingkan kitab tu ke belakang. Namun yang kelakarnya, kawan Habib yang juga suka kitab. Dia tau  perangai Habib. Jadi bila dia pergi ke mana-mana maktabah dan dapati ada kitab yang dipusing. Dia akan cepat-cepat sambar dan beli. Sebab dia tau mesti Habib yang pusing dan kitab tu mesti banyak manfaat.
.
Teringat Habib cerita. Waktu nak berikan motivasi kepada kami. Sebelum Habib ngajar, Habib akan murojaah dulu beberapa kitab. Adakala sampai 6 jam murojaah sahaja. Kemudian barulah Habib akan ngajar. Jadi tak hairanlah waktu mula buka Kitab Alyaqut Annafis di Rumah Pahang Hayyu Asir dulu, dekat 2 jam Habib syarah bab niat je. Padahal teks dalan kitab tak banyak mana. Ada sebahagiannya, baru tahun ni 2019 kita faham, setelah belajar Sabilal Muhtadin. Topik yang Habib terang masa tahun 2010, dekat 10 tahun yang lalu. Bab muqorronah Kamaliah dan Muqorronah Ijmaliah..
.
Setakat yang di ingat. Syeikh Dr. Yusri tak pernah miss memimpin pengajian Hadis di masjidnya, di Jabal Muqottam. Lepas subuh dari dulu lagi. Kecuali kalau syeikh bermusafir ke luar.
.
Habib Ahmad mengaji khususi dengan Syeikh Ali Jum'ah dalam kereta je. Sehinggakan Syeikh Usamah Alazhari beritau kepada Syeikh Ali. Jangan terima anak murid khususi dah, kecuali kalau ada yang juhudnya macam Habib Ahmad Almaqdi.