Jumaat, 19 Julai 2019

[ 4 Jam sebelum Ramadhan pergi; ]


.
.
Ramadhan kali ni banyak pula masa'il fiqh yang berlaku. Lagi mendebarkan, impaknya tu yang kita bimbang. Besar sangat kesannya. Adapun dari skop tersilap atau lupa. Itu biasalah, semua manusia lupa. وما سمي الإنسان إلا لنسيه. Hikmahnya, boleh rajinkan kita untuk muroja'ah kembali.
.
Ada masjid yang tertinggal اهدنا ketika al-Fatihah solat Isya. Kesannya besar. Satu kepada Solat Isya dan satu kepada Solat Terawikh. Kenapa Solat Terawikh? Sebab syarat untuk solat terawikh, isya'nya perlu setel.
.
Ada pula masjid imam tertinggal al-Fatihah. Makmum ingatkan. Ada dengan baca الحمد لله, ada zikir سبحان الله. Imam tetap tak perasan. Akhirnya ada yang ucap السلام عليكم . Barulah imam terkesima, dan ada makmum lain yang ucap lagi sekali  الحمد لله. Barulah imam tersedar. Kesannya besar sebab lafaz tu ada kalimah khitob. Dan kalimah khitob yang dibenar dalam solat hanya kepada Allah (bacaan duduk antara dua sujud contohnya) dan kepada nabi (bacaan tasyahhud contohnya). Dan kalimah itu pula mafhum maknanya.
.
Ada satu yang viral. Pengagihan zakat oleh non muslim.  Jika dilihat kepada 8 asnaf zakat. Salah satunya ialah مؤلفة قلوبهم. Muallaf yang kita nak pikat hati dia supaya sukakan Islam. Tapi bila orang kafir yang beri, ini dah macam berlawan dengan tujuan utama. Boleh jadi terbalik, Orang Islam pula boleh cair dengan Orang Kafir.
.
Bab buka puasa pula. Ada teman beritau. Terdapat sebuah masjid azan awal. Sepanjang Ramadhan. Sebab silap letak jarum jam. Impaknya besar. Sebab lupa dan tersilap dalam berbuka puasa berbeza hukumnya. Kalau lupa ok. Tapi kalau tersilap, maka banyak hukum lain pula berkait.
.
Ada satu masjid. Imam yang baca al-Fatihah terus baca الحمد لله . Tanpa baca بسم الله pada awal surah. Sedangkan basmalah tu sebahagian dari Surah.
.
Biasa tahun² sebelum ni. Bila tazkirah Ramadhan banyak sentuh bab adab dan akhlak je. Tak berani den sentuh benda sensitif. Tapi Ramadhan tahun ni, beranikan juga diri, belajar buka bab Fiqh. First Time kot. Risau juga, mikir ke perang khilafiah dalam masyarakat dengarnya boleh tahan hebat. Tapi Alhamdulillah. Tengok ke muka, macam 90% lah berminat. Mungkin jarang dengar kot. Lagi 10% yang duk saf depan, tunduk. Mungkin lengoh mendongak.
.
Kalau tahun lepas bawa tajuk bab adab berbuka. Tahun ni dah boleh masuk أحكام الجبيرة pula. Persoalan yang jarang dibincang, tapi sangat penting. Wallahua'lam