Jumaat, 19 Julai 2019

[ Pakcik nak belajar Ilmu Akidah; ]

[ Pakcik nak belajar Ilmu Akidah; ]
.
.
Tadi ziarah seorang jemaah yang uzur. Seorang pakcik. Masa tengah berbual, tiba² pakcik tadi luah. Katanya nak belajar akidah. Masa muda dulu dia pernah mengaji bab nafi isbat. Pakcik minta carikan kitab yang mudah faham baginya. Kebetulan kitab ada sekali, kita tunjuklah ke dia kitab faridatul faroid. Orang dulu² kan boleh baca jawi, jadi takde masalah bagi dia. Pakcik tu belek. Tak faham kata dia. Kita gelak je lah. Mungkin sebab laras bahasa Kitab Faridah agak sanskrit.
.
Dia minta terangkan sikit. Kita teranglah sikit sifat dua puluh. Cerita sikit bab Wahdaniyah. Beza se Allah dengan se makhluk. Cerita sikit pasal kam muttasil kam munfasil, beza dengan Allah.
.
Cerita tentang  من عرف نفسه فقد عرف ربه. Sape yang tahu dia lemah, maka dia tahu Allah Maha Kuat. Sape tahu dia jahil, maka dia tahu Allah bersifat dengan Maha Mengetahui.
.
Patinya nanti. Seseorang tu akan nampak segala yang berlaku sekeliling dia adalah taqdir dari Allah. Sama ada baik atau buruk. Jadi semua perkara akan ingatkan dia pada Allah disebabkan fikir dia kepada Allah. Akan lahirkan rasa kasih kepada Allah disebabkan zikir dia pada Allah (Saje ambik ayat Imam Ghazali dalam Sairus Salikin). Hasil dari olahan Ilmu Akidah-lah yang akan hasilkan Ilmu Tasawwuf.
.
Setelah Pakcik tu lama belek kitab tadi. Dia tutup. Katanya tak berani nak baca sendiri, takut Syaitan yang jadi guru. Kalau sihat, katanya nak cari guru belajar. Sambil dia bercerita beberapa temannya yang telah pergi (meninggal dunia) baru² ni.
.
Alhamdulillah.
.
Hidup ni mudah je. Kais pagi makan pagi. Adakala kita duk sangka kita masih ada esok. Jadi kita kais banyak². Belum sampai maghrib. Lepas asar Allah dah panggil kita. Tinggallah kita akan dunia. Berangkat menuju alam berikutnya. Wal hal.. Rohani belum lagi kita sediakan.