Isnin, 29 Julai 2019

Tiba-tiba ada seorang jemaah datang.

Tadi masa dekat Zohor. Tiba-tiba ada seorang jemaah datang. Mohon pergi ke rumah, minta tolong bawa tahlil. Katanya semua imam tak dapat hadir. Alamak, kebetulan kita pun lepas solat nak hantar mak mengajar Kulliah Muslimat di Indera Sempurna. Sebab adik ke Terengganu. Ah jeng.
.
Walaupun tak pernah nampak bilal bawa. Tapi tala-kan jugalah jemaah tu ke bilal. Mungkin boleh minta tolong bilal. Sebab bilal punya bacaan Alquran okey, cuma tahlil tak pasti bilal mampu bawa tak. Bilal mulanya teragak juga, tapi lepas kata ke dia: 'Baca je buku'. Di pun ONZ.
.
Baru ni masa balik kampung. Ada berbual perihal nasib imam di kampung. Tak larat dengarnya. Imam sorang nak cover 5 waktu 7 hari seminggu. Kalau takde imam tu, alamatnya takdelah orang solat berjemaah di kampung tu. Ikut hukum Islam dah boleh jatuh had satu kampung. Ada yang interview MUIP, tapi takde lagi yang dapat lampu hijau jadi Imam 2. Memang nampak kecik, sekadar 20 minit darab dengan 5 waktu. Tapi sebab benda yang libatkan punctual ni letih, dan jenis sentiasa terikat. Nak pergi kenduri-kendara pun fikir 3-4 kali.
.
Di bandar mungkin tiada sangat masalah. Tapi kalau di kampung, memang tengah tenat. Rasanya elok MUIP serap jadikan mereka ini 'PEGAWAI MUIP' di kampung². Serapkan Imam 1 & 2, bilal 1 & 2, siak sebagai pegawai MUIP di kampung itu.  Sediakan pejabat dalam masjid, ala² masjid negeri. Jadi selain bertugas imam, mereka boleh bertugas menyelia hal ehwal Islam di kampung. Dari tahnik, cukur bayi. Kulliah muslimat, menyelia pergerakan briged penceramah dan briged dakwah kepada orang kampung. Urusan khairat kematian, tahlil dan kem² ibadah, kursus haji, sembelihan. Uruskan urusan pejabat seperti permohonan zakat, dermasiswa, kesan asnaf.
.
Berikan mereka ini gaji ikut skim pegawai MUIP. Berikan mereka latihan, SOP yang perlu dibuat dan latihan. Buka peluang ini kepada graduan². Iklankan secara besar-besaran. Bina kuarters bagi imam 1 & 2, bilal, siak. Barulah ramai yang tertarik dan berminat.
.
Jadi tuntuan Fardhu Ain kita dapat jaga. Tanggungjawab Fardhu kifayah pun selamat.