Isnin, 29 Julai 2019

[ Kitab Matla'un Nuran menerangkan ibarat Matla'ul Badrain; ]


.
.
Semalam masa belek-belek kitab di Kedai Ayah Ngah. Terjumpa Kitab Matla'un Nurain, yang menghuraikan ibarat Matla'ul Badrain. Toba (Cetakan) baru. Apa yang menarik. Kitab ni disertakan sekali makna dalam bentuk kurungan, bagi menjelaskan istilah arab yang agak sukar difahami. Dikeluarkan juga nisbah kiraan yang selalu digunakan pada zaman kita sekarang, bagi menerangkan istilah turath (klasik).
.
Sebagai contoh dalam gambar di bawah ialah istilah bagi unta mengikut umurnya. Arab sangat detail dalam bab ni. Dan dalam bab zakat na'am (haiwan ternakan), istilah-istilah ini sangat penting bagi kita untuk tahu beza kadar zakatnya.
.
Cumanya kalau baca. Seeloknya rujuk sekali Matla'ul Badrain (Yang lama). Sebab ada banyak syarahnya yang takut menyalahi ijtihad yang kita pegang. Dalam bab zakat pendapatan contohnya.
.
Tapi untuk menerang ibarat-ibarat (istilah) dalam Kitab Matlaul Badrain, sepintas lalu, Kitab ni  memang bagus. Nak dapatkan Suluh Matla' Badrain sebenarnya. Yang kerajaan Johor pernah terbitkan. Tapi tak jumpa lagi.
.
Apapun. Kitab Matla' Badrain  pernah jadi rujukan utama di Tanah Malay Archipelago ni. Di Brunei kitab ni dijadikan rujukan utama bagi jemaah Haji. Di Johor Kitab Matla' Badrain dijadikan buku teks. Di Kedah, Kitab Matla' Badrain adalah salah satu kitab rujukan utama dan menjadi pra-syarat  untuk dikuasai, sebelum diberi tauliah mengajar oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah. Adapaun kita di Pahang menjadikan Kitab Perukunan sebagai teks utama. Sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Jamaluddin anak Syeikh Arsyad Albanjari (pengarang Sabilal Muhtadin) atau ada juga mengatakan ianya dikarang Syarifah Fathimah, iaitu cucu kepada Syeikh Arsyad Albanjari. Wallahua'lam.
.
Kitab Matlaul Badrain ini berusia hampir 133 tahun dan disusun oleh Syeikh Wan Muhammad bin Wan Ismail Daud Alfathoni. Selesai ditulis pada 16 Mei 1886 M (12 Sya'ban 1303H) Beliau adalah cucu kepada Syeikh Daud Alfathoni (pengarang kitab Bughyah Tullab). Antara rujukan utama kitab ini ialah Kitab Fathul Wahhab, I'anah Tolibin dan Mughnil Muhtaj.