Ahad, 27 Disember 2015

Ambil mood dari Leverage


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Kehidupanku agak best. Dunia pekerjaan. Sehinggalah aku diminta untuk uruskan satu program motivasi orang asal di Mambang. 

Perjalanan program okey. Dan seperti biasa. Aku sangat enjoy program outdoor sebegini. Perasaanku rasa sangat serasi nak didik dan bentuk peserta.

Cuma satu yang aku rasa tak best. Terpaksa ikut kata ketua. Serius, sangat tak best. Aku boleh terima arahan dari seorang guru dan ulama seperti di Mesir. Sebab aku dah setkan minda awal-awal sebagai khidmat. Walaupun berkorban dan teruk. Aku sanggup.

Tapi dari seorang ketua, yang tak alim. Aku belum bersedia. Dan memang tak berminat.

Alhamdulillah, mujurlah. Semasa rasa tak best itu wujud. Aku twist-kan mindaku kepada TOLONG. Semata-mata tolong. Lega sikit. Jadi aku juz bergerak atas dasar tlong. Bukan faktor menerima arahan.

Jika perkara ini berlarutan dan makin serius. Mungkin aku akan berhenti kerja. Namun, mungkin sebelum itu. Aku cuba fokuskan kepada kelas aku di Masjid. Duduk di masjid lagi tenang. Lagipun, memang hasratku. Aku nak bagi Ilmuku menjadi jariah buatku. 

Aku menyimpan azam, Aku nak jadikan rumahku sebagai Teratak Bonda Tempat orang mendalami Ilmu Alquran, Fardhu Ain. Insha Allah aku akan cuba mengambil contoh dari Kelas Syeikh Yusri di Jabal Muqattam.

Sekarang mindaku tengah down. Kejadian di Mambang baru-baru ini buatku aku terpana sekejap. Berada dalam situasi tidak best memerlukan aku set-kan semula mindaku. Jadi aku tonton Leverage. Untuk ambil mood. Dan cerita Leverage ini memang sangat sesuai dengan jiwku. Jiwa Mastermind.


Selasa, 22 Disember 2015

Memang takleh blah... Sorok muka tu !!

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Sorok muka tu; ]
1. Baru ini berbual dengan teman rapat. Teman bercerita perbualannya dengan seorang cina tokey kedai.

Sebelum ini cina tu memang percayakan budak-budak sekolah agama. Sehingga satu hari.
Semasa buat kira-kira. Dia dapati duit masuk tak cukup. Dia cek di CCTV. Rupanya memang ada yang buat hal. Curi barang dia. Berdasar beberapa petunjuk. Budak sekolah agama.
Tokey itu tunjukkan pada teman. Teman amati, sah budak sekolah agama.

Aduss...

2. Apa-apa yang bersandar pada agama. Patut berjaga-jaga. Buat sikit je. Tak pasal-pasal agama Islam terpalit.

3. Orang pakai kopiah buang sampah merata. Ustaz tak solat sunat. Muslimah berpurdah kuat jeling. Orang PAS mencarut. Pengerusi masjid tak pergi solat jemaah. Tok Imam main dam apit kat warung. Orang Islam pun minum arak. Melayu Islam paling ramai masuk kedai 4D. (Semua ini hanya rekaan semata ).

4. Nampak tak. Tak pasal-pasal Islam kena bahan sebab kita.

5. Kalau buat ngarut sorang-sorang, kadar bimbangnya kuranglah sikit. Tapi bila malukan imej Islam yang suci.... Memang tak boleh blah.

Seronok layan orang yang pandai berfikir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Seronok layan orang yang pandai berfikir;

Pandai cantumkan fakta lalu membina satu teori yang logik. Punyai hujjah bernas menyokong teorinya.
Namun masalah timbul. Bila start 'touch' ulama.

Maksud saya ulama, bukan Ustaz atau ustazah. Bukan juga pensyarah, profesor atau siswazah PhD. Bukan pelajar 4.0 atau penerima anugerah Naib Canselor atau Dekan.
Banyak kali kita saksikan.

Bila seorang yang sangat petah berdebat pidato. Kita adukan dengan hujjah ulama. Awalnya kita pasti menyokong orang itu. Tapi akhirnya, baru kita mula rasakan ketepatan ijtihad ulama.
Terpulanglah pada kamu. Tapi untuk saya seorang je.

Saya percaya. Ulama tidak sembrono berijtihad. Ijtihadnya pasti setelah diamati dalam-dalam, dari sumber fakta yang paling tepat di dunia. Iaitu Alquran dan Sunnah. 

Ijtihadnya mungkin tersilap. Mungkin saling bercanggah dengan ulama lain.

Tapi ianya setelah diamati Alquran Sunnah. Ini menjadikan saya rasa selamat bersama mereka.

Jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. Ini cara fikir saya seorang je. Saya langsung tak berminat nak paksa kamu menerimanya.

Tadi berbual dengan Abi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

[ Tadi berbual dengan Abi: ]

Abi petik lepas seorang-seorang orang kampung yang dah meninggal. Yang tua, yang familiar, malah yang muda pun ada,

Ada yang dulu sama-sama main di padang sekolah. Ada yang jadi keeper. Ada jadi penyerang.
Tak sedar. Rupanya ramai yang dah meninggal.

Hidup terasa semakin pantas berjalan. Seminggu macam sejam. Tak lama lagi mata kita mungkin pejam. Pindah pula ke Dunia Kubur.

Sekejap je lagi.

Apa UMNO perlu baiki

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Suka tonton bual bicara yang dihoskan Syed Munawar (TV1);

Seorang yang pandai 'ropeh' isu, melalui soalan. Tembakannya juga tepat. Tergambar bacaan dan pemerhatiannya yang luas dan dalam,

Walaupun seminggu ini nampak Syed macam agak 'berdiam'. Terutama Pasca-Perhimpunan Agung UMNO 2015 ni.

Tapi banyak soalan-soalan Syed masih gagal dijawab 'bijak'.

Tak nafi. Selaku MT Umno, Dr.Asyraf Wajdi boleh berhujah. Namun terasa masih perlukan lebih rempah. Yang boleh buatkan penonton rasa:
1. "Yup... ini yang kami nak dengar !".
2. "Bijak ! Bernas !"
3. " Jelas ! "

Rasa rindu dengan kelincahan Almarhum Dato Fuad Hasan ketika bual bicara. Saya fikir secara peribadi. Dato Shahlan, Tan Sri Anuar Musa, Tan Sri Rais Yatim antara yang kelihatan bijak di pentas bual bicara dan masih hidup.
Watak-watak begini perlu dicambah biak. Diletakkan di forum, pentas umum, majlis-majlis. Kerana dari sinilah lokasi terbaik counter attack dilancar.

Watak 'King Of Propaganda', pakar perang saraf juga perlu dicari. Itupun kalau bersungguh nak menang.

P/s: Kalau baca susuk PKR juga, agak menarik sekarang. Tak sabar nak dengar muncul Team Islamis dalam PKR.

Sabtu, 5 Disember 2015

Catatan Perjalanan Kurus Pakwan Siri 1

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Dalam dua minggu lepas. Sekali lagi aku bertemu doktor. Aku rasa dah banyak kali sangat pergi ke hospital. Semuanya bermula setelah ujian Medical Check-up (Dalam September lalu) untuk kerja MUIP. Doktor (Atau nurse) dapati dalam urin aku ada protein.

Bermula dari situlah, lepas pergi hospital-pergi hospital. Sampai aku pun dah tak ingat, berapa kali. Terlalu kerap aku ambil cuti. Mujur untuk tahun ini aku hanya perlu bekerja 4 bulan sahaja. Maknanya setiap minggu, bolehlah aku ambil purata cuti sehari (Berdasar 15 hari cuti rehat yang diberi MUIP untuk setahun).

Alhamdulillah. Lepas cek punya cek. Dari kencing 24 jam (kumpul dalam botol). Sampailah ambil darah. Aku selamat dari penyakit buah pinggang. Cuma buah pinggang akulah yang bocor. Sebab itu ada protein. Aku diberikan ubat PERINDOPRIL 4MG. Bila aku Google. Kata Google, ianya ubat untuk kawal darah tinggi. Aku ada darah tinggi ke? Bila aku tanya doktor. Doktor kata hampir, tapi belum lagi. Buat makluman, Umur aku baru baru 27 tahun.

Kemudian. Berlaku lagi ulang alik ke hospital. Kali ini untuk cek kencing manis pula. Banyak kali juga. Adakala sampai terdetik rasa pelik di dalam hati. Awat banyak kali sangat testnya? Takkan sampai nak kena dua kali kencing 24 Jam. Ambil je lah kencing pertama dan guna untuk kedua-dua ujian. Tapi Wallahua'lam. Mungkin ini SOP mereka kot. Cuma itulah, dahlah waktu bekerja je boleh datang. Terpaksa korban cuti 15 hari itu. Tapi best jugalah nak berehat. Lagipun baki cuti masih ada lagi kut Insha Allah (kut?). Alhamdulillah. Mujur Klinik Kerajaan ni pecuma. Cuma ketika mula-mula setiap urusan je kena bayar RM1. Kemudian flow yang lain dah free. Murah tu !

Kalau Klinik Swasta, Konsultan je dah dalam RM40. Masa buat medical check up (sekali x-ray) kali pertama untuk MUIP dulu. Aku habis RM200 kat satu klinik swasta ni. Bapak mahalnya. Dahlah tak jumpa urat aku. Sampai 3 kali cucuk dekat lengan aku. Itupun tak jumpa. Last-last. Juz titik jarum kat jari je (Sebab aku gemuk tu cerita kedua).

Padahal bila aku pergi Klinik Kerajaan. Dahlah dapat cari urat lengan aku, cepat pula tu dia carinya. Macam tak perlu beria mencari. Mungkin faktor jururawat Klinik Kerajaan ni sudah terbiasa dengan pelbagai orang ramai. Jadi mereka lebih banyak pengalaman kot. Insha Allah. Wallahua'lam.

Pendek cerita. Dalam dua minggu lepas, aku sekali lagi jumpa doktor. doktor sahkan aku obesiti tahap dua. Berat aku masa itu 105kg dan tinggi aku 160cm. Doktor bagitahu aku. Dia beri masa aku dalam 2-3 bulan untuk kurangkan berat badan. Sebab sayang, kena hidup dengan ubat, walhal muda lagi.

Apa usaha aku buat?

Menarik soalan ini. Sebelum ini aku dah cuba puasa setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum (Coz nak raikan penat lelah mak aku masak dan raikan kawan-kawan yang buat kenduri). Tapi berat aku mantain, tak ketara berkurang atau bertambah. Oklah dari bertambah kan?

Apa silap aku?

Aku fikir. Bab puasa itu dah ok. Cumanya mungkin masa berbuka aku over. Walaupun nasi aku juz ambil dalam besarnya separuh hanset Nokia 3315. Tapi aku ambil lauk banyak. 2-3 ketul ayam. Ikan 1-2 ketul. Belum campur murtabak, cendol, minuman manis, ais krim, keropok, sayur sampai dekat sepinggan (aku suka sayur). Malam lepas solat Isya', aku makan murtabak lagi (kira beli dua murtabak. Satu untuk berbuka dan satu satu moreh). Kemudian ketika sahur aku makan nasi lagi dengan lauk dan sayur.


Jadi. Apa aku buat. Untuk turunkan berat badan?

1. Jadi bermula Isnin lalu (Hari ini Ahad). Aku teruskan puasa. Cumanya, Nasi aku mantainkan kadarnya. Lauk aku jadikan juz seketul je. Sayur goreng atau berkuah aku juz ambil sekadarnya. Murtabak pun cuit sedikit. Aku juz makan nasi waktu berbuka. Nasi aku pun dah tukar, dari beras putih ke beras perang. Tapi bestnya puasa berbanding tahan makan yang biasa. Minda kita lebih tahan bila puasa. Kalau tak buat apa-apa memang terseksa. Jadi kena sibukkan diri sepanjang siang. Ada-adakan kerja. Tapi jangan tidur. Qoilulah (tidur sekejap tengah hari) oklah. Tapi kalau tidur sepanjang hari, bimbang malam payah tidur. Kepala pun pening.

2. Tapi biasalah kan, nafsu mesti nak makan punya. Nak-nak lepas Isya dan lepas makan. Maklumlah, biasa kadarnya banyak. Tiba-tiba sedikit. Aku ganti dengan keropok. Keropok yang biasa kita goreng kat rumah tu, yang bila goreng ia kembang. Aku sediakan dua tiga balang (mole). Kenapa keropok? Sebab keropok boleh buat nafsu makan aku puas berbanding yang lain. Juga aku cuba puaskan nafsu makanku dengan bawang goreng. Yang biasa orang jual di kedai dalam paket. biasa orang tabur atas nasi goreng, mee goreng atau sup. Aku basahkan dengan sesudu sup atau sayur, kemudian aku ratah. Sedap (aku memang suka bawang). Bawang ni buatkan aku stop makan banyak, walaupun sedap. Mungkin sebab ianya benda bergoreng (aku cepat muak makan benda bergoreng). Aku pernah cuba salad atau makan buah, buat rojak. Buat coselow (betul ke ejaan ni?). Walaupun sedap, tapi tak dapat puaskan nafsu makan aku. Untuk makan main-main bolehlah. Kan beza, perasaan antara makan nasi dengan  makan roti, buah dan kuih. Jadi makan keropok sesuai dengan nafsu makan aku.

3. Ketika sahur. Aku juz minum air kosong sebagai sahur. Kebetulan aku masih kena ambil ubat PERINDOPRIL 4MG tu.

4. Aku amalkan juga teh hijau tanpa gula. Aku tak minum minuman manis (juz hirup sikit je teh susu yang mak aku buat. coz nak ambil hati). Jika pergi kenduri pun. Aku juz makan tanpa minum air manis. Air kosong memang aku minum banyaklah. Berbotol-botol.
5. Aku juga sapukan losyen perut (macam minyak panas tu. tapi krim atau losyen) ke seluruh badan. Pada waktu malam sebelum tidur. 
Lagi apa lagi ye? Oh senaman.

6. Yang ni tak perform sangat. Coz aku mampu joging Sabtu dan Ahad je. Itupun jika tiada kenduri dan hujan. Hari lain tak dapat coz kerja sampai dekat maghrib, jarak dari rumah aku di Sungai Isap ke Pekan pula 30 minit. Nak senaman malam, malam aku ada kelas.

Jadi aku sedang fikir sekarang ini. Aku fikir nak cari gym sekitar tempat aku kerja atau otw balik. Boleh jimat masa. Tapi nantilah aku fikir lagi. basikal pun ok.

Pendek cerita lagi. Alhamdulillahlah. Dengan puasa dan lain-lain itu. Dengan sehari je jogging. Aku berjaya kurangkan 5kg dari berat aku dalam seminggu. Kini berat aku 100kg.

Mungkin untuk result lebih baik. Aku perlu cari masa untuk selit senaman. Hmmm.

Bukan aku tak percaya pada produk seperti Herbalife, Shaklee dan lain-lain itu. Cumanya, aku lebih suka tubuh aku bekerja keras sendiri. Aku memang jenis tak suka bantuan ubat atau supleement. Kalau demam pun, aku memang tak ajar tubuh aku ambil Paracetamol (Panadol). Biar tubuh aku belajar dan berlatih sendiri cara untuk lawan penyakit. Ubat yang aku ambil ni pun, sebab arahan doktor.

Oklah. Mudah-mudahan jika aku cerita lagi perjalanan kurus aku lepas ni. Beratnya semakin menurun. Aku perlu capai berat ideal aku. Dalam 75 kg rasanya kalau tak silap. Kena tengok semula BMI.

Tapi Alhamdulillah. Mungkin bagi orang lain. Aku ini gemuk. Tapi aku tak pernah rasa macam tu. Aku rasa biasa je. Aku rasa diri aku sarat dengan keyakinan diri yang sangat tinggi. Malah aku rasa lebih pada orang yang kurus dan hensem. Munkinlah adakala stress juga. Tapi itulah, ianya muncul kadangkala dan amat jarang berlaku. Mungkin sebab aku membesar dengan buku Dr.Fadzilah Kamsah dan Dr.HM Tuah masa kacil dulu kot. Sebab itu aku terlalu yakin pada diri aku Insha Allah.

Akhirnya, Sasaran aku untuk kurus (bukan kurus sebetulnya. Tapi bentuk tubuh yang cantik dan dalaman yang sihat). Aku perlu usaha untuk tampan dan segak penampilan,

1. Untuk pastikan kesihatan aku baik.
2. Untuk cergas mengajar, belajar, ibadah dan jalani kehidupan seharian.
3. Menjaga imej asatizah.
4. Sebagai hadiah buat isteriku nanti Insha Allah.. Suaminya seorang yang tampan.

Oklah... Terima kasih kerana baca. Wassalam.


Teruskan mengikuti: Catatan Perjalanan Kuru PAkwan Siri 2

Rabu, 2 Disember 2015

A'ah... BERTUAHNYA DIA;


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

A'ah... BERTUAHNYA DIA;

Terbayang. Rupa kaki lima yang pernah di tempuh. Kedudukan papan jongkit di taman. Detik ketika membeli Sandwich Tsawabi' Ketchup. Perasaan mengelamun ketika naik bas, sebelum tiba di asrama. Bermain bekas pensel yang ada pengasah.

Lepas satu-satu, potret-potret silam itu muncul. Sangat jelas seperti baharu. Dari umur kecil hingga sebentar tadi.

Mungkinkah ini scene-nya, di Akhirat? Saat dipertonton tingkah laku manusia, waktu hidup di dunia...
Ramai insan yang masa kita kecil dahulu segak, gagah dan ceria. Kini sudah tua, lemah dan lebih tenang.

25-30 tahun dulu, Emak lahirkan kita.
25-30 nanti, kita sudah berumur 50-60 tahun.

Ohh... Bertuahnya Dia. Diberi keberkatan waktu. Dia boleh cakap;
Masa di tepi traffic light Jalan Wong Ah Jang dulu, aku pernah bantu baiki motor dua makcik. Motor makcik tu tak hidup.

Satu malam, masa lalu Jalan Semambu. Aku tengok seorang abang ni tolak motor. Aku berenti tepi dan tolong. Aku tunda sampai Stesen Petronas.

Masa lalu highway Temerloh. Aku nampak dua budak muda habis minyak. Aku berenti. Aku pelawa mereka berdua naik truck aku. Aku bawa mereka dan motor RXZ itu ke Stesen Shell.

Dulu satu waktu. Aku tahu kawan aku ada masalah duit. Senyuman dia tawar. Keluarga dia miskin. Aku senyap-senyap selit RM50 dalam wallet dia.

Bertuahnya Dia. Sentiasa ada peluang 'buat' pahala. Untuk baki tersisa, aku pula bagaimana.

Nak Lantik Ketua

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Jika berpeluang merekrut team work atau mengangkat ketua. Teliti dahulu agama orang yang kita nak 'angkat' ;

1. Satu ketika pernah hadiri satu kursus peperiksaan. Ketika umur belasan tahun. Jaraknya jauh juga.
Selepas habis seminar. Sebelum pulang. Penumpang request untuk solat dulu. Kerana jika dihitung, memang tak sempat solat di rumah. Pemandu tak benarkan. Namun penumpang berkeras juga nak solat. Solat Fardhu je pun, bukan Solat Sunat. Takdir bila sampai di kampung. Waktu solat memang telah habis.

2. Beberapa tahun lepas, pernah ikuti satu kursus pertanian.

Supervisor arahkan peserta berkumpul di satu tempat selepas Solat Asar. Oleh kerana imam habis agak lambat. Peserta terlewat dalam beberapa minit atau saat. Peserta yang lewat dikumpul di suatu tempat. Tanpa banyak soal. Supervisor terus minta yang lambat kerana solat berjemaah, boleh masuk. Peserta-peserta ini dikecualikan dari hukuman. Supervisor siap tinggal pesan lagi. Supaya rajin solat jemaah.

3. Pernah terjadi dalam satu mesyuarat. Masa mesyuarat melangkaui satu waktu solat. Sehingga memaksa seorang abang ini terpaksa curi-curi keluar solat.

4. Dalam satu program berskala besar. Pesertanya dalam jumlah yang ramai. Melibatkan pelajar sekolah.

Kewajiban peserta untuk Solat Jumaat tidak dipedulikan. Kerana waktu itu memerlukan peserta dikumpul di satu tempat. Walhal, acara belumpun lagi bermula.

5. Dalam satu event besar. Penganjur inginkan event itu dipenuhi dengan hiburan. Namun, kerana dia bertanggungjawab dalam menyusun tentatif dan mengisi slot kosong. Dia berjaya selitkan juga beberapa acara berbentuk kerohanian.

Banyak benda, mudah je nak ejas. Apatah lagi bab kewajiban kepada Allah.
Bayangkan berapa ramai bakal 'tinggal solat' atau 'Tunai Solat' hanya kerana seorang.
Jadi, pilih orang yang betul !!

WA FIL BASRAH SAUFA TAFROH

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Kelihatan Tok Ayah Wan dan Habib Ahmad


Budaya menziarahi maqam-maqam Aulia' dan Ulama;


Budaya ini mungkin sudah tidak pupular. Kecuali kalau adapun, bagi jemaah-jemaah Tariqat dan Haraqi. Juga bagi warga-warga pondok dan yang sudah biasa dengan amalan ini, seperti di Yaman, Mesir dan Indonesia.

Alhamdulillah. Bila buka FB, post Ustaz Uwais Abdul Wahab ini pula muncul.

Tapi bila terlihat susuk Tok Ayah Wan, Habib Ahmad dan Ss Qadhi Ustaz S ada sekali. Satu je dapat luah:

"Mudah-mudahan lain kali... Allah rezekikan kita untuk join"

Jika di Ardul Kinanah. Suasana bila haul Sidi Abu Hassan Assyazuli meriah. Para masyaikh akan "pause" sebentar pengajian. Mereka akan bergerak ramai-ramai ke Maqam Sidi Abu Hassan di Humaisarah, Selatan Mesir. 13-14 jam juga masa perjalanan.

Setiap masyaikh akan ketuai rombongan masing-masing. Jika Syeikh Yusri, 3-4 buah bas juga.
Di sana. Mereka akan penuhi aktiviti harian dengan zikir dan majlis ilmu.

Paling best. Dapat ikuti sendiri rutin hidup syeikh-syeikh. Mengagumkan,

Bestnya perasaan ketika itu.... Allahu Rabbi,

WA FIL HUMAISARAH SAUFA TARO...

Eh2.... Silap

WA FIL BASRAH SAUFA TAFROH...



















Main teka-teki

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hehe...

Esok Jumaat: Di Masjid Saidina Hussain. Lepas Solat Jumaat. Banyak Kumpulan Tariqat akan buat halaqah Zikir. Kemudian berzikir. Ada yang seolah-olah menari.

Lusa Sabtu: Di Pantai Gelora. Pagi. Biasanya ada aktiviti senam-robik. Yang conduct biasanya pompuan.

Soalan: Apakah hukum kedua situasi ini.

Syarat Jawab:

1. Anda tidak boleh taqlid.
2. Anda kena cari sendiri nas dari 30 juz Alquran dan jutaan hadith.
3. Anda tidak perlu terikut-ikut rentak orang. Anda bebas. Cuma pastikan, orang mesti ikut anda.

Dia juz dengar apa kita beritahu

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Perlu mengerti.

Ada jenis orang. Mungkin ramai. Dia juz dengar apa kita beritahu. Setia je. Namun sebenarnya, dia langsung tidak setuju. Total 100%.

Namun, dia hanya mendiamkan diri. Mungkin malas nak ber-beta.

Jangan marahkan dia coz tidak follow apa yang kita harap.

Sebab, dia berikan telinga pun, sudah sangat bernasib baik.

Damai Pagi di Hujung Minggu

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Damai Pagi di Hujung Minggu;

Cubalah layan kehendak ibu. Teman-kannya ke pasar.

Biarkan ibu pilih barang basah, lauk pauk dan kuih muih semahunya. Kita juz Sabar follow, Biarkan ibu tenang memilih.

Bila ibu telah habis pilih. Cepat-cepat keluarkan duit dan bayar, belanja ibu.

Cebet semua barang-barang. 
Biarkan tangan ibu berlenggang kosong.

Pada saat ini. Kitalah driver, bodyguard dan PA. Dan Ibu pula ibarat boss.
How sweet...(^^,)

[ Lain keluarga, lain kaedah dan protokolnya. Berusahalah khidmat, selagi diberi kesempatan...]

Minggu Minda Positif

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Minggu Minda Positif;

Syukur 1-2 minggu ini. Rasa seperti dikelilingi aura positif. Kiri-Kanan-Depan-Belakang,

1. Sebaik buka FB. Post Abang Raja memenuhi halaman utama (Sebab letak see first). Jadi boleh ambil mood, dari gerak kerja sukarelawan beliau. Ada bercerita tentang perlukan plastic bag.

2. Sebelum masuk Masjid Taqwa Pekan. Terserempak susunan 3-4 pasang selipar Jepun (bercorak). Tertulis: "Sesiapa yang kehilangan selipar. Boleh ambil. Disediakan oleh sukarelawan khidmat" - Kalau tak silap.

3. Buka Televisyen semalam. Biz TV1, pukul 5.30-6.15petang. Siaran langsung pembukaan Menara NAZA. Terletak berjiran dengan Menara KLCC, FELDA dan TH. Satu-satunya menara milik 100% bumiputera (bukan GLC) dikawasan 'emas' itu. Juga kejayaan 40 tahun NAZA. Yang kini telah berkembang, tidak hanya terhad di sektor automotive.

4. Sambil berbual-bual. Berjaya Stalk teman-teman yang sedang mendaki tangga kejayaan. Walaupun masih muda. Tapi sudah berjaya running bisnes sendiri.

5. Kemunculan Rania Air (Betulke eja camni?) dalam industri penerbangan. Pembawakannya agak-agak Islamik. Dulu kita hanya komplen, tapi tiada contoh. Sekarang sudah ada role model, harapnya sukses.

6. Stalk juga teman yang telah berjaya buka institusi pendidikan sendiri. Kini giat berusaha nak lebarkan cawangan.

Alhamdulillah. Seronok hidup ditengah-tengah aura positif. Menggalakkan idea datang. Kipidap !

Seronokkah bergaul dengan Pakcik Makcik?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Seronokkah bergaul dengan Pakcik Makcik? ;

Teringat dulu-dulu. Antara perkara paling bimbang. Macam manalah agaknya nak 'masuk' dengan orang tua-tua (Pakcik Makcik), suatu hari nanti.

Hakikatnya. Tidaklah sesukar mana. Bahkan adakala lagi seronok.

Mereka ada banyak pengalaman boleh kongsi. Banyak zaman sudah lalui. Mereka banyak tips kehidupan.

Mereka juga lebih sopan. Tidak gopoh. Juga dalam pengamatannya. Mereka pandai menghormati, pandai menghargai. Mereka juga beralus jika menegur.

Bayangkan. Dengan semua kelebihan ini. Tidakkah Pakcik Makcik antara golongan paling mudah kita 'masuk', dan dibuat kawan?

Dulu masa belajar. Ramai saing jemput kenduri kawen

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Dulu masa belajar. Ramai saing jemput kenduri kawen;

Nak pergi. Tapi bertembung kelas. Kena tunggu cuti. Duit YP-MUIP pun ngam-ngam belanja. Nak kena cari kereta dan pemandu. Nak jimat, ajak ramai tumpang sekali. Jadi... banyaklah kenduri yang terlepas.

Tapi sekarang. Duk tunggu juga yang jemput kenduri. Tunggu punya tunggu. Sekali.... Semua gambar profile dah tunjuk muka baby.

toink !

Bila Demam Cuti Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

[ Bila Demam Cuti Sekolah; ]

Wuit. Termenung kejap...

Melihat purata yuran kem cuti sekolah. Mahu makan separuh duit gaji mak ayah. Tak jumpa lagi bawah dari RM50. RM200-400 biasa. Baru untuk seorang anak. Kalau 2-3 orang. Fuhh !

Yup.. Kita pastinya faham;

1. Biasanya, kem-kem musim cuti ini digerakkan oleh institusi pendidikan persendirian. Juga pelajar IPT dan Jurulatih Motivasi.

2. Memang sukar nak back-up sara hidup guru-guru. Yang bulan-bulan sebelum ini, banyak bergantung dengan yuran sekolah pelajar. Jadi ini juga suatu ikhtiar hidup, untuk sebulan lebih ini. Dengan guru-guru pula, manfaatkan Ilmu dan Pengalaman mereka kepada masyarakat. Situasi 'menang-menang'. Cikgu juga perlu makan, minum dan beli pampers anak !

3. Namun bagi ibu bapa berpendapatan rendah. Cadangan Surau, Masjid, ngo, parti politik dan pimpinan masyarakat, buatlah sesuatu.

4. Duit hasil infaq, sedekah dan peruntukan kan banyak. Anjurlah kem-kem ibadah, Bina Akhlak, Smart Feqah, Imam muda, Mujahid Masjid, Bidadari Dakwah, Hafiz Cilik. Secara PERCUMA.

5. Kebetulan, sebahagian Universiti dan Madrasah juga sedang cuti kini. Manfaatkan siswa-siswi ini sebagai fasilitator. Minta diorang organize pun bagus. Pihak Imam dan asatizah boleh menjadi pemantau atau sekadar mengisi satu-dua slot. Inilah masanya nak latih dan kenal pasti bakat belia-beliawanis sekeliling kariah kita.

6. Bantulah keluarga-keluarga miskin.

7. 11 bulan pelajar kita belajar Ilmu Fardhu Kifayah. Masa inilah peluang terbaik nak push bab Fardhu Ain, Akhlak dan Kendiri.

8. Jadikan penghujung November dan sebulan Disember ini bulan program dan aktiviti Islamik remaja. Mem-Bosankan? Alah... jadilah kreatif. Seronoklah nanti.... Insha ALLAH.

Tanggungjawab Seorang Anak

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Tanggungjawab Seorang Anak;
Saat kita seronok melalui detik-detik bersama ibu ayah. Di akhirat nanti, adakah kita juga seseronok begini? Atau saling menyalahkan?

1. Sekitar 60-70 tahun kita hidup. Mampukah kita pastikan ibu ayah dan kita selamat dari tipu daya dunia?

2. Di sebahagian tempat.

- Ada ibu-ibu dan ayah-ayah yang berjaya habiskan sisa umur dengan agama. Ada yang menetap di pondok. Setiap waktu dapat berjemaah di masjid. Punyai kelas Alquran harian. Telinga dan hati dibentuk sejak pagi, petang dan malam dengan tazkiah majlis ilmu. Mulut pula melazimi zikir harian. 24jam 7hari seminggu berada di zon selamat.

3. Tanggungjawab anak tidak hanya berikan kehidupan selesa buat ibu ayah di dunia. Lebih penting Alam Barzakh dan Akhirat.

4. Adakah ibu ayah dan kita boleh tenang di Barzakh. Selamat di Padang Makhsyar. Selesa melalui Titian Sirat. Seterusnya selamat tiba di Syurga Firdaus.

Dunia ini penuh ujian. Bagaimana kita menangani, itu yang penting.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Keinginan Pakwan


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Kenapa ya?

 Sekarang aku berdepan dengan beberapa keinginan yang membuak-buak. Walhal diantara satu dengan yang lain itu, ada yang saling berlawan.

1. Keinginan untuk bercinta. Maksud aku dengan isteri yang sah. Serius, sangat kuat sekarang. Mungkinkah kerana umur yang telah mencapai 27 tahun ini. Perasaan ini semakin kuat. Nak saja aku taqdim mana-mana muslimat yang lalu depan aku (Maksudnya yang aku berkenan). Aku tak kisah sangat dengan kriterianya. Cukuplah taat pada Allah. Sempurna menutup aurat.  Dan mampu menjaga dan mendidik anak-anak aku nanti. Suka hadiri majlis ilmu atau aktif dalam usrah pula suatu bonus.

Namun disebabkan ini adalah hal besar. Jadi, aku perlu tenangkan diri. Paling penting untuk keselesaan di masa hadapan. Biarlah calon itu serasi dan sesuai dengan pilihan mak aku. Abi rasanya tak kisah sangat (biasalah lelaki kan).

Pada aku. Untuk meminta restu daripada penjaga muslimat itu, atau menanggungnya. Walaupun aku bukanlah kaya sangat (itupun jika dia mampu hidup seadanya), semua ini Insha Allah aku mampu. Cuma itulah, ibuku. Muslimat manalah agaknya yang mampu memancing hati ibuku.

Hmm... Nampaknya kenalah tunggu mak aku yang decide. Tapi kalau Allah dah tetapkan itu jodoh kita. Maka itulah. Jangan main jauh-jauh yek...


2. Aku ingin mendalami lagi Ilmu Alquran. Tempat yang aku nampak ialah di Mesir. Dari sudut Makhraj huruf, Sifat huruf. Semua jenis bacaan Qiraat. Ilmu Tafsir dan Ulumul Quran yang lain.

3. Aku ingin mendalami Ilmu Kewangan Islam. Dari sudut muamalat, zakat, perbankan, saham dan kesemuanya. Selain Tok Ayah Wan. Dimana lagi aku boleh pelajari semua ini?

4. Aku nak sambung Master di satu Universiti. Yang persis suasananya seperti  di Alazhar dulu. Aku tak mahu seperti suasana Master yang aku faham sekarang. Juz masuk kerana sijil. Buat kajian. Rasa macam sia-sia. Aku nak belajar !! Kerana itu, aku inginkan Master yang seperti dunia Talaqqi. Dunia belajar.

5. Aku teringin habiskan usia aku dalam dunia ilmu. Seperti Universiti. Tapi bukan universiti yang agungkan sijil. Tapi universiti yang mabuk dengan ilmu. Universiti Talaqqi. Adakah universiti sebegini?

6. Dengan rezeki dari Allah. Aku nakjadi asbab kesenangan kepada kedua ibu-bapa dan adikku. Juga keluargaku. Sara dan belanja mereka,

7. Aku tak mahu menjadi peminta sedekah atau simpati kepada masyarakat. Aku nak, biarlah aku yang menyumbang kepada masyarakat. Dari sudut Ilmu, khidmat, bantuan dan wang ringgit.


Entahlah. Ada satu lagi keinginan pelik yang aku ada;

8. Aku terfikir akan mati awal. Aku rasa letih dengan dunia ini. Tapi amalku tiada. Aku rasa kalau nak ikut amal, memang aku gagal. Aku cuma harapkan Rahmat Allah sahaja. Aku nak bahagia dunia, di barzakh, dimakhsyar, di akhirat dan masuk Syurga Firdaus Allah.

Banyak benda yang aku nak minta dengan Allah. Tapi kenikmatan yang Allah beri lagi hebat. Cuma itulah, Aku memang tak layak langsung. Cuma harap kepada Rahmat Allah.

Rabu, 14 Oktober 2015

Bro... Bila masalah datang..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bro..
Bila masalah bertimpa. Itu tanda ko sedang diuji. Sejam dua lagi, suasana pasti kembali normal Insha Allah.

Sekarang adalah waktu ko perlu bertenang dan waras. Ko perlu panjang akal. Mata kena liar cari sumber idea untuk setel masalah.

Jika idea nak pilih cara 'dosa' hadir. Elakkan. Masalah mungkin boleh setel, tapi hidup lepas ni tak selamat. Ia akan hantui hidup ko. Keberkatan hidup dah takde..

Bro... Biasanya jalan keluar tak jauh dari masalah.

Adakala mudah je... Runding sikit, tangguh yang itu, ganti yang ini, beralah sikit, try n error....
Allah Maha Berkuasa dan tahu mana terbaik. Allah pasti maqbulkan doa ko. Doalah minta Allah pilihkan jalan terbaik,

Perang Khandak dulu. Sapa sangka angin kuat datang bantu?
Perang Badar dulu. Sapa sangka Malaikat turun sertai?
Acheh dahulu. Sapa sangka Tsunami tamatkan perang saudara?

Begitu banyak ujian dan masalah kita pernah hadapi. Jalan penyelesainya tak sangka mudah amat. Begitu jugalah masalah kali ini. Yang penting berdoa dipimpin Allah.

Walaupun sekarang tengah di gelap malam. Relaxlah... Esok pagi pasti cerah benderang.... Insha Allah

Berhadapan Kepelbagaian;

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Berhadapan Kepelbagaian;

Kan biasa berlaku. Kita menilai rentak bergaul dan cara fikir sahabat-sahabat kita.
Kemudian kita putuskan, untuk Sahabat A begini cara nak 'masuk'. Sahabat B pula begini.
Dunia FACEBOOK juga begitu.

Malah dengan jumlah 'orang' mungkin berganda ke 100-1000 kali ganda. Maka kita pastinya akan jumpa 'cara-cara fikir' yang lebih pelbagai,

Adakala. Tak sangka, ada juga yang cara fikirnya 'begini'. Mula-mula kita duk fikir, mungkin dia ni tengah 'main' reverse psychology je kot. Tapi 2-3 kali selami, macam dia serius.

Jika sekali-sekala follow komen-komen di Page fans sukan, politik, berita, troll dan banyak lagi. Kita akan lebih jelas nampak.

Kerana itu. Dalam isu Saudara Saiful Nang. Jika kita selami 'rentaknya' melalui post-post terdahulu. Kita boleh faham cara fikirnya.

Pendapat peribadi.

Tak mungkin, tak logik dan tiada manfaat untuk paksa orang tiru rentak kita berfikir. Setiap orang berbeza. Namun cara paling selesa.... Kita hormati 'cara' mereka. Ya sudah pasti... Jika bersesuaian dengan syariat,

Kerana. Cara fikir kita juga tidak terlepas, dari dianggap 'janggal' pada mata orang lain.... Insha Allah.

Bila Kelas bakal bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hari ini 30, esok 1 Oktober. Dan Lusa Hari Jumaat 2 Oktober.

1. Kelas Pengajian di Pondok Sri Damai pimpinan Tok Ayah Wan (Ustaz Wan Zukir) bakal berjalan seperti biasa, Insha Allah.

2. Kelas Umumi dimulai Jumaat malam Sabtu ini dengan Kitab Bughyah Tullab. Kemudian Sairus Salikin dua malam, diikuti Akidatun Najin, Sabilul Muhtadin dan Hikam Jawi. Mengikut turutan hari. Sebelum Khamis malam Jumaat kembali membaca Surah Yasin dan Tahlil.

3. Teringat luahan Ustaz Sufian (Guru Pondok Pasir Tumboh), beberapa bulan lepas, selepas melawat pondok-pondok sekitar Perak dan Pulau Pinang. Rasa terkilannya, dengan bantuan yang diterima oleh Institusi pondok. Sangat jauh berbeza dengan Institusi Tahfiz (Kebetulan, sebelum itu ada juga melawat maahad-maahad tahfiz). Mungkin faktor masyarakat tak nampak;

"Ke mana budak pondok ni boleh pergi..."

Rata-rata rupa pondok pasti usang.

4. Entahlah. Kadangkala payah juga nak terang dan gambarkan. Sebuah tempat untuk belajar. Gurunya sukarela, pelajarnya datang semata-mata nak belajar agama. Tiada sijil, tak dijanjikan dunia pekerjaan. Tapi belajar sampai 3 pagi. Semata-mata belajar. Ada habiskan masa di situ bertahun-tahun, malah ada sampai puluhan tahun. Makan minum ala kadar. Tidur di pondok kayu. Warden pun sukarela. Bagi yang tiada warden, hidup sendiri-sendiri. Sebahagiannya mandi air perigi. Masak sendiri. Trademark pakai kain pelekat, jubah lusuh, serban tok kenali, rida' dan selipar.

5. Namun. ia adalah 'syurga'. Macam mana cara nak terangkan ya?


Bila Malaysia bakal terima 3000 pelarian Syria

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Bila 3000 Pelarian bakal mari. Mungkin ramai yang bimbang. Tapi ada benda best mungkin berlaku;
Bayangkan jika 3000 itu Ulama Cendekiawan !

" Hari Sabtu dan Ahad ada kelas Talaqqi Fiqh bersama Syeikh Mustafa Bugha di Masjid Negeri.

Hari Rabu dan Khamis, Kelas Tajwid dan Qiraat bersama Syeikh Kurayyim Hajin. Hari Jumaat, kelas tasawwuf bersama Syeikh Abul Huda Alya'qubi atau Syeikh Abdul Hadi Alkhorsah.. Dan begitulah hari-hari yang lain.

Ya.. Musonnif Kitab sendiri yang akan mensyarahkan kitab yang mereka karang. Dan ianya di laman rumah kita !

Syria adalah Bumi yang sarat dengan Ulama !

Kita boleh wujudkan pusat sehenti, bagi para Asatizah.

Sebelum Asatizah menterjemah dan mensyarahkan Kitab AlFiqhul Manhaji di dalam kelas dan dewan-dewan kulliah.

Malam sebelumnya, mereka sudah bermulazamah dengan Syeikh Mustafa Bugha. Penulis kitab tersebut, dalam satu kelas khususi.

Bayangkan. Berapa banyak dhobit tambahan dan rungkaian masail baru yang boleh asatizah itu ketemu dan terjawab. "

Begitulah juga dengan Ulama pakar yang lain,

Kita perhati. Agak ramai juga lulusan Syria dan Asatizah yang pernah berguru dengan Ulama Syria. Kemudian bila pulang ke Malaysia, mereka berjaya membuka atau mentadbir madrasah sendiri. Mereka pastinya sangat mengenali tokoh-tokoh ulama di sana.

Yes... Inilah masanya, menyemarak dan membasahi bumi Malaysia dengan Ilmu dari Ulama-ulama besar Dunia Islam ini.

Tempatkan mereka di IPT, Madrasah dan Maahad. Jabatan atau Majlis Agama Islam juga boleh tempatkan mereka di Masjid-masjid daerah dan negeri.

Rasionalnya.

Jika PM dah umum hasrat membuka pintu kepada pelarian Syria. Itu petanda, karenah birokrasi akan dilonggar. Nyatakan sahaja idea, cadangan dan request berkaitan, Insha Allah akan diterima.
Kita juga sudah tidak perlu bimbang dengan masalah jenayah dan huru hara yang mungkin ditimbulkan oleh pelarian.

Kerana, akhlak dan adab insan mulia sebegini pastinya terjaga. Insha Allah.

Hati kembali berbunga.... wah3

SYRIA - Di Ambang Kiamatkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Baru ikuti semula perkembangan Syria malam ni. Pening kejap... Nak kena selami satu-satu dan stalk lebih dalam.

Ingat dulu. Masa Almarhum Ustaz Lutfi masih hidup. Lepas satu-satu Facebook dia kena block. Sempat juga ikuti post-post Ustaz Lutfi dengan 3-4 orang kawan-kawannya yang lain. Ikuti rakaman video ala-ala vlogger mereka di Syria. Suasana mereka di sana. Siap macam tengah keluar camping, coz nampak ceria. Nak-nak yang boleh cakap utara tu (lupa dah namanya).

Sempat tanya kat komen Ustaz Lutfi. Bila timbul isu kumpulan itu tak betul... kumpulan ini tak betul.
Mudah je ustaz balas. Dia tak ambil kisah semua itu. Kerana baginya, hanya untuk fight dengan Basyar...

(Hehe.. bila fikir. Bertuah juga, dapat feedback dari Ustaz Lutfi sendiri)

FSA-Jaishul Islam-AnNusra Front-AlLiwa Brigade-ISIS... Keadaan makin kompleks untuk faham,
Teringat masa Tingkatan 4/5 dulu tak silap. Pernah terbaca sebuah buku genre konspirasi ala-ala hari kiamat.

Penulis ada memetik, mulanya Islam akan bersatu dengan Rom menentang Komunis. Sebelum Islam-Rom berpecah.

Tapi itulah... Masa itu manalah nak teliti sangat 'sumber' kepada terhasilnya teori penulis itu...
Bila fikirkan fitnah yang bakal ditimbulkan Dajjal -Tergambar gelap sahaja dunia. Tapi bila terfikir Imam Mahdi dan Nabi Isa.as -Nampak terang semula.

Entahlah... Waktu itu kita telah bertemu Munkar Nakir atau belum.

Teringat Kitab Almahdi Almuntazhor -Karya Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari.

Bila guru cerita sakit

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Bila guru bercerita tentang sakitnya.

Ketika berada di wad. Doktor memintanya mengikut satu pendapat agama berkait perubatan. Guru tanya:

"Ambil dari kitab mana?.." Berkali-kali guru ajukan soalan ini.

Kemudian doktor hadiahkan guru dengan sebuah buku Fiqh berkait perubatan. Ternyata sumber ambilannya berbaur Wahhabi. Guru mati-mati menolak untuk mengikut.

Hehe.. Taknak salahkan siapa-siapa. Sebab aku faham, Doktor itu terpaksa mengikut prosedur dan guru pula perlu amanah dengan ilmu. Cuma nak bagi satu analogi;

"Kamu beri buku tajwid yang ditulis seseorang (Mungkin seorang ustaz, tapi bukan seorang ulama). Kepada seorang Qari yang mahir Ilmu Qiraat. Matan Syatibi, Durrah dan Toyyibah berada di dalam kepalanya serta menjadi mainannya hari-hari. Lalu kamu cakap, beliau tidak boleh baca begitu. Kamu paksa beliau membaca tawassut sahaja pada mad munfasil. Sebab tercatat di dalam buku Ustaz Tuah Bin Jebat begitu. emmmm.. (Sekadar contoh) "

Bagi yang perasan. Kita kini semakin ketandusan ulama di bidang Agama Islam.

Perhaikan sahaja di pondok-pondok. Berapa ramai sangat yang menekuni apa yang dibelajar. Sanggup bersusah payah mengejar Tok-tok Guru atau kepala mutalaah. Mulazamah hadir pengajian. Gigih menguasai perbahasan di dalam kitab. Atau sekadar jadikan pondok tempat cuti dan rehat.

Begitu juga di Alazhar. Berapa ramai yang gigih hadir kelas talaqqi. Bekerja keras untuk membuat tahdir dan murajaah sebelum dan selepas kelas. Berusaha merujuk dengan ustaz-ustaz lama untuk lebih faham. Mengikat perut semata-mata bagi mendapatkan kitab-kitab rujukan.

Hampir tiada kan?

Sebab itu bila guru mengadu sakit. Kepala lantas terfikir. 

Mungkin 10-20 tahun akan datang, nak cari tullabul ilmi peringkat mubtadieen pun sukar. Apatah lagi peringkat Mutawassiin dan keatas. Ketika itu...

Good Bye ilmu Agama.....