بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Dalam dua minggu lepas. Sekali lagi aku bertemu doktor. Aku rasa dah banyak kali sangat pergi ke hospital. Semuanya bermula setelah ujian Medical Check-up (Dalam September lalu) untuk kerja MUIP. Doktor (Atau nurse) dapati dalam urin aku ada protein.
Bermula dari situlah, lepas pergi hospital-pergi hospital. Sampai aku pun dah tak ingat, berapa kali. Terlalu kerap aku ambil cuti. Mujur untuk tahun ini aku hanya perlu bekerja 4 bulan sahaja. Maknanya setiap minggu, bolehlah aku ambil purata cuti sehari (Berdasar 15 hari cuti rehat yang diberi MUIP untuk setahun).
Alhamdulillah. Lepas cek punya cek. Dari kencing 24 jam (kumpul dalam botol). Sampailah ambil darah. Aku selamat dari penyakit buah pinggang. Cuma buah pinggang akulah yang bocor. Sebab itu ada protein. Aku diberikan ubat PERINDOPRIL 4MG. Bila aku Google. Kata Google, ianya ubat untuk kawal darah tinggi. Aku ada darah tinggi ke? Bila aku tanya doktor. Doktor kata hampir, tapi belum lagi. Buat makluman, Umur aku baru baru 27 tahun.
Kemudian. Berlaku lagi ulang alik ke hospital. Kali ini untuk cek kencing manis pula. Banyak kali juga. Adakala sampai terdetik rasa pelik di dalam hati. Awat banyak kali sangat testnya? Takkan sampai nak kena dua kali kencing 24 Jam. Ambil je lah kencing pertama dan guna untuk kedua-dua ujian. Tapi Wallahua'lam. Mungkin ini SOP mereka kot. Cuma itulah, dahlah waktu bekerja je boleh datang. Terpaksa korban cuti 15 hari itu. Tapi best jugalah nak berehat. Lagipun baki cuti masih ada lagi kut Insha Allah (kut?). Alhamdulillah. Mujur Klinik Kerajaan ni pecuma. Cuma ketika mula-mula setiap urusan je kena bayar RM1. Kemudian flow yang lain dah free. Murah tu !
Kalau Klinik Swasta, Konsultan je dah dalam RM40. Masa buat medical check up (sekali x-ray) kali pertama untuk MUIP dulu. Aku habis RM200 kat satu klinik swasta ni. Bapak mahalnya. Dahlah tak jumpa urat aku. Sampai 3 kali cucuk dekat lengan aku. Itupun tak jumpa. Last-last. Juz titik jarum kat jari je (Sebab aku gemuk tu cerita kedua).
Padahal bila aku pergi Klinik Kerajaan. Dahlah dapat cari urat lengan aku, cepat pula tu dia carinya. Macam tak perlu beria mencari. Mungkin faktor jururawat Klinik Kerajaan ni sudah terbiasa dengan pelbagai orang ramai. Jadi mereka lebih banyak pengalaman kot. Insha Allah. Wallahua'lam.
Pendek cerita. Dalam dua minggu lepas, aku sekali lagi jumpa doktor. doktor sahkan aku obesiti tahap dua. Berat aku masa itu 105kg dan tinggi aku 160cm. Doktor bagitahu aku. Dia beri masa aku dalam 2-3 bulan untuk kurangkan berat badan. Sebab sayang, kena hidup dengan ubat, walhal muda lagi.
Apa usaha aku buat?
Menarik soalan ini. Sebelum ini aku dah cuba puasa setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum (Coz nak raikan penat lelah mak aku masak dan raikan kawan-kawan yang buat kenduri). Tapi berat aku mantain, tak ketara berkurang atau bertambah. Oklah dari bertambah kan?
Apa silap aku?
Aku fikir. Bab puasa itu dah ok. Cumanya mungkin masa berbuka aku over. Walaupun nasi aku juz ambil dalam besarnya separuh hanset Nokia 3315. Tapi aku ambil lauk banyak. 2-3 ketul ayam. Ikan 1-2 ketul. Belum campur murtabak, cendol, minuman manis, ais krim, keropok, sayur sampai dekat sepinggan (aku suka sayur). Malam lepas solat Isya', aku makan murtabak lagi (kira beli dua murtabak. Satu untuk berbuka dan satu satu moreh). Kemudian ketika sahur aku makan nasi lagi dengan lauk dan sayur.
Jadi. Apa aku buat. Untuk turunkan berat badan?
1. Jadi bermula Isnin lalu (Hari ini Ahad). Aku teruskan puasa. Cumanya, Nasi aku mantainkan kadarnya. Lauk aku jadikan juz seketul je. Sayur goreng atau berkuah aku juz ambil sekadarnya. Murtabak pun cuit sedikit. Aku juz makan nasi waktu berbuka. Nasi aku pun dah tukar, dari beras putih ke beras perang. Tapi bestnya puasa berbanding tahan makan yang biasa. Minda kita lebih tahan bila puasa. Kalau tak buat apa-apa memang terseksa. Jadi kena sibukkan diri sepanjang siang. Ada-adakan kerja. Tapi jangan tidur. Qoilulah (tidur sekejap tengah hari) oklah. Tapi kalau tidur sepanjang hari, bimbang malam payah tidur. Kepala pun pening.
2. Tapi biasalah kan, nafsu mesti nak makan punya. Nak-nak lepas Isya dan lepas makan. Maklumlah, biasa kadarnya banyak. Tiba-tiba sedikit. Aku ganti dengan keropok. Keropok yang biasa kita goreng kat rumah tu, yang bila goreng ia kembang. Aku sediakan dua tiga balang (mole). Kenapa keropok? Sebab keropok boleh buat nafsu makan aku puas berbanding yang lain. Juga aku cuba puaskan nafsu makanku dengan bawang goreng. Yang biasa orang jual di kedai dalam paket. biasa orang tabur atas nasi goreng, mee goreng atau sup. Aku basahkan dengan sesudu sup atau sayur, kemudian aku ratah. Sedap (aku memang suka bawang). Bawang ni buatkan aku stop makan banyak, walaupun sedap. Mungkin sebab ianya benda bergoreng (aku cepat muak makan benda bergoreng). Aku pernah cuba salad atau makan buah, buat rojak. Buat coselow (betul ke ejaan ni?). Walaupun sedap, tapi tak dapat puaskan nafsu makan aku. Untuk makan main-main bolehlah. Kan beza, perasaan antara makan nasi dengan makan roti, buah dan kuih. Jadi makan keropok sesuai dengan nafsu makan aku.
3. Ketika sahur. Aku juz minum air kosong sebagai sahur. Kebetulan aku masih kena ambil ubat PERINDOPRIL 4MG tu.
4. Aku amalkan juga teh hijau tanpa gula. Aku tak minum minuman manis (juz hirup sikit je teh susu yang mak aku buat. coz nak ambil hati). Jika pergi kenduri pun. Aku juz makan tanpa minum air manis. Air kosong memang aku minum banyaklah. Berbotol-botol.
5. Aku juga sapukan losyen perut (macam minyak panas tu. tapi krim atau losyen) ke seluruh badan. Pada waktu malam sebelum tidur.
Lagi apa lagi ye? Oh senaman.
6. Yang ni tak perform sangat. Coz aku mampu joging Sabtu dan Ahad je. Itupun jika tiada kenduri dan hujan. Hari lain tak dapat coz kerja sampai dekat maghrib, jarak dari rumah aku di Sungai Isap ke Pekan pula 30 minit. Nak senaman malam, malam aku ada kelas.
Jadi aku sedang fikir sekarang ini. Aku fikir nak cari gym sekitar tempat aku kerja atau otw balik. Boleh jimat masa. Tapi nantilah aku fikir lagi. basikal pun ok.
Pendek cerita lagi. Alhamdulillahlah. Dengan puasa dan lain-lain itu. Dengan sehari je jogging. Aku berjaya kurangkan 5kg dari berat aku dalam seminggu. Kini berat aku 100kg.
Mungkin untuk result lebih baik. Aku perlu cari masa untuk selit senaman. Hmmm.
Bukan aku tak percaya pada produk seperti Herbalife, Shaklee dan lain-lain itu. Cumanya, aku lebih suka tubuh aku bekerja keras sendiri. Aku memang jenis tak suka bantuan ubat atau supleement. Kalau demam pun, aku memang tak ajar tubuh aku ambil Paracetamol (Panadol). Biar tubuh aku belajar dan berlatih sendiri cara untuk lawan penyakit. Ubat yang aku ambil ni pun, sebab arahan doktor.
Oklah. Mudah-mudahan jika aku cerita lagi perjalanan kurus aku lepas ni. Beratnya semakin menurun. Aku perlu capai berat ideal aku. Dalam 75 kg rasanya kalau tak silap. Kena tengok semula BMI.
Tapi Alhamdulillah. Mungkin bagi orang lain. Aku ini gemuk. Tapi aku tak pernah rasa macam tu. Aku rasa biasa je. Aku rasa diri aku sarat dengan keyakinan diri yang sangat tinggi. Malah aku rasa lebih pada orang yang kurus dan hensem. Munkinlah adakala stress juga. Tapi itulah, ianya muncul kadangkala dan amat jarang berlaku. Mungkin sebab aku membesar dengan buku Dr.Fadzilah Kamsah dan Dr.HM Tuah masa kacil dulu kot. Sebab itu aku terlalu yakin pada diri aku Insha Allah.
Akhirnya, Sasaran aku untuk kurus (bukan kurus sebetulnya. Tapi bentuk tubuh yang cantik dan dalaman yang sihat). Aku perlu usaha untuk tampan dan segak penampilan,
1. Untuk pastikan kesihatan aku baik.
2. Untuk cergas mengajar, belajar, ibadah dan jalani kehidupan seharian.
3. Menjaga imej asatizah.
4. Sebagai hadiah buat isteriku nanti Insha Allah.. Suaminya seorang yang tampan.
Oklah... Terima kasih kerana baca. Wassalam.
Teruskan mengikuti: Catatan Perjalanan Kuru PAkwan Siri 2