Khamis, 10 September 2020

Pengalaman kurangkan berat badan 34kg (dari 112kg ke 78kg )



 🌏 Coretan Petang Khamis;

.




Cara mudah, jimat dan happy.

.

Note: Sekadar perkongsian. Bukan ilmu diet. Jadi mungkin menyalahi teori ahlul khibroh (pakar² diet)..

.

Ikutkan nak coret bila dah sampai berat ideal 62-65kg. Lagipun sekarang masih di tahap obes. Tapi disebabkan ada beberapa rodong yang bertanya dan kebetulan tengah free. Kongsilah sikit ye. Niat nak bantu rodong. Dan saya faham, our-journey ni memang sangat² sukar. Kena banyak² berdoa pada Allah. Jadi kalau nakkan support, boleh wasap atau call je saya ye (lelaki je lah). 

.

Ada dua perkongsian. Perkongsian Pendek dan Panjang. Bacalah ikut mana suka ye. 

.

⛳ PERKONGSIAN PENDEK

.

1. Buat intermittent fasting.

2. Jaga kalori makanan. 

3. Berdoa. Minta dengan Allah.

.

⛳ PERKONGSIAN PANJANG.

.

1. Buat puasa Dahri (puasa tiap hari - siang). Puasa ini makruh bagi yang 'tak tahan' dan yang ganggu ibadah (Rujuk: Taqrirat Sadidah).

2. Makan berat hanya pada waktu sahur dan berbuka. 

3. Cara makan:

🔹Makan kurma 3 biji.

🔹Minum air kosong gelas besar. Dalam 500-600ml. (Penting: Untuk redakan selera masa makan nanti).

🔹Bertenang, tarik nafas, pandang semua makanan, senyum. (Penting: Untuk cool down selera makan).

🔹Mula makan berat. Portion makanan: 

- Nasi/mee: Ratakan nasi di atas pinggan. Luasnya sekitar segenggam tangan kita.

- Lauk: Separuh dari seketul ayam (yang kerat 8)

- Sayur: Makan ulam yang tidak dimasak.

.

(Jika masih lapar, makan banyak ulam).

.

4. Adakala waktu malam, terasa nak mengunyah. Jadi minum dulu air banyak², kemudian baru mengunyah. Insha Allah selera makan akan jadi kurang sikit. Kurangkan amalan mengunyah makanan sampingan.

5. Ambil makanan atau minuman yang kurang kalori. Download pdf/aps yang listkan senarai kalori dalam makanan. Jadi kita akan lebih berwaspada.

6. Elak makan atau minum manis. Kalau terpaksa atau teringin sangat, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Kalau terasa nak lagi, banyakkan minum air kosong dulu. Lepas tu kunyahlah.

7. Senaman 5-6 hari seminggu. Cara senaman;

Masa mula² dulu selalu jogging Taman Bandar. Sekarang just senaman indoor. Guna dumbell. Buat bicep, tricep, shoulder, abs, leg.

8. Sentiasa beringat;

🔹 Makan 'bila' lapar n berhenti sebelum kenyang. (Rujuk Sairus Salikin)

🔹 Air fungsinya untuk counter-attack rasa lapar, bila minum banyak maka nafsu makan banyak jadi kurang. Jadi bila rasa 'lain macam' nafsu makan tu, 'counter attack' dulu dengan air. Namun jangan amalkan banyak minum air, sebaiknya perut dibahagi 3. ⅓ makanan, ⅓ minuman, ⅓ udara. (Rujuk Alhadis)

🔹 Biasakan diri berlapar. Delaykan saat makan. Just sentuh kurma n air dulu. Makan berat kemudian. Biasa dahulukan kelas atau buat kerja lain dulu baru makan.

🔹 Senaman: Kalau rasa sakit² otot, rehatlah hari tu. Tak suka paksa badan. Tapi jangan sampai malas. 

🔹 Kurangkan timbang berat. Takut nanti down. Jadi timbanglah sebulan sekali atau dua minggu sekali.

🔹 Purata KG yang turun sebulan dalam 3KG. Kena banyak bersabar. Saya dulu mula Aidulfitri 2019. Masa tu berat dalam 112KG (Rasanya sebelum tu berat lagi cuma tak timbang). Sekarang September 2020 masih lagi berat, 79KG, cuma kuranglah sikit kan.

9. Dalam diet. Perkara yang turut penting ialah happy. Kita senang dan seronok dengan life-style baru kita. Jadi pilihlah style diet yang kita suka ye.

10. Dan paling penting. Berdoa. Minta dengan Allah untuk kurus dan sihat. Sentiasa bersyukur dengan anggota badan yang Allah beri. Kemudian, barulah kita usaha untuk jadi lebih baik. Moga berjaya rodong²..😇😇

.

.

Sekadar nak bantu rodong². Diet cara mudah, jimat dan happy.

.

.


Kredit: 

1. Bab makan lebihkan air tu ambil dari teori Kekanda Abang Leman.

2. Bab kalori tu ambil dari Kevin Zahri

3. Bab senaman tu ambil dari Abang Mus Talib

.

.

.

Catitan;

Uwies Alqarni

Sungai Isap Jaya.