بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
[ Bila Demam Cuti Sekolah; ]
Wuit. Termenung kejap...
Melihat purata yuran kem cuti sekolah. Mahu makan separuh duit gaji mak ayah. Tak jumpa lagi bawah dari RM50. RM200-400 biasa. Baru untuk seorang anak. Kalau 2-3 orang. Fuhh !
Yup.. Kita pastinya faham;
1. Biasanya, kem-kem musim cuti ini digerakkan oleh institusi pendidikan persendirian. Juga pelajar IPT dan Jurulatih Motivasi.
2. Memang sukar nak back-up sara hidup guru-guru. Yang bulan-bulan sebelum ini, banyak bergantung dengan yuran sekolah pelajar. Jadi ini juga suatu ikhtiar hidup, untuk sebulan lebih ini. Dengan guru-guru pula, manfaatkan Ilmu dan Pengalaman mereka kepada masyarakat. Situasi 'menang-menang'. Cikgu juga perlu makan, minum dan beli pampers anak !
3. Namun bagi ibu bapa berpendapatan rendah. Cadangan Surau, Masjid, ngo, parti politik dan pimpinan masyarakat, buatlah sesuatu.
4. Duit hasil infaq, sedekah dan peruntukan kan banyak. Anjurlah kem-kem ibadah, Bina Akhlak, Smart Feqah, Imam muda, Mujahid Masjid, Bidadari Dakwah, Hafiz Cilik. Secara PERCUMA.
5. Kebetulan, sebahagian Universiti dan Madrasah juga sedang cuti kini. Manfaatkan siswa-siswi ini sebagai fasilitator. Minta diorang organize pun bagus. Pihak Imam dan asatizah boleh menjadi pemantau atau sekadar mengisi satu-dua slot. Inilah masanya nak latih dan kenal pasti bakat belia-beliawanis sekeliling kariah kita.
6. Bantulah keluarga-keluarga miskin.
7. 11 bulan pelajar kita belajar Ilmu Fardhu Kifayah. Masa inilah peluang terbaik nak push bab Fardhu Ain, Akhlak dan Kendiri.
8. Jadikan penghujung November dan sebulan Disember ini bulan program dan aktiviti Islamik remaja. Mem-Bosankan? Alah... jadilah kreatif. Seronoklah nanti.... Insha ALLAH.