Rabu, 2 Disember 2015

A'ah... BERTUAHNYA DIA;


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

A'ah... BERTUAHNYA DIA;

Terbayang. Rupa kaki lima yang pernah di tempuh. Kedudukan papan jongkit di taman. Detik ketika membeli Sandwich Tsawabi' Ketchup. Perasaan mengelamun ketika naik bas, sebelum tiba di asrama. Bermain bekas pensel yang ada pengasah.

Lepas satu-satu, potret-potret silam itu muncul. Sangat jelas seperti baharu. Dari umur kecil hingga sebentar tadi.

Mungkinkah ini scene-nya, di Akhirat? Saat dipertonton tingkah laku manusia, waktu hidup di dunia...
Ramai insan yang masa kita kecil dahulu segak, gagah dan ceria. Kini sudah tua, lemah dan lebih tenang.

25-30 tahun dulu, Emak lahirkan kita.
25-30 nanti, kita sudah berumur 50-60 tahun.

Ohh... Bertuahnya Dia. Diberi keberkatan waktu. Dia boleh cakap;
Masa di tepi traffic light Jalan Wong Ah Jang dulu, aku pernah bantu baiki motor dua makcik. Motor makcik tu tak hidup.

Satu malam, masa lalu Jalan Semambu. Aku tengok seorang abang ni tolak motor. Aku berenti tepi dan tolong. Aku tunda sampai Stesen Petronas.

Masa lalu highway Temerloh. Aku nampak dua budak muda habis minyak. Aku berenti. Aku pelawa mereka berdua naik truck aku. Aku bawa mereka dan motor RXZ itu ke Stesen Shell.

Dulu satu waktu. Aku tahu kawan aku ada masalah duit. Senyuman dia tawar. Keluarga dia miskin. Aku senyap-senyap selit RM50 dalam wallet dia.

Bertuahnya Dia. Sentiasa ada peluang 'buat' pahala. Untuk baki tersisa, aku pula bagaimana.