بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Bila guru bercerita tentang sakitnya.
Ketika berada di wad. Doktor memintanya mengikut satu pendapat agama berkait perubatan. Guru tanya:
"Ambil dari kitab mana?.." Berkali-kali guru ajukan soalan ini.
Kemudian doktor hadiahkan guru dengan sebuah buku Fiqh berkait perubatan. Ternyata sumber ambilannya berbaur Wahhabi. Guru mati-mati menolak untuk mengikut.
Hehe.. Taknak salahkan siapa-siapa. Sebab aku faham, Doktor itu terpaksa mengikut prosedur dan guru pula perlu amanah dengan ilmu. Cuma nak bagi satu analogi;
"Kamu beri buku tajwid yang ditulis seseorang (Mungkin seorang ustaz, tapi bukan seorang ulama). Kepada seorang Qari yang mahir Ilmu Qiraat. Matan Syatibi, Durrah dan Toyyibah berada di dalam kepalanya serta menjadi mainannya hari-hari. Lalu kamu cakap, beliau tidak boleh baca begitu. Kamu paksa beliau membaca tawassut sahaja pada mad munfasil. Sebab tercatat di dalam buku Ustaz Tuah Bin Jebat begitu. emmmm.. (Sekadar contoh) "
Bagi yang perasan. Kita kini semakin ketandusan ulama di bidang Agama Islam.
Perhaikan sahaja di pondok-pondok. Berapa ramai sangat yang menekuni apa yang dibelajar. Sanggup bersusah payah mengejar Tok-tok Guru atau kepala mutalaah. Mulazamah hadir pengajian. Gigih menguasai perbahasan di dalam kitab. Atau sekadar jadikan pondok tempat cuti dan rehat.
Begitu juga di Alazhar. Berapa ramai yang gigih hadir kelas talaqqi. Bekerja keras untuk membuat tahdir dan murajaah sebelum dan selepas kelas. Berusaha merujuk dengan ustaz-ustaz lama untuk lebih faham. Mengikat perut semata-mata bagi mendapatkan kitab-kitab rujukan.
Hampir tiada kan?
Sebab itu bila guru mengadu sakit. Kepala lantas terfikir.
Mungkin 10-20 tahun akan datang, nak cari tullabul ilmi peringkat mubtadieen pun sukar. Apatah lagi peringkat Mutawassiin dan keatas. Ketika itu...
Good Bye ilmu Agama.....