Rabu, 14 Oktober 2015

Bila Kelas bakal bermula

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hari ini 30, esok 1 Oktober. Dan Lusa Hari Jumaat 2 Oktober.

1. Kelas Pengajian di Pondok Sri Damai pimpinan Tok Ayah Wan (Ustaz Wan Zukir) bakal berjalan seperti biasa, Insha Allah.

2. Kelas Umumi dimulai Jumaat malam Sabtu ini dengan Kitab Bughyah Tullab. Kemudian Sairus Salikin dua malam, diikuti Akidatun Najin, Sabilul Muhtadin dan Hikam Jawi. Mengikut turutan hari. Sebelum Khamis malam Jumaat kembali membaca Surah Yasin dan Tahlil.

3. Teringat luahan Ustaz Sufian (Guru Pondok Pasir Tumboh), beberapa bulan lepas, selepas melawat pondok-pondok sekitar Perak dan Pulau Pinang. Rasa terkilannya, dengan bantuan yang diterima oleh Institusi pondok. Sangat jauh berbeza dengan Institusi Tahfiz (Kebetulan, sebelum itu ada juga melawat maahad-maahad tahfiz). Mungkin faktor masyarakat tak nampak;

"Ke mana budak pondok ni boleh pergi..."

Rata-rata rupa pondok pasti usang.

4. Entahlah. Kadangkala payah juga nak terang dan gambarkan. Sebuah tempat untuk belajar. Gurunya sukarela, pelajarnya datang semata-mata nak belajar agama. Tiada sijil, tak dijanjikan dunia pekerjaan. Tapi belajar sampai 3 pagi. Semata-mata belajar. Ada habiskan masa di situ bertahun-tahun, malah ada sampai puluhan tahun. Makan minum ala kadar. Tidur di pondok kayu. Warden pun sukarela. Bagi yang tiada warden, hidup sendiri-sendiri. Sebahagiannya mandi air perigi. Masak sendiri. Trademark pakai kain pelekat, jubah lusuh, serban tok kenali, rida' dan selipar.

5. Namun. ia adalah 'syurga'. Macam mana cara nak terangkan ya?