بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kenapa ya?
Sekarang aku berdepan dengan beberapa keinginan yang membuak-buak. Walhal diantara satu dengan yang lain itu, ada yang saling berlawan.
1. Keinginan untuk bercinta. Maksud aku dengan isteri yang sah. Serius, sangat kuat sekarang. Mungkinkah kerana umur yang telah mencapai 27 tahun ini. Perasaan ini semakin kuat. Nak saja aku taqdim mana-mana muslimat yang lalu depan aku (Maksudnya yang aku berkenan). Aku tak kisah sangat dengan kriterianya. Cukuplah taat pada Allah. Sempurna menutup aurat. Dan mampu menjaga dan mendidik anak-anak aku nanti. Suka hadiri majlis ilmu atau aktif dalam usrah pula suatu bonus.
Namun disebabkan ini adalah hal besar. Jadi, aku perlu tenangkan diri. Paling penting untuk keselesaan di masa hadapan. Biarlah calon itu serasi dan sesuai dengan pilihan mak aku. Abi rasanya tak kisah sangat (biasalah lelaki kan).
Pada aku. Untuk meminta restu daripada penjaga muslimat itu, atau menanggungnya. Walaupun aku bukanlah kaya sangat (itupun jika dia mampu hidup seadanya), semua ini Insha Allah aku mampu. Cuma itulah, ibuku. Muslimat manalah agaknya yang mampu memancing hati ibuku.
Hmm... Nampaknya kenalah tunggu mak aku yang decide. Tapi kalau Allah dah tetapkan itu jodoh kita. Maka itulah. Jangan main jauh-jauh yek...
2. Aku ingin mendalami lagi Ilmu Alquran. Tempat yang aku nampak ialah di Mesir. Dari sudut Makhraj huruf, Sifat huruf. Semua jenis bacaan Qiraat. Ilmu Tafsir dan Ulumul Quran yang lain.
3. Aku ingin mendalami Ilmu Kewangan Islam. Dari sudut muamalat, zakat, perbankan, saham dan kesemuanya. Selain Tok Ayah Wan. Dimana lagi aku boleh pelajari semua ini?
4. Aku nak sambung Master di satu Universiti. Yang persis suasananya seperti di Alazhar dulu. Aku tak mahu seperti suasana Master yang aku faham sekarang. Juz masuk kerana sijil. Buat kajian. Rasa macam sia-sia. Aku nak belajar !! Kerana itu, aku inginkan Master yang seperti dunia Talaqqi. Dunia belajar.
5. Aku teringin habiskan usia aku dalam dunia ilmu. Seperti Universiti. Tapi bukan universiti yang agungkan sijil. Tapi universiti yang mabuk dengan ilmu. Universiti Talaqqi. Adakah universiti sebegini?
6. Dengan rezeki dari Allah. Aku nakjadi asbab kesenangan kepada kedua ibu-bapa dan adikku. Juga keluargaku. Sara dan belanja mereka,
7. Aku tak mahu menjadi peminta sedekah atau simpati kepada masyarakat. Aku nak, biarlah aku yang menyumbang kepada masyarakat. Dari sudut Ilmu, khidmat, bantuan dan wang ringgit.
Entahlah. Ada satu lagi keinginan pelik yang aku ada;
8. Aku terfikir akan mati awal. Aku rasa letih dengan dunia ini. Tapi amalku tiada. Aku rasa kalau nak ikut amal, memang aku gagal. Aku cuma harapkan Rahmat Allah sahaja. Aku nak bahagia dunia, di barzakh, dimakhsyar, di akhirat dan masuk Syurga Firdaus Allah.
Banyak benda yang aku nak minta dengan Allah. Tapi kenikmatan yang Allah beri lagi hebat. Cuma itulah, Aku memang tak layak langsung. Cuma harap kepada Rahmat Allah.