Rabu, 10 Jun 2020

Belajar dari Ghuzwah al-Fiqr di Indonesia

Teringat masa berbual dengan  Dr.Azhar Jaafar. Dr.Azhar ulas bagaimana Ghuzwah al-Fiqr (peperangan ideologi) boleh berlaku di Indonesia. Dr.Azhar last mengaji di UIN Raden Intan Lampung. 
.
Bagaimana bumi para kiyai dan wali songo boleh terpalit ideologi liberal? Kata beliau, ianya baru lagi berlaku. Dulunya masyarakat Indonesia sangat terpelihara Islamnya. Sebab budaya masyarakat Islam yang menghantar anak² mereka ke Persantren, diasuh para kiyai. Jadi semua terjaga. Namun pada tahun 1995 (Sekitar tahun 80an-90an), diwujudkan satu program. Program bagi meramaikan rakyat Indonesia yang mempunyai PhD. Jadi dihantar lulusan persantren ini ke eropah. Malangnya, tidak hanya membawa pulang ijazah, sebaliknya pelajar² ini rupanya terpengaruh sekali dengan pemikiran liberal tempat mereka belajar. Nah, bermula dari situlah Ghuzwah al-Fiqr (peperangan ideologi) berkait kefahaman Islam mula melanda Indonesia. 
.
Sehingga bila melihat betapa bahayanya situasi ini, tahun 2005 Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa pluralisme, sekularisme dan liberalism merupakan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Agama Islam. Tapi nak polish balik tu bukan mudah. Walaupun menurut Syeikh Husni Ginting 70% masyarakat Indonesia itu Nahdatul Ulama, maksudnya bersedia dibimbing para Kiyai. Namun, tetap ianya tugas yang sukar. 
.
Teringat Habib Ahmad dulu. Pernah larang kami baca buku yang berlainan fiqrah dengan apa kami belajar. Kerana bahan bacaan ini masyrob (tempat kita minum). Jika tanpa ilmu dan bekal yang mantap, kita sangat mudah diperdaya dan dipengaruh. Apatah lagi jika ianya ditulis oleh Orientalis (Seorang yang tekun belajar Islam namun bertujuan menekan dan menyerang Islam).
.
Artikel ini ditulis, setelah terbaca artikel dari sebuah portal ilmiah yang sangat bagus (kita sendiri follow hari²). Namun tiba² petang ini salah seorang penulisnya menyerang Turki Uthmaniyah, dan bila dilihat sumber rujukan. Hampir 100% dari barat. Dan maklumatnya sangat nadir (ganjil), bukan yang ma'lum dan masyhur diketahui dalam dunia Islam (walhal dunia arab dunia yang sangat menghargai, merekod dan membukukan sejarah). Jadi hati² na.