Rabu, 10 Jun 2020

Puasa Sunat 6 hari bulan Syawal sekali Puasa Qodo' Ramadhan


عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
.رواه مسلم 
.
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun."
.
Terdapat dua pendapat Ulama Mazhab Syafie tentang gabung Puasa Sunat 6 Hari Syawal dan Qodo Puasa Ramadhan.
.
🌻 PENDAPAT 1
Puasa Sunat 6 Syawal BOLEH disekalikan dengan Qodo Puasa Ramadhan dalam hari yang sama. Namun pahala Puasa Sunat 6 Syawal-nya kurang sempurna. (Pendapat: Syeikh Romli Kabir, Khatib Syarbini ~ Mughni al-Muhtaj).
.
🌻 PENDAPAT 2
Puasa Sunat 6 Syawal TIDAK BOLEH disekalikan dengan Qodo Puasa Ramadhan. Ada dua cerita;
.
🌼CERITA 1: Jika Puasa Ramadhannya wajib disegerakan qodo (kerana masa Ramadhan dulu dia berbuka tanpa uzur), maka dia perlu tunaikan Puasa Sunat 6 Syawal setelah habis Qodo Puasa Ramadhan. Jika puasa qodo Ramadhan-nya 30 hari. Maka sunat dia qodo Puasa Sunat 6 Syawal itu pada Bulan Zul Qaedah, setelah selesai puasa qodo.
.
🌼CERITA 2: Jika Puasa Ramadhannya tidak wajib disegerakan qodo (kerana masa Ramadhan dulu dia berbuka puasa kerana uzur. Contohnya orang sakit atau musafir), maka dia dibolehkan segera berpuasa Sunat 6 Syawal, walau Puasa Ramadhan dia tempohari tak cukup sebulan dan belum lagi qodo. Namun fadhilat (kelebihan pahalanya) kurang. (Pendapat: Imam Ibn Hajar al-Haithami ~Nihayah al-Muhtaj)
.
P/s: Pesan guru. Fiqh ni lautannya luas. Terpulanglah nak ikut pendapat mana satu. 
.
.
.
Rujukan:
Al-Bahru al-Wafi wa an-Nahru as-Sofi.