Khamis, 13 September 2018

[UMNO-PAS] Belajar Dari Kisah Bangsa Acheh



Dulu hampir setiap hari kita tonton peperangan di  Acheh, Indonesia. Bunuh membunuh.

Mengekor dengan peti televisyen, susuk tentera menyusup celah-celah rumah. Untuk menyerang hendap.

Konflik nampak buntu. Entah bagaimana nak selesai. Antara nak merdeka bersama Gerakan Acheh Merdeka (GAM) atau kekal bersama Republik Indonesia.

Namun siapa sangka.

Tiba-tiba Allah datangkan Tsunami yang sangat dahsyat. Menyapu bersih bumi Acheh. Mayat manusia macam sampah dibawa air. Ada sekelip menjadi yatim. Acheh bertukar ibarat padang jarak padang terkukur. Pasti semua masih ingat bukan?

Namun. Besar hikmah menanti.

Semua pihak menjadi simpati. Gencatan senjata yang selalu gagal, akhirnya berjaya. Walhal suatu ketika, macam tak logik boleh berdamai. Boleh puaskan hati semua pihak.

Nah akhirnya sekarang.

Bukan sahaja menjadi wilayah autonomi. Malah juga boleh menguatkuasakan sendiri hukum Syariat Islam buat seluruh warga Wilayah Acheh yang beragama Islam.

Susunan Allah sangat cantik.

Kita harapkan persaudaraan PAS-UMNO juga begitu. PRU 14 adalah Tsunaminya. Tsunami yang melenyapkan penguasaan total Ahli Parlimen Muslim di dalam Kerajaan.

Dari peristiwa Memali, Ops Lalang, Ceramah mencarut, Politik fitnah dan dusta, zaman diktator dan kuku besi.

Yang buat onar ialah pimpinan 20-40 tahun dahulu.  Kenapa kita perlu diheret sama? Apatah lagi, kini mereka semua telah duduk bawah satu bumbung, di bawah payung PH.

Nah. Marilah sama kita doakan. Moga Muktamar PAS dan PAU UMNO kali ini membuka lembaran baru. Tindakan yang _Out Of The Box_. Yang matang dan rasional. Yang bijak dan berstrategi.

Seterusnya menghadirkan khabar berita gembira. Buat kita Umat Islam dan Malaysia umumnya.

Allahu Rabbi. Bantulah kami..😔