Ahad, 9 September 2018

Bergabunglah wahai PAS dan UMNO

Semalam di dalam satu group Whatsapp, aku utarakan cadangan penggabungan antara UMNO dan PAS. Jika bergabung maka kita akan dapat 7 negeri dan satu negeri seri. Namun terus aku ditempelak. Aku nyatakan alasan bergabung itu. Ada yang lantas balas tak mahu, sebab perangai PH dan BN sama. Aku terdiam. Lantas tunjukkan isyarat bagus dan tidak teruskan perbualan.

Kita tak nafi. Dalam tempoh lebih kurang 60 tahun ni. UMNO adalah musuh utama PAS. Pernah suatu ketika, bagi sesetengah penyokong, seolah-olah lebih baik bergabung dengan DAP yang diterajui oleh orang kafir lagi harbi. Yang secara terang menyanggah Hudud dan Qisas, secara terang memusuhi Syariat Allah, secara terang nak rampas hak orang Islam di Tanah Melayu berbanding bekerjasama dengan UMNO.

Walau tak kita nafi dalam UMNO ada yang berfikiran liberal, tidak suka Syariat dilaksana, kaki buli, sabotaj, khianat kepada bukan penyokong. Namun dalamnya masih ramai yang baik-baik, yang punyai roh islamik, yang sentiasa berfikir nak tegakkan Islam malui platform UMNO. Malah mungkin lebih ramai jumlah yang sebegini berbanding di dalam PKR, BERSATU dan jauh sekali DAP.

Selama 60 tahun. Lihatlah hasil tangan UMNO. Perhatikan kemajuan JAKIM. Lihat perlaksanaan panitia HALAL. Lihat usaha dakwah, kemajuan pengurusan institusi agama, fatwa. Juga lihat penerapan elemen Islam dalam dunia pendidikan. Silibus pengajian agama. Lihat bantuan demi bantuan terhadap SABK. Elaun terhadap guru agama dan pimpinan masjid. Lihat kepada peruntukan terhadap masjid-masjid. Lihat kepada pemerkasaan mahkamah syariah. Sokongan kepada Palestine. Malah sebaik memerintah, Ds.Najib dilihat sangat ketara ingin berbaik dengan PAS.

Dan lebih menambah hujjah. Pimpinan UMNO sekarang dilihat sangat islamik. Baik Ds.Dr.Ahmad Zaid Hamidi, Dr.Asyraf Wajdi dan Noraini. Malah mereka menang pemilihan tempoh hari pun setelah bergelut dengan calon-calon yang dilihat cenderung liberal.

Bertenang sebentar. Tarik nafas... Dan hembus.

Benarkah mereka ini yang begitu dibenci ahli PAS? Ataukah pimpinan sebelum ini? Atau ketua dan ahli di cawangan? Atau beberapa tokoh sahaja? Lantaran perbuatan zalim mereka terhadap PAS.

Mana--mana parti politik mahupun organisasi. Yang pentingnya ketua. Kalau ketua berfikrah Islamik, maka halatuju dan pendekatan parti akan menjadi Islamik. Walaupun dalam dasar tidak digaris, ia tetap akan terjadi. Seperti AK Party di Turki. Apatah lagi parti yang meletakkan Islam dan Melayu sebagai teras seperti UMNO. Dan lebih meyakinkan, bila kini pimpinan UMNO diterajui oleh pemimpin yang berfikrah Islamik. Lihat saja pada tutur bicara dan pendapat spontan mereka. Tapi sayang, mereka naik setelah UMNO tewas.

Dengan bergabung UMNO-PAS. Maka PAS boleh berlatih mentadbir dan mengangkat figura--figura PAS semaksimum mungkin. Justeru nanti, Jika menang PRU selepas ini. Maka rakyat akan bertambah yakin dengan pengemudian PAS. Kerana pengalaman, performance dan wibawa yang mereka miliki.

PAS dan UMNO perlu berfikir Out Of The Box seperti Anwar. Serang dari jalan tak disangka. Mudah memaafkan, tenang, bijak, menguasai permainan dan bukanlah dikuasai. Semua akan bergerak mengikut rentak tarian kita. Dari isu yang diviral, fokus masyarakat malah keputusan politik yang diambil.

Belajarlah dari cara Anwar dan Rafizi. UMNO dan PAS tak boleh dah bersilat cara lama.