Isnin, 12 Jun 2017

Semalam, esok dan hari ini


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Siang tadi aku ngantuk semacam. Mikir dari terlibat dosa kering. Aku pun rebahkan diri kat katil, hampir seharian aku tidur. Bangun bila solat je. Dengan public holiday, malam ini pula aku tak bertugas. Lagilah malas otak aku nak cergas. Sekadar terawikh di masjid negeri.

2. Masalah pasti ada Insha ALLAH. Nah sekarang, mataku mula payah nak lelap. Baca Taqrirat bab Haji sikit tadi, layan youtube kejap. Nah.. sekarang aku sedang menaip.

3. Seminggu dua ini mindaku teruji. Aku didatangi beberapa ujian, yang memaksaku berfikir  sangat berhati-hati dan rasional.

4. SIRIM datang tempat aku mengajar. Masa itu aku nak uruskan borang lain. Tiba-tiba ketua jabatan kata nak rekod mengajar. Aku minta tempoh sekejap. Dia bagi dalam dua jam lebih kurang. Merapak aku nak sempurnakan rekod mengajar yang memang banyak lopong tu. Tapi Alhamdulillah, at the end, aku hantar juga walaupun tak sempurna. Sekurangnya aku dah cuba. Kemudian bertemu dengan juruaudit. Kena soal gitu-gini. Alhamdulillah, kekurangan aku sebagai tenaga pengajar baru, juga tidak diberikan taklimat khusus. Menjadi asbab aku terselamat.

5. Kemudian. Ujian kedua muncul. Di institusi lain pula. Aku diminta menjaga F3. Mulanya aku ingat biasalah, pelajar sekitar 9-13 orang. Sekali 29 orang (gabung dua kelas). Dengan waktu yang aku mampu peruntukkan buat diorang sekadar sejam. Maknanya seorang dalam 2 minit. Nak tasmik macam mana dua minit? Belum masa mengulang lagi. fuhh... benar-benar mencabar. Jadi aku minta diorang tasmik sejam pertama dengan guru lain. Sebab sejam pertama aku kena jaga f5. Mujur f5 hanya tiga orang belum khatam. Sekali, guru lain pun terpaksa jaga satu form (dua kelas). Diorang ok lagi, dua jam dengan pelajar. Macam aku yang satu jam ini. Memang saru. Pelajar f3 inisiatif atur jadual. Bergilir-gilir. Tapi aku rasa itupun tidak sempat. Bila difikir-fikir, guna kawan untuk murajaah sudah pasti kena. Cuma, aku fikir perlu bentuk cara yang lebih sitematik. Supaya Tasmik dan I'adah tu berjaya jalan seiring. Itu yang mencabar.

6. Ujian ketiga. Minggu lepas. Tiba-tiba kami dapat surat, mengesahkan kami berempat terpilih menunaikan haji bagi tahun ini. 1438 hijriah. Duit nak Lebih kurang RM64k dalam bank selewat-lewatnya 22 Jun 2017. Lebih kurang seminggu setengah dari sekarang. Fuhh...

7. Duit aku dah cukup RM10k. Abi tak cukup RM2k, Mie tak cukup RM22k, Adik tak cukup RM4k. Total tak cukup RM28k. Kami minta adik pinjam Agro Islamic bank RM30k. Sekali tak lepas, sebab sangkut dengan PTPTN. Lepas RM13k je. Adik pun macam putus harapan nak buat loan rumah. Aku contact kawan lama aku di Bank Rakyat. Sebab aku kerja sambilan, jadi dia cadang ke RHB atau AEON Bank. Bila aku ke RHB bersama surat pengesahan pendapatan, semua tak lepas.

8. Mood keluarga aku bertukar tegang juga. Semua berfikir. Alhamdulillah... Abi contact Mak Su Yah. Dia sudi beri RM16k. Kiranya adik campur Maksu Yah RM29k.. Alhamdulillah.

9. Tapi itu belum muktamad lagi. 22hb Jun 2017. belum sampai lagi. Duit pun baru setuju atas mulut. Mudah-mudahan Allah bereskan semudah mungkin.

10. Duit kenduri adik pun rasanya tak cukup dalam RM2k lagi. Aku dah janji nak back-up.

11. Aku fikir-fikir. Inilah ujian aku hampir setiap tahun. Sketsa cemasnya lebih kurang sama. Alhamdulillah, mungkin sebab dah biasa. Aku lebih tenang dan cool berfikir. Pendekatan aku masih sama macam sebelum-sebelum ini. Sentiasa idea gelecek itu datang. Dan takdir Allah, penyelesaiannya juga sama. Datang dalam keadaan bersambut mudah, dengan idea-idea aku itu macam sia-sia. Sekadar mengasah otak

12. Mungkin  besar hikmah Allah nak didik. Pokok pangkal. Jangan bimbang dengan takdir ketetapan Allah. Semuanya akan selesai. Malah mungkin tidak ikutpun apa yang kita rancang. Nah yang penting kita, bagaimana kita menghadapi ujian-ujian itu. Dengan hati yang redho, tidak bergoyah iman dan sentiasa bergantung pada Allah. Aku fikir, inilah antara hikmah yang muncul setiapkali aku diuji.

13. Wallahua'lam. Bak kata Syeikh Rohimuddin dan Sidi Dr.Lokman lebih kurang.

"Esok belum pasti kita akan temui, yang semalam telah berlalu. Nah yang hakikatnya sekarang.."