Selasa, 24 Mac 2020

Siapa sangka kita ketemu wabak.

Selalu kita jumpa hadis cerita tentang wabak di zaman Nabi.saw. Berlaku juga wabak Imawas di Negeri Syam ketika zaman Saidina Umar.ra (18h), waktu tu Saidina Umar.ra dah otw ke sana dah, sebelum sampai berita Negeri Syam dilanda wabak. Teragak² juga Saidina Umar.ra, sehingga terpaksa musyawwarah dengan sahabat yang lain, akhirnya Saidina Umar.ra buat keputusan cancel untuk pergi.
.
Tahun 69h berlaku wabak al-Jarif di Basrah pada  Zaman Abdullah bin Zubair.ra (69h). Pada tahun 87h berlaku wabak al-Fatayat (sebab dia serang wanita dulu baru lelaki) di Iraq dan Syam, wabak ini juga dikenali wabak al-Ashraf sebab ramai yang kena tu dari kalangan pemuka² masyarakat. Dan wabak terakhir yang dicatat berlaku pada zaman Umawi ialah Wabak Muslim Ibn Qutaibah (menisbahkan kepada mangsa pertama yang dijangkiti wabak ini ) yang berlaku pada 131h.
.
Selepas daripada itu, di zaman daulah² yang berikutnya, berlaku juga kes wabak sebegini.
.
Cuma kita kurang familiar dengan situasi wabak. Mungkin sebab sejak lahir, ini baru first-time impak tu dirasa, rasa macam curfew dorurat perang dah, walau boleh lagi keluar beli barang.
.
Tapi siapa sangka, boleh berlaku depan kita. Tu belum zaman Dajjal, Imam Mahdi, tiupan sangka kala lagi. Macam mana agaknya sop ketika itu ye. Buatnya teori Islam bangkit dari timur tu betul, mau jadi negara tentera kita.
.
.
Sumber: https://islamonline.net/34109