Selasa, 24 Mac 2020

"Bersilat" dalam masjid.

Mula balik dulu memang dah tanam dalam fikiran, tak mahu sentuh bab Fiqh. Sebab bila perhati dalam MedSoc, khilaf dalam masyarakat boleh tahan. Tak daya nak main gaduh² ni. Jadi bawalah Kitab Pelita Penuntut (Ta'lim al-Muta'allim 'ala toriq at-Ta'allum). Gi mana² surau masjid, kitab tu lah yang dibaca.
.
Ingatkan dah selamatlah, takde khilaf, just cerita bab adab dalam menuntut ilmu je lah. Rupanya tidak. Surau dan masjid lain okey. Tapi ada satu surau, masa first kulliah tu, perasan mimik jemaahnya agak dingin. Jadi rasanya, kena tukar pendekatan kalau camni.
.
Masjid dan surau ni banyak aliran, ada Pak Wahab, ada Tabligh, ada Toriqah, ada kitab kuning, ada modenis. Jadi kalau silap cara, memang balik awal. Ada sorang kawan dah kena.
.
Sebelumnya, memang ada yang dah ingatkan, surau ni cenderung Pak Wahab alirannya. Jadi logiklah.. jemaah sukar nak terima kitab Ta'lim al-Muta'allim.
.
Bila dipanggil kali kedua, buka Kitab At-Taqrirat as-Sadidah fi al-masail al-mufidah. Kitab Fiqh bermazhab Syafie. Buka kitab bermazhab syafie di kubu Pak Wahab. Berani mati kan? . Sebenarnya tidak, cuma kena pandai pusing.
.
Kali kedua datang, bawa topik sunat² ketika berbuka n bersahur. Datang kali ketiga bawa topik cara² ambil wuduk bagi sohibul jabirah (orang yang berbalut). Alhamdulillah, penerimaan sangat baik. Kenapa kubu Pak Wahab boleh terima bila baca Kitab bermazhab Syafie?
.
Pertama. Kena doalah pada Allah, moga Allah bantu jadikan lidah fasih n orang boleh terima.
.
Kedua. Kena tiru style kursus ibadah haji. Fokus pada teknikal ibadah, step by step apa perlaksanaan yang tertulis di dalam kitab.
.
Ketiga. Jangan tarjih siapa betul atau salah. Ingat, ini kubu Pak wahab. Jika bertemu tempat yang ada khilaf dan khilaf tu masyhur dalam masyarakat awam. Terus petik nama ulama terkenal dan qoulnya. Dan tunjukkan sikap, meraikan khilaf dalam kalangan ulama. Puji dua² ulama. Tunjukkan ihtirom kita kepada ulama walaupun pendapat mereka 180° saling berlawanan.
.
Adakala, ada ulama yang hanya terkenal dalam kalangan Tolibul Ilm sahaja, contoh Imam Ramli Soghir n Ibn Hajar al-Haithami. Ketika tu, pujilah sedikit imam² tu. Supaya hati jemaah jadi lunak kepada nak terima qoul imam² tersebut.
.
Nak kulliah di kubu Pak Wahab ni kena ingat dua perkara. Ambil dari pesanan guru² kita juga.
.
Pertama. Mereka bukan tolak qoul Imam Syafie secara total. Cuma mereka ni tak berpegang dengan mana² mazhab. Guru mereka tengok mana qoul yang rasa kuat, yang tu mereka amal. Jadi kalau mereka rasa qoul dari mazhab Syafie kuat, mereka ikut je. (Jangan terpengaruh pula walau nampak rasional. Waktu ni tak sesuai cerita)
.
Keduanya. Dari ramai² tu, mungkin 1-2 orang je yang ngaji aliran Pak Wahab secara tamaqqun. Mungkin juga takde sorang pun. Majoriti mungkin just tahu 1-2 perkara je. Jadi, kalau kalau kita just cerita perkara teknikal, mereka boleh je terima. Cuma, elakkan dari usik perkara khilafiah yang masyhur. Takut jadi back-fire pula nanti.
.
Terakhir. Jangan nampakkan kontra tu. Banyak lagi dakwah nak sampai. Contohnya surau tu tak buat qunut subuh, doa beramai lepas solat, solawat antara dua solat terawikh. Jadi, kita just ignore je. Follow je lah budaya situ. Takde apa pun. Takkan kerana kita nak berkeras dengan 1-3 perkara yang tak wajib, 7 perkara yang kita dah ada peluang nak sampaikan jadi tersekat. Walau tak nafi, redho Allah lebih kita dahulukan berbanding redho manusia.
.
Pesan guru. Ilmu tu kena belajar. Cara nak sampaikan ilmu juga kena belajar.