Rabu, 25 Mac 2020

Bila ada 'dm' bertanyakan kelas

Bila ada 'dm' bertanyakan kelas. Cadangan pengajian nak follow. Sebenarnya, bimbang juga nak beri. Takut jadi 'kejutan budaya'.
.
Dia begini. Cara pondok/talaqqi cara turath (Maaf..Tak pasti gelaran setepatnya apa) ni berbeza dari cara modenis. Kalau budaya modenis. Biasa kalau berlaku satu² persoalan. Maka yang pertama sekali dicari ialah ulama yang mentarjih hadis. Bila ulama itu kata hadis sahih. Maka baru kita yakin nak beramal.
.
Tapi kalau cara tradisional (erm.. Istilah ni mungkin sesuai). Bila berlaku satu² masail. Maka kita akan rujuk kitab muktabar dahulu. Kitab yang diiktiraf ulama. Biasa keterangannya sangat detail. Bila dah jumpa, kita terus terima. Walau tak dikepilkan perbahasan Ilmu al-Jarh wa at-Ta'dil. Tak tahu pun, status matan dan status rowi hadis. Cukup keyakinan kita terhadap kitab muktabar tersebut.
.
Kerana itu. Bagi sistem tradisional. Persoalan berkait kitab amat penting. Sama penting dengan mengetahui beza pendapat² ulama. Mana muktamad, rojih-marjuh, asoh-sohih. Cara nak beramal berdasar qoul dalam kitab.
.
Jadi. Cara tradisonal memanglah agak kurang popular di saluran universiti atau masyarakat awam. Tapi dalam kalangan warga pondok dan mereka yang biasa dengan budaya talaqqi turath, maka inilah yang menjadi pilihan.
.
Jadi kalau kita jenis nakkan dalil naqli ketika mengaji kitab. Agak sukarlah. Sebab kitab yang membicarakan dalil, jarang diajar di pondok. Kitab sebegitu, biasanya hanya dijadikan rujukan. Di pondok, keutamaan adalah nak perlepas Fardhu Ain dulu. Kalau dah perlepas nanti, bolehlah teruskan perjalanan ke kitab² yang lagi atas. Yang bersilat dengan dalil pula (baca: bergelumang).
.
Begitulah alkisahnya..