Rabu, 25 Mac 2020

Resam Kepelbagaian mendidik.

Suatu waktu dulu. Di Baitus Safra, Abbas Aqqad. Masa dalam kelas. Habib Ahmad al-Maqdi pegang satu rotan panjang. Habib kata, siapa tak tahdir (baca apa akan belajar) atau murajaah (baca apa telah belajar) tak silap, Habib nak rotan. Rupanya Habib sedang ajuk perilaku Habib Umar bin Salim Bin Hafiz. Gurunya. Tapi akhirnya, Habib kata orang nusantara tak perlu sampai Habib buat begitu. Cukup dengan bagitau. Sebab orang kita lembut.
.
Masa diploma dulu. Tasmik dengan Ustaz Zul Embong. Lembut orangnya. Cuma ada juga part yang  menakutkan. Ada suatu waktu, Ustaz suruh ulang 60 kali muka surat yang nak dihafaz. Dan catat pada buku. Naifnya. Kami tak buat. Esok, waktu hantar tasmik baru, ustaz tanya tentang tugasan. Katalah tak buat. Hampir satu kelas tak buat. Masa nak salam, ustaz tak nak hulur tangan. Ustaz kata, " Takpelah. Enta Tak Hormat Ana".
.
Pergh. Perasaan masa tu, macam kena hiris. Ayat yang lembut, tapi paling tajam pernah dengar sepanjang hidup. Rasa bersalah sangat.
.
Masa di Ardil Kinanah. Memang dari awal, sengaja pilih Syeikh Hasan Rejab. Antara Syeikh paling garang dalam Masjid Khazandarah. Hari pertama je Syeikh tegur dengan baik. Hari kedua sampai khatam. Pantang silap tajwid, memang makan jerkah. Satu Masjid Khazandarah bergema. Balik tu waktu naik bas, termenung pandang luar tingkap. Terkesan sungguh dengan jerkahan syeikh tadi.
.
Syeikh Mahmoud (Shoubro) antara syeikh yang sangat lembut. Walau tak pernah mengaji dengan syeikh. Tak pernah jumpa orang arab selembut itu. Tiap anak muridnya, selepas salam, Syeikh akan cium ubun. Dengarnya, kalau salah waktu bacaan pun, syeikh akan cium juga.
.
Syeikh Khalid Shoubro. Mengajar tahun 1 di Maahad Qiraat Shoubro. Dia punya tegas, dahsyat. Tak kira pelajar tua atau muda. Semua kena dengan Syeikh, kalau tak dapat jawab. Khususnya kalau tak ingat matan atau tak tahu khilaf bacaan.
.
Syeikh Nuruddin. Semua dah maklum. Usahkan duduk berdepan. Dengar syeikh ceramah dalam TV pun dah rasa gerun dengan haibah Syeikh. Takut je kalau tak jaga adab. Dalam kelas. Jangankan nak buat benda lain. Nak silang kaki, main pen, bersandar ke dinding, tak off handset. Semua tu memang alamat nak kena halau keluar dari kelas. Atau sekurangnya dimarah oleh syeikh. Mungkin kerana itu, majlis syeikh terasa keberkatannya. Kerana adab majlis terjaga. Bagaimana adab murid-murid syeikh kepadanya. Begitulah adab syeikh kepada gurunya dahulu.
.
Cerita guru. Zaman Imam Malik dulu. Kalau pelajar nak buka helaian muka surat pun, amat cermat dan berhati-hati sekali. Sebab tak mahu guru terganggu dengan bunyi selakan kertas. Imam Syafie dulu, kalau tidur, kaki takkan dijulurkan ke rumah Imam Malik. Taadduban kepada Imam Malik.
.
Teringat pengamatan Ustaz Razak. Ketika menerang manhaj, cara didik yang agak syadid di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling. Rasulullah.saw sendiri, waktu diminta untuk membaca al-Quran di Gua Hira'. Rasulullah telah dirangkul dan dipeluk dengan kuat oleh Saidina Jibril. Dipaksa juga untuk baca. Walau Rasulullah dah kata ما أنا بقارى.
.
Al-Imam Hassan al-Banna seorang yang tegas berperinsip. Namun lembut. Suatu hari anaknya buat kesalahan. Imam Hassan al-Banna tidak terus hukum didepan tetamunya. Tetapi dipanggil anaknya itu ke suatu sudut. Lalu diminta untuk hulurkan kaki. Dengan sebatang lidi. Al-Imam merotan kaki anaknya itu. Bagi anak-anaknya, ianya kelakar, sebab lidikan kecil dan tak menyakitkan. Jadi anak-anaknya pun ketawa.
.
Dalam hidup. Pernah terjadi gotong royong paling unik. Masa tu Ustaz Hamizi yang handle. Sebelum bagi tugas. Ustaz Hamizi tak terus bagi arahan dan tugasan. Tapi Ustaz Hamizi bagi tasykil tentang 'khidmat'. Kisah beberapa nikmat yang pernah diperolehi oleh orang soleh, kerana berkhidmat. Pergh, lepas pada tu, sebaik diberikan tugas. Rasa best sangat bergotong-royong hari tu. Tak rasa terpaksa. Penangan cara tabligh kan. Bila roh dah rasa semangat. Jasad hanya mengikut.