Selasa, 24 Mac 2020

Ahbabana Al-Muballighin.

Teringat 13 tahun lalu. Waktu di DPIM Jengka. Satu hari bercangkul di batas hujung share farm. Tiba² ada seorang datang.  Dia terus join mencangkul. Dengan muka manis, dia mula bercerita: "Yang beri kita makan bukan manusia, tapi Allah". "Yang buat itu.. ini.. semua Allah" Banyaklah yang dia cerita, semua tentang Allah. Rasanya lama juga belajar di SMA/STA, tapi rasanya itulah baru first time ketemu manusia sebegitu. Sejak hari itu, kami berkawan dan jadi rapat. Selalu ke Pasar Malam Bandar Pusat Jengka. Pagi² Subuh sahabat akan call kejut Subuh, ajak pergi jemaah masjid. Pernah keluar satu hari tabligh dengannya di Masjid Bandar Pusat. Itulah kali pertama keluar. Sampai sekarang, kalau ada ruang bercerita tentang dosa. Akan teringat analogi² yang dia beri. Moga pahala mengalir padanya.
.
Tahun 2009. Ada ijtimak tabligh di Sepang. Semangat naik EX5 dengan dua teman, dari Kuantan ke Sepang. Enam jam juga perjalanan, dengan ada yang terbabit eksidennya. Sampai masjid dalam pukul 12 tengah malam, terus tidur. Tidak lama kemudian, tiba² dengar ada suara mengejut: "Bangun Syeikh.. Dunia hanya sementara.. Bangun Syeikh.. Dunia hanya sementara". Kita pun bangunlah, pergi beratur ambil wuduk, dekat 20-30 orang juga tengah beratur dalam satu barisan. Masing² bawa siwak. Masuk masjid, tengok masjid dah penuh. Walhal masjid punyalah besar. Jumpa satu ruang, Masuk² solatlah qobliah subuh. Lama duduk: "awat tak qomat² lagi ni". Sekali bila tengok jam, la.. baru 4.30 pagi ke. Rupanya yang depa kejut tadi kejut qiyamullail, bukan kejut Subuh. Tengok ke ramainya orang, macam dah nak solat fardhu. Tak, macam nak solat Jumaat.
.
Tahun 2017/2018 pergi lawatan ke Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling, madrasah milik jemaah tabligh. Sampai² disambut santri². Terpesona kejap, dia punya khidmat tak pernah jumpa. Mula dari iring sampailah duduk makan. Masa makan, dari basuh tangan, cedok nasi, cedok lauk, tambah lauk, tuang air, basuh tangan, berikan tisu.. Semua khidmat dari santri mereka. Jemaah tabligh sangat terkenal dengan sifat Ikromul Duyuf (muliakan tetamu) mereka.
.
Waktu diploma. Sebab tahu keberkesanan manhaj tabligh. Jadi serap dalam aktiviti pelajar. Lepas asar ada pelajar akan baca Kitab Fadhilat Amal. Malam minggu, buat program tidur di surau. Copy paste betul dari aktiviti jemaah tabligh. Sebelum tidur ada yang beri bayan. Esok pagi pelajar akan bangun qiyam.
.
Satu hari di Baitus Safra, Abbas Aqqad, Kaherah. Rumah yang sangat kami rindu. Habib Ahmad al-maqdi panggil ahbab² yang join tabligh. Habib tengok anak² muridnya, Habib kata gurunya Habib Omar sangat sayangkan jemaah tabligh. Jika free dari aktiviti, Habib Omar akan ziarah jemaah tabligh. Habib minta anak muridnya dari jemaah tabligh supaya berikan bayan di depan kami semua.
.
Ahbabuna "Tabligh". Walaupun kini kalian tengah terkenal dek COVID-19. Cukuplah kalian tahu, kami sangat sayang dan sentiasa mendoakan kalian. Terima kasih atas pengorbanan kalian buat Ummat.  Moga pengorbanan kalian mengislah diri dan Ummat Sidna ar-Rosul diberikan sebaik2 ganjaran. Moga sebaik biduk ini berlalu, kiambang kembali bertaut. Mana tau, ini boleh jadi asbab hidayat buat ummat kan. Takaza seluruh alam !