Selasa, 24 Mac 2020

Pemandu Grab Alza Merah.

Bulan Disember baru ni. Naik Grab dari KLIA2 ke Kg.Pandan. Bertolak dalam pukul 4 pagi. Dekat 30-40 minit juga rasanya perjalanan. Dapat pemandu berbangsa India. Atas dashboard-nya ada patung Hindu.
.
Macam biasa. Masuk kereta terus driver open topik sembang. Orangnya macam Hindu yang taat. Dia share, dalam rumahnya ada mini kuil, banyak juga dia berkongsi perihal agamanya. Katanya lagi, dia suka travel. Waktu tu badan letih n otak pun tengah tepu. Jadi lebih banyak layan je lah dengar ceritanya, sambil iyakan sekali-sekala.
.
Mula² driver cerita pasal pengalaman dia travel di India. Walaupun keturunan dari sana. Tapi sebab dah lama duduk Malaysia, kulitnya jadi sensitif n tak tahan dengan kepanasan suhu sana. Kemudian dia cerita pula dia pergi ke Kemboja, jalan² ke Angkor Watt. Sebuah kuil purba dibina zaman abad ke 13 tak silap. Kagum sungguh dia dengan senibina Angkor Watt. Katanya, bayangkan zaman 13th century mereka dah boleh bina sebuah banggunan yang sebegitu hebat senibinanya, sekitar 3KM. Pada kiraannya, dengan teknologi sekarang, mungkin makan masa 7 tahun untuk bina monumen persis Angkor Watt begitu.
.
Kemudian masuk topik politik. Dia kuat DAP. Macam² juga pujiannya terhadap DAP. Kemudian cerita bab agama pula. Katanya, jangan ikut sangat kata ulama. Kita ada akal, kita boleh baca n ambil pengetahuan sendiri. Kita boleh fikir mana baik. Masa tu krik² betul, tak tau nak respon camne.. Dalam otak ada je hujjah nak balas. Tapi tiba² teringat ke Arwah Adib.. . Dengan kiri kanan highway tu pula gelap, takde orang. Badan driver tu pula boleh tahan sado, shoulder, otot bicep n tricep dia pun dekat dua kali kita. Kalau kena hentak ni, paling kurang, kejap je boleh lawan. Penyudahnya, senyum je lah.
.
Bila sampai Kg.Pandan. Dia offer bawa turun barang². Ramah sungguh layanannya. Salam, senyum dan dia beredar. Dalam hati, niat dakwah bil hal je lah, dakwah bil lisan macam tak terucap dah.
.
Lepas tu lama juga terfikir. Payah sungguh nak dakwah yek. Teknik tu yang kita tak mahir. Agok², macam manalah cara geng² tabligh n Habaib ni berdakwah. Ramai pula tu yang berjaya mereka Islam-kan. Moga Allah ampuni.