Rabu, 6 September 2017

Travelog Perjalanan Menunaikan Haji 1

Di Rumah
Kami balut bagasi dengan kain. Hakikatnya tak perlu pun. Sebab TH dah ada pelekat untuk tandakan beg kita. Sekadar buat penanda pun dah cukup, untuk mention alamat kita di Malaysia dan no fon. Tambahan, jika guna balutan. Kita juga nanti yang sulit nak usung beg ke sana ke mari. Khususnya ketika di Kelana Jaya nanti.

Kami dihantar dua buah kereta. Satu Grand Livina Bonda Yah. Satu HRV Ayah Di.

Di Airport Kuantan
Waktu untuk kami check-in di Airport Kuantan agak tergesa. Sejam sebelum dah boleh check-in beg bagasi. 45 minit sebelum berlepas dah boleh masuk balai berlepas. Di sana ada surau dan tandas.

Ada pelbagai cara nak ke Kelana Jaya. Bagi yang naik di Terengganu atau setaranya tiada masalah. Tapi bagiku yang dari Kuantan, kami pilih menaiki kapal terbang MAS domestik. Harga tiket tanggung sendiri, makin dekat tarikh beli dengan tarikh flight, maka semakin mahallah harganya. Terus terbang ke KLIA.

Di KLIA
Di KLIA petugas Tabung Haji dah menunggu di pintu keluar bagi tingkat Arrival, siap ada kaunter lagi. Sebelum ini, pihak TH dah ambil maklumat ketibaan kami. Semua perkhidmatan ini free (Atau mungkin dah termasuk dalam bayaran 9k tu).

Dari KLIA ke Kelana Jaya. Kami naiki bas disediakan TH. Walaupun kami sampai awal pagi, jadual pendaftaran pula malam, tiada masalah. Yang kelakarnya, kerana tiada orang yang serempak dengan kami. Kami empat beranak tetap dihantar dengan bas persiaran ke Kelana Jaya, perjalanan lebih kurang sejam juga. Bayangkan, empat orang je penumpang satu bas yang satu line tu tiga seat. Memang terbaik layanan Tabung Haji. Bas tetap pergi sebab kami dah tunggu lebih kurang dua jam. Campur sejam makan di food court. TH tak mahu kami tertunggu-tunggu lagi.

Di Kelana Jaya
Sebaik sampai. Kami terus ke kaunter pendaftaran. Sepatut ikutkan kami boleh dapat tempat menginap, sebab flight dalam pukul 12 tengah malam. Sekarang baru pukul 10 pagi lebih kurang. Tapi disebabkan ada flight KT yang delay, maka hotel penuh. Jadi kami ada beberapa pilihan, antaranya tel UBER dan menginap di hotel berhampiran dengan belanja sendiri. Tapi Abi buat keputusan, Abi nak i'tikaf di masjid TH je. Kami follow. Lagipun disitu lengkap, ada restoran, kedai, tandas. Tandas di sini berterabur, kena allert dengan lokasinya. Sebab orang terlalu ramai dan padat. Jika nak dapatkan kain ihram, nose-filter, spray-wuduk, sampul beg, beg bagasi. Semuanya ada dijual di bazar setentang kompleks TH.

Malamnya KT kami dipanggil. Kami beratur ambil gelang, beg galas dan pelekat beg. Kemudian kami check-in bagasi dan barulah kami ke kastam. Berbekal beg 5kg dan beg galas. Kami menuju ke bas

Kemudian kami dibawa ke KLIA. Inilah saat yang kami tunggu, kami lima buah bas diiringi polis bermotosikal besar, ditahannya semua kereta atau lori yang nak 'bersaing' dengan kami. Lampu isyarat merah pun kami dibenarkan lalu. Udah macam jenazah pula rasanya. Bersama kami ada ambulans turut iring bersama.

Aku pun tak ingat apa terjadi lepas tu. Sedar-sedar kami sudah nak kena beratur masuk gate. Tak tau ikut mana, sebab tidur. Dengan pengalaman-ku yang dah dekat berpuluh kali naik flight ni. Ni bukan prosedur biasa yang aku lalui. Mungkin tadi dah ketat pemeriksaan di Kelana Jaya. Sekarang sudah tidak perlu. Berkejar kami solat subuh di celah-celah kerusi, sebab subuh baru masuk dan flight pula dah nak berlepas.

Dalam flight menarik. Sebab pramugara je yang melayan. Doa perjalanan juga dibaca.

Dan kami pun berlepas.

Bersambung


Selasa, 5 September 2017

Berbual dengan orang veteran

Sedang bersembang dengan Pakcik Johari di bilik penginapan
Seronok pula berbual dengan Pakcik Jo. Umurnya dah 78. Sempat dengan zaman Jepun, British, Komunis, Pasca-Merdeka, Politik. Dari kecil terlibat dunia kepimpinan. Pernah jadi ketua pelajar, pimpinan politik, ketua masyarakat. Yang bestnya, ingatan Pakcik Jo masih sangat kuat. Pakcik Jo adalah anak saudara kepada Ahmad Boestamam. Jika yang suka baca sejarah, pasti kenal Ahmad Boestamam.

Di zaman Jepun, orang makan ubi kayu. Padi orang tak sempat tanam, sebab kena buru lagi. Tapi katanya, Jepun usik China, dia tak usik Melayu, kecuali yang menentangnya.

Sempat masa zaman sekolah dulu. Mereka nyanyi lagu Jepun dan Indonesia Raya. Masa nyanyi lagu Indonesia Raya. Tanpa disangka, British datang. Mencarut British tu. Setelah British jumpa guru besar, lirik lagu Indonesia Raya diubah semula.

Di zaman darurat tidak silap. Pakcik Johari pernah berkhidmat sebagai Home Guard. Masuk hutan bersama tentera Melayu.

Teringin nak dengar banyak lagi cerita. Tapi, aku dah kehabisan poin nak korek. Jeng..

Selasa, 29 Ogos 2017

من أقواله

من أقوالهعدل

  • قول أويس لهرم بن حيان: إحذر ليلة صبيحتها القيامة، ولا تفارق الجماعة فتفارق دينك، يا هرم توسد الموت إذا نمت وأجعله أمامك إذا قمت، ولا تنظر إلى صغر ذنبك، ولكن أنظر إلى من عصيت فإن صغرت ذنبك فقد صغرت الله.
  • قال له هرم بن حيان يوما: صلنا يا أويس بالزيارة فقال له: قد وصلتك بما هو خير من الزيارة واللقاء وهو الدعاء بظهر الغيب إن الزيارة واللقاء ينقطعان والدعاء يبقى ثوابه.
  • قال له رجل أريد أن أصحبك لأستأنس بك، فقال أويس: سبحان الله ما كنت أرى أحدا يعرف الله يستوحش مع الله.[4]

Mimpi pagi

Baru lepas solat zohor. Tapi tadi aku mimpi, agak menarik.

Tadi aku mimpi. Aku pergi ke kaabah. Latar masa seperti malam. Orang sangat sedikit. Aku sampai boleh terus ke kaabah. Aku peluk kaabah. Kaabah jadi kecil. Dalam 3/4 kaabah berada dalam pelukanku.

Kemudian aku masuk kaabah. Aku seperti masuk ke bilik persalinan. Ada kerusi. Dalamnya ada baju besi kepunyaan nabi. Tapi bila pegang, rasanya bukan seperti pegang besi. Aku cium bahagian hujung baju perang itu. Kemudian aku pegang pedang nabi, aku cium juga. Aku cium puas-puas sehingga terjaga. Aku teringat, warna kedua-duanya macam warna emas tulen. Yang nak ke kuning tu.

Esok dah bertolak ke Arafah. Moga Allah membantu.

Isnin, 28 Ogos 2017

Surat dari seorang warga Indonesia buat Ds.Najib Razak;


YM Perdana Menteri Malaysia, Tuan Najib Razak,

Nama saya Adinda Saraswati Akbar dan saya adalah anak perempuan Indonesia yang berusia 15 tahun dan saat ini sedang duduk dibangku kelas 9. Mohon maaf bila bahasa yang saya pakai tidak begitu menyenangkan dihati Yang Mulia.

Tapi tampaknya harus ada yang memberi tahu Yang Mulia secara langsung bahwa cara negara Yang Mulia memperlakukan Indonesia sudah berlebihan dan tidak layak sebagai saudara jika anda menganggap kami saudara serumpun.

Awalnya saya ingin menulis dalam bahasa Inggris, tapi saya ingin menjaga perasaan Yang Mulia sebab anda pernah dijajah oleh Inggris dan diberi kemerdekaan oleh mereka. Jadi saya akhirnya menulis kepada dalam bahasa Indonesia dimana induk bahasa Malaysia juga berasal dari bahasa kami.
Kami tak pernah berniat menggunakan bahasa Belanda karena once upon a time, Belanda telah menjajah kami dan para pendahulu kami berjuang mati-matian untuk mendapat kemerdekaan dari mereka dan bendera merah-putih, bendera yang Yang Mulia dan Malaysia lecehkan hari ini di arena Sea Games, bendera yang kami dapatkan setelah berpuluh tahun berjuang.

Bangsa Yang Mulia dan Yang Mulia sendiri sudah lebih dari sekali mengecewakan bangsaku, Indonesia dan saya. Dan setiap kesalahan yang dibuat diakhiri dengan permintaan maaf. Saya sebagai anak muda Indonesia berpikir permintaan maaf Yang Mulia dan Malaysia buat sudah biasa.
Saya berpikir Indonesia dan Malaysia memiliki ikatan yang kuat layaknya seperti hubungan kakak-adik. Indonesia menurut saya sudah menjadi ‘kakak’ yang baik untuk Malaysia, adik kami.
Kami, bangsa Indonesia telah mengirim banyak pendidik dan mengajar warga Malaysia ketika momen kemerdekaan Malaysia baru terjadi. Kami, bangsa Indonesia yakin kami memainkan peran sebagai kakak dengan baik untuk Malaysia.

Kami, bangsa Indonesia telah mendidik bangsa Malaysia sampai kami mengetahui bahwa bangsa yang kami didik selama ini sudah maju menjadi bangsa yang lebih baik dari kami sendiri. Tentu sebagai ‘kakak’, kami bangga dan terus menghormati Malaysia. Tetapi semakin lama kemajuan bangsa Yang Mulia berlangsung semakin sering bangsa Indonesia mempertanyakan keterikatan Indonesia dan Malaysia.

Saya sulit untuk percaya bahwa sebagai saudara serumpun, bendera kami pun anda tidak ketahui padahal kami mengetahui Malaysia dan warganya dengan baik. Bendera merah-putih Indonesia itu dibayar dengan air mata, darah, dan usaha mati-matian para pendahulu dan pahlawan nasional kami.
Ketika kami mengetahui bahwa bendera Indonesia dicetak dengan salah, kami merasa bahwa ibu kandung kami telah dihina oleh Malaysia dan luka yang dalam telah dibuat dihati kami bangsa Indonesia. Kasus warna bendera Indonesia putih-merah ini sudah meninggalkan luka yang akan sulit dihilangkan di hati kami bangsa Indonesia, bisa saja tidak akan pernah pudar.

Sebenarnya, permohonan maaf tidak akan pernah cukup untuk menebus semua kesalahan negeri Yang Mulia kepada kami. Indonesia dan Malaysia sudah melalui hal banyak bersama tetapi sepertinya hormat respek yang kami beri tidak mendapat balasan dari Malaysia.

Jika dibandingkan dengan angka kesalahan yang telah dibuat Indonesia untuk Malaysia dan kesalahan yang dibuat Malaysia sendiri, Malaysia memiliki angka yang jauh lebih tinggi. Jadi apa yang tersisa dalam keterikatan kakak-adik ini? Bangsa Indonesia berharap kasus ini adalah kasus terakhir yang dibuat oleh Malaysia kepada kami karena kasus ini meninggalkan luka yang sangat dalam disetiap hati warga negara Indonesia.

Kami sangat yakin peran kami sebagai ‘kakak’ kami lakukan dengan baik. Tetapi selama ini tidak pernah ada balasan atas kebaikan kami dari Malaysia, jadi kami berharap Malaysia akan belajar makna persaudaraan dan peran adik. Indonesia layak memiliki ikatan persaudaran dengan bangsa yang thauncara menghormati kami pula. Kami tidak ingin kesabaran kami selalu diuji dengan kekecewaan yang bangsa anda dan Yang Mulia sendiri buat karena kesabaran selalu ada batasnya.
Terima kasih. Yang Mulia boleh merespon tulisan ini atau tidak. Saya hanya menyampaikan hal yang harus saya sampaikan. Saya yakin tulisan ini akan sampai ke Yang Mulia Perdana Menteri sebab dunia ini sudah dihubungkan oleh teknologi. Teknologi menghubungkan antara satu manusia dengan manusia lain dengan cepat dan tanpa batas. Saya juga tidak tahu alamat Yang Mulia di Malaysia.

Hormat saya,
Adinda Saraswati Akbar

P/s: Secara universal. Kesimpulan yang dapat kita buat, ALANGKAH BERBEZANYA BUDAYA KITA. Bagi kita, tiada apapun. Biasalah kesilapan teknikal. Macam microfon tidak berbunyi, lampu tak menyala, bukan isu besar sangat pun. Malah, tiada faedah pun terlalu fikir hal ini. Baik fikir bagaimana nak bertambah maju ekonomi, tambah baik pendidikan, tambah moden infrastruktur.

Ya Allah. Kecilnya isu. Macam tak layak langsung untuk difikir. Terlalu leceh.

Namun secara Matangnya. Kita boleh jadikan ini suatu panduan. Indonesia adalah negara yang amat sensitif. Jadi, kita perlu lebih berhati-hati dan teliti bila berhubungan dengan mereka.

Belajar hormat orang

Aku dah terbiasa budaya hormat. Hormat pada yang tua walau setahun dua. Hormat pada yang belajar agama, walau tidak alim. Hormat pada yang baru kenal, walau orang biasa-biasa.

Bila kita dah biasa hormat orang. Diwaktu-waktu lain, tubuh badan kita akan refleks hormat orang. Baik lawan mahupun musuh.

Bila seseorang itu tidak hormat orang. Untuk dirinya, oklah aku hormat. Tapi dalam nilaian mataku, satu value penting dirinya dah hilang. Melainkan sudah takdir, namun jika sepakat dengan takdir, ia antara orang terakhir yang akan aku pilih untuk satu-satu posisi.

Belajarlah menghormati. Kau akan mendapat kembali apa yang kau labur.

Mari flashback istilah sastera

Konsep dan Istilah Komponen Sastera

KOMPONEN SASTERA (RUJUK BLOG BM :http://bmpmrspm.blogspot.com )

A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:

1. Personafikasi:Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup”.

Contoh:
i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itumenampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia)
ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)
iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contoh:
i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:
Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.

Contoh:
i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.
ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.
iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.
iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inversi:Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contoh:
i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:
i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:
Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.

Contoh:
i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.
iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:
Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:
i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.
ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.
iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:
i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akanmenangis.
iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya juga dengan lampu minyak tanah.

9. Diksi:
Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)
Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)
Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)
Hatinya terlalu rinduBelaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokal dalam sesuatu baris ayat”.

Contoh:
i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.
Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.
Pengulangan vokal “i” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.
Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.
11. Aliterasi:
Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonandalam sesuatu ayat".
Contoh:
i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.
ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali
12. Bombastik/ hiperbola:
Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"
Contoh:
i. Suaranya bom atom meledak bumi.
ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.
13. Alusi:
Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".
Contoh: (sajak)
Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sang Maharajalela

14. Rima akhir:Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada sesuatu ayat”. Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair dan sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)
Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)
Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)
Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan baris 2)
Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.

ii. Contoh: (sajak)

Matanya pejam bisu (a)
hati membarah sudah (b)
tetkala pekat malam menjelma (c)
dia hanya mampu (a)
menggalas suka duka kehidupan (d)
ranjau tajam di rantauan (d)
Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.

12. Perlambangan/ imejan:Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.

Contoh:
i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)
ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)
iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.
iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat hingga akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto Terakhir)
vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto Terakhir)
vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)

14. Plot:
Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)
Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.
a. Pengenalan
b. Perkembangan
c. Pertentangan / konflik
d. Puncak cerita / klimaks
e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)
Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.
Contoh:
Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.
Contoh:
“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.
Contoh:
“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di hadapannya.

iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar kata-kata.
Contoh:
“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati kisah lama. (Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim. Duit itulah digunakan menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan berkereta mewah. Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)

15. latar:Latar terbahagi kepada 3:

i. Latar tempatLatar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.

ii. Latar masaLatar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya pada zaman dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada waktu malam, pada siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakatLatar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden, masyarakat petani, masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat pelajar dan sebagainya.