Selasa, 30 April 2019

Coretan malam 1 Mei

Aku ada ramai. Malah setiap tempat aku pergi, aku akan ada ramai kawan rapat. Kawan yang setia, kawan yang boleh dipercaya. Namun bila aku amati, rupanya kehidpuan aku seharian lebih banyak menyendiri. Kalau tak termasuk berperang dalam FB lah. Bila menyendiri aku bebas. Bebas lakukan apa yang aku suka. Bebas berfikir, bebas berkarya. Boleh menulis, boleh mendengar bisikan dari earphone tanpa peduli siapa disekeliling.
.
Adakala aku tak suka jalan laju. Sebab aku nak menjiwai hidup. Adakala aku nak jalan laju, sebab banyak urusan nak aku lakukan.
.
Sibuk sangatkah aku. Tapi kenapa aku kelihatan banyak tidur. Tidur itulah sibukku. Aku tidak saja-saja tidur. Tidur sebelum zohor kerana malamku berjaga lambat. Tidur selepas asar kerana maghrib atau isya itu aku ada kelas. Sibuk sangatkah aku? Bergantung kepada pandangan. Jika yang dipandang itu otak, maka yang melihat akan terasa seperti berada di hiruk pikuk bandar KL. Tapi kalau yang dilihat itu jasad. Maka mungkin kesibukanku ini sekadar seperti Kuantan. Pagi, tengahari, petang, maghrib dan isy'nya jem. Namun wakti malan dah beransur reda.
.
Cukuplah tu. dah 1.58 pagi. Tanganku semakin lembut menaip ayat puitis. Mungkjn kerana terlalu kerap berperang di medan keyboard rasanya.  Sehinggakan ayat tertumpah tidak berpenghujung. Sekadar ini sajalah. Coretan malam minggu. Malam cuti pekerja. Walau  ada yang menyambutnya juga sedang bekerja. Wassalam.

Ahad, 14 April 2019

Sembang Khatam Matan Izzi

Pagi ni Ustaz Zul khatamkan Kitab Matan Izzi susunan Syeikh Izzuddin Azzanjani. Dalam Ilmu Saraf. Sekaligus menyelasaikan sambungan kepada Matan Bina'. Insha Allah selepas ini, Ustaz Zul Mukhsah akan sambung Kitab Matan Maqsud. Sekaligus melengkapkan tiga matan utama dalam Ilmu Saraf. Kemudian barulah boleh masuk ke Kitab Syarah.


Sempat adukan kepada Ustaz Zul Mukhsah tadi. Matan Izzi ini agak payah berbanding Matan Bina. Matan Izzi lebih banyak kupas i'lal.


Ustaz Zul bagi satu petua. Baru aku teringat. Syeikh Mahmud Shoubro pun pernah nasihatkan benda yang sama. Waktu syarahkan Matan Tuhfatul Athfal di MAQAZ Dauron Shoubro.


من حفظ المتون حاز الفنون
- Siapa yang menghafaz matan. Maka dia akan menguasai kaedah ilmu -


Kata Ustaz Zul. Kena hafaz matan. Lepas hafaz nanti. Kefahaman akan hadir.


Ustaz Zul cerita. Zaman Ustaz belajar di Krasak dulu. Waktu orang bmain petang, dia tak main. Dia pelancar hafalan. Malam, dia tambah hafalan.


Padanlah. Penguasaan dalam Ilmu Nahu Saraf Ustaz Zul begitu mantap. Tak rajin jumpa orang macam ni.  Ketiga-tiga matan asas. Baik Bina, Izzi dan Maqsud berjaya Ustaz Zul hafaz. Rupanya bukan sahaja Matan Ajrumiyah dalam Ilmu Nahu, malah Mutammimah Ajrumiah pun Ustaz Zul hafaz. Tu eden tak korek ilmu lain lagi tu. Sebab tengok masa baca kitab akidah hari tu, rileks je Ustaz Zul petik Matan Jauharah Tauhid.


Beruntung Allah anugerahkan kita di Pahang dengan guru-guru yang sangat mahir dalam bidang mereka. Dan masih muda. Alhamdulillah.


P/s: Bagi meluaskan network dakwah. Menghormafi kepelbagaian fiqrah teman-teman FB. Hantaran politik dibuat dari akaun lain. Akaunnya rahsia.

Sabtu, 13 April 2019

Kenangan Nyambut Ramadhan

Tok Ayah ada cerita Selasa kelmarin. Masa awal Pondok MDS dulu, habis je terawikh, buat kelas pengajian. Kadang-kadang sampai pukul 1 pagi baru habis. Lembik. Adalah beberapa kerat pakcik yang pernah join dulu, tapi sekarang dah bertongkat. Seronok.
.
Teringat kalau kat Ardul Kinanah, lebih kurang tu juga. Indahnya. Malam lepas terawikh, Dalam pukul 9 malam (Maghrib awal). Bermula kelas tafaqquh Syeikh Nuruddin, baca kitab Irsyadul Ibad atau Misykat Masobih, di Rumah Kedah Hayyu Sabi'. Sampai pukul 10 malam.
.
Kemudian balik semula ke Rumah Pahang di Hayyu Asyir. Kelas dengan Habib Ahmad. Pukuk 11-1 pagi. Kitab Syarah Yaqut Nafis tak silap. Sahur kejap, pukul 3 pagi dah subuh. Kemudian ke Jabal Muqattam, ikut Kelas Syeikh Yusri, Kitab Sunan Nasaei. Kemudian terus Darrrasah, talaqqi dengan Syeikh Asyraf. Kemudian balik tidur. Masa tu cuti sem. Zohor baru bangun. Rehat kejap. Lepas asar kelas Syeikh Nuruddin balik, baca kitab sama rasanya. Sampai berhenti dalam beberapa minit sebelum Maghrib.
.
Tapi kelas juga bermusim. Pernah satu tempoh tu, Syeikh Nuruddin tak mari Mesir. Kebetulan pula, Dar Hassani Bawwabat buat dawroh. Masa tu geng-geng anak murid Syeikh Yusuf Bakhur Alhasani yang pimpin. Dr.Lokman Azhari dan Syeikh Muhammad. Antara Kitab yang baca masa tu. Risalah Alwaroqot Imam Juwaini, Syarah Baiquni Syeikh Sirajuddin, Tuhfah Saniyyah Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid. Kiranya kitab-kitab untuk mubtadien.
.
Seronoknya Ramadhan di Ardul Kinanah. Rindunya.

Khamis, 21 Mac 2019

Aku Letih

Aku letih. Penat. Tak larat
.
Dalam setahun dua ini. Antara perkara yang paling aku tak suka ada dua. Pertama beritahu berapa income aku kepada orang. Kedua bagitau apa kerja yang aku buat.
.
Bila beritau income kita. Jika lebih pada orang. Maka adatlah manusia. Rasa dengki akan wujud. Sifat mazmumah ni biasa ada pada semua orang. Labih parah, bila mereka mula sabotaj. Letih. Letih kita nak tangani. Tu cara terbaik, dari awal tak beritahu. Tapi baru ni aku didesak untuk beritahu. Dengan beberapa 'ugutan'. Aku mengalah, akupun beritau. Lepas pada tu aku perasan, aktiviti sabotaj pun mula terasa.
.
Kedua, apa yang kita buat. Ini bagi nak elak majikan dari berbunyi. Walau tahu kita sambilan, banyak tugas. Tapi ini akan jadi modal jika berlaku apa-apa kekurangan. Walaupun tak berkaitan pun. Jadi kitapun letihlah. Tambahan, komunikasi kita kurang. Sebab jarang ada pejabat.
.
Letih lah.. Letih. Moga Allah berikan nikmat yang jauh lebih baik.
.
Namjn aku tak nafi. Rezeki Allah beri terlalu banyak. Terlalu banyak. Tak termampu aku sebut satu persatu. Setia saat Allah beri aku nikmat. Bahagia sungguh aku rasa.
.
Takpelah. Mungkin satu dua hal ini sekadar ujian buatku. Lagipun nikmat yang aku dah terima terlalu banyak. Akupun tak reti nak jawab dengan Allah nanti kalau Allah tanya. Moga-moga Allah tak hisab segenap perbuatanku.
.
Allahu Rabbi. Aku letih. Aku letih..

Isnin, 14 Januari 2019

Rehat kejap dua hari

Aku inginkan rehat. Bercuti. Tenangkan fikiran. Alhamdulillah baru ini seorang teman datang berjunjung. Disebabkan malas nak kemas bilik, yang dah dekat setahun aku tak tidur atas katil itu. Jadi aku cadang tempatkan kawan aku ini di hotel. Aku search Agoda, Trivago dan laman2 yang buat perbandingan harga hotel. Setelah aku tengok di laman ini, aku call sendiri ke hotel. Fuh, serius. Memang jauh murah kalau tempah melalui laman begini. Bayangkan, kalau tempah Shahzan Inn guna Agoda, harga dalam RM80, untuk dua orang dan ada pool. Tapi kalau walk in ke hotel terus. Harga RM130.  Tapi sebab aps Agoda bermasalah untuk guna debit card atau online banking, maka aku jumpa satu cara yang leceh juga sebenarnya, tapi bolehlah sebab nak jimat punya pasal. Aku bayar guna 7e. Just scan bar code yang ada.

Disebabkan kawanku nak duduk Kuantan dua hari tiga malam. Jadi 3 hotel aku sewa. Shahzan in, sebab ada pool dan murah dalam RM80. Riverbank sebab murah RM60 lebih kurang. Dan Villasuri RM80 sebab dekat dengan tempat kerja aku, dan target aku malam last tu, azan Subuh je, aku terus tinggalkan kawan aku.

Best juga berenang di Shahzan In. Sebab tiada orang. Just aku dan kawanku untuk dua kolam. Satu paras pinggang dewasa dan satu paras dada dewasa. Teringin nak pergi lagi. Dah lama tak praktis berenang. Tapi memang best. Puas hati, walau takde breakfast.

Jadi kami makan pagi di Kemira. Oklah nasi kerabu dia, aku rasa specialnya pada daging yang diguna, Kemira gunakan daging dan ayam bakar madu. Biasa jumpa pasar malam. Tapi cara hidangan dia yang ala2 buffet dan cara dia decorate susun atur lauk mungkin penyebab orang rasa berselera bila tengok dan bila balik rumah dan teringat akan decorate tu, pasti rasa nak pegi lagi Insha Allah.

Cukuplah. Badan dah letih. Nak tidur. Wassalam.