Isnin, 27 Januari 2020

Belajar berkata "Aku tak tahu"


.
Adakala. Soalan akan datang tiba². Yang perlukan jawapan segera. Dalam 15/10 minit dah nakkan jawapan. Jika masail tu tidak terhadam, waktu itulah amanah ilmu akan teruji. Nak pakai hentam kromo, yang mungkin lepas sebentar, namun sesalnya seumur hidup. Atau mintakan tempoh.
.
Waktu inilah pentingnya kitab² yang telah pernah belajar disimpan dalam bentuk PDF. Tidak hanya syarah atau hasyiah. Kitab fatwa n ijtihad tentang isu mua'sirah (semasa) juga perlu disimpan. Paling penting, dalam kepala dah kena nampak, kat mana nak cari masail tersebut.
.
Pesan Habib Ahmad al-Maqdi berkali²;
.
تعلم لا أدري كما تتعلم أدري..
.
Belajarlah untuk melafazkan kata² "Aku tak tahu". Sebagaimana kamu belajar mengatakan "Aku tahu".
.
Untuk berkata "Aku tahu" tu payah. Sebab kena belajar. Untuk berkata "Aku tak tahu" pun payah juga.

Detik kematian yang Indah;


.
Al-Imam Abu Zur'ah ar-Razi adalah seorang Ulama Hadith yang terkenal. Anak murid kepada al-Imam Ahmad ibn Hanbal. Imam Muslim, Tirmidzi, Ibn Majah.. Semuanya meriwayatkan hadis dari beliau. Imam Abu Hatim menggelarkan Abu Zur'ah ar-Razi sebagai "Imam".
.
Tatkala Sang Imam nazak. Hatim dan Muhammad bin Muslim berada di sisinya. Disebabkan kehaibahan Imam Abu Zur'ah, keduanya malu nak talqinkan Sang Imam. Keduanya muzakarah tentang Hadith talqin. Tak semena-mena, Imam Abu Zur'ah yang sedang nazak itupun bersuara. Sang Imam bacakan sanad Hadith Talqin. Rantaian perawinya satu per satu. Sampailah kepada Rasulullah.SAW. Lalu Sang Imam menyambung kepada matannya;
.
.
من كان آخر كلامه لا إله إلا الله......
.
"Siapa yang akhir kalamnya (sebelum meninggal) berkata لا إله إلا الله.. "
.
Sampai je di kalimah tauhid itu. Nyawa Sang Imam lantas ditarik oleh Allah. Sebelum sempat Sang Imam habiskan matannya: دخل الجنة..
.
" Nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga.."
.
Jika dibaca secara terus maka akan berbunyi;
.
من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة.
.
"Siapa yang akhir kalamnya (sebelum meninggal) berkata لا إله إلا الله nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga. "
.
.
Rujukan: Bughyah at-Tullab li murid makrifah al-ahkam bi as-sowab.

Nasihat orang lama;


.
Tadi lepas tajuk al-Muhtador (Orang yang sedang nazak). Ada seorang jemaah datang dekat. Katanya, sebaiknya gunakan ayat 'ngajar ngucap' berbanding 'ajar talqin'. Sebab ada jemaah duk faham talqin waktu nazak, sama dengan talqin waktu di kubur tu. Oh maaf, tak perasan.
.
Abi selalu pesan. Seeloknya, ceramah jangan lebih dari sejam. Kalau kulliah maghrib, pastikan isya je terus berhenti. Sebab, kalau orang yang tak suka, dia tak sempat nak merengus lama. Kalau orang yang seronok, dia akan buatkan orang tu tak puas dengar. Kalau lama sangat, orang seronok pun jadi tak selesa.
.
Darah muda kan. Masa tu nak argue juga. Sebab kelas Habib Ahmad masa tu pun dari pukul 5 petang, pukul 10 malam baru habis. Kalau satu (1) jam, apa sangat boleh cerita..
.
Tapi bila direnung. Itulah sebaiknya. Bila raikan uruf setempat, jemaah akan selesa. Pesan guru: "Ilmu satu, cara sampaikan pun satu ilmu juga"

Nilai RM10

Adakala RM10 kecil je nilainya bagi setengah kita. Just untuk bayar benda buat 'ngunyah', waktu lepak dengan rodong kat TC, sambil layan buskers.
.
Tapi bagi setengah orang. Nilai RM10 tu dah boleh tampung ⅓ harga pakaian anak² nak masuk sekolah minggu depan. Nilai RM10 dah boleh buat beli buku rujukan kompak yang harganya RM9.90. RM10 boleh tampung ⅛ yuran buka sekolah pelajar tahun 3.
.
.
KISAH SAIDINA UMAR.RA
.
Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.
.
Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....
.
Wanita itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat lapar.Sadina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala api di bawahnya.
.
Fikirnya tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis.Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”
.
Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali...walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama.....
.
Sadina Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan. Akhirnya beliau menjadi hairan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit rasa tidak puas hati kepada Pemimpin Negara (Umar r.a) kerana tidak membantunya.
.
Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,...Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu....
.
Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu, “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”
.
Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.
.
“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar r.a. bertanya
.
'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saidina Umar r.a.lagi
.
Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya.Wanita itu menghampiri Saidina Umar r.a dan berbisik ke telinganya,
.
"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya.
.
“Sebenarnya tidak ada makanan di dalam periuk itu....Periuk itu hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak saya....tetapi anak-anak saya fikir tentu ada makanan di dalam periuk.Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.Kemudian mereka akan terlupa rasa lapar.Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur....
.
Ulangi ibu tua itu sekali lagi. Hanya dengan merebus batu dalam air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.
.
Setelah anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saidina Umar r.a yang suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.
.
Malangnya orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan menolong.
.
“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu.
.
“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.
.
Kemudian,Saidina Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata: "Kenapa ibu tidak adukan perkara ini kepada khalifah? Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar...
.
"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.
.
“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi
.
Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi,
.
“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.
.
“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...”
.
Umar langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga airmata beliau membasahi jubahnya
.
Selesai mendengar cerita sedih wanita tersebuat, beliau terus bingkas bangun keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.
.
Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.
.
"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Saidina Umar r.a.
.
"Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?"
.
"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi.
.
Khalifah memikul karung yang sarat berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut. Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan. Ibu tua tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saidina Umar r.a.
.
Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,
.
"Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah (pemimpin negara)."
.
Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.
.
Keesokannya Saidina Umar telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya... Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya pada malam tadi.....
.
"Puan", kata khalifah, "Akulah Umar .
.
Adalah kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau. Tetapi sekarang anak-anakmu telahpun makan dan dapat tidur dengan sukacita. Aku juga telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah mereka dewasa."
.
Khalifah Umar telah menghadiahkannya wang serta segala keperluan hidup, dan merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak.
.
.
أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْؤولٌ عَنْهُمْ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ، وَهِيَ مَسْؤولَةٌ عَنْهُمْ، وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْؤولٌ عَنْهُ، أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
.
متفق عليه

Ambang 2020. Ragam pilih sekolah.


.
Dalam bulan Julai baru ni. Tolong seorang teman carikan sekolah rendah agama swasta untuk anaknya, anaknya nak masuk darjah satu. Pergh, call punya call. Dari Sekolah Rendah Ibn Abbas di bypass, sampai Sri ABIM Indera Mahkota. Semua dah penuh. Hanya Sri ABIM je ada beberapa kekosongan. Tu pun kena rebut cepat, takut orang lain cop dulu. Walhal, lagi enam (6) bulan nak masuk belajar Januari 2020. Yuran buka sekolah dalam RM400. Bulanan dalam RM150 juga rasanya.
.
Malam semalam berbual dengan seorang guru SRITI, salah sebuah sekolah swasta di Kuantan. Pergh, untuk kemasukan darjah 1 sekolah rendah pun dah ada temuduga sekarang. Dulu, kita dengar untuk ke sekolah menengah agama bawah JAIP je. Untuk sekolahnya ada 150 orang permohonan. Yang nak hanya 50 orang. Yuran buka sekolah boleh tahan, RM1,500.00. Bulanan dalam RM300-RM400. Tanya kepadanya, semua pelajar tu, mak ayah kaya² ke? Katanya tak juga, Ada je yang bayar ansur² yuran buka sekolah tu.
.
Siangnya, berbual dengan seorang penjaga. Tahun depan katanya nak hantar anaknya di Tadika Tahfiz di Indera Mahkota. Yuran mula² dalam RM1,000.00++ juga. Bulanan dalam RM350. Katanya, dia nak anaknya belajar di tempat yang Islamik. Cawangan IM mungkin ada kekosongan lagi katanya, yang lagi satu mungkin dah full.
.
Seorang sahabat luah. Katanya, sekolah rendah nanti nak hantar anaknya ke sekolah kebangsaan. Sebab nak bagi anaknya bergaul dengan semua orang. Sambil dia berkira² nak pilih antara dua sekolah kebangsaan berdekatan rumahnya. Cuma mungkin dia pilih yang satu tu, sebab ada KAFA petang.
.
Kata seorang lagi penjaga. Dulu zaman kita, tengah tahun pun boleh lagi masuk belajar. 3-5 tahun lepas, 5-6 bulan sebelum buka sekolah, dah kena decide tempat belajar n cepat² daftarkan anak. Zaman sekarang, setahun awal dah kena daftar. Mungkin lagi beberapa tahun, 2 tahun awal dah kena daftar. Kalau tak, putih matalah jawabnya.
.
Ambang tahun 2020. Fuh, boleh tahan. Nak masukkan anak ke sekolah rendah pun perlu bersaing.
.
.
.
P/s: Semua watak di atas adalah lelaki.

Kenangan dengan Habib Ahmad al-Maqdi 😊😊


.
Dalam tahun 2010-2011. Waktu itu khatam risalah Hadith Jibril tak silap, oleh cucu kepada Habib Zain bin Sumaith (tak ingat nama penuh Habib). Masa itu-lah kali pertama bersua dengan Habib Ahmad al-Maqdi (pelajar lain mungkin dah banyak kali). Habib Ahmad adalah tetamu jemputan sewaktu haflah khitam tu. Ingat lagi, baru first time jumpa, majlis tu cucu Habib Zein yang pimpin. Tapi Habib Ahmad dengan tegas, menegur ada satu alat muzik yang kami mainkan 😂.. Mamnu' ! (Dilarang ! ) 😡😡.
.
Guru bagitau, lepas ni Habib Ahmad akan pimpin majlis ta'lim di Rumah Pahang Hayyu Asyir. Banyaklah pula kenangan, sepanjang pengajian Habib Ahmad al-Maqdi di Rumah Pahang lepas daripada itu. Biasalah toriq Hadramout, walau ngajar Fiqh, tapi elemen tasawwuf tetap disental. Adakala 90% pengajian Habib sental bab akhlak je..🤣🤣
.
Sebelum guru balik Mesia. Balik habis. Guru sempat pesan. Nanti kena manfaatkan ilmu Habib Ahmad al-Maqdi, payah nak jumpa orang yang faqih n menjiwai manhaj macam Habib. Rentetan dari pertemuan ini, pertemuan dengan Habib pun diatur, di rumah Habib Ahmad al-Maqdi sendiri, di Abbasiah. Pergi dengan Ustaz Ya n Ustaz Abrar. Ajak Habib bincang, kitab² yang nak dibaca, untuk kelas khususi dan kelas umum bersama Anak Pahang. Habib jamu makan, banyak sungguh makanannya. Habib cerita jenis² keju yang orang arab makan.
.
Alhamdulillah. Kebetulah Rumah MUIP di Awal Abbas tengah islah. Jadi adalah bilik yang kosong tu. Terus kami request satu ruang untuk dijadikan kelas. Decorate sikit² n beli papan putih. Minta tolong Ustaz Syazwan Muhandis uruskan. Tak sangka juga, boleh dapat di kawasan beli-belah camtu, tengah bandar Kaherah pula. Disebabkan warna cat kuning n kami tampal cermin dengan manila-card kuning. Habib Ahmad namakan rumah tu sebagai Baitus Safra' (Rumah Kuning). Pelajar awal dalam 34 orang pelajar. Kami kutip dalam 50 genih sebulan tak silap, bagi setiap pelajar. Antara Kitab yang sempat Habib khatamkan di situ ialah Kitab Nailur Raja', syarah kepada Safinatun Naja.
.
Dalam masa yang sama, kelas umum di Rumah Pahang Hayyu Asyir pun bergerak seiring. Di Hayyu Asyir, Habib buka kitab al-Yaqut an-Nafis dan Risalah Jamiah. Hubabah n anak² habib pun selalu ikut sekali. Dah macam majlis aktiviti keluarga pula 🤗🤗.. Sangat seronok waktu tu.
.
Itulah dia. Lepas pada tu. Sampai tempoh untuk balik Mesia. Risau juga nak tinggalkan semua ni, tapi gonekan gaya. Alhamdulillah lama di Mesia, risik², dengar² pengajian Habib Ahmad masih berterusan. Dan apa yang menggembirakan, dapat tau YB Ustaz Syed Ibra dah take-over untuk kos pengajian. Satu perkara yang memang agak sulit nak tangani suatu ketika dahulu. Dan Alhamdulillah, kini dengarnya Yayasan Pahang pula dah pegang dan serap bawah projek Tafaqquh Fid Din (TFD). Alhamdulillah.
.
Pernah Habib datang Mesia. Beria sungguh ustaz² ni nak jumpa Habib di KLIA..😂😂.
.
Adakala dengan guru. Kita tak dapat bercakap, berbual n bergurau pun.. Tapi dapat tengok wajah n cium tangannya pun hati dah rasa redup.
.
Moga Habib Ahmad al-Maqdi n para Ahbab diberikan rezeki ilmu yang mencurah² dalam mengajar dan belajar. Moga kita dipertemukan di akhirat nanti dibawah Liwa' Saidina Muhammad.saw. Allahumma Ameen.
.
.
.
Kredit gambar: Ustaz Solah Aziz

Fiqh at-tahawwulat.


.
Antara topik yang ramai juga penggemarnya ialah teori konspirasi. Bicara soal Dajjal, Illuminiti, Freemason, Haikal Sulaiman, Nabi Isa, Imam Mahdi dan sebagainya. Topik ni memang seronok.
.
Namun sebenarnya. Dalam Islam. Ada satu ilmu yang jarang orang tahu, yang bicarakan soal alamat kiamat. Namanya Fiqh at-Tahawwulat. Antara tokoh yang paling menonjol dalam Ilmu ini adalah Habib Abu Bakar al-Masyhur. Habib dari keturunan Ahlul Bait al-Husaini.
.
Hadith Jibril terpecah kepada empat (4). Iman (Akidah), Islam (Fiqh) dan Ihsan (Tasawwuf). Namun terdapat satu lagi soalan yang jarang dibicarakan iaitu tentang as-Sa'ah (Hari Kiamat). Walaupun Nabi beritahu baginda tak tahu. Tapi baginda nabi ada nyatakan alamat²-nya. Alamat itulah yang dibicarakan di dalam Fiqh at-Tahawwulat
.
Topik ini penting. Kerana setelah Saidina Jibril.as beredar. Nabi beritau kepada sahabat;
.
فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم.
.
Itulah Jibril.as yang telah mendatangi kamu. Jibril sedang ajarkan kamu tentang agama kamu.